dupdupmyheart

Wednesday, August 1, 2012

PRA-PERBINCANGAN.

hujung tahun ni, ada dua majlis kenduri kahwin yang akan berlaku 1 dirumah parents aku (kazen aku yang kahwin, bukan aku), 1 lagi dirumah kazen aku (kazen lain lagi tapi sebelah rumah parents aku jadi secara tidak langsung rumah parents aku pun terlibat). jadi pre-perbincangan pun dilakukan antara mama, aku, auntie & kazen aku. baru bincang-bincang kosong orang bilang. makanan, doorgift, tetamu, belanja kahwin dan sebagainya. pening kepala gila. semua memerlukan duit, duit, duit.

aku pun cakaplah,

"ma.. ada kawan aku punya kawan ni kan, dia kahwin jemput orang-orang tertentu jak, alasan dia, minta maaf sebab tidak dapat jemput semua orang, dia tidak dapat buat majlis besar-besaran sebab dia lagi perlu duit untuk kehidupan dia selepas tu, cukuplah dengan doa orang-orang yang tidak kena jemput tu."

aku sambung lagi;

"jadi apakata kita jemput orang tertentu seja, jimatlah duit untuk makan, doorgift dan sebagainya. hehe"

kazen aku angguk-angguk tanda sokongan sepenuhnya.

terus mama cakap dengan serius;

"kalau kita buat macam tu di kampung mana boleh. di kampung ni pun semua keluarga. ko mau nenek marah? nda pernah-pernah orang buat begitu di sini"

aku sambung lagi;

"hehe.. kalau begitu memang banyak belanja la tu kan.. nda apa ma.. kasi habis jak duit untuk belanja kahwin. biarlah tiada duit makan lepas kenduri kahwin, tapi ada kan yang lauk-lauk masa kenduri kahwin tu. kasi tapau banyak-banyak. simpan dalam esbuk (peti ais), boleh bikin makan 1 bulan. macam? hahaha"

kazen aku ikut ketawa-ketawa tanda sokongan sepenuhnya juga.

perbincangan bertukar menjadi ceramah yang berat bertajuk "VIVI JANGAN KUAT KETAWA"

9 comments:

✿dazZdaEng✿ said...

hak hak hak
itulah klu tade duit ngeri nak wat kenduri..

FARYN said...

sila jgn lupa jemput aku ke kenduri engkau,..bitau awal2 senang nak beli tiket..hehee

vidadarisakura said...

dazz:
haha.kena berjimat cermat la kunun.


faryn:
aku kahwin bulan 12. jemputlah datang. tapi x tahu tahun bila. lol

daddydee said...

kau memang cari nahas la vivi...hahahah

vidadarisakura said...

dadi:
haha. hobi.

oranglidi said...

jemput ja sedara mara dan smua yg duk area kampung. kang terasa plak dorang. haha.

tapi mmg betul la, nanti buat bsar2 abis pitis lak kan. so kena la cari pitis banyak2 sblum kawen hahaha

vidadarisakura said...

haha. itu memang pun. sedara wajib kena jemput. duit pun wajib kena cari banyak2.

oranglidi said...

matang ko skang v. leh la aku merasa nasik mnyak sabah pasni.hahaha

vidadarisakura said...

apa entah yang matang? kakaka