dupdupmyheart

Monday, November 29, 2010

HARI ITU.

sempena hari itu.

Friday, November 26, 2010

FS.

nama bosbesar aku start dari F--- S---. contohla konon nama dia FERNANDES STANLEY (bukan nama sebenar). satu hari tu tetiba aku dapat mesej dari unknown. bagi arahan itu ini. aku pula mana la tahu itu siapa yang mesej aku lepas tu pandai-pandai bagi arahan.


"vivi, please. blablablablablalalala"

"siapa ni?"

"FS"


lambat lagi tu aku loading siapa FS. pikir punya pikir sekali bos besar pula. serius. sikit lagi aku reply :


FASHA SANDHA??

Thursday, November 25, 2010

SI SOMBONG.

Monday, November 22, 2010

KEPADA PUANMULIA.

selamat ulang tahun untuk kejayaan anda melahirkan saya.



saaaayang puanmulia. muah!

Monday, November 15, 2010

PENYAKIT LUPA PUNCA GEMUK.

aku perasan aku makin pelupa sekarang ni. contoh perkara-perkara yang aku boleh lupa adalah makan. contoh ayat. "eh kita suda makan ka tadi? belum kan? mari makan!" maka terjadi lah kes makan balik-balik. lalu lemak menyelubungi diri. aku rasa, kalau aku tidak kontrol diri memang lama-lama ada harapan la jadi macam orang ni.





5 LU CAKAP-5 KALI TAMBAH NASI -5 KALI MAKAN-5 MINIT LAPAR LAGI~ (cis!macamana boleh terasa ni~)

Sunday, November 14, 2010

M-TEST.

kemarin aku pegi ambik M-Test. belajar jangan cakap lah. aku dengar jak semua soalan dia objektif lagi lah langsung aku nda buka buku.

dalam kereta. 15minit sebelum exam. memang hati aku bedebar-debar-debar. neves gilak. tapi aku yakin ni bukan bedebar atau neves pasal exam. tapi pasal KOMPOM-KOMPOM aku akan jumpa kawan-kawan lama aku.


turun kereta. dari jauh aku nampak si-anu #1. berjaya mengelak.


masa register. aku tengok senarai nama memang ramai la budak Uitm dengan budak sekolah aku. cepat-cepat sain. cari kelas. cepat-cepat. dari jauh nampak si-anu #2. berjaya mengelak.



sampai kelas. tengok nama. cari meja. jumpa. duduk cepat-cepat.
tiba-tiba.

"vivi!"

tengok belakang. si anu #3 dan anu #4. aku senyum. dan mahu tidak mahu salam diorang dan tanya khabar. dan macam biasa. PART PALING AKU SERONOK DAN MEMANG AKU AGAK PUNCA AKU NEVES DAN BEDEBAR.


"gemuknya kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuu" sambil picit-picit lemak aku.

Thursday, November 11, 2010

KAUNTER.

kemarin kawan aku pegi MUIS ambik surat nikah eh surat kawin. eh entah. antara dua tu la. dua tahun suda tersadai di muis tu. baru kemarin dia ambik. sampai kakak kaunter tu pun heran sebab dia baru ambik. tapi lagi kakak tu tambah hairan bila kawan aku tanya,



"KAK KAUNTER MINTA CERAI MANA?"

Tuesday, November 9, 2010

KELAS.

aku ikut kelas graphic design secara FREE dan MAKANAN DITANGGUNG. dari pukul 6 petang sampai la 10 malam. boleh la jugak belajar basic sikit-sikit. belajar buat bendera malaysia la bulat-bulat la empat segi la dan sebagainya blablablablabla.


tukang ajar pun belum masuk lagi. nasib la PC ni ada intenet.





boring.





tukang ajar.. cepat lah masuk. supaya boleh makan free awal. eh rehat awal. lalalala

Friday, November 5, 2010

KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN LAMA. (ENTRY LOSER)

gila. serius aku rindu gila ni sama kamu semua. tapi aku ignore kamu ignore-ignore dan terus ignore.pura-pura tidak ikut perkembangan kamu. kalau dalam fesbuk kamu cerita pasal reunion ka gathering ka aku terus jadi silent reader. pura-pura tidak tahu. entah apa punya perangai aku ada ni. bila kamu upload gambar lama-lama, semua orang jadi eksaited.

 
"wah rindu"
"mana semua"
"ingat kah bla-bla-bla"
"eh mana itu?"
"bla-bla-bla"


dau bila ada yang cari aku, aku yang silent reader pula ikut mood kalau mau menghadirkan diri dalam cerita. semua masuk korum. semua eksaited. dan semua connected dan aku macam biasa jadi pasif. tidak kasi cukup korum.


kawan-kawan lama. sori.



mungkin aku ego mahu cakap yang aku rindu kamu.




mungkin.






ok fine. sebenarnya pasal aku gemuk. ada hak untuk bersifat malu dan sedikit loser.



end of discussion.

Wednesday, November 3, 2010

SEMPUT.

aku rasa ada sudah dekat dua tiga minggu aku turun pegi imigresen urus permit pekerja aku. serius. penat gila ok. penat menunggu. nda payah jaga hati orang-orang kerajaan la kan. kau buat kami menunggu macam kami ni tiada kerja suda mau buat selain menunggu. mungkin motto mesra-cekap-amanah tu boleh ubah la suda kepada motto yang lebih sesuai. whatever la kan. masa tu. memang tuhan jak la tahu perasaan aku berkumpul bersama orang-orang luar berpermit serta bos-bos mereka. dari pembantu rumah, tukang buat bangunan, tukang urut dan sebagainya. aku memang berdiri diam jak lah tengok mereka-mereka berpermit bising itu-bising ini- bising. komplen itu-komplen ini- komplen. aku malas mau komplen. karang manatahu aku jadi orang kerajaan. malas aku JILAT LUDAH SENDIRI LEPAS KOMPLEN-KOMPLEN ORANG LAIN TAPI KAU SENDIRI JUGAK YANG BUAT. mungkin bosan menunggu selama dua-tiga-empat ok ada yang sampai lapan jam. banyak isu lagi tu keluar. orang kerajaan begini. orang kerajaan begitu. orang dalam. bayar mahal. dan sebagainya. whatever la kan. dan paling bikin aku senyum bila orang-orang berpermit komplen pasal SISTEM KERAJAAN TIADA SISTEM. siapa suruh ko masuk malaysia. terima se-adanya jak la.




 
end.