dupdupmyheart

Friday, August 10, 2012

KALAU MENGUAP, TUTUP MULUT, NANTI SYAITAN MASUK.

tapikan bulan puasa syaitan kena ikat?



#lawakhambar

Wednesday, August 1, 2012

PRA-PERBINCANGAN.

hujung tahun ni, ada dua majlis kenduri kahwin yang akan berlaku 1 dirumah parents aku (kazen aku yang kahwin, bukan aku), 1 lagi dirumah kazen aku (kazen lain lagi tapi sebelah rumah parents aku jadi secara tidak langsung rumah parents aku pun terlibat). jadi pre-perbincangan pun dilakukan antara mama, aku, auntie & kazen aku. baru bincang-bincang kosong orang bilang. makanan, doorgift, tetamu, belanja kahwin dan sebagainya. pening kepala gila. semua memerlukan duit, duit, duit.

aku pun cakaplah,

"ma.. ada kawan aku punya kawan ni kan, dia kahwin jemput orang-orang tertentu jak, alasan dia, minta maaf sebab tidak dapat jemput semua orang, dia tidak dapat buat majlis besar-besaran sebab dia lagi perlu duit untuk kehidupan dia selepas tu, cukuplah dengan doa orang-orang yang tidak kena jemput tu."

aku sambung lagi;

"jadi apakata kita jemput orang tertentu seja, jimatlah duit untuk makan, doorgift dan sebagainya. hehe"

kazen aku angguk-angguk tanda sokongan sepenuhnya.

terus mama cakap dengan serius;

"kalau kita buat macam tu di kampung mana boleh. di kampung ni pun semua keluarga. ko mau nenek marah? nda pernah-pernah orang buat begitu di sini"

aku sambung lagi;

"hehe.. kalau begitu memang banyak belanja la tu kan.. nda apa ma.. kasi habis jak duit untuk belanja kahwin. biarlah tiada duit makan lepas kenduri kahwin, tapi ada kan yang lauk-lauk masa kenduri kahwin tu. kasi tapau banyak-banyak. simpan dalam esbuk (peti ais), boleh bikin makan 1 bulan. macam? hahaha"

kazen aku ikut ketawa-ketawa tanda sokongan sepenuhnya juga.

perbincangan bertukar menjadi ceramah yang berat bertajuk "VIVI JANGAN KUAT KETAWA"