dupdupmyheart

Saturday, July 16, 2011

SEBENARNYA MULA-MULA AKU KELIRU AKA LUPA LOCENG ATAU LONCENG. TAPI TENGOK KAMUS TULIS LOCENG.

tadi pagi. pacik maintenance test-test loceng kecemasan. ok fine. tiada notis. dengan alasan diorang tidak tahu ada staff kerja hari sabtu. padahal setiap hari sabtu jugak ko nampak muka aku masuk opis siap buat muka hairan dan setiap hari sabtu soalan yang sama dan aku bagi jawapan yang sama.


"AIK VI, HARI SABTU PUN KERJA?"

"IYA PACIK, SETIAP SABTU JUGA PACIK TENGOK KAMI KERJA"


(tekan SINI dan baca perenggan pertama)


ok berbalik kepada cerita loceng kecemasan berbunyi. setelah dia berbunyi panjanggggg dan balik-balik. maka halal lah kami berdua menjadi panik. hello, bangunan tempat kerjaya aku ni bangunan lama. maka kemungkinan untuk berlaku something yang menakutkan seperti kebakaran memang ada. oh ya! sebelum berkelakuan panik, aku sempat telefon pacik maintenance untuk pengesahan.


"PACIK, KENAPA BAH TU LOCENG KECEMASAN DALAM OPIS KAMI NI BUNYI KRINGGGGGGGG?"

"AIK, KAMU ADA BUAT APA-APA SANA? TU LOCENG KALAU DETECT SOMETHING MEMANG DIA BUNYI. CUBA CEK."


baiklah. aku pun mengikut arahan pergi cek. kebetulan officemate aku masak maggi dalam rice cooker. jadi aku saspek mungkin-wap-maggi-tu-naik-atas-lalu-lonceng-kecemasan-telah-tersalah-anggap-lalu-menyebabkan-loceng-kecemasan-berbunyi-MUNGKIN! atau mungkin-rice-cooker-tersebut-tidak-dapat-menerima-kenyataan-bahawa-maggi-dimasak-kedalam-beliau-lalu-menyebabkan-efek-lalu-loceng-kecemasan-berbunyi. ADA KAITAN KA? tiba-tiba feeling macam penyiasat. ok enuf is enuf.


loceng kecemasan berbunyi lagi. kali ni lagi panjanggggggg. siap teriak takut! dalam hati memang ada something wrong ni tempat. tanpa buang masa, cepat-cepat kasi mati karan rice cooker, kasi mati karan komputer (KEBODOHAN: TIDAK SAVE REPORT DAN TERPAKSA BUAT BALIK) , ambil kunci, ambil beg, LARIIIII, tutup pintu, kunci, tekan lif, masuk lif dan berdebar-debar tunggu tingkat 0.


panik gilak ok. kaki pun macam tiada tulang. tiba-tiba lembut. tangan pun jadi lembut. sampai ground floor cari pacik maintenance. JUMPA. dan hasilnya BELIAU TERKEJUT TENGOK KAMI DUA ORANG MACAM BARU KENA SAMPUK HANTU, MUKA MEMANG PUCAT GILA HABIS.

boleh pulak pacik tu tanya KENAPA sambil makan aiskrim.



"PACIK KENAPA TU LOCENG BALIK-BALIK BUNYI?ADA APA-APA KA?!"

"OOO... KAMI TENGAH TEST-TEST BAH TU LONCENG. KAMU KERJA PULAK HARI NI?"



rasa-rasa kalau aku maki pacik tu boleh masuk neraka ka? dan NASIB BAIK LAH AKU TIDAK SKIMA DAN TIDAK IKUT ARAHAN "SILA GUNA TANGGA, JANGAN GUNA LIF KALAU ADA KECEMASAN".


sekian drama untuk hari ini.

14 comments:

ciK LyndaWawa igUana said...

LOCENG YE MURID2...

oranglidi said...

HAHAHHAHAHA!

pakcik tu sengal dol. apala.. siap makan eskrem plak. ak rasa dia sedang mempermainkan korang.

Heidi Shafiq said...

tak baik maki org tua.. tapi lempang boleh kot..

vidadarisakura said...

wawa:
baik cigu!



orglidi:
tula pasal. bila masuk opis balik. balik2 kut loceng tu bunyi. hee


hs:
maki dalam hati.haha

Farhana Jafri said...

loceng bha.. hahahaha rilex kau buz.. ktulahan kau t klau tmpar org tua tu.. hahhaha.. skali skala kna prank ;P

jemput singgah ANASAURUS :)

vidadarisakura said...

rilek bah ni.;)

*SiRibenMerah said...

kesyiann sama kamu.. pacik tuh mkn eskrem ye.. padahal muka kamu da mcm duk dlm tong eskrem.. muahahahahahaha...

vidadarisakura said...

entah pacik tu. kin panas. haha

nurniyusoff said...

ahaha .. cian kol

exercise .. niat exercise jantung.

ahahaha

Irtiyah said...

bukankah sudah telefon sebelum tu? kenapa dia cakap seolah2 dia tak buat test2 masa adik telefon tu?

kalau ikut tangga.. ngeh ngeh

Pekerja Kontrak said...

kalau ikut tangga... mimang terbaik lah.... hahahahahaha

vidadarisakura said...

nurni:
lebih kurang la eksais jantung. haha



irtiyah:
tu la pasal kak. kalau dia cakap test mungkin tiadalah kekalutan. ni siap suruh cek manatahu ada something wrong. huhu



boy:
kurus terusssssssss.

Irtiyah said...

pakcik kurang perhatian anak-anak mungkin. hahaha

vidadarisakura said...

hahaha. mungkin kan kak.