dupdupmyheart

Monday, June 27, 2011

LU SANGSI LU MATI.

bulan June ni dua kali aku sakit tonsil lalu mengakibatkan demam. dua kali itu jugaklah aku pergi KLINIK PANEL kesayangan aku. oleh sebab aku pernah berpengalaman-yang-best-gilak di klinik tu, aku jadi macam lebih banyak sangsi. tapi oleh sebab duit tidak mengizinkan untuk pergi klinik lain, aku pun teruskan lah niat dan ber-tabah jak lah pergi klinik yang terpanel.



sakit masa pertama:

kena rawat oleh doktor part-time dari hospital kerajaan. ok sikit. cek dengan semangat. cek dada, cek mulut dan sebagainya. siap lukis rupa bentuk tonsil. ada sikit meyakinkan. bagi ubat. bagi MC.



sakit lagi dua minggu lepastu:

kena rawat oleh owner klinik. tanya apa sakit-dengar-dengar-angguk-angguk-tulis-tulis-cek-tarak! ok. mungkin dia refer kepada sakit sebelum ini seperti yang tercatat pada KAD PESAKIT. tapi kad pesakit yang dulu, doktor kerajaan tu ada main lukis-lukis. mana entah? abaikan. sakit buat cara sakit. doktor tu bagi ubat. bagi MC.


soalan: sakit pertama dan kedua adalah sakit yang sama. tapi UBAT LANGSUNG TIDAK SAMA OK. GUA SANGSI NI BEB. GUA SANGSI. HARI TU ADA UBAT MACAM GULA-GULA MAIN HISAP-HISAP, NI KALI TIADA LA PULAK. TAPI TIDAK APA. NASIB BAIK GUA BUKAN JENIS MAKAN UBAT.


lepas tu, dapat MC. tiba-tiba aku ter-tengok number IC dalam MC tu. 791009******. aik bila masa pulak umur aku 32 tahun. tengok nama. nama depan betul sudah, sekali nama belakang jadi VIVI ZAITON (CONTOH). aku pun terus pergi kaunter,

"kak ni bukan nama saya"

kak tu pun macam bengang-apahal-pulak-bukan-nama-kau-sah-sah-dari-KAD-PESAKIT-kau. (mungkin). lepas tu kakak nurse tu pun ambik kad pesakit lepas tu tanya nama aku lepastu tersengih-sengih. lepastu buat MC baru. lepas tu minta maaf segala-segala. aku pun dengan tiada daya dan memang tidak larat sudah terus memaafkan yang sepatutnya. malas mau kasi besar-besar perkara.


masuk kereta. sampai rumah. tapi bila aku pikir-pikir. doktor tadi mana ada cek aku. dia dengar dan baca kad pesakit aku-konon. lepastu bagi ubat. tapi kad pesakit tu salah dan sah bukan kad pesakit aku. SANGSI LAGI.


GUA SANGSI NI BEB. SANGSI GILA BABI. TAPI NASIB BAIK DAPAT MC. DAN HARI NI GUA SIHAT SEPERTI BIASA. GUA RASA LEPAS NI MAKAN MC JAK LAH. DARI BERISIKO MAKAN UBAT YANG ENTAH BETUL KA TIDAK. TAPI KALAU UBAT KURUS GUA MAKAN BEB. OK TAMAT.

Saturday, June 25, 2011

JOM HEBOH!

demi usop wilcha aku sanggup turun stadium likas. lepas tu minta ajar cara melembutkan tangan. lepas tu aku balik.






vivi(bukan nama sebenar)
pernah mencederakan orang secara tidak sengaja.
bertekad untuk menjadi lembut tahun 2011.

Friday, June 17, 2011

BILA LA TURN MAHU BERTUAH-TUAH NI.

awal tahun 2011 haritu habis kecoh pasal bangunan shopping complex karamunsing di kk ni mau runtuh lah apalah blablabla. semua orang SWEARRRRR-SAMBIL-ANGKAT-JARI-PEACE konon tidak mahu jejak kaki pegi sana la. KONON. takut mati free la apalah blablabla. memandangkan opis aku bersebelahan dengan shopping complex ni, pesanan dibawah ini tidak asing bagi aku. contoh:

"VIVI KAU JANGAN LAH MAU PERGI BANGUNAN KARAMUNSING TU, NANTI RUNTUH, SUDAHLAH GEMUK, BUKAN KAU DAPAT LARI CEPAT-CEPAT. "

ATAU

"VIVI KAU JANGAN LAH MAU PERGI BANGUNAN KARAMUNSING TU, NANTI KAU LAH PENYUMBANG PUNCA BANGUNAN TU RUNTUH."


ok bikin panas disitu.


tapi sekarang ni tidak lagiiii, sejak wujudnya PERADUAN SHOP & WIN MONTHLY DRAW DAN MENANG RM10000, RM3000, RM2000, RM1000 DAN RM500. dengan menyopping rm200 dapatlah 1 tiket bakal bertuah. di situ aku tengok bertimbun orang-orangan mengalahkan orang buat parti rusuhan yang turun setiap 15haribulan setiap bulan untuk mendengar nombor sendiri kena panggil dan memegang cek berjumlah rm10000. bulan lepas yang dapat RM10000 budak perempuan yang memang totally gila-blurrrrrr-tidak-percaya-dapat-rm10000. baru-baru ni pulak pacik-opis-mana-entah dapat RM10000. gila wooooo. ok nampak kan? sebenarnya mereka adalah penyumbang punca-punca ke arah keruntuhan bangunan.


OK KANTOI AKU PUN DI ANTARA "PUNCA" TERSEBUT. SEKIAN TERIMA KASIH.



ni sebenarnya hasil kazen aku beli laptop kemudian aku mengoffer-diri untuk bersedia dipanggil sebagai bakal pemenang rm10000. TAPI LANGSUNG TIADA SIPI-SIPI PUN NOMBOR KENA PANGGIL. CEH! BUANG MASA.


lagi: aku ingat tiket yang aku pegang seperti dalam gambar di atas lah yang paling banyak. siap bajet ada harapan ni kena panggil dua kali. "ALAAA MALU LAH PULAK MAHU NAIK ATAS PENTAS KARANG, KALAU TER-DUA KALI KENA PANGGIL NANTI LAGI MALU, HUHU" -BAJET GILAK! sekali rupanya orang lain siap berinci-inci lagi ada tiket bakal bertuah-konon-lah. cis!

Wednesday, June 15, 2011

TEKAD.

rutin harian aku:

bukak intenet, bukak blog, klik NEW POST. lepas tu biar. lepas tu klik X. rehat. lepas tu bukak blog balik, klik NEW POST, lepas tu biar. lepas tu klik X. rehat. lepas tu bukak blog balik, klik NEW POST, lepas tu biar. lepas tu klik X. rehat. lepas tu bukak blog balik, klik NEW POST, lepas tu biar.


lepas tu fedap.


besok.


bukak intenet, bukak blog, klik NEW POST. lepas tu biar. lepas tu klik X. rehat. lepas tu bukak blog balik, klik NEW POST, lepas tu biar. lepas tu klik X. rehat. lepas tu bukak blog balik, klik NEW POST, lepas tu biar. lepas tu klik X. rehat. lepas tu bukak blog balik, klik NEW POST, lepas tu biar.



lepas tu fedap.


besok.


bukak intenet, bukak blog, klik NEW POST. lepas tu biar. lepas tu klik X. rehat. lepas tu bukak blog balik, klik NEW POST, lepas tu biar. lepas tu klik X. rehat. lepas tu bukak blog balik, klik NEW POST, lepas tu biar. lepas tu klik X. rehat. lepas tu bukak blog balik, klik NEW POST, lepas tu biar.



LEPAS TU FEDAP.



tapi harini aku betul-betul TEKAD mau update entry. SERIUS. kalau tidak SAYANGLAH BUFFERED EARNING I YANG BERATUS-RATUS TU. #sarcasm. ok nampak betul menipu dan nampak sangat TEKADNYA DI AWAL PAGI. bai!

Monday, June 6, 2011

WANITA ANGGUN.

lokasi : dewan kampung.
acara : hari ibu


semalam tiba-tiba ter-join aktiviti kampung. sambutan hari ibu sambil makan sambil beramal apa entah. lepas tu setel-setel acara semua. cabutan bertuah. anugerah itu ini. bla-bla-bla. tiba-tiba EMCEE cakap ada anugerah kejutan. iaitu anugerah ibu anggun. aku terus tengok mama aku aka puanmulia, auntie aku, dan auntie aku. tengok dressing diorang. AKU CAKAP TERANG-TERANG DEPAN DIORANG SAHSAH KALAH SEBAB MEMANG TIDAK ANGGUN LANGSUNG YOU.


"JATUH KEPADAAAAAA........PUANMULIA!"


OMGGGGGGGGG. KAKKAKAKAKAA.

aku memang ketawa gila gila berabisan tahu. bukan ketawa tanda eksaited menang. tapi ketawa sebab puanmulia buat muka terkejut dan tidak puas hati macamana boleh menang. nda pasal-pasal terpaksa naik pentas depan orang ramai. NEVESSSS LA TUH!HAHA



fakta: PUANMULIA MEMANG SEORANG YANG GILA-GILA PEMALU GILA-GILA. MACAM SAYA. KONON!

Saturday, June 4, 2011

TAKTIK.

hari ini kawan sekolah aku kawin. pastu aku TER-janji dengan kawan aku si juju pergi la majlis kawin tu. kalau namanya KAWIN KAWAN SEKOLAH, PASTI LAH BEKAS BUDAK-BUDAK SEKOLAH AKU DAHULUKALA PUN DATANG. ok ertinya macam aku serah diri untuk di soal-soalan wajib "VIVIIIIIIII KANAPA KAU GOMUKKKKKKK SUDA INI OOOO??????" SAMBIL BUAT MUKA SEMANGAT OK.

nampak kan disana lah punca keikhlasan aku untuk bersosial terbantut. tapi kalau aku kensel karang kompom-kompom juju pulak merajuk dengan aku. oleh itu aku bawa lah si toyol ikut sekali pergi tengok orang kawin. KERANA APA?


KERANA PERANGAI SEORANG BUDAK BERUMUR 4 TAHUN APABILA BERADA DITEMPAT YANG RAMAI ORANG LEPASTU PANAS LEPASTU SESAK AKAN BERUBAH SECARA DRASTIK PADA BILA BILA MASA, DAN MEMBUATKAN BELIAU KURANG SELESA LALU INGIN MENANGIS DAN AKHIRNYA:

"KAKAKKKKKKK MAU BALIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK".


"BEB SERIUS GUA MAU TUNGGU PENGANTIN KELUAR BERSANDING TAPI MALANGNYA ADIK GUA BUAT HAL BEB. GUA TEPAKSA BALIK BEB. SORI BEB.OH BEB!"