dupdupmyheart

Sunday, May 22, 2011

HAIYAYA DOKTOR.

tangan sebelah kiri aku tiba-tiba gatal-gatal lepastu jadi kasar lepastu berbintik-bintik lepastu gatal-gatal lepastu merah-merah lepastu sakitsakit. lalu aku bawa lah jumpa dengan doktor di klinik panel opis aku. lepastu doktor tanya kenapa? aku pun cakap lah.

"doktor tangan saya dimulakan dengan gatal-gatal. jadi saya pun garu-garu lah. saya ingat gatal-gatal TANDA ISYARAT TERIMA DUIT. jadi saya pun garu-garu la dengan senang hati. tiba-tiba besok pagi sudah jadi macam ni"


setelah doktor tengoktengok tanpa pegang dan periksa,


"INI BUKAN GATAL TERIMA DUIT, INI KUDIS BUTA"


ok fine! tiba-tiba la pulak aku ada kudis buta. aku pun ubah lah statement gara-gara kena cakap kudis buta.

"er...doktor saya rasa ini pasal allergik. sebab kemarin saya makan seafood. sebab dulu saya allergik seafood. tapi sekarang saya main makan seja"


dia angguk-angguk. kemudian geleng-geleng. kemudian hmm-hmm. kemudian tulis-tulis.


"mungkin jugaklah pasal allergik. ok saya bagi ubat. makan sampai habis. sapu ubat di tangan . jangan makan seafood buat sementara waktu. kontrol makan blablablablabla"



besok.


aku pun sapu la ubat krim yang kena bagi tu. ok lah juga. bintik-bintik tu ada turun sikit. tapi yang aku hairan tangan aku panas. lepas tu macam terbakar. aku sapu lagi ubat krim tu dalam ofis. dengan harapan cepatlah kau hilang. tiba-tiba budak opis tegur.

"vi, ubat apa ko sapu tu?"

"entah ubat doktor bagi bikin hilang ni gatal/bintik/dan sebagainya."

"vi salah doktor tu bagi ko ubat, ubat ko pakai tu untuk kasi lega kejang sama blablabla"


aku pun terus lah telepon klinik dan tanya. SAH doktor tu bagi salah ubat. SAH!SAH!SAH! tambah tambah lah KEMENGGURUTUAN tangan aku. tiba-tiba dapat call dari pembantu klinik tu,

"cik kami minta maaflah, doktor tersalah bagi ubat. ITU DOKTOR KERAJAAN YANG BUAT PART TIME DI KLINIK KAMI. kami ganti tu ubat, tapi saya minta tolong supaya jangan bagitahu bos besar kami"


doktor part-time tu pun siap telefon minta maaf. aku pun ok jak lah. kesian pulak aku sama dia. nda apa lah.


tapi,


SEBENARNYA MASA TU BARU JAK TERNIAT MAU SKIM CEPAT KAYA PERGI SAMAN 11 JUTA DEKAT KLINIK TU. TERBAJET BAIK LA PULAK. CEH!

9 comments:

freakystar said...

sangat baik hati.tapi,aku harap dengan kebaikan hati kau yang tidak pergi komplen atas dasar kecuaian diorang tu akan merubah perangai diorang yang sambil lewa buat kerja.ramai yang kena dengan perangai sambil lewa para doktor terlatih.pernah masuk buletin utama jam 8 malam juga.kita ambil cerita ini sebagai iktibar.


*kalau kau gatal tangan lagi, pasti itu maknanya akan dapat gaji.jangan lupa aku di sini ok.berkongsi rezeki yang Tuhan bagi tu besar pahalanya.kehkehkeh!

karatz said...

rugi la lu.paling bangsat pun mintak la ganti rugi seribu dua buat modal becuti pegi uk..kahkahkahkahkah

jejaka anggun said...

mintak ganti rugi beb... dorang mana leh main2 bagi ubat. kalo tetibe tangan ko lumpuh caner? skang x, tetibe esok ko bangun, lumpuh. xpun jadik besar mcm dulang. ko mau?

ps: nnt aku nak cedok entry ko nih buat blog....

Kap said...

saman tetap saman.

oranglidi said...

sbenarnya dah betul la sangkaan awal2 kau tu. ko nak dapat duit hasil ko saman dia. hahaha.

mulia sungguh hatimu. hehe

vidadarisakura said...

freaky:
TER-baik hati. haha harap2 la berubah. aku boleh consider pun sebab doktor tu minta maaf. kalau jenis kurang ajar x mengaku salah memang la aku repot. hee



karat;
kan!kan!kan! haha


jejaka:
agak2 la bro macam dulang. hahaha


kap:
mari aku saman ko.haha



orglidi:
a'ah kan. tapi aku sendiri yang kensel. hahaha

*SiRibenMerah said...

td aku baca entry neh kt blog jejaka anggun.. rupanya ko lah mangsa doctor kerajaan tuh.. kahkahkahkah..

semoga cepat sembuh vivi..

vidadarisakura said...

haha. baiklah cik riben

Heidi Shafiq said...

nanti bg aku RM1juta.. aku blanje ko kepsi..