dupdupmyheart

Saturday, February 26, 2011

ZAMAN BERZAMAN.

bila aku kaji balik blog aku dari awal-awal pem-blog-an aku pada zaman dahulukala, perasaan aku macam "AKU KA YANG TULIS TU??MALUNYA AKU".


1. ZAMAN BAJET COMEL- rupanya aku pernah melalui zaman huruf "W" iaitu zaman bajet comel melalui peng-EJA-an perkataan. seriusshit. geli pulak aku. nasib baik aku cuma guna 1W bukan banyak-banyak "WWWWWWW" -mungkin ada jugak tapi aku nda perasan. haha tapi serius gilak. masa tu aku rasa memang KOOL gila campur comel KONON. dan perkataan paling kool yang aku rasa aku cipta adalah excuse me menjadi SKWEZME. wadapak!


2. ZAMAN PERASAN COMEL - ini lagi madapaka. setiap entry aku mesti terselit comel. OMG VIVI please lah! get a life! ok-ok! paham perasaan orang yang MENYAMPAH baca entry aku dahulukala. kakaka.


3. ZAMAN KETAGIH SEBUT BABI - adoiii. sekarang aku mahu sebut babi dalam sehari pun susah. siapa sebut babi nanti lastik LIDAH. haha ok lepas ni boleh lastik lidah sendiri. hahaha


4. ZAMAN TIDAK SENSITIF ISU-ISU TERTENTU - aku perasan ada juga aku main tulis tanpa memikirkan perasaan orang lain. ok sori-sori. mungkin terlampau obses dengan BLOG AKU SUKAHATI AKU.


5. ZAMAN ENTRY SYOKSENDIRI- kahkahkah. itu aku noticed bila aku baca balik entry aku yang lama-lama WADDAPAK APA BENDA AKU MEREPEK NI?????? haha


6. ZAMAN BERABIS CAKAP SABAH - ok masa tu kebaruan. aku memang tidak expect siapa-siapa baca blog aku. memang cakap sabah berabisan sampai orang pun tidak paham apa benda aku tengah cakap sebenarnya? tapi sekarang ni pun aku rasa masih bunyi-bunyi sabah bah entry aku. tapi kamu paham kan?kan?kan?kan?


7. ZAMAN MALAR CAKAP DIRI GEMUK - ok itu memang sampai sekarang la. selalu cakap mahu kurus mahu diet la konon. PUI! kempunan la kau mau kurus!


8. ZAMAN ENTRY 7e ( DUAPULUHEMPAT JAM YO!) - gilak lah dulu! aku rasa 1 jam 1 entry. memang 24 jam lah orang bilang. tapi sekarang ni. mau tulis entry pun susaahhhhhhh gilak. cuma hari ni rajin sikit sebab hari sabtu aku ada free sikit. heee


9. ZAMAN MALAS-MALAS-MALAS - err.. sekarang aku rajin sikit sudah lah! kihkihkih


10. ZAMAN TAJUK ENTRI PANJANG MAHU MAMPUS - tapi isi entri macam kau rasa mau tampar aku. hahaha



ok cukup 10. tapi sebenarnya banyak lagi ZAMAN-ZAMAN-ZAMAN yang aku sendiri rasa OH VIVI PLEASE LAH KAU! MENYAMPAHNYA AKU BACA. hahaha. bah! nampaknya KFC yang dibelanja oleh bossamyvelu telah sampai. adalah lebih baik aku makan dulu. sekian terima kasih.



-vivi-
pejabat tempat bekerja.
sabtuday.

Friday, February 25, 2011

SERONOK LAH!

INI ADALAH KEYWORD YANG DIJUMPAI MASUK KEDALAM BLOG SAYA. BUKAN IKLAN RACUN NYAMUK.


ini mesti kes terlebih SERONOKNYA SELEPAS JADI KURUS. tapi kalau ikut eja lebah ni komfom kalah.


sekian.

Thursday, February 24, 2011

HARAPAN #2



harapan : semoga status ini berkekalan sehingga ke hujung tahun. dan janji akan bayar pada masa akan datang. aminnnnnnnnnn.




tertakluk kepada terma dan syarat.hehe



sekian.

DRAMA QUEEN.

sila ikut lorong sebelah kiri untuk SLOW kan drama anda. tolong lah please jangan berdrama sangat. kami ni semua manusia biasa, berhak rasa menyampah.



yuck!

Wednesday, February 23, 2011

MOOD : CUTI.


lamanya lagi bulan april, bulan september serta bulan october!!!


hehehe

Tuesday, February 22, 2011

MAKCIK KEPOH.

alkisahnya pada pukul 1o pagi tadi, aku angkut lebihan makanan sarapan pagi dari cafe-bawah-jagaan-aku. dari benda tu kena buang baik aku angkut bawa makanan tu masuk opis dan jemput semua makan. lalu makanlah-makanlah-makanlah-makanlah beramai-ramai.


datang lah satu makcik entah aku pun tidak kenal. staff dari company mana entah. aku senyum lah sambil makan. niat dihati pun memang mau jemput makcik tu makan. tapi belum sempat mau ajak makan, makcik tu SIBUK la pulak.


"makan apa tu???" - "wah siapa belanja??" - "befday kau ka dayang???(tiba-tiba la pulak befday) - "uih banyaknya...baguslah kamu save belanja tengah hari"


serius. dia bercakap tanpa henti. mungkin bawah pengaruh redbull kali. tidak sempat-sempat kau mahu menyampuk. aku senyum-angguk-kunyah-telan-tarik nafas-niat mau ajak makan- ayat start- "MAAA..............."- ter-stop. (ayat sebenar = makcik mari makan)


"MEE KOSONG JAK? MESTI TIDAK SEDAP"


terus aku hentikan niat suci MENGAJAK aku dan biarkan makcik tu bercakap dan aku terus makan.paling penting.


sekian.

Saturday, February 19, 2011

TURN.

sekarang ni aku berada dirumah mamabapa aku. dan TURN aku guna laptop akhirnya secara TIBA-TIBA tiba ditangan aku apabila adik aku TIBA-TIBA serender menengok thomas and friends beliau. punya lah lama aku tunggu turn. memang KEFANATIKAN beliau terhadap thomas and friends sangat-sangat bikin kau sasau! tapi entah apa hidayah malam ni yang beliau dapat sampai serender sedemikian rupa. selalu kalau ada benda pelik beliau buat komfom budak ni ada buat salah.



dan..



sudah aku agak!



SAYA SEDANG MENIKMATI AIR KENCING BELIAU YANG BERADA DI SOFA!



malasnya tukar spender!!!!!

LESEN KERETA.

sudah enam bulan aku tangguh pengambilan lesen kereta dengan alasan malas-malas-malas. hello sekarang aku stage tunggu turn ambik test komputer. sepatutnya bulan lalu aku suda ambik test tetapi aku malas lagipun tiada baca apa-apa benda akhirnya burn begitu sahaja (aku bagi alasan dengan pacik tutor bahawasanya aku ada meeting. padahal duit aku yang sayang-terbakar. adoiii).


pastu sepatutnya minggu lalu aku ambik test komputer tapi entah macamana sistem down segala dan akhirnya di tunda kepada 5hb march. gua malas, gua ok! kihkihkih


kadang-kadang jeles jugak aku tengok kawan-kawan aku berkereta. tapi serius masih tiada mood mau ambik lesen kereta segala. macam fobia pun ada. padahal sebenarnya aku masih dalam mood tuan puteri iaitu pulang-balik-kerja-jalan-jalan-pergi-mana-sahaja semua di tanggung beres oleh encikdraiber. kihkihkih


itu sahaja. sekian terima kasih.

Monday, February 14, 2011

PAK LI KOPITIAM SEKSYEN 7.

dulu masa aku tinggal shah alam, selalu jugak lah lepak pak li kopitiam. aku suka nasi ayam lemon dia memang sedap gillllak. dari kedai tu lah jugak aku tahu nama gabungan kopi + teh adalah CHAMP. tapi sekarang ni aku nda tahu lah pulak nescafe o ais dia siap bagi hos paip. kawan aku siap ingat benda tu laici.



masa kejadian : kelmarin.
mangsa : kawan aku.


last-last kawan aku dapat makanan free jak. haish. kalau aku suda aku minta duit 1juta bikin sedut lemak. kihkihkih.

Friday, February 11, 2011

♥ 11022011 ♥

kepada kakak,

sori sebab tidak dapat datang ke hari pernikahan kakak. dan juga hari persandingan kakak. saya amat-amat berharap untuk berada di lokasi hari kebahagian kakak. akan tetapi tiket airasia yang kononnya berkata "now everyone can fly" menghalang niat saya untuk bersama dengan kakak. tidak apalah, saya berharap sabah antara yang ter-list sebagai lokasi honeymoon kakak bersama enciksuami. boleh saya join sekaki. kihkihkih. ok gurau.


saya juga terharu dan gembira sebab tinggal berapa jam sahaja lagi kakak akan menjadi bini orang. saya tahu kakak dalam keadaan dupdapdupdap sekarang ni. OBG (oh berdebar gila!).


saya juga suka tarikh hari pernikahan kakak. secara kebetulan seperti sipi-sipi kepada tarikh hari lahir saya pada 22/11. ah! idea! boleh la saya supply nombor untuk pacik-pacik gila nombor dalam ofis saya. kihkihkih ok merepek.


ok lah kak. saya berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar, panjang umur, murah rezeki, dipanjangkan jodoh, dan bahagia selama-lamanya dengan enciksuami tercinta. tidak cukup ucapan di FB saya buat entry lagi menandakan saya benar-benar gembira dan teruja. dan last,

I LOVE U SO SO MUCH KAKAK! MUAH!

HOBI : POTONG GAJI.

" vi.. ada staff mengadu dengan bosbesar kau potong gaji diorang "


jawapan: haha!


----------------------


hobi aku sekarang ni memang potong gaji budak-budak-kerja-bawah-aku. pandai mengadu dengan bosbesar aku potong gaji diorang. ingat aku takut. selama ni berapa kali aku bagi amaran campur peluang, tapi manja. malas cakap suda terus potong gaji. cakap aku kejam. tiada perasaan. hello. hari-hari otak aku sakit pikir masalah staff-staff yang bermasalah macam kau-kau-kau. ikut hati layak kena buang kerja. tapi ikut kesian bagi lah kau peluang.


tukang backup mangsa yang dipotong gaji : kak.. sedih betul diorang kena potong gaji.


jawapan : ok macam ni lah. gaji ko dengan si polan tu sama. kau penat-penat kerja mau mati 26 hari dapat gaji full. tapi si polan kerja 20 hari pun dapat gaji full. siapa patut sakit hati?


-----------------------


hai saya vivi. hobi saya potong gaji. sekian.

Thursday, February 10, 2011

MULAKAN HARI DENGAN NOMBOR.

"semua nombor nda boleh pakai ni. habuk pun tiada kena. sipi-sipi langsung tiada.bikin habis duit akuuu"

-pacik opis suka lepak depan pantry-

"haha!eh terketawa. sorry.. haha"

-aku-

Wednesday, February 9, 2011

ALASAN #2

tadi pagi dengar hotfm. cerita pasal alasan yang nda masuk akal. tapi alasan orang tempat kerja aku lagi power antaranya ;


soalan : mana punchcard??

jawapan : hilang / ada orang ambil / punchcard aku kena koyak-koyak / ada orang jeles dengan punchcard aku lalu kena buang.

PADAHAL KAU LANGSUNG TIDAK PUNCH MASUK WAKTU KERJA.

soalan : kenapa tidak datang kerja?

jawapan : pak long sakit / pak long meninggal (akhirnya) / ambil duit biasiswa anak di sekolah / ambil duit biasiswa anak disekolah (sekali lagi) / kasi register anak di sekolah / kasi register anak di sekolah (sekali lagi) / kakak pening kena hujan / kepala kakak sakit darah tidak naik / kakak MC darah kakak beku doktor cakap tapi doktor tidak bagi surat MC, padahal kakak sakit, macamana tu vi? / saudara kakak kawin, mama kakak marah tidak pergi tolong / saudara kakak kawin (sekali lagi) / tulang belakang kakak sakit dan sebagainya.

PADAHAL KAU MALAS. BILA KENA HANTAR SURAT AMARAN MERAYU-RAYU SEGALA. LAST WARNING YANG ENTAH BERAPA KALI LAST.


jawapan : vi aku nda kerja, auntie aku meninggal. (sambil nangis-nangis)

jawapan : ok.

MEMANG BETUL LAH AUNTIE KO MENINGGAL. TAPI AKU NAMPAK KO RILEK-RILEK HISAP ROKOK TENGOK KERETA KO SAMBIL KETAWA-KETAWA TIADA JUGAK BALIK RUMAH.



dan bannnnnnnnnnyak lagi alasan-alasan yang malas sudah aku mau dengar, malas mau layan. aku rasa benda ni pun karma jugak. mungkin sebab AKU LAH RAJA SEGALA ALASAN BILA MALAS DATANG KELAS / PRAKTIKAL ZAMAN DAHULUKALA. ok sekian terima kasih.

Tuesday, February 8, 2011

SUPPLY NOMBOR.

aku pergi pantry ambik air. macam biasa. pacik-pacik opis yang suka lepak depan pantry wajib ada. topik harian memang la pasal nombor-nombor-nombor-nombor EKOR. tapi ini hari lain sikit. siap buat formula. gila hebat. aku pun tengok la kejap. pening. aku pun mula cerita,

"pacik, minggu ni kan, ada balik-balik aku nampak nombor 1234 (contoh) limpas depan mata."

semua berenti menulis dan tengok aku.


"apa nombor tadi?"

"1234(contoh)"

automatik nombor yang aku sebut masuk dalam LIST-LIST-NOMBOR-EKOR-YANG-PERLU-DI-BELI-HARI-INI.


tembirang jak ada formula konon. haha


tapi sebenarnya kan, aku saja jak tipu pacik-pacik tadi tu. mau tengok reaksi diorang macamana. rasa bersalah la pulak. haha

Monday, February 7, 2011

AZAM #2

dulu sebelum tahun 2011. yakni 5 bulan lalu. atas sebab kemalasan aku mengupdate blog atau lebih tepat lagi tiada cerita sesuai ditulis dalam blog, aku berazam mau buat blog pasal makanan. kalau dulu sesenang jak tulis entri. entri kosong. entri satu huruf. entri malas dan sebagainya. sekarang sejak ramai jadi pengawas blog, blog bongok-bongok macam blog aku pun boleh kena kutuk. yalah. blog tidak berilmiah. tidak dapat mengaktifkan pemikiran diorang. sikit-sikit entri aku pasal gemuk-aku gemuk-gemuknya aku-aku pemalas-malas-malas-malas. apapun aku tidak kacau orang. kamu buat lah entri dalam kelambu dalam tandas sekalipun I DONT CARE YO~

ok merepek. kembali kepada azam membuat blog makanan. sempena aku bekerja dalam bidang food and beverage. memang banyak makanan aku boleh kasi tunjuk dalam blog. tangkap-tangkap gambar. up entry. tangkap-tangkap gambar. update. senang. kalau lepak lagi lah. pastikan tempat lepak menyediakan makanan yang sedap-sedap. kalau murah lagi lah bertambah-tambah sedap. makanan tidak sedap memang awal-awal kena rijek. memang senang gilak lah perjalanan azam aku ni kali.


ok kembali kepada perenggan pertama. point pertama. azam SEJAK 5 BULAN YANG LALU. ertinya dalam bulan september la kan. tapi sampai sekarang. setiap kali order makanan. pilih-pilih makanan. puas hati. senyum. ni memang kompom RUPA MAKANAN TU LAWA GILA. memang perasaan mau ambil gambar tu MELONJAK-LONJAK lah SAMBIL disaingi dengan perut lapar. sudah namanya disaingi dengan PERUT LAPAR. sedar-sedar jak yang tinggal hanya sisa makanan. nda sempat pun ambil gambar. haih.

sekian cerita AZAM KU MUSNAH OLEH PERUT LAPAR.

Saturday, February 5, 2011

PERANGAI #2

perangai macam ni lah paling aku malas betul. sehari sebelum cuti, malas giiiila aku mau balik kampung. niat memang mau tidur 3-4 hari dirumah sewa. tanda penat yang benar la tu. ni bila sampai kampung pula, LAGI LAH MALAS GILA MAU BALIK KERJA. HADOIII.

Friday, February 4, 2011

HASIL.



kepada lembaga hasil dalam negeri, ini jak lah yang i mampu. haha

Thursday, February 3, 2011

THOMAS AND FRIENDS.

ingatkan aku balik rumah, boleh lah online dengan tenang. bila aku depan laptop datang lah si toyol.

"kak, thomas kak"

aku pun buka lah PAGE THOMAS AND FRIENDS. seronok gilak si toyol. pastu aku tambah lagi keseronokan dia, aku bukak website thomas and friends dabeldabel seronok dia rasa. aku bukak lagi game thomas and friends memang dabeldabelextravaganza keseronokan sambil tepuk tangan dan sorak "yeahhhhhhh".



ok. TIDAK SERONOK. laptop di ambil alih. sekian terima kasih.


maklumat tambahan : SI TOYOL PANDAI TENGOK THOMAS AND FRIENDS DEKAT YOUTUBE LALU KLIK REPLAY TANPA RASA BORING. "SERONOKNYAAAAAAAAAAAAAAAA"

DOCUMENTING P RAMLEE ON HISTORY CHANNEL.



tadi tengok ni di channel 555. sedih pulak aku time zaman kejatuhan dia. suda mati baru mau kasi agung segala. semoga dia tenang di sana. al-fatihah.

Wednesday, February 2, 2011

PENCARI PEKELILING.


apa yang aku perasan, setiap kali sehari sebelum perayaan, mesti ada yang tersangkut mencari pekeliling balik awal di blog aku. semangat yang benar.

jumpa sudah kan?

ok boleh balik lah kau.