dupdupmyheart

Thursday, October 27, 2011

MOOD : CUTI.

kali ni ambik cuti panjang sikit dan jauh sikit. sebenarnya 5 hari jak. tapi 5 hari tu kira panjang lah bah selama aku kerja di company ni.


dan macam biasa. time-time dekat cuti ni lah semua masalah akan timbul-menimbul-nimbul. bikin panas.



cepat lah jam 6!

Tuesday, October 25, 2011

CERITA BANGAS.

walaupun kes 6-1 sudah reda sikit-sikit. tapi masih ada kipas-susah-mati-MU yang tidak puas hati sebab butthurt yang amat selepas dikutuk teruk-teruk dan bagi alasan-alasan punca kekalahan (berdasarkan status kawan-kawan aku lah). dan aku pun sudah muak dengan post-post yang emo gilak lebih kurang seperti berikut (selepas d edit) :

1. salah referee lah.
2. kamu team lain jangan menyibuk lah.
3. orang lain yang kalah orang lain yang membakar lah.
4. bagi peluang team lain menang lah.
5. team lain please shut up sebab kami sudah PUAS MENANG AND ITS TIME TO KALAH LAH.
dan sebagainya.


ok fine. team korang memang hebat dan puas menang. why not setiap kali sebelum game kamu wish ramai-ramai seperti berikut:


"MU TERUK! HARAP-HARAP MU KALAH TERUK GAME KEJAP LAGI! KITA SUDAH PUAS MENANG! GO MU!GO MU! WE LOVE MU!"


yalah, atleast kalau kamu kalah atau seri, orang team lain tidak lah meluat sangat. kesimpulannya, saling mengayam team kalah adalah perkara biasa. ah kamu bukan biasa kalah (kononnya), tulah pasal butthurt berlebihan. dasar anak manja. rilek sudahhhhhh. zzzzzzzzzzz

Wednesday, October 19, 2011

5 KALI AKU ULANG SOALAN YANG SAMA KEPADA ORANG YANG SAMA. SEBENARNYA SIAPA LAGI BESAR?

minggu lalu, aku jumpa KAWAN YANG SEDIKIT BESAR DARI AKU (sebenarnya besar banyak) dalam satu function. lepastu bergambar-gambar. ketawa-ketawa. gembira-gembira. lepastu macam biasalah, lepas bergambar-gambar macam biasalah masing-masing tengok gambar masing-masing dalam kamera-kamera yang terlibat.

lepastu cerita-cerita lah dengan beliau . Sekarang ni dia tengah ikut program menguruskan badan. bayar dalam RM1K plus with 30 sesi. ok lah tu. dia mampu. ada jugak lah perubahan siiiiikit. tapi still aku masih kecik dari dia lah. jadi aku pun berniat mahu puji dia ada perubahan supaya dia pun termotivasi sikit. baru jak aku mau buka mulut untuk pujian,



"HAISH. KENAPA AKU LAGI BESAR DARI KAU DALAM GAMBAR AR???"



ok fine. soalan dia buat aku terus keliru. sama ada mungkin aku yang perasan kecik dari dia atau mungkin aku memang gemuk yang amat di mata dia. niat puji terus kensel. terus aku reply dengan suara kecik tanda sopan "er memang lah" sambil bangun dan terus jalan. malas layan.


lama-lama karang aku upload jugak gambar badan budak tu. serius.

Tuesday, October 18, 2011

BILA 1 BANGUNAN TIADA AIR.

maka ramai lah pekerja-pekerja opis yang bergerak awal ke shopping complex berdekatan dengan alasan buang air kecil.




sekian.