dupdupmyheart

Wednesday, October 27, 2010

TINDAKAN SIGN MATI.

aku reveal blog aku sama kazen merangkap supervisor aku secara terpaksa dengan alasan dia belajar buat blog. (fakta : di ugut)



ok fine. tidak boleh cerita bukan-bukan pasal opis suda. :P

Monday, October 25, 2010

SI SELEKEH.

pergi opis masih pakai selipar jepun. sandal yang lawa sikit letak bawa meja. pakai bila perlu. contoh depan bos. tapi selalu ter-kaki ayam depan bos. tidak sempat atau lupa.


selekeh betul.


mekap muka? jangan harap. paling bergaya pun pakai eyeliner. itupun pandai lari line. sebelah tebal sebelah nipis. itupun kalau sempat pakai dari rumah. kadang-kadang tengahari baru pakai. itupun tahan 2-3 jam sebab hilang time gosok mata. eh hari tu pernah pakai eyeshadow sebab angin pondan mana masuk dalam badan masa tu. masuk opis buat bodoh. budak opis pun berkata. "vivi pada jam 8 pagi. kita tunggu pukul 12 tengahari". ok fine.macam tahu-tahu tarikh luput mekap dimuka aku.



selekeh betul.



rambut pun sama. bila lepas macam bandi amuk pun ada. bila sanggul macam nenek kebayan pegi pasar beli ikan. kakak opis cakap pakai la tudung. er.. senyum.


selekeh betul.



baju. jangan cakap. kalau aku suda pakai sweater, ertinya aku gosok-gosok kambing baju aku masa tu. dan hampir setiap hari la mungkin aku pakai sweater. er..sejuk kena aircond lah!lalalaa~


selekeh betul.



bulan depan ni umur masuk 25 tahun. tapi KAU MASIH SELEKEH!

MATA PLEASE TIDUR. BESOK AWAL PAGI KAN KITA KENA BANGUN DAN BEKERJA. PLEASE BABY PLEASE?

keluar dari bilik. tengok budak rumah siap packing barang. dan tengah bermekap-mekap.


"balik kampung malam ni?"

"nda la.. pegi KL.. jalan pukul 3 nanti flight pukul 6 pagi"

"o."



gila awal dia bemekap. kalau dulu flight aku pukul 6. pukul 3 bangun-gosok gigi-terus jalan. mandi? hish. kau mandi la bah tengah malam sebelum tidur. itupun mahu kena ajar ka?

Sunday, October 24, 2010

ANAK DERHAKA.

"vi.. kenapa? ko lupa suda jalan balik rumah?"

-kazen-

Friday, October 22, 2010

KAU MACAM PANDA.

"pemarah macam panda."



...

"bersin kuat-kuat macam panda."




...

"gemuk pun macam panda."






saitan.

Thursday, October 21, 2010

BURUK MUKA.

kisah 1.

kau lama tidak jumpa kawan lama kau. bila jumpa, kau eksaited and happy gila sebab jumpa kawan lama kau sebab kau lama tidak jumpa kawan lama kau. dan lamaaaa kau tidak tidak jumpa kawan lama kau kenapa mesti ayat pertama keluar dari mulut kawan lama kau "vi... terlebih sihat kau ni!"


kau. terus buruk muka.



----------------------------------


kau pergi bank. kasi keluar duit guna cheque. kalau keluar duit guna cheque mesti tunjuk IC. kau bagi IC kau. sambil senyum-senyum tanda budi bahasa budaya kita. tiba-tiba kakak bank tekejut. "aik...oh dulu kurus."


kau. terus buruk muka.

Tuesday, October 19, 2010

ADIK SEKOLAH MANA?

ok fine. pakai uniform kerja pun orang cakap aku pakai uniform sekolah.
ketara sangat aku baby face.


lalala



baby ok. bukan babi. sepak karang.

Tuesday, October 12, 2010

KERANA CINTA KIRANA.

officemate :  vi.. betul ni. kalau cinta kirana tu habis suda episod dia, aku janji aku lambat balik n stay di office dengan kau.

Monday, October 4, 2010

DEBAR-DEBAR-DEBAR.

setiap kali sebelum tidur,hati aku mesti bedebar-debar tunggu hari esok.

tunggu:

kejadian baru?
isu baru?
masalah baru?




serius. setiap hari mesti ada jak benda baru berlaku dan unexpected.

penat gilak!dia punya bedebar kalah-kalah bila jumpa lelaki ensom. lalalaa

BILA-KAH?

BILA-KAH??





BILA-KAH??









BILA-KAH??








BILA-KAH??








BILA-KAH MAHU KURUS NI??????

Saturday, October 2, 2010

KATA-KATA SEMANGAT DARI PACIK OFIS YANG SUKA DUDUK DEKAT PANTRY.

"rajin betul kau, time lunch pun buat kerja. mau cepat naik gaji ka?"


"amin pacik.bagus jugak kalau begitu. tapi kalau aku duduk-duduk macam pacik, sampai tua la tiada naik-naik gaji aku."


-end of discussion-