dupdupmyheart

Monday, June 25, 2012

BERSYUKURLAH SEBELUM ANDA DIKENDURI KESYUKURANKAN.

Aku ada kawan.


Dapat kerja best tapi cakap kerja dia suck. Gaji dah besar tapi still cakap gaji kecik. Badan dah cantik kurus tapi still cakap diri dia gemuk. Muka dalam gambar fotogenik tapi cakap muka dia hodoh gila.


Lepastu meluah dengan aku yang kerja biasa + gaji kecik + gemuk + langsung tidak fotogenik


Kadang-kadang aku bersyukur sebab aku pandai bersyukur.




pfffft.

Thursday, June 14, 2012

KISAH SERAM TAHAP BAWAK BERSABAR.


pagi-pagi, on the way pergi kerja, memang dengar channel Hotfm. jadi hari tu, hot chat adalah seperti gambarajah dibawah :


ok, ada satu caller ni cerita pasal pengalaman dia dekat sarawak mungkin. cerita dia macam cerita yang biasa kita dengar selalu. konon pada satu hari, dia on the way balik rumah, tiba-tiba dia rasa kereta dia berat, jadi dia ingatkan kereta dia pancit, jadi dia pun turun cek la tayar, tapi semua tayar ok. so dia teruskan jalan dan rasa macam lain macam. lepastu limpaslah kuburan. lalu dia bermonologlah seorang diri (setelah di alih bahasa, lebih kurang macam ni -->) "ok turunlah, sampai sudah rumah kau, bla-bla-bla". dia turunkan tingkap. tiba-tiba kereta pun jadi ringan. syukurlah "benda" tu cuma menumpang. 

aku yang tengah khusyuk dengar tiba-tiba bulu roma berdiri tegak. aku siap bagitahu MJ sambil tunjuk tangan aku; 

"tengok!tengok!tengok tangan aku! (eksaited)

tiba-tiba si Mr.MJ merangkap tukang-hantar-aku-pergi-kerja merangkap bakal partner (pheiii!) cakap dia pun selalu mengalami benda yang sama. Dia selalu rasa kereta dia berat. 

ok fine aku terus rasa macam habislah, "benda" tu sudah pernah tumpang kereta MJ jugak.

lepastu dia sambung;

"tapi lepas hantar kau balik rumah, kereta jadi ringan balik"


ok.


sabar vivi sabar. Tuhan sayang orang-orang yang bersabar. tamat.

Wednesday, June 13, 2012

IKAN SOMBONG.


pegang sikit boleh? please.