dupdupmyheart

Saturday, March 26, 2011

SEKIAN CERITA SERAM TAHAP KOSONG POINT LIMA PER SERATUS.

Dalam ofis ni ada lima deparment. jam punchout department yang lain adalah pukul 5.oo petang. dan jam punchout department aku extra 1 jam dan extra 1 hari iaitu pukul 6.00 petang dan bekerja hari sabtu. dalam department aku cuma dua orang yang duduk ofis. yang lain semua jaga cafe.


ertinya setiap 1 jam terakhir sebelum punchout pada hari bekerja adalah saat-saat "kakak-adik-abang-macik-pacik" mula start warming-up keluar. boleh dengar ada orang main lari-lari. boleh dengar bunyi air tanda ada orang mandi. boleh dengar bunyi flush. boleh dengar kasut tinggi hentak-hentak kaki. boleh dengar hentak-hentak pintu. dan sebagainya lah. tapi oleh sebab office-mate aku ada, setakat dengar-dengar macam tu boleh tahan-tahan-pura-pura-tidak-dengar-lalu-ketawa lagi. tapi kalau tinggal kau satu orang, ertinya kau serah diri lah tu. baik kau blah awal-awal bai! ;p


kemarin yakni hari jumaat. officemate aku yang sorang tu balik awal. tinggal aku seorang dan ada lagi satu orang bos dari department lain masih dalam bilik beliau. nama beliau bos Chaplin. tidak berapa biasa sebab dia selalu solo-solo-minum-milo. ok abaikan yang penting aku rasa selamat sebab bukan tinggal seorang. boleh tahan lagi ni.


5.30 petang. tukang-ambil-aku-lepas-bekerja- belum sampai lagi. lampu bilik bos chaplin tutup. dia keluar. aku tengok dia dengan renungan minta simpati sambil senyum yang bermaksud "oh bos jangan serahkan saya kepada hantu pleaseee ". baca dalam hati. bos chaplin tengok aku lepas tu terus buka pintu tanda tiada perasaan. ok fine. aku terus kemas-kemas. beg kasi tinggal. lampu kasi biar. dengar bunyi lif tutup. keluar. kunci pintu ofis. terus tekan button lif. cepat gilak bos chaplin tadi turun. ok masa tunggu lif pun suda nerves semacam. kenapa macam lambat la pulak lif ni sampai. bunyi air di tandas jangan cakap lah. memang sudah start bunyi-bunyi.


masuk lif cepat-cepat. niat tunggu tukang-ambil-aku-lepas-bekerja di ground floor. karang boleh minta kawan naik ofis ambil beg. tiba-tiba bulu roma naik. sejuk. rupanya sakit kencing. lif buka. terus masuk tandas di ground floor. selesai. tandas ni pun bukan boleh percaya sangat, kakakcafe pernah cakap tandas tu ada something-something. cepat-cepat keluar dari tandas, pintu lif terbuka. bos chaplin baru keluar dari lif. dia tengok aku. aku tengok dia. tiba-tiba muka dia pulak pucat sambil hairan tengok aku. aku buat muka bodoh dan terus jalan. dan aku senyum sendiri.


ok faham. mungkin sebenarnya bos chaplin yang di tandas tadi. dan aku yang turun cepat dari beliau. dan aku rasa muka dia pucat dan hairan tengok aku sebab mesti pikir "AIK BUKAN BUDAK NI DUDUK DALAM OFIS TADI?".


hoho bos. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. sekian.

Tuesday, March 22, 2011

PENYAKIT BERJANGKIT.

kazen aku perempuan kena risik dirumah aku - minggu lalu. kazen aku yang sorang lagi bakal dirisik, dan diacarakan dirumah aku jugak. ok semua diam!





vivi sila bawa bertenang. "benda" ini tidak akan berjangkit. yakin.

Saturday, March 19, 2011

UNTUK "YOU" LAGI.

sabtu. kerja. bangun awal lepas tu TER-tidur balik. jadilah lambat. lambat yang amat. cepat-cepat bangun. telefon berbunyi tanda "you" suda sampai. mandi-mandi kambing. missedcall ada tiga. message received pun ada tiga.


message you 1 : OTW

message you 2 : sampai dibawah. jangan lambat.

message you 3 : mana??cepatttttt.


hadoiii.


reply message : kejap. berak.


kelamkabut. cepat-cepat pakai baju segala. telefon berbunyi tanda message sampai lagi.


message you 4 : vivi. dua tahun sudah saya dengar alasan yang sama.


senyum.



selamat dua tahun la you. sekian terima kasih.

Friday, March 18, 2011

NAIK SERI.

macam biasa, kalau sudah nama dia pengantin perempuan, lebih-lebih lagi duduk kampung. aktiviti bacaan naik-naik seri pengantin oleh orang-orang tua yang pakar wajib ada.


lokasi : bilik pengantin perempuan

watak : pengantin perempuan, si nenek tua entah nenek siapa, aku dan kazen.


si nenek pun memanggil pengantin perempuan untuk aktiviti bacaan pe-naik-an seri muka. yang penyibuk dua ekor tu pun menyibuk.


aku : nekkkk.. aku pun mau muka naik seri. tapi tidak mahu kahwin.

kazen: nenek! aku pun mahu! aku pun mahu!


baca-baca doa segala. lepas tu dengan mulut nenek tu yang penuh dengan sirih dan pinang, siap FUH-FUH-FUH muka pengantin. baca-baca-baca dan sebagainya. lalu si nenek pun siap menaikkan seri muka pengantin perempuan.


aku : eh kau lah dulu.

kazen : eh nda mahu kau la dulu.

aku : kau lahhhhh.

kazen : nda mahu..kau lahhh.

aku : eh.. ndapa lah nek.. lain kali jak.. heee


tiba-tiba pulak rasa seram. sekian terima kasih.

Wednesday, March 16, 2011

ORANG CAKAP JANGAN HAIRAN.

bila kawan kau sibuk mengutuk orang lain yakni orang sekeliling beliau. contoh: hari ni si minah begini, besok si jijah begitu. maka oleh itu kau pun perlu bersedia-ambil-nombor untuk dikutuk pada hari-hari yang mendatang.



anytime yo.

Tuesday, March 15, 2011

Saturday, March 12, 2011

ORANG TUA CAKAP, KALAU MAKAN NASI JANGAN BANJIR KUAH, NANTI KAU KAHWIN BANJIR.

kazen aku kahwin malam ni dan besok hari. tapi hujan tidak berhenti dari pagi-pagi lagi. memang banjir la. nda pasal-pasal kazen aku kena bising. biasalah orang tua, terlampau mitos.


"tu lah kau, makan nasi sampai banjir kuah kau ambil, kan kahwin sudah hujan, kejap lagi banjir lah ni"



diam dan terima.



masa makan, aku pun ambik nasi, letak kuah banyak-banyak.


"hah!ambik lagi kuah banyak-banyak! karang kahwin-


aku potong cakap.


"eh karang aku memang mau kahwin atas laut la nenek!"


ok tipu.sebenarnya aku reply,


"eh siapa mahu kahwin?orang masih muda"


dan terus menghilang kan diri. dengan alasan takut kena tanya bila turn aku kahwin. karut!

Thursday, March 3, 2011

MAKAN ITU NIKMAT- JOGGING ITU PENAT.

pakcik aku yang tua dua tahun dari aku tiba-tiba pengsan masa jogging. di saspek strok ka apa entah. lebih kurang macam tu lah. aku pun pergilah unit emergency. keluarga ada yang suda berkumpul sana, tunggu pakcik aku keluar dari bilik emergency.


cerita-cerita-cerita.


alkisahnya pakcik aku sekarang berusaha menguruskan badan. badan dia lagi extravaganza besar dari aku. agak-agak macam angah raja lawak ataupun lebih atau kurang. lepas tu pakcik aku tidak makan, sibuk bekerja, tiada rehat, dan menjoggingkan diri. sampai lah badan dia lemah dan pengsan masa jogging. tiba-tiba pulak topik pindah pegi tempat aku.


"KAU VI KALAU MAU KURUS BADAN DIET BETUL-BETUL JANGAN TELAMPAU BE-JOGGING. NANTI PENGSAN"


TIBA-TIBA.


haih. makan ubat salah. sedut lemak salah. jogging pun salah. apala? (ALASAN)