dupdupmyheart

Friday, June 17, 2011

BILA LA TURN MAHU BERTUAH-TUAH NI.

awal tahun 2011 haritu habis kecoh pasal bangunan shopping complex karamunsing di kk ni mau runtuh lah apalah blablabla. semua orang SWEARRRRR-SAMBIL-ANGKAT-JARI-PEACE konon tidak mahu jejak kaki pegi sana la. KONON. takut mati free la apalah blablabla. memandangkan opis aku bersebelahan dengan shopping complex ni, pesanan dibawah ini tidak asing bagi aku. contoh:

"VIVI KAU JANGAN LAH MAU PERGI BANGUNAN KARAMUNSING TU, NANTI RUNTUH, SUDAHLAH GEMUK, BUKAN KAU DAPAT LARI CEPAT-CEPAT. "

ATAU

"VIVI KAU JANGAN LAH MAU PERGI BANGUNAN KARAMUNSING TU, NANTI KAU LAH PENYUMBANG PUNCA BANGUNAN TU RUNTUH."


ok bikin panas disitu.


tapi sekarang ni tidak lagiiii, sejak wujudnya PERADUAN SHOP & WIN MONTHLY DRAW DAN MENANG RM10000, RM3000, RM2000, RM1000 DAN RM500. dengan menyopping rm200 dapatlah 1 tiket bakal bertuah. di situ aku tengok bertimbun orang-orangan mengalahkan orang buat parti rusuhan yang turun setiap 15haribulan setiap bulan untuk mendengar nombor sendiri kena panggil dan memegang cek berjumlah rm10000. bulan lepas yang dapat RM10000 budak perempuan yang memang totally gila-blurrrrrr-tidak-percaya-dapat-rm10000. baru-baru ni pulak pacik-opis-mana-entah dapat RM10000. gila wooooo. ok nampak kan? sebenarnya mereka adalah penyumbang punca-punca ke arah keruntuhan bangunan.


OK KANTOI AKU PUN DI ANTARA "PUNCA" TERSEBUT. SEKIAN TERIMA KASIH.



ni sebenarnya hasil kazen aku beli laptop kemudian aku mengoffer-diri untuk bersedia dipanggil sebagai bakal pemenang rm10000. TAPI LANGSUNG TIADA SIPI-SIPI PUN NOMBOR KENA PANGGIL. CEH! BUANG MASA.


lagi: aku ingat tiket yang aku pegang seperti dalam gambar di atas lah yang paling banyak. siap bajet ada harapan ni kena panggil dua kali. "ALAAA MALU LAH PULAK MAHU NAIK ATAS PENTAS KARANG, KALAU TER-DUA KALI KENA PANGGIL NANTI LAGI MALU, HUHU" -BAJET GILAK! sekali rupanya orang lain siap berinci-inci lagi ada tiket bakal bertuah-konon-lah. cis!

10 comments:

Puan Capa said...

kalo aku pegi...aku pun punca bangunan tu runtuh

::FAIZ FARISH:: said...

haha funny

Uchi kay-f @hmad said...

kelakar bah ko...

adelah tuah dtg...even hang tuah dah hilg..ah ha ;)

oranglidi said...

ko tau tak ada konspirasi sbnanye untuk pmenang peraduan macam ni? hahahaha. depa dah pilih siap2 sapa dia nak bagi. heheheheheh.

ak tipu je

cik helena said...

kalau aku juga..kite sama2 punca keruntuhan?hahahaha

Roza Ami Nanomiya said...

bukan mcm judi / tilik nasib ker tu?

azman said...

rezeki yg dinantikan

vidadarisakura said...

capa:
hai punca.


faiz:
;)


kf:
tunggu hang tuah la ni.



orglidi:
haha. yakin tiada konspirasi sebab benda tu depan mata kutt. wateva. haha



hel:
hai punca.


roza:
entah. sebab niat beli barang. bukan beli nombor. tapi ennnnnnntah la labuu. nantilah aku gugel.



azman:
menanti di mulut jak. dapat oklha. xdapat pun OKKK. ;)

Budak Panjang said...

Pak Karamu carik lu!

rafiq said...

dalam mimpi je la vi..ha2