dupdupmyheart

Wednesday, June 30, 2010

BOS SAYA BAIK HATI.

ok hari tu dapat tiket free dari company pergi tengok KOTA KINABALU JAZZ FESTIVAL. memang tekejut la. tiba-tiba dapat tiket free. puansekreteri cakap bos kena buat pen-derma-an since money raised from the kota kinabalu jazz festival is used to fund lalu beliau pun dapat-lah tiket-tiket segala. jadi..aku pun dapat la tiket free. haha. malas mau buat review segala. yang penting best. kamera memang tiada. gambar pun memang tiadalah jugak kan. paling-paling gambar ini jak la sebagai bukti pe-mergi-an.







oleh sebab hari pertama hujan lebat gila-gila, maka aku pergi yang second day jak lah. ok cukup lah aku cakap aku terhibur gilak dengan UMS BIG BAND FEAT DAYANG NORAINI, MOOD INDIGO FROM UK DAN ORGANAMIX (SINGAPORE/THAILAND) dan sekian terima kasih.

ok next.

tadi nampak flyers dalam ofis iaitu 5TH SABAH INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL organize by kementerian pelancongan, kebudayaan & alam sekitar Sabah.

untuk info klik 5TH SABAH INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL.

apa yang bikin aku tertarik sebab ni adalah culture dance. dari bulgaria, china, egypt, ghana, greece, indonesia, kazakhstan, latvia, libya, philippines, romania, saudi arabia, singapore, sri lanka, taiwan, thailand dan uzbekistan. (menurut flyer la. haha)

ok-ok walaupun tiket dia ada yang murah ada yang mahal. memang aku FOKUS tiket murah la kan. akan tetapi aku tetap berdoa. BOS BUAT LAH DONATION BANYAK-BANYAK AGAR BOS MENDAPAT REZEKI YANG MURAH DAN DIBERKATI-NYA DAN SEMOGA SAYA DAPAT TIKET FREE SEKALI LAGI. SEKIAN TERIMA KASIH.

Tuesday, June 29, 2010

PRA-HAPPY.

dengar-dengar PTPTN sudah masuk.



yes!ada can paw adik sendiri.
haha

Monday, June 28, 2010

DEAR MY SUGAR DADDY, MR NUFFNANG.

masa peng-awalan femes-nya aktiviti ber-nuffnang, saya buat bodo saja. eleh. apa benda la nuffnang ni. konon. tapi saya tengok. semua orang letak nuffnang and cerita pasal klik-me-please-supaya-i-dapat-duit. eleh. pasal duit la tu. sudah la saya jenis anti-pekara-pekara-register-lalu-dapat-duit-tapi-lu-mesti-bayar-dulu. jadi saya abaikan nuffnang. persetankan. konon.


lepas tu. entah macamana. saya tanya-tanya and usha-usha mereka-mereka yang bernuffnang. eh tidak perlu deposit duit bagai. just letak and selamat berblog. ok. diterima. since masa tu saya selalu banyak masa untuk update. lalu saya pun terpedaya lalu meletakkan nuffnang didalam blog saya dengan bantuan adik-intan-yang-comel-konon. (terpaksa reveal password dengan budak tu)


ok dengan ber-nuffnang, serius bukan pasal duit. tapi saya dapat tahu siapa usha blog saya. eh seronoknya. stalker meet stalker. sebenarnya-aku-pernah-stalk-blog-kau-ok-kantoi. dan juga boleh tengok trafik segala bagai. ok. say no to "klik-me-pleassse". saya tiada lah sampai buat perkara-perkara macam tu. kalau orang lain buat macam tu suka-hati diorang la. nda kisah pun. ok sebenarnya paling lucu bila tengok keywords yang unknown-search tapi ter-tiba-tiba ter-link dalam blog saya. ah lucu sekali.


ok-ok! motif entri sebenarnya adalah untuk berterimakasih kepada mr.nuffnang aka sugar daddy saya sempena memberi saya rm50. biarpun sikit saya terima dengan tabah. sekian terima kasih.

CAN YOU KEEP A SECRET?



baca review sini.


ok!ok! memang lama suda buku ni wujud. aku jak yang nda alert. serius best gilak.



can you keep my secret?
motif aku beli buku ni konon mau improve english aku. tapi still angkang ni! wadda! ok-ok. dan i wish ada orang macam jack happers pastu suka sama aku. wadda! macam budak-budak. cepat terpengaruh cerita novel. haha



shhh. jangan bilang sama orang tau.rahsia!

Saturday, June 26, 2010

ALASAN-ALASAN MENUKAR CUTI.



jawapan:

alaaa..nda paya alasan-alasan semua tu.
sampai mau search-search bagai.
menyusahkan diri lagi.
cakap jak "bos saya malas"


nescaya anda akan mendapat cuti panjang tanpa gaji bersamaan dengan berhenti kerja. fired!

haha

THE 11-TH MALAYSIA INTERNATIONAL FOOD & BEVERAGE TRADE FAIR.



http://www.mifb.com.my/2010/


MEMO
.

vivi,
please arrange by air asia to the trade fair. tq.

-bos-

reply.

ok.noted.

-vivi-


aih.. susah shial cakap TIDAK. lalalala

OK-YA-YA-YA-OK.

susah shial mau cakap "TIDAK" sama bos.



eh!"ok-ya" tertakluk kepada terma dan syarat.

Thursday, June 24, 2010

APALA MAU JADI BUDAK-BUDAK NI.

aku banyak lepak dengan budak-budak-jagaan-ketika-kerja. ada macam tu ada macam ni. budak lepasan spm. budak yang malas sambung stadi. budak yang bercita-cita jadi mat-rempit. budak-budak yang memang nda dapat kerja lain lalu terpaksa bekerja di kafe. semua gila. kalau layan diorang lagi tambah gila. sudah la dengan aku sekali gila. memang gila la semua. gila-gila-gila.


oh ya. untuk pengetahuan. kerja aku meng-locatedkan aku di ofis dan di kafe.ok stop.


aku-"kau berapa spm kau?"

budak1- "1A 1B 3c 3D 1G"

aku- "A apa?"

budak1- "math"

aku- "G?"

budak1- "agama."



astagaaaa.bebel-bebel-bebel.


aku- "kau?"

budak2- "semua lulus kecuali agama sama math"

aku- "astaagaaaa. nda pernah-pernah aku dengar orang gagal agama, baru kamu 2 orang"

budak1dan2- "heeee"

aku- "bah ngam la. ada suda sijil BMBS kamu kan."

budak1dan2- "sijil apa tu kak?"

aku- "sijil BOLEH MAKAN BABI SUDA"

budak1dan2- "astaga kakkkk"

aku- "SIAPA SURUH KAMU GAGAL AGAMA-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-INFINITI"




sekian dari si pembebel.

BILA UMUR SUDA CUKUP 18 TAHUN.

"kak cukup sudah umur aku 18 tahun kak, kalau aku merogol boleh kena sebatan suda."



astaga. banyak-banyak keistimewaan cukup umur 18 tahun, sebatan akibat rogol la jugak jadi pilihan. layan jak la budak-budak-jagaan-ketika-kerja ni. haha

Wednesday, June 23, 2010

BELUM SAMPAI SEBULAN DUDUK KL - SUDA BERLAGAK.

aku mesej adik aku thru facebook.



ertinya macam jaga betul. (maksud aku jaga diri la tu)

pastu dia reply aku. siap slang KL.



tidak lama kemudian. chat.



haha. rasa-kan. malas layan. sambung kerja lagi baik.

Monday, June 21, 2010

KACAU.

kerja.
cerita memang pasal kerja. kerja aku kerja biasa-biasa saja. tapi bos suruh buat macam-macam. aku terima saja. sebab aku baca antara ayat-ayat terlarang dalam ofis adalah "it's not my job". ok terima. apa arahan bos wajib terima.


bila aku buat repot. tengok itu- tengok ini. kacau itu kacau ini. banyak kacau bilau. memang kacau pun. makan duit jangan cakap. memang termaktub secara terang-terangan. bos tanya. aku bagitahu secara kias. tidak terlalu direk. nanti dicakap pula aku sengaja bodek bos dan sebagainya.


kacau. sekarang aku sudah kena cop kacau line diorang. kacau. ya memang aku kacau. si pengacau. tidak kacau-bisnes terus mati. tidak puas hati. mari jumpa aku. dem! besok kena sedia pisau dan parang. mana tahu si pengacau kena serang. cis. bajet betul. lalala


tapi serius. bunga-bunga penyerangan sudah bermula tadi.
tidak apa.
ingat. aku kan cucu haji wong.
eh tiada apa-apa.
saja.
blah!

Saturday, June 19, 2010

BUDAK OFIS CAKAP, BONUS EXTRAVAGANZA KELUAR SETIAP KALI HARI SEBELUM RAYA.

cepat lah raya.



cepat lah raya.




LAMANYA LAGI RAYA NIIIIIIIII.

Friday, June 18, 2010

SEMALAM GUA PAKAI JERSEY ARGENTINA.

eleh kecoh. ok itu bukan motip pen-ceritaan.


lepas tu argentina lawan korea kan. kan.
lepas tu kan, masa tu bosbesar aku pun ikut lepak tengok sama. kan. kan.
lepas tu aku perasan bosbesar aku sapot korea. kan.kan
lepas tu kan ada niat tidak baik timbul dalam hati aku.kan kan.
lepas tu kan, yes!ada can "PAW" bos ni kalau Korea kalah. kan. kan.
lepas tu ARGENTINA MENANG, KOREA TABAH LAH KALAH. kan. kan.



lepas tu, secara auto.

"BOS-BOS!BOS KALAH!YEYE! AYOH! BAYAR!"

padahal aku teda buat perjanjian mana-mana pihak pun masa tu. kan. kan.
aku saja-saja jak kan. kan.
lepas tu kan, bosbesar aku kan, bagi aku RM5.


ok fine.


serius. gua harap dia hulur RM50. cis!

Thursday, June 17, 2010

PACIK-PACIK SUKA LEPAK DEKAT MEJA DEPAN PANTRY.



"alaaah.. nda pandai la main teka-teka nombor ni."


"alahh.. saya pun bukan pandai main sangat. sebelum ni pandai "main orang" jak."


erk. buat nda paham-buat nda paham. dan terus jalan sambil ketawa konon-konon terhibur.

Wednesday, June 16, 2010

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR?

ok. setiap kali aku mahu pergi pantry untuk minum milo agar anda jadi sihat dan kuat, setiap kali itu juga pacik-pacik suka lepak dekat meja depan pantry cuba pengaruh aku. setiap kali itu juga hulur borang yang ber-isi nama dan mata-mata pilihan.


daftar lah.


daftar lah.


join lah.


join lah.


untung ni.


bla-bla-bla.



dan setiap kali itu juga aku tolak-tolak ayam.
malas. takut kalah. oleh sebab sudah habis alasan mau tolak ajakan diorang, aku pun cakap sambil ketawa,

"ui pacik...kalau pasal bola, KOMITED GILA. siap buat form, print cantik-cantik. tapi KERJA? rilek-rilek jak tulis tangan bagi bos. kempunan la kalau mahu print. haha."


"yalah bah, nda payah la kau join..hee"


SEKIAN KISAH PACIK-PACIK SUKA DUDUK DEKAT MEJA DEPAN PANTRY YANG GAGAL MEMBAWA SAYA KE ALAM PERBETTINGAN BOLA.

Sunday, June 13, 2010

KEMAJUAN

riski bangun-bangun bukak mata terus pasang tivi.
channel kompom-kompom ter-auto channel kartun.
duduk atas kerusi,
samada terus baring sambil kaki bersilang,
lagak macam bos.
maju gilak la gaya duduk sekarang. tapi bercakap pun nda lepas lagi. macam orang babau pun ada.


maju memang maju. sampai remote control pun dia control.

"dik..kakak tukar tivi"

"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"

"dik..minta remote"

"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"
"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"
"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"
"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"
"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"
"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"


rasa-rasa jak aku mau buat video-dera-adik lepas tu bagi masuk dalam youtube.

Friday, June 11, 2010

TAHI-TAHI YANG KAU BERAK-KAN.

ok kepala gua stuck yang amat.
banyak gila kerja. kerja-kerja-kerja.

kerja yang gua sambut dan sambung dari orang yang berhenti kerja.
umpama nya si vivi sedang menyapu tahi-tahi yang si polan telah berak-kan dengan terpaksa-rela.

eh tapi gua terima dengan hati yang tabah jugak lah sikit-sikit dengan harapan gua akan kurus sempena menguruskan kerja-kerja yang tidak ter-urus.

eh teda kaitan. stop lah. babai.

Monday, June 7, 2010

SELAMAT MALAM PERTAMA BABE.

baru balik dari rumah kazen kesayangan yang baru kahwin. penat gilak. ingat mahu tidur sama. tapi lupa dia suda jadi bini orang. oh nooo!



tiba-tiba sedih.



eh~no!no!no!

Thursday, June 3, 2010

HARI KE-EMPAT.

hari ke-tiga.
tidak tahan.
apa macam ini?

jangan cakap mau bedah. gila kau. tidak kah memalukan kaum kerabat. kerana tulang ikan leher sepanjang pendek yang amat aku kena bedah. boleh jadi bahan kutukan seumur hidup tu ging.

hari tu masa cek di hospital, tukang rawat nasihat guna cara kampung.

ok. hari ketiga terbuka hati tawar guna cara kampung.
apa mahu jadi-jadi la. sakit ok.

antara cara kampung:

1. cari orang yang lahir secara songsang. kemudian suruh dia urut leher. orang cakap. tulang tu akan tersongsang lalu tercabut dan terkeluar. cari lahir cara songsang ok. BUKAN ORANG SONGSANG.


atau,


2. cara terkotor adalah ubat paling mujarab. minum air cucian tangan orang yang lahir secara songsang. tapi make sure lah bah kan tangan orang tu bersih-BERSIH-BERSIH DAN BERSIH. jangan orang tu lepas keluar tandas situ lah kau suruh orang tu cuci tangan kemudian kau minum. eyuw~


atau,


3. cari kucing yang jinak, kemudian suruh kucing cakar-cakar secara lembut di leher, dengan alasan kan kucing makan tulang, mungkin tulang tu ikut keluar. tapi jangan la kan kau cari kucing yang tengah mengawan atau baru lepas bergaduh sebab gepren/bopren dia kena rampas oleh kucing lain. gila. sia-sia leher bertatu cakaran kucing. leher OK PUN TERUS JADI OKU.


atau,


4. suruh orang yang "pandai-pandai" tawar. antara cara yang digunakan adalah minum air yang dibaca-baca kemudian minum.


atau,


5. gumpal-gumpal nasi kemudian telan kemudian minum air banyak-banyak. eh ini biasa lah kan. sudah buat pun awal-awal.


atau,


6. selepas rasa tulang ikan tersangkut. diam. baca bismillah. pusing pinggan yang digunakan mengikut arah putaran jam sebanyak 3 kali. tapi itu sejurus-auto selepas ketulangan. ini sudah terlepas 3 hari ok.


atau,


berserah jak lah!


hari ketiga,
aku pun try la cara-cara kampung yang si cadangkan.

cara pertama. try. siap. telan air liur. ih rasa tulang masih ada. gagal.

cara ke-dua. try. siap. telan air liur. ih rasa tulang masih ada. gagal.

cara ke-tiga. kucing yang selamat tidak dapat dikesan. skip.

cara ke-empat. try. siap. telan air liur. ih rasa tulang masih ada. gagal.

ulang lagi cara ke-empat tapi orang yang berlainan. try. siap. telan air liur. ih
rasa tulang masih ada. gagal.

cara ke-lima. skip.

cara ke-enam. tidak sempat. skip.

SEMUA SUDAH BUAT DALAM BEBERAPA JAM. TIADA KESAN APA PUNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.
HAMPA OK. HAMPA.


last-last berserah la jugak!

tapi sebelum berserah sempat kena marah.

"KAU INGAT ORANG SAKIT MAKAN UBAT TERUS-TERUS BAIK?"

ehh!ya kan. kihkihkih.
dan, tidur dalam kesakitan lagi.


........................................

hari ke-empat.
pagi masih sakit.
tabah jak lah.

ok. lupakan.

tiba-tiba, kazen aku bawak MCD. makan la double cheese burger. baru ingat lama suda nda makan MCD. bukan lah pasal boikot ka apa. memang nda ter-makan. asal limpas mcd, aku suda kenyang. tidak pun tiada duit bikin beli MCD. dan mungkin juga teda mood makan fastfood. whateva lah. telan punya telan punya telan dan sendawa.

worghhhhh.alhamdulillah.


EH!EH!EH!MANA RASA SAKIT TULANG IKAN TU PERGI. WEH!WEH!TULANG IKAN TU SUDA LARI. GILA LAH! TIADA LAGI SAKIT AKIBAT SANGKUT OF TULANG IKAN. GEMBIRANYA!! BEBAS DARI TULANG IKAN. YEYE!

kalau tahu, awal-awal ketulangan lagi aku makan MCD. haha

SEKIAN LAH TERIMA KASIH KERANA SANGGUP BACA ENTRY YANG PANJANG.HEE
GUA MAU SAMBUNG KARAOKE LEPAS NI. HAHA

Wednesday, June 2, 2010

SIMPTOM-SUSAH-MELEPAS.

finally,
aku terpaksa lah bagi adik aku peluang belajar hidup di kuala lumpur sana. risau beb. gila nda risau. perempuan lagi tu. urgh.


kena yakin vivi. yakin. yakin. manatahu ada perubahan dengan budak tu.ergh.


terus-terang, aku ada simptom susah kasi lepas adik-adik aku keluar dari rumah. yang aku mahu, kalau aku ada di rumah, semua adik-adik aku mesti ada. aku banyak soal. kenapa sana?kenapa situ?ada apa sana?siapa?berapa? dan sebagainya. tapi aku? eh aku kan kakak. peduli apa kalau aku yang keluar merayap. heh


dulu, masa adik lelaki aku dapat tawaran uitm dan kena hantar pergi Tawau sana, aku macam..erk... boleh ka dia?macamana lah?entah lah. lepas register adik aku dekat uitm, balik rumah, masuk bilik adik lelaki, tiba-tiba pulak nangis. tadi ego gila. membebel macam nenek-nenek. awas yang itu-awas yang ini-dan sebagainya.


dan esok, budak sorang ni lagi pulak yang jalan. sekarang ni masih ego lah. bermacam jenis contoh perangai suda aku bagi contoh sama dia yang mungkin dia akan jumpa. dan adik aku cuma-angguk-he he-ya bah kak-dan sebagainya jenis ayat mempertahankan diri konon. ceh!



ok lah!sambung tolong packing barang budak ni kejap. tengok!benda camni pun aku yang kena buat. kata mahu hidup bedikari. ceh!

Tuesday, June 1, 2010

SMS.

Q: masih sakit lagi?


A: masih..tulang tu masih melekat.


Q: bah. bagus lah boleh juga diet.



no reply.



apa diet. 24 jam aku sumbat mulut dengan makanan. dengan alasan tulang tu ikut tersangkut dan kehidupan aku kembali normal.tapi.gagal.terpaksa la tabah.

SIARAN ULANGAN.

tengahari. terkena lagi. ok. berlagak kool.
ala..pekara kecik. lagipun pernah kena.
teda hal lah!


8 jam kemudian.


tidak tahan. rasa sakit macam biskut chipsmore.
nasib baik. sekejap sakit sekejap tidak.
tapi still rasa tidak tahan.


bawa bapa pergi hospital seterusnya unit kecemasan.


tapi masih berlagak kool. macam biasa.
sakit apa dik? dengar jawapan pasti ketawa.
aku pun ketawa. belagak kool. ah perkara kecik kan.
tapi 8 jam? kenapa lambat? kenapa tidak bawa awal-awal?
senyum. tiada jawapan.



bukak mulut dik. sakit ni. sebab benda tu suda masuk dalam.
tarik lidah segala. 4 orang. cek yang itu. cek yang ini.
tiada benda dikesan. mungkin suda telampau dalam.
usaha gagal.


apa boleh buat. taik kambing bulat-bulat.
nasib kau lah vi.



sekian.

-------------------------------------------------------

BACA SINI UNTUK SIARAN PERTAMA.