dupdupmyheart

Tuesday, January 31, 2012

ARE YOU FOOD DIRECTORY?

churpchurp ada buat competition pasal MAKAN & SHARE REWARDS PROGRAM .details boleh klik gambar dibawah.


jadi aku ni pun semangat lah mau ikut konon. KONON. since aku nda pernah ikut benda-benda macam ni. tapi bila aku start mau cari gambar-gambar makanan, baru aku teringat :

*muzik slow*


dulu aku pernah buat entri pasal azam.

PEMBUKAAN:
"dulu sebelum tahun 2011. yakni 5 bulan lalu. atas sebab kemalasan aku mengupdate blog atau lebih tepat lagi tiada cerita sesuai ditulis dalam blog, aku berazam mau buat blog pasal makanan" 


PENUTUPAN:
"sekian cerita AZAM KU MUSNAH OLEH PERUT LAPAR"

- SUMBER : http://vidadarisakura.blogspot.com/2011/02/azam-2.html -


*muzik tamat*



sekian terima kasih.


p/s: kalau kamu tekan tu link churp-churp akan mengakibatkan aku dapat rm0.20 mengikut terma dan syarat. so berhati-hati. jangan cakap aku nda bagitahu. lol

Monday, January 30, 2012

MENGAPA GENDUT GAK JADI SEBUAH TREND AJA - NGENES MOPECAH-



bila aku tengok video klip ni, aku mati-mati ketawa. bila sudah berabisan ketawa, baru aku kasi ketawa diri sendiri. rupanya lirik lagu ni sama gilak dengan aku, walaupun aku belum sebesar itu. jilakak! semangat aku mau upload video ni di blog. tapi aku tunggu satu buku yang aku rasa memang ngam gilak dengan lagu ni.



sebenarnya aku ni nda berapa la pandai mereview dari dulu. kalau paling mampu aku cakap pun best gilak, best, hmm bolehlah, jangan tengok/beli,bazir duit dan sebagainya. tapi yang ni tergerak tangan aku mau review konon. KONON. mungkin sebab nama dia Bibiana Mohd Alam, dia gemuk, dan gemuk itu taboo. taboo itu sila google sendiri. 


ok itu sahaja. 


kahkahkahkah. kalau mau tahu cerita pergi beli sendiri! aku pun beli sendiri tau. tapi yang penting BIBI bukan BBL (big beautiful lady) biasa. di sebalik pakaian yang besar itu, tubuhnya sarat menyimpan 1001 cerita!


sekian terima kasih.

Wednesday, January 18, 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA.

ok fine. budak ofis aku semua dapat. dari yang single, yang gaji besar dan yang sepatutnya. terus berabis diorang suruh aku apply since tarikh tutup konon sampai bulan Februari.







apply?tidak?apply?tidak?apply?tidak?

Friday, January 13, 2012

AKU RASA TIDAK HAIRAN LAH ADA PEKERJA ASING YANG MEROMPAK/MERAGUT/BUAT JENAYAH, BILA SETIAP KALI KENA TAHAN OLEH YANG BERKENAAN, KENA MINTA DUIT, PADAHAL GAJI CUMA 400-500 SEBULAN"

ok sambung cerita kemarin.

dipendekkan cerita. mula-mula kawan aku tidak mahu bayar. Rm1000 tu gilak. bukan sikit. lagipun pekerja asing yang dia bawa punya dokumen dan permit. bawa pergi balai. sampai dibalai. polis tu tetap mahu DUIT. dengan alasan dokumen diragui. silap kawan aku CUMA TIDAK BERAPA PASTI status dokumen yang pekerja dia bawa sebab diorang bekas pekerja buruh company kawan aku dan sekarang buat part time kerja buat rumah kawan aku.tapi aku serius nda kisah status dokumen diorang. YANG AKU KISAH KES MINTA-MINTA DUIT MACAM SIAL NI. KALAU SALAH TERUS TANGKAP. BUKAN MINTA DUIT.



oleh sebab tidak kepastian itu, kawan aku TERPAKSA (TERPAKSA OK TERPAKSA) BAYAR RM700 SELEPAS POLIS TERSEBUT MENELEFON KETUA BELIAU UNTUK PENDISKAUNAN. itupun selepas 2-3 jam kawan aku dengan polis berurusan. bangang dan akhirnya polis tu menang untuk menyaiko kawan aku. bila semua suda settle atas dasar keterpaksaan dan kawan aku malas banyak cakap lagi, pekerja asing tadi dilepaskan keluar dari balai.





dan ada sekumpulan pekerja asing lagi serta majikan mereka sedang menunggu giliran diluar balai.





AMBOIII. MAKAN BESAR LAH KAU POLIS.





(yang penting kawan aku sudah report SPRM. dan rupanya dokumen yang pekerja asing itu pegang sebenarnya sah. harap-harap lah polis tu dapat balasan.amin)


tambahan:
lepas aku update status dalam FB tu. kawan aku call. dia suruh aku bercakap dengan kawan dia yang polis. lepas tu polis nasihatkan suruh buat report polis sebab dia sendiri MENYAMPAH dan BENGANG dengan polis yang buat kerja kotor macam tu. siap bagi number fon ketua polis XXX dengan syarat jangan bagitahu dia yang bagi tu number. ok at least ada lagi polis yang boleh dipercayai. sekian.

Thursday, January 12, 2012

SAYA-ANTI-RASUAH-LAH-SANGAT!

isnin lalu, kawan aku kena tahan polis. atas sebab membawa 5 orang pekerja asing. jadi polis-polis mengecek dokumen-dokumen yang berkaitan. lepastu, atas alasan dokumen-dokumen mereka diragui konon itu, konon ini, blablabla dan sebagainya. TETAPI..... polis tu cakap "benda boleh settle".







1KEPALA RM200.