dupdupmyheart

Saturday, August 28, 2010

KELEMAHAN.

dalam opis ni, ada satu-dua-tiga-empat-lima-enam-tuuujuh-laaaapan. hah. lapan bijik PC sahaja yang ada internet. the rest tiada. termasuk la PC yang aku guna. dan aku besukur-sukur-sukur gilak sebab PC yang aku pakai yang berada atas meja kerja aku tidak dapat internet. sebab. sebab. tengoklah jam suda 2.00PM aku masih lalai depan PC yang ada internet. siap update 2-3 entry lagi. cis!

MATA ADA BEG ADA AIR.




kegilaan.
iya kadang-kadang berfungsi sebagai umpan.
sebenarnya.selalu.


*menguap*

BULAN PUASA MANA ADA HANTU.

tapi..........



ah!perasaan jak tu!





yang benar,
pekerja yang bekerja berdua pada hari sabtu
office
sabtu

Friday, August 27, 2010

ORANG CAKAP. KALAU TANGAN KAU GATAL, BERMAKSUD KITA AKAN TERIMA BENDA YANG BAIK-BAIK BELAKA.

serius. aku suka gila formula tangan gatal ni. aku redha tangan aku gatal seumur hidup.



suka lah!

Thursday, August 26, 2010

OK SAYA SUDA ADA TUMBLR. LEPAS TU?

eleh blogspot pun malas mau update. minta puji betul buat tumblr.


;p

HASIL KURANG.

apa yang aku dapat dalam masa setengah jam tadi adalah benda-benda ni:

kek lapis sarawak - rm 30
popiah simpul - rm 28
kerepek pisang - rm 7
kek pisang - rm 15
kek kurma - rm 10
maruku - rm20

jualan lain sangat boring dan no choice.


sebenarnya aku hampa.serius.
sebab mati-mati aku ingat suasana dia macam bazaar ramadhan. dalam kepala aku tadi aku angkut kiri kanan tangan aku adalah ayam panggang, ayam percik, sate, martabak, kuih muih dan makanan-makanan berbuka puasa.cis.

tipah tertipu!

MAJLIS PENYERAHAN KUIH-MUIH HARI RAYA AIDILFITRI 1431H/2010M DI RUANG LEGAR AUDITORIUM TUN RAFFAE, MENARA TUN MUSTAPHA, KOTA KINABALU

yang penting ada bazaar....



dan bos beli kupon RM500. aku dapat kupon RM100! yahuuuu.



shopping kuih raya la aku kejap lagi ni.kihkihkih.

Wednesday, August 25, 2010

OH IKAN JAKET..

aku tengok video ni, tiba-tiba aku teringat kawan aku masa kami belajar Uitm dulu. masa tu masa makan malam. tiba-tiba dia dapat panggilan telepon. terus suara dia jadi lain macam. mata dia merah. pastu dia nangis dekat bahu aku. aku tanya kenapa? memang saspen gilak masa tu. aku saspek mesti ada keluarga dia meninggal dunia ni. menangis ter-esak-esak sampai suara pun tersekat-sekat gilak. ok. ikan jaket di lautan merah tolak tepi tanda aku risau dengan kawan aku.

"sanggg..kenapa?"

"putihhhhh..dia mati sudaaaaa"

"siapa tu?"


"kucing aku..."

 err...aku pun terus kompius antara rasa kesian atau mahu ketawa masa tu. serius.



sedih :-|

Tuesday, August 24, 2010

SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN KAMI SEDANG SIBUK. SILA TUNGGU.

.




SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN KAMI MASIH SIBUK. SILA TUNGGU.



.




SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN KAMI MASIH SIBUK. SILA TUNGGU.




.



SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN KAMI MASIH SIBUK. SILA TUNGGU




.




SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN KAMI MASIH SIBUK. SILA TUNGGU..








HABIS TU AKU NDA SIBUK? DEM!

Friday, August 20, 2010

ALAA PACIK.. DENGAN BUDAK BELUM TUMBUH GIGI PUN PACIK JELES.

ini kisah riski aka si toyol. yang mana bila beliau lapar MESTI makan. bila beliau makan ertinya beliau LAPAR.

pada hari puasa hari yang ke lima yang lalu. puanmulia bawa la kami anak beranak shopping baju raya. iya baru puasa ke LIMA. LIMA ok. dengan alasan nanti baju raya habis di pasaran. sunggguh tidak lojik la puan. tapi oleh kerana puan belanja. saya terima dengan tabah lah.

lalu si riski ni nampaklah rumah MERAH aka pacik KFC. tabah lah aku yang puasa ni pergi membeli. alaa. setakat KFC, itupun mau tergugat? agak-agak lah bro.

selesai upacara pembelian versi peNAPAUan, bergerak lah kami di setiap kedai-kedai yang menjual baju raya. sambil si riski pun makan lah nugget sambil mem-follow puanmulia. sampai si riski makan di depan pacik yang duduk di kerusi sambil tunggu isteri beliau men-shopping.

lalu, pacik tu pun menyindir si riski. *mungkin* sebab aku yang membelakang pacik tu . dan riski tu sedap-sedap berdiri depan pacik tu sambil makan nugget sambil tengok pacik tu. dan aku dengar pacik tu soal anak-anak beliau.

"kamu suda makan?"
"belum pak. kan kita puasa. mana boleh makan"
"kamu puasa?"
"ya lah. orang cina sama kristian jak makan depan kita kan pak. nda puasa"

gilak bangga dia anak dia cakap macam tu. umpama-nya dia sudah jadi bapa mithali kompom masuk syurga dapat ajar anak dia bercakap macam tu.

HELLO PACIK. si riski ni bercakap pun belum lepas lagi. bah budak-budak kan. apalah dia paham erti puasa. gigi pun belum habis tumbuh. aku nda paham MOTIF pacik tu tanya anak-anak dia. macam menyindir kami ni yang tidak alert persekitaran dan kasi biar riski makan depan mereka yang berpuasa.alaa setakat nugget jak pacik. agak-agak la tersentuh hati perut jadi lapar.

lalu aku dengan nada-nada konon bengang. motif bengang? saja. panggil riski.

"RISKI SINI! NANTI ADA ORANG NAMPAK KO MAKAN!"

nda puas hati lagi aku.

"RISKI. SINI DENGAN KAKAK. NANTI BATAL PUASA PACIK TU TENGOK KO MAKAN!"

dan aku terus jalan keluar dari kedai tu. sekian terima kasih.

HARI-HARI BAJU BARU.

masa aku balik rumah manis rumah aku hari tu. aku tapau-lah semua baju-baju aku bawa balik rumah sewa. kebanyakan baju kurung la kan.

akibatnya - di opis:


"wahhh.. baju baru.."

"eh..eh..bukan..baju raya tahun lalu bah ni"


keesokannya lagi.


"wahh...baju baru lagi?"

"eh..eh..ini baju raya dua tahun lalu"



.

haih. pantang aku pakai baju yang aku tidak pernah pakai. kompom kena cakap baju baru. hari-hari lah baju baru. motiff mau question aku pakai baju baru? jeles?

Wednesday, August 18, 2010

KIRI-KANAN-KIRI.

aku nda paham kenapa kawasan sekeliling mata aku kejap-kejap bergerak. kejap-kejap macam berkawad. kejap-kejap kiri-kanan-kiri. kejap-kejap kanan-kiri-kanan. kejap-kejap kening yang bergerak. kalau dia malas atau penat mungkin bulu mata lagi ganti bergerak. penat ok. penat. iya la penat.

kalau mata bergerak sebelah kanan konon perkara baik datang. penat lah menunggu pekara-perkara baik-lah-konon mahu menjadi.penat lagi menunggu.

bila turn mata sebelah kiri konon perkara-pekara tidak baik-lah datang. penat lah lagi berdebar-debar tunggu pekara-pekara yang bakal tidak baik tu datang. ter-tipu lagi.

ini bukan cerita tahyul ok. tapi ter-tahyul. mana lagi penat ter-tahyul dengan niat secara tidak sengaja. penat.penat.

aku rasa, kalau pergerakan mata aku melampaui batas. boleh suda aku buat iklan macam video ni. ada can lah jugak jadi pemes. phak!

Saturday, August 14, 2010

LEMAH.

aku paling lemah bila orang guna alasan puasa untuk jadi LEMAH, tidak boleh kerja dan sebagainya.


mudah lah aku manas!macam kau sorang jak puasa di dunia ni.phak!

Wednesday, August 11, 2010

PEKELILING CAKAP,SEMPENA RAMADHAN, HANYA STAFF PEREMPUAN MUSLIM YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA DIBENARKAN BALIK PUKUL 3 PETANG.

dan staff perempuan yang bujang pula menyesal belum kahwin


sot.

PEKELILING CAKAP,SEMPENA RAMADHAN, HANYA STAFF PEREMPUAN MUSLIM YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA DIBENARKAN BALIK PUKUL 3 PETANG.

tiba-tiba pulak pacik suka lepak depan pantry menyesal jadi LELAKI.

sot.

Friday, August 6, 2010

SE-SAK.

jalan sesak.sesak jalan.


abang baju putih pakai motor datang sebagai penyelamat.


jalan jadi lancar.lancar jadi jalan.
tiba-tiba. abang baju putih pakai motor senyum. senyum nampak mangsa. mangsa pun senyum. senyum tanda pahit. senyum tanda-tanda sesak.


jalan jadi sesak balik. sesak balik jadi jalan.
tidak apa. yang penting poket abang baju putih pakai motor ada isi bikin makan.
poket mangsa pula kosong bakal tidak makan.
sekian.


argh!jalan sesak!

TERAPI.



Wednesday, August 4, 2010

TEKA-TEKI.

tiba-tiba datang bawa kertas.


"vivi!cek ni barang. mana pergi itu rm100k?"

"er..ok..i try"



tengok tarikh document. 2008/2009.
ok fine. aku start kerja bulan MARCH 2010.


DI-ULANGI. TAHUN 2010.


BOS. TIADA SOALAN YANG LAGI MENCABAR???

Tuesday, August 3, 2010

TIP-TAP-TEKO.

hati gua bedebar-debar. minggu depan masuk ramadhan. bulan depannya masuk syawal.






harap-harap gua dapat bonus 10 kali gaji. serius.

RAJIN SALAH.MALAS LAGI SALAH.

orang cakap. jangan terlampau rajin buat kerja. karang semua orang sorong kerja tempat kau.


kalau macam tu. kenapa tidak sorong gaji kau yang ribu-ribu tu terus.madapaka tul.

Monday, August 2, 2010

RUMAH-SEWA-SAYA-TIADA-MESIN-BASUH.

oleh itu macam biasa. tabiat dari dulu suka-kumpul-kumpul-baju-nanti-nanti-cuci diaktifkan semula. dan hari pencucian baju aku jatuh pada hari aku balik rumah-manis-rumah aku. erti kata lain seminggu sekali.



dan baru sekarang aku paham. angkara aktiviti-suka-kumpul-kumpul-baju-nanti-nanti-cuci membuatkan baju aku semakin sempit. yakin.