dupdupmyheart

Thursday, April 28, 2011

MERAGUT.



aku duduk makan dengan kawan-kawan. tiba-tiba cerita pasal kes ragut-ragut sana sini. sebenarnya baru tertengok kes ragut dalam video ni. nampak betul aku ketinggalan zaman tengok berita tahun lalu.haiya. ok return cerita ragut. rasa seram-geram semua ada. serius kalau ada peragut meragut depan mata, contoh lah konon masa tu aku dalam kereta. komfom-komfom aku suruh orang yang drive tu pergi langgar peragut tu. kereta kemek belakang kira.


pastu kawan aku sorang tu cerita. satu hari dia nampak ada peragut. dia perasan peragut tu tengok kiri kanan sebelum peragut tu meragut. lepas tu peragut tu pun meragut. kawan aku pula nda boleh buat apa-apa. kasi biar jaklah.


aku dengan EMOSI tanya KENAPA?? dan jawapannya adalah:


"KAMBING TU MERAGUT RUMPUT. MAHU BUAT APA?"


sabar vivi. sabar. Tuhan sayang orang-orang yang bersabar. sekian.

Wednesday, April 27, 2011

KUMEG.

saya ada kawan. kawan baru. setakat kawan-kawan la. perempuan. lebih gemuk dari saya. oleh sebab dia lagi gemuk dari saya, saya selalu mengelak untuk menyebut perkataan "gemuk" dan tidak merungut yang saya pun ada ciri-ciri kegemukan demi untuk menjaga hati beliau dan mengelak beliau terasa down ka apa. sekurang-kurangnya saya bersyukur yang saya ada sedikit kecil dari beliau.


situasi 1.

dia : aku selalu minum air banyak-banyak. botol besar tu pun tidak cukup.

saya : ih. aku paling lah malas minum air banyak. malas.

dia : nah! itu lah sebab kau gemuk!

saya : oooooo.



situasi 2.


dia : kau tidur selalu macamana? gundah?

saya : ih. paling lah aku gundah tidur. dari hujung sampai hujung boleh sukat bilik.

dia : patut pun kau gemuk. kau tahu tidur yang macamtu la punca gemuk.

saya : ooooooooooooo.



situasi 3.
situasi 4.

dan banyak lagi.


soalannya, saya bukanlah terasa kah apa kah tapi perlu kah saya menjaga hati beliau selepas ini? tapi selalunya orang gemuk cepat terasa bila perkataan gemuk diaktifkan. macam saya.

Monday, April 25, 2011

AYAT KAVER.

soalan :

macamana boleh sesat? macamana boleh salah beli? macamana boleh jatuh? macamana boleh salah? macamana boleh tidak nampak? macamana boleh bla-bla-bla? kenapa begitu? kenapa begini? mengapa begitu? mengapa begini? macamana boleh? macamana? macamana? macam? ma?


dan bermacamana-macamana soalan.



jawapan :

MATAKU DITUTUPI SYAITONNNNNN.

SETIAP DUA PULUH LIMA HARI BULAN SETIAP BULAN.

sana sini mesti cerita pasal gaji-bikin-bayar-hutang.


gaji.


gembira sekejap.


hutang.

hutang.

hutang.

hutang.

hutang.

hutang.


bankrup!


aku rasa. sebelum terima gaji memang aku already-sedia declared bankrup. haiya!

Thursday, April 21, 2011

GIGI.

aku nda paham lah apa masalah gigi ni. haritu ada satu gigi aku dibelakang ni sakit gilak. tampaltampal macamana pun tetap sakit. lastlast aku cabut. setel. dua tiga hari kemudian dia pindah pergi gigi lain. dua tiga bulan kemudian yakni dua tiga hari yang lalu, baru aku buat keputusan untuk cabut. nasib baik gigi belakang. tidaklah nampak rumpang.

*maksud rumpang = tiada gigi seperti gambarajah dibawah*

ok kira setel la kan. tapi sekarang ni sakit tu pindah lagi pergi gigi lain. hadoiii. macam suku kaum NOMAD SUDAH KAU GIGI!

Friday, April 15, 2011

SUDAH LAH TUA. GATAL LAGI.

apa yang aku perasan, tahap konfiden pacik-pacik tua lagi tinggi berbanding orang-orang muda seiring dengan tahap kegatalan mereka. serius. menyampah gilak ok.

oh pacik.
ini sajak untuk kau. supaya kau sedar bahawa ko sudah tua dan kubur kata "come-to-me-come-to-me".

saya senyum tanda tahan hati.
saya senyum tanda saya masih respek kau
saya senyum tanda tidak mahu kasi malu kau.
saya senyum tanda mulut saya malas mahu memaki.
sekian terima kasih.


oh ya. kepada siapa yang rasa diri dia tua tapi tidak gatal boleh duduk diam. jangan mau minta puji mahu terasa-terasa.


end.

BUKANLAH BERRRRRAT SANGAT . TAPI KALAU SETAKAT KASI PATAH KERUSI TU NO HAL LAH!

dulu hasil 68 KG (kisah)



sekarang hasil 75 KG :


kesian dengan kerusi kan? kesiaaaaaaaaaaaaaaan. boleh lah kawan-kawan sedekahkan alfatihah.



sekian terima kasih.

Tuesday, April 12, 2011

KEJORA DAN BINTANG.

sekarang ni yang aku tahu manusia-manusia-gila-sinetron mengalami sindrom kejora dan bintang. ofis cerita-cerita kejora. cafe cerita-cerita bintang. kawan cerita-cerita janet. aku terkecuali sebab aku betul-betul NO IDEA itu cerita apa entah.tapi family aku tidak terkecuali. paling gila sinetron yang aku rasa semua sinetron memang komfom dia tahu adalah nenek aku. KSMS! kipas-susah-mati-sinetron ok.


aku balik kampung. cerita-cerita dengan nenek.


"Nek, kita nda tengok kejora dan bintang?" (subtitle : nenek tidak tengok kejora dan bintang?)


"aih!malasku. bari sakit hati. naik darah ku" (subtitle : malas. bikin sakit hati. nanti naik darah)


"oo..bah ngam lah. jangan tah tinguk. nanti tinggi tekanan darah kita " (subtitle : bah. jangan lah tengok. nanti tinggi tekanan darah nenek) <---entah ada kaitan ka apa. tapi ini menyindir okkkk. lol.


TAPI TEPAT JAM 6.29 PEGANG REMOTE TEKAN BUTTON 1-0-4. SEKIAN TERIMA KASIH.

Monday, April 11, 2011

AKHIRNYA TURN AKU SAMPAI.

kadang-kadang perkara-perkara akan di "cakap-cakap belakang" ni dimulakan dengan perasaan-instinct. apabila mula rasa mendapat instinct, peratusan mendapat "cakap-cakap belakang" adalah tinggi.

itulah pasal:


dan bila turn kau sudah sampai, apa yang patut kau buat?


SAYA PILIH IGNORE DAN TERUS HIDUP.


mari boo dan ketawa berdekah-dekah beramai-ramai.


BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!
KEDEKAHKEDEKAHKEDEKAHKEDEKAHKEDEKAH!!!

Sunday, April 10, 2011

BAWAH UMUR.

tadi kenduri doa selamat sempena nenek hajjah pergi umrah. lepas tu ikut la lepak dengan kazen-kazen aku yang bawah umur. lepas tu aku pun korek lah rahsia budak-budak bawah umur ni semua. siapa yang diorang suka. rahsia kazen-kazen bawah umur yang lain. ok fine! kecik-kecik lagi pandai main suka-suka sudah ok.


"hanafi ada GF!" <--sebut G.F ok!

"kak bb! aku tahu BF shasha!" <--ni kes bocor rahsia kazen-kazen yang lain.

"dulu aku suka adam. tapi haritu dia kenyit-kenyit mata sama perempuan lain.getek!" <--siap buat gaya kenyit mata lepastu marah.

"ada orang add aku di FB kak, lepas tu dia bawa aku COUPLE! aku nda mau, sebab dia gemuk!<--ni berabisan aku ketawa. siap sebut perkataan couple. hadoiiii

"dalam kelas aku kan kak, paling HEMSEM si adam, tapi dia suka orang lain"

"haritu ada orang bagi bunga, dia cabut bunga tepi jalan. malu akuuuuu"

dan banyak lagi lah.



sakit perut aku ketawa bila budak-budak bawah umur ni bercerita. kecik-kecik ramai peminat dan siapa hensem kena minat.hadoiii. upsr pun belum lepas. kalau aku dulu langsung tiada orang minat dengan aku.haha. tapi siap tahu sebut couple bikin aku ketawa gila. WEH-WEH KORANG. AKU PAHAM MAKSUD COUPLE PUN TIME AKU NAIK TINGKATAN. ITUPUN AKU BENGONG-BENGONG BILA KAWAN AKU EKSAITED CERITA ADA LELAKI BAWA COUPLE. AKU SIAP PIKIR HEBAT GILAK BUDAK LAKI TU AJAK KAWAN AKU NAIK KAPAL. habis cerita.

Friday, April 8, 2011

KHABAR ANGIN PALING MENANG.

soalan : vi apa kau bikin di Sarawak 1 minggu? (padahal 4 hari tapi aku ambik cuti 1 minggu)



sendiri soal sendiri jawab:

1. bertunang?
2. kahwin?
3. vi kau puteri umno? ko ikut bosbesar pergi sarawak yang penamaan calon tu? <--ini paling bikin aku ketawa.



ok. sendiri soal sendiri jawab di menangi oleh jawapan ketiga. tepuktepuktepuk. ok fine. biar aku bocor rahsia. aku adalah salah seorang rakyat malaysia yang tidak bertanggungjawab sebab umur sudah 26 tahun tapi belum mendaftar sebagai pengundi. aku pun nda pasti perlu bangga atau tidak. haha


sekian terima kasih.

motif tutup muka sebab malu begambar tepi jalan pacik-pacik sarawak tengok. haha

Tuesday, April 5, 2011

HABIS DUIT.

baru balik dari kuching sarawak. jalan-jalan. makan-makan. shopping-shopping.


ok mari cerita barang-barang yang di shopping-shopping sampai bikin habis duit dan berat gilak bawak masuk kapal.


kek lapis sarawak golden cheese
kek lapis sarawak coklat cheese
kek lapis sarawak hati parih
kek lapis sarawak evergreen
kek lapis sarawak pudina
kek lapis sarawak masam manis cheese
kek lapis sarawak ice cream
kek lapis sarawak puncak kasih
kek lapis sarawak golden cheese
kek lapis sarawak cadburry
kek lapis sarawak durian
kek lapis sarawak tiga rasa
kek lapis sarawak famous amos
kek lapis sarawak dan sebagainya

total : 26 biji. (orang kirim 10. yang lain hadiah-hadiah. yang lebih sendiri makan)


next


ikan terubuk masin.
ikan terubuk masin.
ikan terubuk masin.
ikan terubuk masin.
ikan terubuk masin.


total : 12 ekor ( beberapa sebagai hadiah-hadiah. yang lebih sendiri makan)




habiss duit gajiii.


ERTINYA SATU BULAN NI BREAKFAST KEK LAPIS SARAWAK DINNER IKAN TERUBUK MASIN.

Saturday, April 2, 2011

KUCHING SARAWAK!

kek lapis sarawak! mee kolok! ayam penyet! laksa sarawak! mee goreng tomato! meehoon goreng cangkuk manis! tabaloi!


semua masih ada dalam perut gua. belum ada keluar hasil sejak dua hari yang lalu! jangan salah kan perut gua kembung-kembung!heh!