dupdupmyheart

Friday, August 19, 2011

COPY AND PASTE

GADIS MELECUR DISIMBAH ASID


KOTA KINABALU: Seorang gadis melecur pada hampir seluruh wajahnya dan mungkin menghadapi risiko buta akibat disimbah cecair dipercayai mengandungi bahan berbahaya oleh seorang lelaki sejurus turun dari kereta di depan sebuah pasar raya di Taman Khidmat, Kolombong dekat sini baru-baru ini.

Dalam kejadian pada Rabu kira-kira jam 2 petang itu, selain cedera pada mata, Ling Siew Teen, 22, turut melecur pada pipi, hidung, bibir dan dagu berikutan terkena cecair yang dipercayai mengandungi bahan berbahaya.

Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembinaan dan tinggal di Taman Nelly, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian agak bernasib baik kerana bahan berbahaya itu dipercayai sudah dicampur air.

Ketika ditemui di Wad Mata Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini kelmarin, Ling berkata ketika kejadian beliau turun dari kereta untuk ke pejabat syarikat kontraktor bapa saudaranya di tingkat satu dalam bangunan pasar raya berkenaan dan tiba-tiba terdengar seorang lelaki memanggilnya dari belakang.

Sebaik saja mangsa menoleh, seorang lelaki yang memandu kereta Perodua MyVi memberhentikan keretanya, lalu menyimbah sejenis cecair ke muka mangsa.

Sejurus sebelum dibawa masuk ke wad berkenaan, mangsa sempat membuat laporan di pondok polis hospital itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Peter Umbuas yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan. Setakat ini belum ada sesiapa ditahan.


CREDIT TO:BORNEO POST

---------------------------------------------------------------------------------------


kemarin kawan-kawan dalam FB aku semua post status seperti berikut:


ATTENTION TO ALL KK PEOPLE !! a few hours ago a girl was sprayed with acid on her face somewhere near BUKit PADANG (area kita wei). The incident took place in her car when the man tried to rob her handbag. Please beware!.. COPY and PASTE it on your friends wall.


oleh sebab aku kadang-kadang malas percaya berita-berita melalui status ni jadi aku buat bodoh jak lah. sekali rupanya betul sampai keluar berita. adede! ok nampaknya trend simbah-simbah asid ni sudah sampai di Sabah. maka laku lah penjualan asid selepas ini. sekian terima kasih.

11 comments:

Shahrul Tanaka Safeai said...

alah kalau dia simbah asid kat lu pun. bukan lu boleh kurus.

vidadarisakura said...

saruk:
tu yang bikin gua panassssssssss

::FAIZ FARISH:: said...

huakakakakak komen shahrul

vidadarisakura said...

faiz:
ketawa ko ar. awas

.Jai Ma. said...

:) info ni..
copi pes ah.
hangat ni di Fb..

vidadarisakura said...

sila2. aku pun copy paste jugak. hehe

*SiRibenMerah said...

risau kannn..
mcm2 jenayah skang neh...

Uchi kay-f @hmad said...

jan kesahi pun .....byk lagi biter yg bagus vv........

vidadarisakura said...

riben:
tu la pasal. teruk betul ni.



kf:
eh kena ambik kisah ni. nanti kena diri sendiri.

jejaka anggun said...

buduhlah dorang nih kan?

vidadarisakura said...

paling.