dupdupmyheart

Saturday, February 26, 2011

ZAMAN BERZAMAN.

bila aku kaji balik blog aku dari awal-awal pem-blog-an aku pada zaman dahulukala, perasaan aku macam "AKU KA YANG TULIS TU??MALUNYA AKU".


1. ZAMAN BAJET COMEL- rupanya aku pernah melalui zaman huruf "W" iaitu zaman bajet comel melalui peng-EJA-an perkataan. seriusshit. geli pulak aku. nasib baik aku cuma guna 1W bukan banyak-banyak "WWWWWWW" -mungkin ada jugak tapi aku nda perasan. haha tapi serius gilak. masa tu aku rasa memang KOOL gila campur comel KONON. dan perkataan paling kool yang aku rasa aku cipta adalah excuse me menjadi SKWEZME. wadapak!


2. ZAMAN PERASAN COMEL - ini lagi madapaka. setiap entry aku mesti terselit comel. OMG VIVI please lah! get a life! ok-ok! paham perasaan orang yang MENYAMPAH baca entry aku dahulukala. kakaka.


3. ZAMAN KETAGIH SEBUT BABI - adoiii. sekarang aku mahu sebut babi dalam sehari pun susah. siapa sebut babi nanti lastik LIDAH. haha ok lepas ni boleh lastik lidah sendiri. hahaha


4. ZAMAN TIDAK SENSITIF ISU-ISU TERTENTU - aku perasan ada juga aku main tulis tanpa memikirkan perasaan orang lain. ok sori-sori. mungkin terlampau obses dengan BLOG AKU SUKAHATI AKU.


5. ZAMAN ENTRY SYOKSENDIRI- kahkahkah. itu aku noticed bila aku baca balik entry aku yang lama-lama WADDAPAK APA BENDA AKU MEREPEK NI?????? haha


6. ZAMAN BERABIS CAKAP SABAH - ok masa tu kebaruan. aku memang tidak expect siapa-siapa baca blog aku. memang cakap sabah berabisan sampai orang pun tidak paham apa benda aku tengah cakap sebenarnya? tapi sekarang ni pun aku rasa masih bunyi-bunyi sabah bah entry aku. tapi kamu paham kan?kan?kan?kan?


7. ZAMAN MALAR CAKAP DIRI GEMUK - ok itu memang sampai sekarang la. selalu cakap mahu kurus mahu diet la konon. PUI! kempunan la kau mau kurus!


8. ZAMAN ENTRY 7e ( DUAPULUHEMPAT JAM YO!) - gilak lah dulu! aku rasa 1 jam 1 entry. memang 24 jam lah orang bilang. tapi sekarang ni. mau tulis entry pun susaahhhhhhh gilak. cuma hari ni rajin sikit sebab hari sabtu aku ada free sikit. heee


9. ZAMAN MALAS-MALAS-MALAS - err.. sekarang aku rajin sikit sudah lah! kihkihkih


10. ZAMAN TAJUK ENTRI PANJANG MAHU MAMPUS - tapi isi entri macam kau rasa mau tampar aku. hahaha



ok cukup 10. tapi sebenarnya banyak lagi ZAMAN-ZAMAN-ZAMAN yang aku sendiri rasa OH VIVI PLEASE LAH KAU! MENYAMPAHNYA AKU BACA. hahaha. bah! nampaknya KFC yang dibelanja oleh bossamyvelu telah sampai. adalah lebih baik aku makan dulu. sekian terima kasih.



-vivi-
pejabat tempat bekerja.
sabtuday.

12 comments:

Pekerja Kontrak said...

kfc bikin gemuk.

ciK LyndaWawa igUana said...

aku suka no 8..sebab dulu..bukan satu hari 24 jam 24 entry..tapi setiap 2 minit ko publish entry..hahahahah

vidadarisakura said...

tepak bua nu kang.

vidadarisakura said...

wawa:
haha. sott kan.

oranglidi said...

hahaha. pehal tiba2 tgk entri lelamo?

SHIMI said...

Salam,
Zaman dah berubah. Apatah lagi manusia kan..

Kap said...

mengapa bah kau berubah :)

jejaka anggun said...

tuh semua zaman pra sejarah ker zaman berzaman?

TUKANG KATA said...

tp gua suka baca blog lu. ada style.

VFN said...

tu sume zaman kegemilangan...
ahahahaha....

vidadarisakura said...

orglidi:
boring. heee


shimi;
;)



kap:
kanapakah. haha



jejaka:
zaman jahil.haha



tukang:
tenkiu.style la sangat. haha


vfn:
doiii. bila masa lah konon kegemilangan. bajet jak kau. ahhaha

Puan Capa said...

tempat keje..keje la!