dupdupmyheart

Saturday, March 26, 2011

SEKIAN CERITA SERAM TAHAP KOSONG POINT LIMA PER SERATUS.

Dalam ofis ni ada lima deparment. jam punchout department yang lain adalah pukul 5.oo petang. dan jam punchout department aku extra 1 jam dan extra 1 hari iaitu pukul 6.00 petang dan bekerja hari sabtu. dalam department aku cuma dua orang yang duduk ofis. yang lain semua jaga cafe.


ertinya setiap 1 jam terakhir sebelum punchout pada hari bekerja adalah saat-saat "kakak-adik-abang-macik-pacik" mula start warming-up keluar. boleh dengar ada orang main lari-lari. boleh dengar bunyi air tanda ada orang mandi. boleh dengar bunyi flush. boleh dengar kasut tinggi hentak-hentak kaki. boleh dengar hentak-hentak pintu. dan sebagainya lah. tapi oleh sebab office-mate aku ada, setakat dengar-dengar macam tu boleh tahan-tahan-pura-pura-tidak-dengar-lalu-ketawa lagi. tapi kalau tinggal kau satu orang, ertinya kau serah diri lah tu. baik kau blah awal-awal bai! ;p


kemarin yakni hari jumaat. officemate aku yang sorang tu balik awal. tinggal aku seorang dan ada lagi satu orang bos dari department lain masih dalam bilik beliau. nama beliau bos Chaplin. tidak berapa biasa sebab dia selalu solo-solo-minum-milo. ok abaikan yang penting aku rasa selamat sebab bukan tinggal seorang. boleh tahan lagi ni.


5.30 petang. tukang-ambil-aku-lepas-bekerja- belum sampai lagi. lampu bilik bos chaplin tutup. dia keluar. aku tengok dia dengan renungan minta simpati sambil senyum yang bermaksud "oh bos jangan serahkan saya kepada hantu pleaseee ". baca dalam hati. bos chaplin tengok aku lepas tu terus buka pintu tanda tiada perasaan. ok fine. aku terus kemas-kemas. beg kasi tinggal. lampu kasi biar. dengar bunyi lif tutup. keluar. kunci pintu ofis. terus tekan button lif. cepat gilak bos chaplin tadi turun. ok masa tunggu lif pun suda nerves semacam. kenapa macam lambat la pulak lif ni sampai. bunyi air di tandas jangan cakap lah. memang sudah start bunyi-bunyi.


masuk lif cepat-cepat. niat tunggu tukang-ambil-aku-lepas-bekerja di ground floor. karang boleh minta kawan naik ofis ambil beg. tiba-tiba bulu roma naik. sejuk. rupanya sakit kencing. lif buka. terus masuk tandas di ground floor. selesai. tandas ni pun bukan boleh percaya sangat, kakakcafe pernah cakap tandas tu ada something-something. cepat-cepat keluar dari tandas, pintu lif terbuka. bos chaplin baru keluar dari lif. dia tengok aku. aku tengok dia. tiba-tiba muka dia pulak pucat sambil hairan tengok aku. aku buat muka bodoh dan terus jalan. dan aku senyum sendiri.


ok faham. mungkin sebenarnya bos chaplin yang di tandas tadi. dan aku yang turun cepat dari beliau. dan aku rasa muka dia pucat dan hairan tengok aku sebab mesti pikir "AIK BUKAN BUDAK NI DUDUK DALAM OFIS TADI?".


hoho bos. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. sekian.

20 comments:

Heidi Shafiq said...

vivi dah jadi zomba..

vidadarisakura said...

kita bakoooooo

oranglidi said...

wahahahha. takleh blah. tapi ko ade check btul2 tak. ntah2, betul dah bos caplin kuar awal. dan yang ko nmpak kat lif tu hantu. heheheeee~~~~

freakystar said...

sapa setuju bako ofis ko,boleh angkat tangan cenggini (sambil mengangkat tangan dan mengilas2 tangan umpama ucop) - HAHA.sangat lawak entri ini ok.apapun,ofis mana tu arr?

Irtiyah said...

salam

haha.. tetiba perasaan 'padan muka sape suruh tinggal adik vivi tadi?' haha

vidadarisakura said...

lidi:
eh eh! ya kan... eh nda la. komfom tu orang yang benar. heee


freaky:
ini cerita seram 0.5/100 la..buka crita lawak.. haha

vidadarisakura said...

irtiyah:
haha. tu la pasal kak. cuak juga la muka bos tu. hee

ciK LyndaWawa igUana said...

berani ko vivi....hehehe

yg_indah said...

aku ingatkan cerita seram ialah ko dah dipinang.

jejaka anggun said...

aku rasa yg ko nampak tuh bukan bos ko lah... ntah2 zomba?

speckurosaklagi said...

gila aku seram...hantu bos chaplin..

hahaha


vivi ko mmg klakar...

have a nice weekend..

:)

rafiq said...

pehhh. vivi dah betukar jadi rajin. 1st time entri panjang2. hantu rajin dah masuk dlm vida dari sakura.

vidadarisakura said...

wawa:
berani apa?



indah;
itu cerita sesak nafas.


jejaka:
haha. bakooo zomba.



speck:
selamat hari senin. haha



rafiq:
hello. ko tu yang hilang. entri aku suma panjang2 skang ni. manada pendek. karut. hahaha

miSs LovaLova!~ ;p said...

vii....ko da kurus blom...??

vidadarisakura said...

belum. gemuk lagi.

barambang said...

vivi... napa ko tidak accept request facebook sia??

accept la baa..

azman said...

hi vid suar dlm wne unggu stilll maintain hahaha

Cik Yunie said...

blog baru aku vi!!and plz add fb baru aku ok!!!

yg jujur benar dan ikhlas,
Cik Yunie

Puan Capa said...

siapa tukang amik ko?

vidadarisakura said...

barambang:
mana satu bogia ko punya FB? hee


azman:
istiqamah. eh?


yunie:
baiklah.



capa:
adalaaaaa