dupdupmyheart

Saturday, July 23, 2011

SEBENARNYA MAHU CERITA SEJARAH MACAMANA SAYA BOLEH TERPANDAI MELATAH. TAPI TIBA-TIBA TERTUKAR CERITA SEJARAH MACAMANA SAYA BOLEH TERTAKUT ULAR.

aku rasa aku start belajar melatah masa darjah-darjah dulu. sebab dulu ada satu kakak ni. kuat melatah. aku rasa comellllll gilak dan menghiburkan. dan aku mau jadi comel macam kakak tu. serius. jadi aku start cucuk pinggang sendiri dan mengeluarkan ayat-ayat comel "eh nenek ku kawin sepuluh, eh aku comel, dan sebagainya eh." (entah apa yang comel kalau aku pikir balik. cucuk sendiri ketawa sendiri. mental). dalam seminggu *mungkin* begitu, proses melatah gagal. sebab latahan tu tidak keluar secara natural. aku fedap dan rasa bongok jugak la sikit. jadi aku berhenti belajar melatah.


oleh sebab aku rasa terhibur gilak tengok orang melatah, aku start kacau dan cucuk orang sana sini. antara yang aku ingat,

1. datuk aku bagus-bagus tidur, aku baling sayur kacang panjang. siap sebut ularrrrrrr. gila kau, automatik bersilat datuk aku sambil keluar segala kata-kata-latahan. ketawa lepastu lari.

2. nenek aku bawa jalan pegi rumah geng-joyah dia. lepas tu masing-masing buat aktiviti sendiri. nenek and the geng, aku and the budak-budak. mungkin masa tu aku keboringan yang amat tunggu nenek aku. aku nampak ular getah. aku simpan di bahu geng-nenek-joyah. siap lari pegi depan beliau dan tanya apa benda di leher nenek tu?? memang melatah habis la geng-nenek-joyah masa tu. betul-betul buat aku terhibur campur kena marah. hahahaha siap sebut *alat-alat sulit lelaki-perempuan*.

soalan: nek *alat-alat sulit lelaki-perempuan* tu apa?.
jawapan: kena marah lagi.


OFF TOPIC KEJAP:

selepas dua perkara diatas tu aku buat. satu hari keluarga aku pindah rumah kerajaan papan yang sebijik-sebijik yang rendah tu. ok dipendekkan, rumah cikgu . dimana-mana ada ular. serius. sebab belakang rumah kerajaan tu ada parit/paya/kurang-pasti-nama-spesifik. lepas tu bapa aku siap berkebun tanam sayur, lada, dan sebagainya lah belakang rumah. aku rasa sana lah punca-daya-tarikan-ular untuk datang. aku mahu pergi tandas, pergi bilik, pergi dapur dan seluruh rumah tu buat aku rasa nda selamat. apa tidak, bangun pagi-pagi tengok tingkap ular sedang dating. nasib baik tingkap tu tertutup. teriak-lari-takut.

satu hari tu, tempat baru tu, aku jumpa geng baru. main-main sampai tidak sedar diri. tiba-tiba kenapa entah aku lari balik rumah *lupa* lepas tu aku terjatuh. aku bangun balik. sambung lari balik rumah. lepas tu aku keluar jumpa geng aku balik. masa aku lalu tempat kejatuhan aku tadi ada ular mati. lepas tu aku hairan kemudian jadi takut. serius masa tu fikir mungkin aku yang buat ular tu mati. ular kecik jak. bukan besar. macam pembaris la lebih kurang. sejak dari tu serius sampai sekarang jangankan ular mainan, ular dalam gambar dalam surat khabar pun bikin aku dupdupdup lalu ter-teriak-macam-mau-mampus #fobia-gilak-mau-mati. -end-


ok sekarang aku malas mau sambung cerita melatah. sekian terima kasih.

10 comments:

oranglidi said...

ahahahahah.

mula2 crita pasal melatah, pastu pasal ular. nakal sungguh ko masa kecik.

--------===>>o 'ular'

ciK LyndaWawa igUana said...

gila la ko kate ular kat org tua vi...

speckurosaklagi said...

ular semasa kerja ko tak takut plak vivi...:P

Kapten Atok said...

aku pon takut ular
tp x melatah cam ko
haha

vidadarisakura said...

orglidi:
nda la nakal juga. boring kali masa tu. haha



wawa:
heee. kalau sebut dinosor mana orang pecaya.



speck:
ehehe. untuk pengetahuan suda lama saya tidak mengular. heee



kapten:
sebenarnya aku mau cerita macamana aku buli terjangkit tu melatah. nda la bah teruk betul aku melatah. hehe

::FAIZ FARISH:: said...

ok,aku tau dah rahsia kau... tunggu hadiah ular dr aku

Pekerja Kontrak said...

baru saya tau.....

vidadarisakura said...

faiz:
kalau ko mau kereta ko hilang bagi la. ;p


boy:
aik sy teda cerita ka? haha

karatz said...

gila ko cite psl ular ke pasal latah ni sbenonya?wakakakka

vidadarisakura said...

entah. haha