dupdupmyheart

Friday, December 30, 2011

LIF B.

kemarin. ada satu staff opis balik lambat pada kemarinnya.dia cerita dengan penuh semangat. lebih kurang jam 6.00 la gitu.ada 4 lif. lif A dan B masih sihat. lif C dan D rosak. dia masuk lif B. opis kami tingkat 6. dia tekan butang 0. lepastu tiba-tiba pulak lif naik tingkat 7. pintu lif buka. tiada orang. dia tekan lagi butang 0. tapi lif naik tingkat 8. pintu lif buka. tiada orang. sampailah tingkat 10. pun tiada orang. si staff opis ni pun takut-takut berani sudah. bila lif turun pun bukak setiap tingkat. dan juga tiada orang...



pagi ni. aku lambat lagi. sebab semalam tolong kawan pindah rumah. penat dan mamai. ramai orang tunggu lif. ramai orang lambat. pacik-pacik gomen la terutamanya. masuk lif B.





sudah la aku lambat. lif lagi rosak pandai berhenti setiap tingkat. cilakak!

Monday, December 19, 2011

BAHAN KUTUKAN SELAMA 1 TAHUN.

hari tu masa jalan-jalan, aku ada ambik gambar dengan menggunakan kamera DSLR. lepastu aku tunjuk gambar tu yang masih dalam kamera dengan kawan aku. lepas tu;


"eh aku mahu gambar ni" -kawan dengan muka excited-

"bah. on bluetooth ko. haha" -aku-


sambung bercerita pasal hal lain. tiba-tiba;


"mana? lambat juga! Lama aku tunggu! tiada pun!" -kawan dengan muka serius-

"apa yang lambat?apa yang tiada?"-aku-

"sudah aku on bluetooth. tiada pun keluar nama ko?"-kawan dengan muka sumpah serius-

ketawa


ketawa


ketawa


ketawa


ketawa


"IZINKAN AKU KUTUK KO DALAM FACEBOOK BOLEH?"-aku sambil ketawa yang amat-

Saturday, December 17, 2011

UNTUK MENDAPATKAN NOMBOR PIN ANDA : PTPTN NOPIN-JARAK-NOKP DAN HANTAR KE 33199.

azam baru untuk mengelak sebarang penyekatan perjalanan percutian ke luar negara.




psst.. hari tu kan saya bercuti pergi indon. hati saya dupdapdupdap masa scan passport. saiton betul. oleh itu saya tidak mahu hati saya dupdapdupdap lagi pada masa akan datang. sekian terima kasih. 

Friday, December 16, 2011

SEKARANG NI JALAN MASUK PERGI BANGUNAN OPIS AKU JAMMED GILA. GILA!

dari pagi sampai petang.


ni semua gara-gara BR1M lah ni.



grr

Wednesday, December 14, 2011

PELARIS

kamu pernah kah masuk kedai runcit / kedai makan / fastfood / mana-mana lah. sebelum masuk kosong gilak. pekerja kedai siok-siok rilek. tapi bila kau masuk time tu lah bertimbun orang ramai masuk. dan bila kau perlu bantuan pekerja time tu lah pulak dia sedang layan customer lain. tadi siok-siok jak kosong. grrr





kadang-kadang aku ni pun pandai perasan yang aku ni pelaris kedai orang. HAHA!

Thursday, December 8, 2011

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT.

awal pagi office boy sibuk potostat dan edar keratan  "pelaksanaan pemberian bantuan tunai Rm 500 bagi meringankan beban kos hidup rakyat " . 


"Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. ini merangkumi individu :
  • berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibubapa;
  • ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • warga emas sebatang kara.
kata keratan tersebut lah "

jadi bila yang dapat keratan tersebut baca, lalu bermula lah sesi perbincangan pasal kelayakan diri masing-masing. macam jak dikeratan tu ada tulis "BINCANGKAN" .

  1. apa itu?oh yang rm500 tu ka? haish sanang saja tu saya dapat tu. telepon saja itu orang dalam saya nanti dia kasi saya lah itu. hehehe -pacik A-
  2. huih buli sudah saya dapat ini barang. gaji saya sukup-sukup seja. -pacik b-
  3. aku pun mahu!! aku bahagian individu yang tanggung berat badan sendiri.kahkahkah - aku-
  4. haih buli bah ko apply tu. ko tipu seja ko tanggung mama bapa ko bah -aunty A-
  5. nda apa kita try seja. kalau dapat bersyukur lah. -aunty B-

dan last sekali pacik pendek merangkap kawan aku selalu bergaduh mulut versi main-main juga merangkap pacik opis suka duduk depan pantry.

"aku pun mahu apply lah. ingat sanang-sanang ka dapat rm500 free. aku cakap jak lah aku duda. haha . sanggup ni menipu demi rm500 " -pacik pendek-

"eh pacik kau nda boleh! awal-awal kena rijek! syarat kau ada yang nda cukup tu" -aku

"kanapa pulak?" - pacik pendek-

"nanti dia cakap MAAF KETINGGIAN ANDA TIDAK MENCUKUPI. HAHAHA" -aku-

"shilakak ko vivi. yang penting di bawah panjang bah" -pacik pendek-


ok diam.

tamat.

Tuesday, December 6, 2011

IF I DIE YOUNG.

bos numbur 3 : "vivi, kau ada itu lagu if I die young ka? kasi download saya. macam siuk itu lagu kan?" nanana (sambil nyanyi-nyanyi)

saya : "ooo..ok.. haha"

bos numbur 3 : "kenapa kau ketawa?"

saya : "sebab bos TUA. tapi ada hati if i die young konon. hahaha"

bos numbur 3 : shilakakk.

-tamat-

Monday, December 5, 2011

PROSES.

kadang-kadang proses update entry ni macam proses diet untuk seorang vivi . perasaan membuak-buak mau update. tapi malas. begitu juga diet.




sekian terima kasih.