dupdupmyheart

Saturday, August 27, 2011

BANTUAN.

akhirnya perkataan BONUS bertukar menjadi perkataan BANTUAN. semua pekerja dapat jumlah yang sama rata. ok lah tu kan daripada tiada.





tapi paling aku benci lah jenis manusia tidak tahu bersyukur. padahal kau bukan sambut hari raya pun. pui.

Tuesday, August 23, 2011

OH MAKANAN. KENAPA KAU SANGAT FOTOGENIK.

sedap di gambar, kurang sedap di mulut.







#hampa.

STATUS.

status bonus. sekarang ni bosbesar ok sudah. tinggal dato chairman yang baru tu pulak nda mau kasi lulus tu bonus dengan alasan konon company ni tiada keuntungan. WTFFFF.




JUAL BALIK VOLVO 300K YANG KO BARU BELI GUNA DUIT COMPANY TU LAH DATO!!!!

Friday, August 19, 2011

PERBUALAN MELALUI TELEFON.

aku : assalamualaikum puannn.

puanmulia : haa. waalaikumussalam. kenapa?

aku : ehem-ehemm.

puanmulia : apa ehem-ehem?

aku : ehem-ehem lah bahhhhhhhh.

puanmulia : apa itu?

aku : ehem-ehem bonus lahhhhhhhh. hihihihi

puanmulia : ko ni bibi.. bila la mama ni mau rasa duit kau.



TERUS AKU INSAF 5 MINIT. BARU AKU SEDAR UMUR SUDAH MAKIN ME-NUA TAPI MASIH AMBIL KESEMPATAN SAMA PUANMULIA. OK PUAN! MULAI RAYA TAHUN DEPAN SAYA AKAN BERUSAHA BELI BAJU RAYA SENDIRI! SEMANGAT!


-anak puanmulia-
yang sedang menunggu ketibaan puanmulia
untuk menyopping baju raya!yeehuuuu!

COPY AND PASTE

GADIS MELECUR DISIMBAH ASID


KOTA KINABALU: Seorang gadis melecur pada hampir seluruh wajahnya dan mungkin menghadapi risiko buta akibat disimbah cecair dipercayai mengandungi bahan berbahaya oleh seorang lelaki sejurus turun dari kereta di depan sebuah pasar raya di Taman Khidmat, Kolombong dekat sini baru-baru ini.

Dalam kejadian pada Rabu kira-kira jam 2 petang itu, selain cedera pada mata, Ling Siew Teen, 22, turut melecur pada pipi, hidung, bibir dan dagu berikutan terkena cecair yang dipercayai mengandungi bahan berbahaya.

Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembinaan dan tinggal di Taman Nelly, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian agak bernasib baik kerana bahan berbahaya itu dipercayai sudah dicampur air.

Ketika ditemui di Wad Mata Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini kelmarin, Ling berkata ketika kejadian beliau turun dari kereta untuk ke pejabat syarikat kontraktor bapa saudaranya di tingkat satu dalam bangunan pasar raya berkenaan dan tiba-tiba terdengar seorang lelaki memanggilnya dari belakang.

Sebaik saja mangsa menoleh, seorang lelaki yang memandu kereta Perodua MyVi memberhentikan keretanya, lalu menyimbah sejenis cecair ke muka mangsa.

Sejurus sebelum dibawa masuk ke wad berkenaan, mangsa sempat membuat laporan di pondok polis hospital itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Peter Umbuas yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan. Setakat ini belum ada sesiapa ditahan.


CREDIT TO:BORNEO POST

---------------------------------------------------------------------------------------


kemarin kawan-kawan dalam FB aku semua post status seperti berikut:


ATTENTION TO ALL KK PEOPLE !! a few hours ago a girl was sprayed with acid on her face somewhere near BUKit PADANG (area kita wei). The incident took place in her car when the man tried to rob her handbag. Please beware!.. COPY and PASTE it on your friends wall.


oleh sebab aku kadang-kadang malas percaya berita-berita melalui status ni jadi aku buat bodoh jak lah. sekali rupanya betul sampai keluar berita. adede! ok nampaknya trend simbah-simbah asid ni sudah sampai di Sabah. maka laku lah penjualan asid selepas ini. sekian terima kasih.

Thursday, August 18, 2011

BERITA CAKAP KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS SEPARUH GAJI ATAU MINIMUM RM500.

oleh sebab tempat kerja aku ni anak syarikat salah satu kementerian di Sabah ni, jadi setiap kali berita-berita macam tu ada lah juga kami kena tempias sikit-sikit. terutama bahagian bonus. kalau BOSBESAR cakap OK BOLEH PROCEED ertinya dapat lah yang sepatutnya. tapi kalau BOSBESAR cakap NANTI maka tidak ok lah tu.(tapi selalunya ADA-TAPI-LAMBAT)


dan setiap kali perayaan mesti pekerja-pekerja-kafe awal lagi sibuk tanya;

"kak ada bonus?"

"kak ada duit raya dari opis?"

"vivi ini raya tahun raya bonus bila keluar?"

"vivi bila itu bonus masuk?"


dan bila aku suda fedap balik-balik kena tanya. dan aku pun boring sudah bagi jawapan "bawalah bersabar-mungkin ada-tunggulah-dan sebagainya". oleh itu ikutilah sketsa di bawah ini :


aku : "SIAPA CAKAP ADA BONUS? TAHUN NI BOS TIDAK BAGI. SALES PUN KURANG. BLABLABLABLA"


budak : "kenapa pula tiada. macamana mau raya? tapi berita cakap ada. ada keluar dalam TV3"


aku : "SIAPA CAKAP? TV3 KAN? OK PERGI MINTA DENGAN TV3"


budak : "errrr.."



dan tiada lagi persoalan. sekian terima kasih.

Monday, August 15, 2011

KEHADAPAN PUAN MULIA.

sempena bonus raya tahun ni, puan belanja bah saya baju raya ok? sebab bos saya belum kasi lulus lagi itu kami punya bonus. kesian saya. saya harap puanmulia paham.





yang mengharap,
anakmu.

--------------------------------------------------------------------

mode : atur strategi.



sekian terima kasih.

Wednesday, August 10, 2011

SAFETY FIRST.

raya tahun ni nda payah main bunga api / mercun dan sebagainya. kita main benda ni jak. pusing-pusing sambil nyanyi lagu raya.


done beli dua! satu untuk si toyol. satu untuk saya. kihkihkih

Tuesday, August 9, 2011

TERIMA KASIH BOS.


pandai bos pilih size.

Tuesday, August 2, 2011

PENGALAMAN SAYA MEMBELI MINYAK MASAK KETIKA BULAN RAMADHAN.

ok semua orang tau, asal tiba jak hari-hari perayaan, maka bermula lah gula habis lah. minyak habis lah. tepung habis lah. dan sebagainya lah.

hari ni, outlet aku agak kebingungan mencari minyak masak. kalau minyak masak yang mahal tu memang lah ada. tapi kos kompom naik-naik gila. jadi aku pun tolong lah kunu mencari ni minyak dalam bungkusan plastik tu. sudah habis pusing sana sini, last-last jumpa la satu kedai ni. SALMAN KHAN ENTERPRISE. lega!


aku : " ada jual 1 caton ka?"

salman khan : "tiada"


ok. baiklah tiada. jadi aku angkut satu satu. oleh sebab aku nda larat mau angkat banyak, aku kira sampai sepuluh, letak atas kaunter.


aku : "ok kira"


adalah dalam beberapa saat tu macha tu tengok aku sambil geleng-geleng.


salman khan : "amoi boleh ambik 4 saja"

aku : "tapi saya mau beli 10 juga, boleh la bah"


salman khan menggeleng-geleng. aku bagi turun 5, jadi balance atas meja ada 5.


aku : "boleh lah bah 5 bungkus kannnnnnnnnn"

salman khan: "ok amoi, kalau orang lain boleh ambik 1 bungkus saja"

aku : "haiya, saya kasi maju ko punya bisnes, ko tidak mahu pulak. ok kira"


kejap cakap 4 kejap cakap 1. ceh. ok habis bayar. aku simpan barang di kereta. oleh sebab 5 bungkus tidak cukup untuk 1 outlet, jadi aku suruh kawan aku beli dua bungkus lagi dan berlakon jadi pembeli minyak yang lain. kalau aku minta beli banyak kompom-kompom ketara sangat pembeli tu kawan aku. haha aku siap cakap, "ko pergi beli, aku bertapuk(menyorok) dalam kereta, supaya nda kedapatan (kantoi)"


beberapa minit kemudian. kawan aku bawak dua bungkus minyak sambil ketawa-ketawa.

"TU SALMAN KHAN CAKAP, HAIYA AMOI, YOU PUNYA KAKAK SUDA BELI 5 KENAPA MAU BELI LAGI? JANGAN MAU TIPU LA AMOIIIIIII"

Monday, August 1, 2011

PEKELILING CAKAP,SEMPENA RAMADHAN, HANYA STAFF PEREMPUAN MUSLIM YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA DIBENARKAN BALIK PUKUL 3 PETANG.

maka bermula lah acara peng-google peng-google pekeliling meng-google pekeliling tapi sampai ke blog ini.



sekian terima kasih.