dupdupmyheart

Wednesday, November 16, 2011

PENGALAMAN PERTAMA SAYA MENALIPAUN NOMBOR 999.

kemarin, jam 7.20 pagi bertolak pergi pejabat. jalan jem gilak. mulut pun jadi bising-bising.

"adoii. jem betul. kalau boleh minggu ni nda mahu punchcard merah. balik-balik sudah merah ni."

lebih kurang 20 minit kemudian, tiba-tiba depan mata;

"kami di lane kanan, ada ni motor depan kami mahu pergi lane kiri tapi dia terlanggar tu hilux juga di lane kanan, mungkin tersalah kiraan jarak memotong, kemudian si pembonceng tu terbang terpelanting pergi depan (lane kiri), si pemandu motorsikal terjatuh di atas lane kiri kemudian dilanggar sipi-sipi oleh kenari, kemudian beliau terduduk di atas jalan raya. tidak dapat bergerak. dan si pembonceng yang terbang terpelanting tadi juga berada di atas jalan raya lane kiri di depan kenari kemudian beliau dilanggar lalu diseret oleh kenari tadi, dan tersekat di bawah kereta kenari."

(baca satu-satu sambil imejin untuk kemudahan pemahaman kamu sebab aku pun ingat satu-satu dan taip satu-satu untuk kemudahan pemahaman kamu. kalau nda paham, aku lah yang gagal meng-explain.)

lalu kami pun berhenti dan terkejut lebih kurang 3 saat. sambil ber-"astagfirullahalazim" banyak kali. kemudian si-tukang-hantar-aku-pergi-kerja keluar dari kereta dan terus lari tolong apa yang patut. dan aku yang dalam kereta memang totally hilang kawalan dan panik dan terkejut sambil kejap tutup mata kejap tengok mangsa yang tersangkut dibawah kereta. dalam kiraan 5 saat jugak lah. lepas tu baru terfikir. call ambulan! call ambulan! ok fine dalam kepala aku cuma tahu nombor 999. sambil panik sambil call, dengar jak suara hello, terus aku cakap tidak berhenti campur suara bergegar-gegar lagi;

"hello! tolong! ada eksiden sini.motor langgar kereta lepastu kereta langgar orang. ada orang bawah kereta! kami sekarang di, alaaaa saya pun tidak tahu nama jalan, sini Likas, depan church! tolong cepat!!!!"

(yang part call 999 ni bila fikir balik agak bongok juga. sebab rupanya 999 tu nombor 1 Malaysia. so memang pening la operator tu tadi pikir ni Indon mana telefon ni, binatang apa lah Likas ni)

panik ok panik. dengan aku yang buta-nama-jalan lagi. nasib baik si-tukang-hantar-aku-pergi-kerja datang balik masuk kereta sebab kereta sedang halang jalan. terus bagi telefon sama beliau untuk explain lokasi kejadian. dan aku masih lagi panik. sudah letak kereta di tepi jalan, aku tengok si pemandu motorsikal masih di atas jalan raya sebab patah kaki. dan si pembonceng berjaya dikeluarkan dari bawah kereta selepas orang ramai tolong angkat kereta kenari tadi. ok lega. syukur. at least tiada yang mati.

sesudah itu, menunggu ambulan hampir setengah jam juga. boleh dikatakan lambat juga sebab hospital bukan jauh dari tempat kejadian. lidut. bila call hospital tu balik, boleh pula dia tanya, "kenapa?kamu suda angkat tu orang?". agak bongok jugak lah soalan. sebab orang suda patah kaki. karang nda pasal-pasal orang yang menolong pulak kena saman sebab punca mangsa bertambah teruk.

dan bila ambulan datang, maka bergerak lah kami menuju ke opis. maka merah lah lagi punchcard aku pada hari tersebut. sekian terima kasih.

19 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Vivi, kenapa aku ketawa baca Entri ko ni. cara ko explain pun klakar dowh

oranglidi said...

tolong orang mmng sifat yg mulia. bagus gilak ko v. arini mngkin dia susah ko tolong. nnti mana tau ko susah ada org len tolong kan.

si-tukang-hantar-kau-pergi-kerja keluar tu pakwe ko kaaann. hahaa

Anonymous said...

kalo aku lah operator tue...kompem aku pening..

Jedi www.heykawan.com

peep said...

wah, xpenah call 999.. nk gak try..:P
bia la kene punchcard merah, asalkan dah tolong org. so x sia2.. :)

besi said...

vivi...bagus.. prihatin. ala biasa la tu..tgh gelabah..kadang2 kamunikasi tak teratur...gud gurl..

p/s: entry rakyat mlaysia paling gemuk tu betul ke? hehhe

vidadarisakura said...

faiz:
sepatutnya ni cerita sedih la gilak. ;p



orglidi:
tolong apa yang patut jak. hehe

jawapan perenggan kedua ialah lu pikir sendiri. haha



jedi hey kawan:
haha. tu la pasal. baru terpikir yg for sure operator tu bukan orang sabah.



peep:
eh. x boleh main2 dengan 999 tau. hehe



besi:
betul lah tu. cuba klik link malaysiakini tu.hehe

jajazuzu said...

apa ko explain ni vid. aku siap lukis n lakar nk paham ko punya crita.

ciK LyndaWawa said...

aku lum ade pengalaman...=]

vidadarisakura said...

jaja:
kalau x paham angkat tangan. lol


wawa:
;)

Abu Luqman said...

singgah sini...sebagai kenalan baru

karatz said...

gua terpaksa menyamar jadi warga sabahan utk memahami isi cerita lu.alhamdulillah gua berjaya.wlpn susah sedikit tp mujur juga gua ada darah2 kadazan belah ex gf gua dulu.


oh ye,takutnya cite lu!

vidadarisakura said...

abu:
hai


karatz:
errrrr... terlalu kesabahan eh entri aku? ingat dah cukup KL. lol

jejaka anggun said...

hebatlah ko... ko lah perwira.

vidadarisakura said...

melampau la bah perwira.

alongxp said...

yela... klu sy pon jd blur, masa saya kena langgar ari tu pn sy blur... tambah2 klu kite xde pengalaman call 999

rafiq said...

takpe punch card merah. tapi kau dah tolong orang. lebih berharga dari kau dapat punch card bukn merah..

vidadarisakura said...

yang penting ko selamat.;)

vidadarisakura said...

rafiq:
ha ya la tu. setujula saya.

*SiRibenMerah said...

3 kali aku ulang baca.

memang aku x faham sket.
adakah aku dah mula kurang bijak utk faham entry ko neh sedih ke lawak?
ahakssss~

tahniah vivi..
so proud of u..