dupdupmyheart

Monday, June 27, 2011

LU SANGSI LU MATI.

bulan June ni dua kali aku sakit tonsil lalu mengakibatkan demam. dua kali itu jugaklah aku pergi KLINIK PANEL kesayangan aku. oleh sebab aku pernah berpengalaman-yang-best-gilak di klinik tu, aku jadi macam lebih banyak sangsi. tapi oleh sebab duit tidak mengizinkan untuk pergi klinik lain, aku pun teruskan lah niat dan ber-tabah jak lah pergi klinik yang terpanel.



sakit masa pertama:

kena rawat oleh doktor part-time dari hospital kerajaan. ok sikit. cek dengan semangat. cek dada, cek mulut dan sebagainya. siap lukis rupa bentuk tonsil. ada sikit meyakinkan. bagi ubat. bagi MC.



sakit lagi dua minggu lepastu:

kena rawat oleh owner klinik. tanya apa sakit-dengar-dengar-angguk-angguk-tulis-tulis-cek-tarak! ok. mungkin dia refer kepada sakit sebelum ini seperti yang tercatat pada KAD PESAKIT. tapi kad pesakit yang dulu, doktor kerajaan tu ada main lukis-lukis. mana entah? abaikan. sakit buat cara sakit. doktor tu bagi ubat. bagi MC.


soalan: sakit pertama dan kedua adalah sakit yang sama. tapi UBAT LANGSUNG TIDAK SAMA OK. GUA SANGSI NI BEB. GUA SANGSI. HARI TU ADA UBAT MACAM GULA-GULA MAIN HISAP-HISAP, NI KALI TIADA LA PULAK. TAPI TIDAK APA. NASIB BAIK GUA BUKAN JENIS MAKAN UBAT.


lepas tu, dapat MC. tiba-tiba aku ter-tengok number IC dalam MC tu. 791009******. aik bila masa pulak umur aku 32 tahun. tengok nama. nama depan betul sudah, sekali nama belakang jadi VIVI ZAITON (CONTOH). aku pun terus pergi kaunter,

"kak ni bukan nama saya"

kak tu pun macam bengang-apahal-pulak-bukan-nama-kau-sah-sah-dari-KAD-PESAKIT-kau. (mungkin). lepas tu kakak nurse tu pun ambik kad pesakit lepas tu tanya nama aku lepastu tersengih-sengih. lepastu buat MC baru. lepas tu minta maaf segala-segala. aku pun dengan tiada daya dan memang tidak larat sudah terus memaafkan yang sepatutnya. malas mau kasi besar-besar perkara.


masuk kereta. sampai rumah. tapi bila aku pikir-pikir. doktor tadi mana ada cek aku. dia dengar dan baca kad pesakit aku-konon. lepastu bagi ubat. tapi kad pesakit tu salah dan sah bukan kad pesakit aku. SANGSI LAGI.


GUA SANGSI NI BEB. SANGSI GILA BABI. TAPI NASIB BAIK DAPAT MC. DAN HARI NI GUA SIHAT SEPERTI BIASA. GUA RASA LEPAS NI MAKAN MC JAK LAH. DARI BERISIKO MAKAN UBAT YANG ENTAH BETUL KA TIDAK. TAPI KALAU UBAT KURUS GUA MAKAN BEB. OK TAMAT.

21 comments:

*SiRibenMerah said...

vivi, aku doakan esok ko mampu update lagi.. andainya tiada update darimu, aku faham.. kau mati.. adushh!

*jujur sgt komen neh ai rasa....

Uchi kay-f @hmad said...

uikna sngnye jadi doktor....

ps:-better buat report vv...

besi said...

yg penting vivi comel sihatkan
camne leh silap...comel sgt ni

vidadarisakura said...

riben:
cis. hahaha


kf:
malas. haha


besi:
itu yg penting. haha

Pekerja Kontrak said...

kali salah bagi obat tu tau....

Puan Capa said...

ko mmg nak MC kan?

vidadarisakura said...

boi:
no komen.


capa:
apa barang MC

Irtiyah said...

salam

jangan makan ubat tu. kecuali kalau dah pastikan memang utk kamu.

kesilapan makan ubat amat2 bahaya. semoga cepat sembuh.

vidadarisakura said...

hee. tq kak. sembuh sudah pun. ubat dia rehat dan tidur jak. hee

oranglidi said...

ubat kuruih la tu dia kasi. hahaha

bapak down gile servis klinik tu.

speckurosaklagi said...

wa takut mati:::)

Anonymous said...

ic nya 79 umo org lain itu ialah 32 .. bukan 39 .. tak pasal2 aku rasa tua sama ..

vidadarisakura said...

eh eh salah. hahaha aku bagi betul sekarang. biasalah masa taip entri tu tengah sakit. hahaha tq

Fyqa said...

sakit ke.

rafiq said...

cuai, muai, carelss, meles, sume ade.
teruk tol camtu. doktor ape camtu tak cek men tgk kad. tgk kad pun salah haa!

saman.

jejaka anggun said...

ko suke gi klinik yg bukan2 kan? nak aku buat entry skali lagi ker?

jedi said...

kalo tonser ko makan aiskrim bebanyak...insyallah ok...

cik helena said...

vi kite pong demam neT__T

ciK LyndaWawa igUana said...

ada MA hansem tak sane?huhu

kueh bakar said...

ko tak suka makan obat kan...pas tu wat citer sangsikan....eceh eceh eceh

vidadarisakura said...

fyqa:
aritu.;)


rafiq:
wah rafiqqqqqqqq bergayanya marah. hahaha




jejaka:
xmo xmo.haha



jedi:
baik sudaaaaaaa. ;)



cik helena:
makan ubatt.;)



wawa:
teda2! haha



kuehbakar;
eh manada. xmo tipu2. ;)