dupdupmyheart

Tuesday, July 12, 2011

UK FUN FAIR.

paling last aku pegi funfair aku rasa masa aku darjah-darjah. entah darjah berapa. itupun sebab aku sakit, jadi lepas bapa bawak jumpa doktor, bapa sambung bawak pergi funfair. dapat belon dapat keropok dapat gula-gula. hilang terus sakit. mujarab gilak lah.


10tahun ++ kemudian.


aku perasan ada satu funfair sana penampang. balik-balik aku limpas (baca:lalu) tapi baru hari kemarin punya kemarin punya kemarin aku & de geng tepikir mau pergi. mungkin tanda keboringan yang amat jadi dari duduk melepak-makan-makan-makan bagi besar perut dan bontot baik buat benda lain.

aku rasa funfair ni ada dekat 2 bulan suda buka. dari hari KAAMATAN bulan 5 haritu. orang cakap funfair dia lain. bukan macam funfair dulu-dulu main timbak-timbak botol, pancing-pancing ikan, baling-baling tin dan sebagainya. ok sebenarnya benda tu masih ada. kihkihkih tapi kena tambah permainan yang ala-ala theme park genting sama sunway lagoon. sebab tu la nama dia UK FUN FAIR. orang cakap lah.


masuk jak funfair tu, mula-mula round-round game yang biasa-biasa jak. "adik mari baling tin dapat patung, mari tembak belon dapat patung, mari-mari-mari-mari!" kalau aku tengok semua hadiah utama PATUNG. aku rasa kalau kau beli sendiri patung tu nda payah mau masuk funfair lagi murah.


ok boring. next!


tengok game apa entah. kita kasi nama game sotong lah. satu kali main 6 ringgit. yang ni kalau tercabut belalai dia sia-sia mati free. errr.. lain kali lah cuba. next!



yang ni main pusing-pusing juga. tapi kerusi dia pandai guyang-guyang. membawa kepada ke-was-was-an. kalau aku yang ber-beratkan 75kg duduk, lepastu partner aku sebelah pulak ringan, memang menuju ke-arah kecelakaan la kan. next!


game yang ni membawa kepada kebasahan. next!



aku bukan apa. mungkin sebab nama dia funfair, jadi aku takut la mau try-try benda macam ni. mau pikir safety lagi. mungkin terpandang rendah la sikit bahagian KEUTUHAN dan KEKUATAN game-game ni semua. alaaa aku pun sudah main semua benda ni dekat genting dengan sunway lagoon duluuuuuuuuu. *tembirang*


Tapi oleh sebab sudah alang-alang masuk, main lah satu game. lepas ni nanti adalah juga bahan-bahan kasi ketawa kawan. jadi bertiketkan 6 ringgit saturang kami pilih game space gun.


masa pilih-pilih game mana satu mau main, kawan aku seorang ni mati-mati mau main space gun. kasi nama dia ZAINAB. semuuuuuuua game dia suda rasa, yang space gun ni jak dia belum rasa. aku siap tanya zainab ko betul-betul mahu? lepas tu tanya saturang-saturang. "kamu yakin ka main benda ni? aku memang nda konfiden ni." (merujuk kepada ke-safety-an bukan pasal takut ok.) semua cakap YAKINNNNNNNNNN. ok kalau yakin antakin lets go lah!



naik benda ni. memang dupdapdupdap biar pun rendah jak. tapi SAFETY tu penting. tabah jak lah.


lepas dia pusing-pusing 360 darjah. siap stay-stay lagi. biarpun rendah, tapi kalau jatuh boleh jadi AHLI OKU ATAUPUN AHLI KUBUR ni. teriak-teriak kegembiraan campur keterujaan campur ok takut sikit. tamat.


keluar. paning-paning kejap. ketawa-ketawa eksaited. tiba-tiba aku perasan zainab hilang. cari-cari-jumpa. terus kami ketawa. zainab siap pegang pagar, muka pucat, mahu muntah dan sebagainya. paling bikin pecah ketawa, masa benda tu pusing-pusing zainab siap teriak suruh boifren dia kasi berhenti space gun tu sebab dia mau turun.


sekian. tamat.


AKU NI SEMANGAT JAK BECERITA, PADAHAL FUN FAIR JAK PUN, TEMPAT KAMU LAGI BEST. CEHHHHH.

14 comments:

jejaka anggun said...

aku mmg x suke bende alah pusing2 nih... bole buat pitam....

misya mialen said...

vivie, smpat aku naik ni dulu dik masa di uitm.tp, kena bt di kk dkt dgn terminal p labuan tu.terus aku muntah2.hahaha

vidadarisakura said...
This comment has been removed by the author.
vidadarisakura said...

jejaka:
kau memang!;)


misya:
kak dulu aku nda sempat pegi sana tu. heee
(kak ko tau aku sepa?huhuhu)

ciK LyndaWawa igUana said...

aku penah cuba benda pusing2 tu..gayat seh..tapi aku tak menjerit..hoho

Kapten Atok said...

masa balik tawau raya lalu ada gak

aku main game apa ntah. lupa. tp se best ko punya tempat tu

speckurosaklagi said...

aku rasa vivi yg jd zainab....dia tukaq naama..hahahah

tembirang.....

bspotgurl said...

Benda yg pusing2 tu leh buat pening kepale la.. x suka ahh

rafiq said...

wah hebatnya kau tak takut.. kasi kesian dekat itu zainab..haha

jgn main tikam2 oi. bjudi tu..

Suri Safiyyah said...

hai..=)bulih2 tahan juga game2 dia tu kan..hihi~ steady la bleh nek tu space gun..huhu~

Uchi kay-f @hmad said...

serik sudaa mo naek bende pusing2 tue..

vidadarisakura said...

wawa:
aku pun gayat tapi cuba sajalahhhhhh.



kapten:
best la kunu. heh



speck:
bukan lah. hahaha



bspotgurl:
aku pun rasa pening juga masa tu. hee



rafiq:
tikam2 x main lah. bikin rugi jak. heee



suri:
istidi la kunu ini. hee

vidadarisakura said...

kf:
tutup mata jak bah. ;)

Heidi Shafiq said...

defnisi aku untuk funfair adalah tempat yang penuh dengan gadis2 cantik.. baru la fun.. haha..