dupdupmyheart

Saturday, April 7, 2012

MISTIK.

Sekarang ni, aku jarang sudah balik rumah setiap minggu. Kadang-kadang sibuk. Kadang-kadang banyak aktiviti. Kadang-kadang tiada duit minyak. haha 

Jadi macam kebiasaanlah, kalau balik kampung, aku lagi suka melepak dengan puanmulia. cerita itu ini. sampailah bab cerita "MISTIK". iyaaaa! mistik ya kawan-kawan. zaman sekarang, masih ada banjingan suka dengki mendengki dan kalau nda puas hati memang kuno gilalah cara masih mengamalkan amalan "kena-mengena". 

Jadi macam kebiasaanlah, setiap kali puanmulia bercerita benda-benda mistik, hujung-hujung cerita kompom-kompomlah amaran "VIVI, KAU TU KENA JAGA MULUT KAU, JANGAN CAKAP MAIN LEPAS JAK, KETAWA KONTROL-KONTROL, ORANG KALAU DENGKI KAU KETAWA PUN DIORANG NDA PUAS HATI". lebih lebih lagi dengan cerita aku sekarang ni ramai nda puas hati dengan aku  terutama dikalangan orang-orang yang sudah terkantoi. pffftt!

Jadi macam kebiasaanlah, lepastu tu masuk cerita bab "VIVI JAGALAH BADAN KAU TU". topik yang memang wajib akan dibangkitkan setiap kali aku balik kampung. terus aku buat muka buruk, tengok muka puanmulia, dan separuh berbisik;

"mak, aku rasa aku kena buatan orang lahhhh. sudah aku makan ubat kurus, pergi joging, ikut senamrobik, tapi nda juga aku kurus-kurus, tambah gemuk. ada orang dengkilah ni. astagfirullahalazim. KIHKIHKIH"

dan ceramah dari puanmulia bersambung lagi selama 2-3 jam. sekian terima kasih.