dupdupmyheart

Saturday, May 28, 2011

RESEPI.


emmmmmmmmmmmm. SEDAPNYA!!!!!

Thursday, May 26, 2011

MAKAN LADA.

kalau dulu, masa budak-budak, suka ajuk-ajuk cakap orang. lepastu pandai terjangkit. lebih lebih lagi bila dengar macik-macik yang melatah perkataan-perkataan DALAMAN contoh TET! TET! dan sebagainya TET.

jadi satu hari tu, terlepas cakap depan puanmulia perkataan TET tu masa marah adik. ko tahu apa tindakan puanmulia? UINA GENG. LADA MASUK MULUT TERUS. aku rasa nenek aku pun pernah bagi lada mulut aku. hadoiii. lepastu memang insaf terus. kalau tercakap komfom lastik lidah sendiri tanda minta maaf sebab termencarut. itu kira denda paling ringan untuk diri sendiri selain makan lada. haha even bila terlepas cakap perkataan SUNDAL pun secara AUTO lastik lidah sendiri. kalau sekarang? jangan tanya la soalan bodoh. mencarut terusssss. haha tapi kalau depan puanmulia memang cari nahas la.


dengar lagu bawah ni:

KALAU LAGU NI WUJUD MASA AKU BUDAK-BUDAK DULU. KOMFOM LAH SAMBIL NYANYI LAGU NI SAMBIL MAKAN LADA SAMBIL LASTIK LIDAH SENDIRI. HAHAHA

Wednesday, May 25, 2011

MAHU LETAK TAJUK APA ENTAH. DUHH.

ok sebenarnya aku nda ambik kisah pun pasal acid-splasher ni. mungkin sebab benda ni bukan jadi di area tempat tinggal aku. jadi keperatusan untuk terlibat dalam acara disimbah asid memang kosong la. lagipun aku ingat cerita surat kabar ni tipu-tipu-supaya-surat-kabar-laku. duhh!

tapi semalam. kawan aku cerita. kakak dia yang kerja di KL. pukul dua petang macamtu sepatutnya si kakak ada jumpa client. sebelum tu si kakak balik rumah dulu hantar barang. parking depan rumah. si kakak pegi bonet ambik barang. lepas tu tiba-tiba si kakak dengar bunyi motor kuat sangat belakang si kakak dan menghampiri beliau. jadi si kakak ni terkejut dan secara auto terus lari masuk rumah. lepas tu budak motor tu marah dan tanya kenapa si kakak lari. si kakak pun cakap tiada apa-apa dan bagi alasan apa entah. lepas tu budak motor tu masih tidak puas hati. dan masih berada atas motor. dan tanya sambil marah. last-last budak motor tu cakap;

"APA KAU INGAT SAYA NI YANG BUANG ASID TU?"

si kakak sebenarnya tidak terpikir pun pasal penyimbah asid tu. mungkin dalam kepala dia peragut ka apa sebab dalam sejarah hidup beliau pernah kena ragut oleh budak motor. tapi bila si kakak tengok dalam bakul motor budak motor tu, si kakak nampak bungkusan plastik warna hitam, terus si kakak menggigil-gigil dan ber-situasi-kan kejutan-tahap-6. budak motor tu pun jalan bila awan menandakan hari mahu hujan. lalu si kakak pun menelepon polis sebab ciri-ciri penyimbah asid tu 80% adalah dia.

-kurus
-hitam
-motor EX5


ok kepada semua wanita-wanita di semenanjung sana, berhati-hati lah, dan ikut lah nasihat para-para yang berkenaan. sekian pesanan khidmat masyarakat dari wanita-wanita di sabah.


dan


untuk kebaikan bersama juga, kepada lelaki yang kurus dan hitam sejak azali, kurangkan menunggang motor dalam keadaan yang mencurigakan dan beli lah baju "SAYA BUKAN ACID-SPLASHER". sekian terima kasih.

Tuesday, May 24, 2011

MAIN TAPUK-TAPUK.


kamus:

main tapuk-tapuk tu maksudnya main sorok-sorok ok. dulu aku pernah post video LANGGAR PANTAT KERBAU ertinya langgar bontot kerbau. bukan langgar TUT kerbau.



sekian terima kasih.

KALAU TIME MURAH MEMANG I LOVE U TERUS!


I LOVE U LAH AIRASIA!

Monday, May 23, 2011

SEMALAM

KECUAKAN KEBUAKAN:


ertinya: cuak membuak-buak.

MINTA KEBENARAN.

1998:

dulu masa sekolah menengah. zaman budak-budak. selalu spot budak-budak lelaki kiut. tapi setakat pandang-pandang jeling-jeling lah. masa tu prinsip "SAYA TIDAK AKAN BERCINTA SELAGI UMUR BELUM 21 TAHUN. KONON"



lepas tu, akhirnya tersatu kelas dengan satu budak laki kiut. antara bikin pencuci mata di sekolah. lepas tu, terjadi lah tradisi kirim-kirim salam yang dimulakan oleh budak laki tu. er... tapi aku bila budak laki kirim salam aku terus nerves dan fobia dan buat bodoh, akhirnya tiada apa-apa terjadi antara kami sampai lah habis sekolah.


2011:

#FB. berbasic kan information seperti di bawah:


tiba-tiba ada orang add dan hantar mesej.

"hai vivi, aku ni BAKAR (BUKAN NAMA SEBENAR), kawan sekolah kau dulu. kau ingat lagi? nama anak perempuan aku ambik sempena nama kau"


"ingat bah. hee jadi apa la nama anak ko?"


masa tu aku ingat mungkin dia ambik satu nama aku pastu buat gabungan ka apa, macam contoh "vivi nurhaliza ka vivi fatimah ka dan sebagainya"


"vivi ******. boleh bah kan?"


EXACTLY GILAK. SIAP MINTA KEBENARAN. NDAKAN LAH AKU MAHU CAKAP "EH EH NDA BOLEH, TU NAMA AKU SORANG DI DUNIA NI YANG PUNYA". HAHA NI MESTI KES BERANGAN MAU MAIN GABUNG-GABUNG NAMA DENGAN AKU DULU KALAU AKU TERCINTA MONYET DENGAN DIA. HAHA

Sunday, May 22, 2011

HAIYAYA DOKTOR.

tangan sebelah kiri aku tiba-tiba gatal-gatal lepastu jadi kasar lepastu berbintik-bintik lepastu gatal-gatal lepastu merah-merah lepastu sakitsakit. lalu aku bawa lah jumpa dengan doktor di klinik panel opis aku. lepastu doktor tanya kenapa? aku pun cakap lah.

"doktor tangan saya dimulakan dengan gatal-gatal. jadi saya pun garu-garu lah. saya ingat gatal-gatal TANDA ISYARAT TERIMA DUIT. jadi saya pun garu-garu la dengan senang hati. tiba-tiba besok pagi sudah jadi macam ni"


setelah doktor tengoktengok tanpa pegang dan periksa,


"INI BUKAN GATAL TERIMA DUIT, INI KUDIS BUTA"


ok fine! tiba-tiba la pulak aku ada kudis buta. aku pun ubah lah statement gara-gara kena cakap kudis buta.

"er...doktor saya rasa ini pasal allergik. sebab kemarin saya makan seafood. sebab dulu saya allergik seafood. tapi sekarang saya main makan seja"


dia angguk-angguk. kemudian geleng-geleng. kemudian hmm-hmm. kemudian tulis-tulis.


"mungkin jugaklah pasal allergik. ok saya bagi ubat. makan sampai habis. sapu ubat di tangan . jangan makan seafood buat sementara waktu. kontrol makan blablablablabla"



besok.


aku pun sapu la ubat krim yang kena bagi tu. ok lah juga. bintik-bintik tu ada turun sikit. tapi yang aku hairan tangan aku panas. lepas tu macam terbakar. aku sapu lagi ubat krim tu dalam ofis. dengan harapan cepatlah kau hilang. tiba-tiba budak opis tegur.

"vi, ubat apa ko sapu tu?"

"entah ubat doktor bagi bikin hilang ni gatal/bintik/dan sebagainya."

"vi salah doktor tu bagi ko ubat, ubat ko pakai tu untuk kasi lega kejang sama blablabla"


aku pun terus lah telepon klinik dan tanya. SAH doktor tu bagi salah ubat. SAH!SAH!SAH! tambah tambah lah KEMENGGURUTUAN tangan aku. tiba-tiba dapat call dari pembantu klinik tu,

"cik kami minta maaflah, doktor tersalah bagi ubat. ITU DOKTOR KERAJAAN YANG BUAT PART TIME DI KLINIK KAMI. kami ganti tu ubat, tapi saya minta tolong supaya jangan bagitahu bos besar kami"


doktor part-time tu pun siap telefon minta maaf. aku pun ok jak lah. kesian pulak aku sama dia. nda apa lah.


tapi,


SEBENARNYA MASA TU BARU JAK TERNIAT MAU SKIM CEPAT KAYA PERGI SAMAN 11 JUTA DEKAT KLINIK TU. TERBAJET BAIK LA PULAK. CEH!

Friday, May 20, 2011

SAYA TOLONG IKLAN : BORNEO GRIND FEST#1



KEPADA YANG BERDEKATAN. BESOK BOLEH LAH BAWA SAUDARAMARA DATANG BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS. SEKIAN TERIMA KASIH.


ayat macam ajak kenduri. LOL.

ALPHABET.

A-B-C-D-E-F-G-H-I-J-K-L-M-N-O-P-Q-R-S-T-U-V-W-X-Y-Z.






ok ketara tiada idea mau tulis entry.



sekian.

Thursday, May 12, 2011

KECEWA.


dulu kamu dalam wishlist saya. tapi- ktanxbai.


LOL.

Saturday, May 7, 2011

TEKNIK

kadang-kadang teknik penyindiran harus ikut lorong yang betul. sebab kalau salah lorong, ia boleh sampai kepada orang yang salah. maka terjadilah makdal (maksud : makan dalam).




masalah lagi. haiya!

Thursday, May 5, 2011

KANTOI.

bila kau berabis mau tapuk (maksud:sembunyi) semua benda.
last-last kedapatan(maksud:kantoi) depan mata.


option:


1. saya biar kau nampak saya dan biar kau lari sebab malu.
2. saya lari sebab takut kau malu sebab nampak saya.



bodohnya saya buat perkara nombor 2.

SEMUA SALAH.

kenapa setiap kesalahan orang kau nampak tapi tidak pikir diri sendiri? itu tidak boleh. ini tidak boleh. tapi kau boleh. madapak shial.




saya doa kau terlepas "BRAND MAHAL-MAHAL ADA SALE BESAR-BESARAN GILA MURAH SAMPAI GILA. SIAPA TERLEPAS BOLEH BUNUH DIRI." -contoh-




sebab benda macam tu boleh bikin kau gila sasau kalau terlepas. dan lebih kasi sakit hati kau. sekurang-kurangnya saya tidak kasi doa kau yang bukan-bukan.

Tuesday, May 3, 2011

SELAMAT.

majlis tunang kazen pun selesai. syukur lah semua selamat. tapi macam aku kurang selamat sikit. sebagai anak sulung di rumah soalan-soalan seperti ini ada lah wajib yo!

"VI BILA TURN KAU? BILA MAU TUNANG? BILA MAU KAWIN? BILA-? BILA-? BI? BLA-BLA-BLA"


jawapan paling selamat memang aku sudah sedia awal-awal. biar aku taip balik salah satu soalan.


soalan : "VI BILA KAU MAU TUNANG?"

jawapan : "BULAN NOVEMBER NI. KO NDA TAHU?"

soalan : "BETUL?"

jawapan : "YA LAH! TAPI NDA TAHU TAHUN BILA"


sekian terima kasih.