dupdupmyheart

Thursday, July 12, 2012

MASIH ADA SINAR HARAPAN. LOL

"vivi, kalau kau kahwin dengan badan ko sekarang, lepas kahwin lagilah badan kau teruk, macam tong drum"

-penjual ubat kurus/kawan/keluarga-


hari tu, masa pergi majlis kahwin adik kepada kawan aku, jumpalah kawan-kawan lama. macam biasa orang akan komen aku gemuk. kalau aku cerita situasi tersebut balik komfom-komfom kamu boring. balik-balik cerita yang sama. balik-balik cerita yang sama. vivi gemuk! vivi gemuk! vivi gemuk! PFFFT.


ok mari cerita pasal kekurusan orang lain pulak. haha


kawan baik kepada kawan baik aku. nama dia N. tidak pernah bertegur pun dengan dia masa sekolah dulu. aku kenal dia tapi aku rasa dia tidak kenal aku pun. dulu badan dia sedikit besar dari aku sekarang. sudah kahwin. tapi sekarang kurus dan bertambah cantik. duduk semeja. dia tegur aku. aku pun macam terkejut "eh eh kau kenal aku?" LOL


lepas tu cerita-cerita. aku perasan kawan-kawan yang gemuk dulu semua menjadi kurus. aku rilek masih. dengar cerita diorang. yang itu kurus sebab makan ni. yang ni kurus sebab makan tu. dan sebagainya yang. aku pun "oooo...oooo"


lepastu aku tengok N. dia menyampuk;

"aku kurus bukan apa, lepas kahwin memang badan aku naik, lepas beranak terus kurus sebab kasi menyusu anak"


aku terkejut.


EH LEPAS KAHWIN, LEPAS BERANAK, KASI MENYUSU ANAK PUN BOLEH KURUS RUPANYA. CC : PENJUAL UBAT KURUS/KAWAN/KELUARGA.


-bakal tong drum-

8 comments:

Pekerja Kontrak said...

Amboi... yang ending tong drum tu nice....

✿dazZdaEng✿ said...

hikhikhik
takpe gemok pon ok
asal ati baek
(sedapkan ati sendirik)

::FAIZ:: said...

x berdosa pun klu gemuk

vidadarisakura said...

boi:
amboi.


cikdazz:
kan kan kan. ;)

faiz:
memang punn.

jejaka anggun said...

kalo ko nak kurus, ko kawin ngan laki kaki pukul. sure kurus.

vidadarisakura said...

kena cari ketua kongsi gelap la ni. haha

Ashley Easther said...

V, kurus suda ko skrg.siyes.sy tidak tipu. *muka serius kejam*

daddydee jedi said...

betul tu vi...nyusu anak leh elakkan obes...