dupdupmyheart

Monday, October 1, 2012

TABUNG DANA PERKAHWINAN.

hari sabtu hari tu, aku call rumah. lama tidak balik rumah sebab kerja yang banyak gila. tanya-tanya khabar. puanmulia cakap banyak jemputan orang kahwin yang dia kena attend. soalan wajib yang ditujukan untuk beliau adalah "bila si bibi kahwin?". macam yang aku cakap di entry sebelum ni, kazen aku kahwin dirumah aku bulan disember nanti. jadi ramai jugaklah yang salah sangka dan ingat aku yang akan berkahwin. 


aku cakap:

"sabar."
"rilek mak."
"kita rilek-rilek dulu. tunggu-tunggulah 2,3 tahun lagi."
"mak, macam ni. nanti kalau mama jalan-jalan pegi orang kahwin ka kenduri ka, mama bawa tabung. jadi siapa tanya bila aku mau kahwin, kita terus charge RM100. terus masuk tabung. jadi lagi banyak orang tanya lagi cepat aku kahwin.kihkihkihkihkih"


puanmulia cakap:

"mama cakap betul-betul ni. jangan main-main. tahun depan mama tidak peduli, kamu mesti kahwin!"



sekian terima kasih.