dupdupmyheart

Tuesday, March 27, 2012

BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

aku selalu berurusan dengan orang, urus itu urus ini. ada yang baik, ada yang bikin panas, ada yang kau rasa macam mahu hello! dan mahu cakap mari-kerja-kau-biar-aku-yang-buat, ada yang peramah gila dan ada yang sebagainya. dan aku perasan aku selalu up entry pasal ke-bongok-an atau bila aku detect diorang bikin-panas situlah mood aku up entry membuak buak. (amboi vivi)

tapi sebenarnya ramai jugak bah yang baik dan semangat menolong aku. contoh kakak bank, puan kastam, kakak pukonsa, kakak socso, kakak dbkk, kakak sesb dan sebagainya. tapi itulah, lain orang lain gaya. jadi gara-gara perangai ko yang sorang bikin panas, habis satu nama tempat bekerja kena bawa-bawa. padan muka.

konsep aku senang jak, orang berbudi kita berbahasa. amboii! selalu aku mula dengan senyum, kalau orang tu pun senyum dan senang kena bawa bercakap, habis! banyak lah soalan aku tanya. dan soalan  PALING FAVOURITE ADALAH KAK ADA KERJA KOSONG? atau KAK MACAMANA MAU APPLY KERJA SINI?

tapi kalau kena dengan orang yang moody, senyum pun tidak, masa tu lah aku rasa mau nyanyi berdiri tegak "BUDI BAHASA BUDAYA KITAAAAA. TENG TENG!" tapi dalam hati jak lah. kuangkuangkuang.

maka aku berbangga jadi rakyat Malaysia sebab aku masih berbudi bahasa. perghhhh! haha


ok rafiq. macam ni boleh?


sekian.

Saturday, March 24, 2012

SKILL SUPAYA TIDAK KENA MINTA DUIT OLEH PIHAK YANG BERKENAAN.

hari tu, masa bekerja, bawak driver company pergi bank. driver company ni jenis suka bawa kereta laju-laju. aku pulak jenis yang takut ikut kereta yang laju-laju. ok abaikan. selalu kalau perkara yang bikin aku lalai dengan kelajuan samada main game atau tidur. ok abaikan juga. pffft.


masa tu aku lalai main game handphone. aku perasan pergerakan kereta masa tu adalah membuat u-turn. sudah u-turn tiba-tiba aku dengar hon polis trafik serentak dengan "alamakkkkkkk!" dari driver company sambil hantak stereng.


aku yang blur-blur tanya tu driver "apa salah kita? aik kenapa ni polis tahan? apa kau buat?".  encik-baju-putih-pakai-spek-hitam berhenti di depan kereta. turun dari motor, suruh bukak tingkap. kasi keluar kertas dengan pen. 


"encik drive laju. lampu isyarat tadi dah kuning. JADI BOLEH SAMAN KE NI? minta IC encik." encik-baju-putih-pakai-spek-hitam try cakap sabah tapi masih slang KL.

"alaaa tuan, nda sengaja bah, mau cepat pergi bank, minta maaflah tuan, pertama kali ni begini. lain kali nda buat lagi tuan." driver company sambil buat muka kesian. PADAN MUKA.

"kalau saya saman ni RM300 ni tau, JADI BOLEH SAYA SAMAN KE NI?" encik-baju-putih-pakai-spek-hitam macam bagi hint-hint jak ni.

driver company terus tengok aku yang tengah blur-blur tengok muka polis tu. serius aku ndatau mau buat apa. aku tengok nombor di baju polis. patut ka aku hafal? rasa macam mau ambik video karang upload di youtube. tapi kalau aku buat ketara betul. driver company dengan muka kesian cakap dengan aku "VI BAGI DULU KO RM10 KA RM20, BIKIN DIA MINUM-MINUM SEJA, TIADA DUIT SAYA NI, NI POLIS MINTA DUIT NI, MAHAL LAGI NANTI KITA BAYAR DIA RM300, BAH KAU BAGI DULU SANA"

aku masih muka blur, aku buka dompet, tengok duit RM10 beberapa keping, gaji lama lagi, lebih kurang 10 hari lagi, tengok muka polis tu, dalam hati aku, kalau aku bayar karang aku kena cakap bagi rasuah, kalau aku nda bayar kena bayar saman RM300, serius aku betul-betul dalam dilema beberapa minit tu. tengok sebelah kiri balai polis, tengok sebelah kanan encik-baju-putih-pakai-spek-hitam yang tengah kepanasan sambil pegang pen dan kertas. bagi atau tidak? apa aku patut buat ni? apa???

"BAH CEPATLAH.. MAHU SAYA SAMAN KE NI?" - encik-baju-putih-pakai-spek-hitam macam memaksa-

"VI BAGILAH, RM10 JAK, BIKIN DIA MINUM SEJA TU" -driver company memang memaksa-

"IH... BOLEH KAH NDA PAYAH BAYAR? TIADA DUIT SUDA NI? LAGIPUN APA SALAH KAMI?" Aku cakap dengan polis tu ala ala blur.. 

Driver company jadi pening, dan terus pujuk aku supaya bayar. encik-baju-putih-pakai-spek-hitam kepanasan diluar. tiba-tiba;

"BAH SUDAHLAH, KALAU TIADA DUIT JANGAN MINTA DUIT DENGAN PEREMPUAN! NAH IC! JANGAN BUAT LAGI!"

encik-baju-putih-pakai-spek-hitam naik motor dan terus jalan. 

sudah encik-baju-putih-pakai-spek-hitam hilang dan tiba-tiba kami ketawa. dan driver company terus cakap;

NASIB BAIK KAU PANDAI BERLAKON OH VIVI. LAIN KALI KALAU KITA KENA TAHAN POLIS BOLEH SUDA KITA BUAT SKIL BEGINI. HAHAHA


ELEH. TADI MUKA PUCAT. PFFFFT

Saturday, March 17, 2012

SERONOKNYA MAIN PRINTSCREEN #1

1. Baca ikut nombor.
2. Klik gambar untuk pembesaran.



Lepas ni aku main printscreen jak lah kan? haha seronoknya! seronoknya!