dupdupmyheart

Sunday, November 27, 2011

BERJANGKIT.

ok terjangkit.




sekian terima kasih. ;P

Wednesday, November 16, 2011

PENGALAMAN PERTAMA SAYA MENALIPAUN NOMBOR 999.

kemarin, jam 7.20 pagi bertolak pergi pejabat. jalan jem gilak. mulut pun jadi bising-bising.

"adoii. jem betul. kalau boleh minggu ni nda mahu punchcard merah. balik-balik sudah merah ni."

lebih kurang 20 minit kemudian, tiba-tiba depan mata;

"kami di lane kanan, ada ni motor depan kami mahu pergi lane kiri tapi dia terlanggar tu hilux juga di lane kanan, mungkin tersalah kiraan jarak memotong, kemudian si pembonceng tu terbang terpelanting pergi depan (lane kiri), si pemandu motorsikal terjatuh di atas lane kiri kemudian dilanggar sipi-sipi oleh kenari, kemudian beliau terduduk di atas jalan raya. tidak dapat bergerak. dan si pembonceng yang terbang terpelanting tadi juga berada di atas jalan raya lane kiri di depan kenari kemudian beliau dilanggar lalu diseret oleh kenari tadi, dan tersekat di bawah kereta kenari."

(baca satu-satu sambil imejin untuk kemudahan pemahaman kamu sebab aku pun ingat satu-satu dan taip satu-satu untuk kemudahan pemahaman kamu. kalau nda paham, aku lah yang gagal meng-explain.)

lalu kami pun berhenti dan terkejut lebih kurang 3 saat. sambil ber-"astagfirullahalazim" banyak kali. kemudian si-tukang-hantar-aku-pergi-kerja keluar dari kereta dan terus lari tolong apa yang patut. dan aku yang dalam kereta memang totally hilang kawalan dan panik dan terkejut sambil kejap tutup mata kejap tengok mangsa yang tersangkut dibawah kereta. dalam kiraan 5 saat jugak lah. lepas tu baru terfikir. call ambulan! call ambulan! ok fine dalam kepala aku cuma tahu nombor 999. sambil panik sambil call, dengar jak suara hello, terus aku cakap tidak berhenti campur suara bergegar-gegar lagi;

"hello! tolong! ada eksiden sini.motor langgar kereta lepastu kereta langgar orang. ada orang bawah kereta! kami sekarang di, alaaaa saya pun tidak tahu nama jalan, sini Likas, depan church! tolong cepat!!!!"

(yang part call 999 ni bila fikir balik agak bongok juga. sebab rupanya 999 tu nombor 1 Malaysia. so memang pening la operator tu tadi pikir ni Indon mana telefon ni, binatang apa lah Likas ni)

panik ok panik. dengan aku yang buta-nama-jalan lagi. nasib baik si-tukang-hantar-aku-pergi-kerja datang balik masuk kereta sebab kereta sedang halang jalan. terus bagi telefon sama beliau untuk explain lokasi kejadian. dan aku masih lagi panik. sudah letak kereta di tepi jalan, aku tengok si pemandu motorsikal masih di atas jalan raya sebab patah kaki. dan si pembonceng berjaya dikeluarkan dari bawah kereta selepas orang ramai tolong angkat kereta kenari tadi. ok lega. syukur. at least tiada yang mati.

sesudah itu, menunggu ambulan hampir setengah jam juga. boleh dikatakan lambat juga sebab hospital bukan jauh dari tempat kejadian. lidut. bila call hospital tu balik, boleh pula dia tanya, "kenapa?kamu suda angkat tu orang?". agak bongok jugak lah soalan. sebab orang suda patah kaki. karang nda pasal-pasal orang yang menolong pulak kena saman sebab punca mangsa bertambah teruk.

dan bila ambulan datang, maka bergerak lah kami menuju ke opis. maka merah lah lagi punchcard aku pada hari tersebut. sekian terima kasih.

Monday, November 14, 2011

TADI BACA MALAYSIA KINI, DIA BILANG RAKYAT MALAYSIA PALING GEMUK DIKALANGAN NEGARA ASEAN.

ok mungkin betul lah tu. aku pun mungkin antara penyumbang kepada kedudukan Malaysia tempat pertama. [baca sini]


jadi aku pun kena berdiet sebab tidak lama lagi aku kena hadir satu majlis ni. for sure orang ambik-ambik gambar. kena senyum. kalau muka sudah lebar senyum pun lebar lagi lah nampak muka lebar. adoi. kena kurus siiiikit ni. #konon


kepada makcik timbalan menteri kesihatan, jom kita diet sama-sama! kesian macik kena kutuk sebab macik cakap orang lain gemuk tapi makcik pun sama jugak. jom macik jom!

"JOM COLLABORATE BUAT BLOG BARU?" TANYA JAMAL (BUKAN NAMA SEBENAR)

blog yang ini pun susah sangat aku mau update. malar ikut mood. dan kalau aku update pun malar cerita APA-BENDA-KO-CERITA-NI-VIVI-HADOIIII.



kamus dewan vivi,
malar bermaksud selalu/always/dan yang bersekutu dengannya.

Saturday, November 12, 2011

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF




soalan : siapakah yang berada di dalam cermin tersebut? *bajet-bajet cerita mistik*

Wednesday, November 9, 2011

TIPS UNTUK MENGECILKAN PERUT BUNCIT

Ikut langkah-langkah seperti dibawah.

1. Bangun pagi-pagi.

2. berdiri tegak kemudian tundukkan kepala lalu tenung perut anda sedalam-dalamnya.

3. bongkok kan badan.

4. buka baju.

5. lalu tampar perut anda banyak kali sambil cakap : "bikin malu!bikin malu!bikin malu!"''



sumber: FB.


ok fine. kalau tidak berkesan jugak aku tampar banyak kali siapa yang punya idea ni.

Wednesday, November 2, 2011

JADIKAN IKTIBAR.





syukur semua selamat. dan kepada jabatan keretapi, pemandu lori, stesen minyak SHELL, jabatan pengangkutan, JKR dan kerajaan serta orang awam juga orang luar, selamat menyalahkan antara satu sama lain. sekian terima kasih.