dupdupmyheart

Wednesday, May 25, 2011

MAHU LETAK TAJUK APA ENTAH. DUHH.

ok sebenarnya aku nda ambik kisah pun pasal acid-splasher ni. mungkin sebab benda ni bukan jadi di area tempat tinggal aku. jadi keperatusan untuk terlibat dalam acara disimbah asid memang kosong la. lagipun aku ingat cerita surat kabar ni tipu-tipu-supaya-surat-kabar-laku. duhh!

tapi semalam. kawan aku cerita. kakak dia yang kerja di KL. pukul dua petang macamtu sepatutnya si kakak ada jumpa client. sebelum tu si kakak balik rumah dulu hantar barang. parking depan rumah. si kakak pegi bonet ambik barang. lepas tu tiba-tiba si kakak dengar bunyi motor kuat sangat belakang si kakak dan menghampiri beliau. jadi si kakak ni terkejut dan secara auto terus lari masuk rumah. lepas tu budak motor tu marah dan tanya kenapa si kakak lari. si kakak pun cakap tiada apa-apa dan bagi alasan apa entah. lepas tu budak motor tu masih tidak puas hati. dan masih berada atas motor. dan tanya sambil marah. last-last budak motor tu cakap;

"APA KAU INGAT SAYA NI YANG BUANG ASID TU?"

si kakak sebenarnya tidak terpikir pun pasal penyimbah asid tu. mungkin dalam kepala dia peragut ka apa sebab dalam sejarah hidup beliau pernah kena ragut oleh budak motor. tapi bila si kakak tengok dalam bakul motor budak motor tu, si kakak nampak bungkusan plastik warna hitam, terus si kakak menggigil-gigil dan ber-situasi-kan kejutan-tahap-6. budak motor tu pun jalan bila awan menandakan hari mahu hujan. lalu si kakak pun menelepon polis sebab ciri-ciri penyimbah asid tu 80% adalah dia.

-kurus
-hitam
-motor EX5


ok kepada semua wanita-wanita di semenanjung sana, berhati-hati lah, dan ikut lah nasihat para-para yang berkenaan. sekian pesanan khidmat masyarakat dari wanita-wanita di sabah.


dan


untuk kebaikan bersama juga, kepada lelaki yang kurus dan hitam sejak azali, kurangkan menunggang motor dalam keadaan yang mencurigakan dan beli lah baju "SAYA BUKAN ACID-SPLASHER". sekian terima kasih.

6 comments:

oranglidi said...

ksian akak tu. btul la tndakan dia tu. brjaga2.. kalu ak dah x layan. trus masuk keta je. bahaya kot.

baju sy bkn asid splasher? wow.ade ke? haha. kalu ade ak nk bli.

jejaka anggun said...

ada x kakak tuh nampak botol asid kat motor dia?

vidadarisakura said...

orglidi:
sebab dia bagi tinggal kereta dia tebuka-buka. jadi terpaksa juga dia layan dari jauh org tu.

kalau ada aku bgtahu. haha


jejaka:
dia saspek dalam plastik hitam tu kali. mungkin. entah.

Heidi Shafiq said...

kesian lelaki hitam..

vidadarisakura said...

tula kita nda tahu orang yang si kakak tu nampak si penyembur ka atau bukan. hee

vidadarisakura said...
This comment has been removed by the author.