dupdupmyheart

Tuesday, March 23, 2010

PACIK KEDAI RESTORAN DEPAN SUKA PASANG LAGU-LAGU WALI BAND SECARA BERULANG-ULANG.

antara lagu kegemaran mereka adalah lagu yang "ibu-ibu, bapa-bapa, siapa punya anak bilang aku" dengan lagu "taubat" serta lagu "ya Allah ya Rahman".




tapi.



pacik-pacik pelanggan kedai restoran depan semua order air berjenama "harimau". dan kedai restoran depan merupakan "port minum" peminum-peminum seterusnya mabuk-mabuk.



motif lagu?


lucu.



*sila google lagu waliband sendiri. sebab aku pun nda tahu tajuk lagu. hee

Monday, March 22, 2010

KAKAK TUKANG CEK TEKANAN JANTUNG ADA MEJIK.

bacaan NORMAL ujian jantung = 60

bacaan TINGGI ujian jantung = 90

bacaan VIVI PUNYA ujian jantung = 103.



"adik kurangkan makan berlemak, makanan berminyak, fastfood semua tu, kulit ayam, dan blablablablabla"


"aik?macamana kakak tahu?"

Sunday, March 21, 2010

TUNGGU DAN TERUS TUNGGU.

"hidup ni macam roda, kejap di atas, kejap di bawah"


bila la "roda" aku mahu naik atas ni?



..dan belum kenaikan "roda" aku tu memang serius teda kaitan dengan berat badan aku ok.
sekian.

Saturday, March 20, 2010

BUAT ORANG YANG PERASAN PUNYA SEMBILAN NYAWA.

ketahui la wahai kamu yang berperasaan dan perasan punya sembilan nyawa iaitu kamu-kamu yang tidak berkonsepkan kata pepatah bahawa malang itu tidak berbau ketika beraksi sebagai pemandu kenderaan. lebih-lebih lagi ketika menuruni bukit yang curam dan masing-masing perasan ber-initial D di jalan yang ber-bengkang-bengkok.


saya selaku penumpang yang tidak layak berkata-kata atas dasar tiada lesen dan tidak pandai men-drive ini sebenarnya MASIH MAHU HIDUP. dan setiap kali saya bersuara meminta kesian, sering sahaja tidak dilayan.




sekian.




"kata-kata ini dipetik dari dalam hati penumpang duduk belakang yang berkonsepkan mati hanya sekali kepada peng-drive (bukan pendrive mahupun thumbdrive) yang perasan punya sembilan nyawa".



dan ini jugak adalah alasan terbaik bagi penumpang yang takut tadi untuk tidur kerana ingin melenyapkan rasa ketakutan dalam diri dan merasa majik bila "buka-buka mata terus sampai destinasi (itupun kalau tidak eksiden)" walaupun sebenarnya penumpang tadi pantang kena aircond kereta pasti tertidur. lebih-lebih lagi jalan yang melebihi 30 kilometer.


sekian lagi.



peng-drive perasan sembilan nyawa yang dimaksudkan tertakluk kepada syarat meter pembawaan kereta.



dan peng-drive - peng-drive yang dimaksudkan termasuk juga bapa sendiri dan anak-anak lelaki yang berhubungrapat dengan penumpang yang tidak berlesen dan masih mahu hidup itu sekian sekian dan sekian.

Friday, March 19, 2010

UNTUK "YOU".

cukup 365 hari.
selamat hari-hari.


.

Monday, March 8, 2010

SIARAN TERGENDALA.

see you tomorrow.

Sunday, March 7, 2010

JANGAN BIKIN MALU ORANG SABAH.

gudlak ALEX sama KECIK.


kalau kalah nda apa. jangan jak lawak kamu nda best malam ni.
awas ar!
haha

HA-JAU-NUN = HUJAN.

setelah dekat dua bulan beliau merajuk akibat banjir hari tu.


akhirnya beliau turun walaupun orang cakap seperti hanya melepas batuk ditangga.

MISI MELALAIKAN RISKI.

pasang volume tivi kuat-kuat dengan harapan beliau tidak mendengar bunyi kereta bapa keluar.

ketawa kuat-kuat sambil bawa riski main dengan harapan dapat kaver bunyi kereta bapa keluar.


misi selesai.
bapa sama mama keluar dengan selamat.


3minit kemudian.


riski menangis bila sedar kereta bapa tiada di garaj.


misi gagal.
sekian.

Saturday, March 6, 2010

PEMALU MACAM SIPUT. KONON.

pantang facebook cakap aku lembut. mula lah penyuaraan ketidakpuasan hati berlaku. haha


oh. pernah juga melakukan kajian terhadap diri sendiri disini.


sekian.

TEKEK.

binatang ni, aku pun nda sure fullname dia apa. tapi kalau tempat aku binatang ni kena panggil TEKEK. setiap malam dia akan sebut nama sendiri berbunyi "tekk-kek" sebanyak sukahati kali dia.

ni rupa binatang tu yang ditangkap oleh skuad-penangkap-tekek merangkap kazens aku.


mula-mula geli jugak aku. tapi lepas menari tarian sinchan bagi menghilangkan kegelian, aku kembali menjadi normal.


dan baru aku ingat, hari tu aku pernah nampak info ni.

"Secara tiba tiba binatang ini jadi BURUAN kerana harganya yang sangat mahal.ianya di kenali sebagai Tekek atau GECKO.Anda tahu kah kelebihan yang terdapat dgn binatang seakan Cicak ini.Saiznya pula 10x ganda besar dari cicak.Sampai Ribuan ringgit harganya per gram.Apa kelebihannya???" kredit to sabahan.fm.

kalau baca komen-komen pengomen-pengomen dalam tu, ada yang cakap:
- 1 ekor rm60000
-100 gram rm5000
-bikin ubat AIDS
-bikin ubat penyakit-penyakit unknown
-dan sebagainya.


omaigod.
weh kamu-kamu semua. beli la binatang ni dari aku. aku jual murah. harga kawan-kawan. 100gram RM100000. macam? haha

aku rasa kalau bebetul la ada orang mau beli. mulai sekarang boleh la cari binatang ni lagi. kalah SKIM LOGIN FB RM100. haha

ADA KAE-SILAPAN YANG KALIAN TEA-LAH LAKUKAN. COBA EA-NGAT BEA-TUL BEA-TUL.

kenapa entah ramai orang cakap cerita tu menakutkan?



aku rasa lucu gilak ok.

BILA KEPENATAN MENGUASAI DIRI.

malas pun menyusul.

Friday, March 5, 2010

BUAT TATAPAN PENCINTA SUSU.

susu sekolah lah!







rumah aku banyak susu sekolah. kamu mahu?
harapan! haha

Thursday, March 4, 2010

MISI KUMPUL DUIT KAHWIN.

eh salah!maksud saya kumpul duit untuk tengok KAKAK kesayangan saya kahwin.hee


(omaigod. rindu gilak time ni)


omaigod. aku cuma ada masa 7 bulan lagi. gila kau. ingat murah tambang pegi KL tu. biarpun bakal tunangan/bini orang tu beriya mau sponsor. tapi no no no. biarlah kali ini aku berdikari mencari duit sendiri. haha


dengan terniatnya misi yang dinyatakan, aku nda kisah dengan apa kerja yang akan aku buat lepas ni. kompom la bah halal. biarlah start dari bawah. manatahu buli karang aku cerita sama cucu cicit aku "DULU NENEK SEORANG YANG HEBAT. SEMUA KERJA NENEK BUAT. NENEK BUKAN PEMALAS MACAM KAMU NI. PERANGAI SEPA LA KAMU IKUT NI..GRRR"



er..sebenarnya kakdiba akan bertunang bulan 5 dan berkahwin bulan 10. tapi aku suda kecoh awal-awal. EKSAITED OK BILA AKU DAPAT BERITA NI! haha! kepada sesiapa yang kenal beliau. marilah kita mendoakan kebahagian beliau. amin.


okla!okla! akhir sekali, aku mau link blog kak diba tapi malangnya beliau suda terlupa password beliau. eleh!!!

ONCE UPON A TIME.






















...happily ever after.
TAMAT.


TIPU!!!

PAGI-PAGI YANG INDAH.

sekarang hidup pagi suda menjadi tenang.
tiada lagi alarm clock yang bernada dering tinggi yang bertajuk "tangisan ku tidak berbalas".
tiada lagi drama kejar-mengejar yang dilakonkan oleh riski si EKOR tatkala mama sama bapa pergi bekerja.
nampaknya riski suda belajar hidup redha bahawa beliau memang tidak akan dibawa kemana-mana seawal pagi-pagi orang bekerja.

gambar-gambar ketika beliau masih dizaman jahiliah.


oh bahagianya hidup pagi dan kakak suda boleh tidur dengan tenang. selamat malam semua! heh!

Wednesday, March 3, 2010

NEVES.

"pak.. tuh ada orang add bapa"


"eh!eh!"


"kasi confirm jak kalau kawan bapa, kalau bukan nda payah"


"eh!eh!datuk salleh pun add bapa"


"eleeeeeeeeeeeeh. rilek bah pak"

INI ENTRI COVER MALU.

ok! tiba-tiba aku rasa malu. anggap jak aku teda tulis entri di bawah ni.



ramai gilak orang join. baru tuh memang banyak input.
aku punya nampak sangat baru mahu tengok vid-vid tu semua.
haha



ok.ok!
berjaya menurunkan entri dibawah dari pandangan mata semua.
hee

BEST BITS OF PROJECT ALPHA SEASON 1.

sempena aku tiada kerja sekarang ni, aku mahu join la INSTANT CASH BLOGGING iaitu blog about project alpha instantly win cash. kalau ada rezeki ada la masuk cash. biarpun rm20. eh kalau dapat! haha!


ok sebenarnya season 1 aku bukan follow sangat pun. tapi aku sedar projek tu wujud dalam redmummydotcom. aku macam, eh apa benda la diorang buat ni. tapi makin lama aku tengok, eh macam best pulak. ya lah, setiap insan dikurniakan sifat menyibuk. ;p



dan secara jujur, aku baru tengok semua video season 1 dalam beberapa jam yang lalu. haha SEMANGAT! (tapi belum khatam la.hee)


setakat yang aku tengok ni, ok funny and best gilak! dan macam kau tengok video tu ko mesti cakap "wahhhhhhhh untuk kagum" atau "haha untuk ketawa" atau "hehe untuk sengih" atau "omg! untuk wah bestnya kalau itu aku" ("aku" merujuk kepada setiap diri sendiri yang terbuka kepada semua orang ok)

host dia JOJO STRUYS pun best gilak! ih suka gilak lah! hee

dan sekarang pulak



ada AZWAN ALI ok!
itu yang penting. haha
hello! aku bukan minat azwan ali pun. tapi lagi kontroversi orang tu lagi la ramai orang mahu tengok. ;p


dan KLUBKIDDDOTCOM. aku suka dia sebab dalam forum cari kata-kata dia antara boleh dipercayai. haha


yang 4 blogger lagi maybe AKU jak yang tidak familiar dengan diorang. hee
http://nikicheong.com/blog, http://cheeserland.com/, http://shaolintiger.com/, http://kyspeaks.com/, dan http://ninieahmad.com/ (yang ni kick gilak dia pose)


harap-harap lah season 2 lagi happening dan rawk! yeah!


oh ya! projek season 2 ni dipercayai di sponsor oleh orang-orang yang memang hebat shial.
Main Sponsor – Adidas Action 3,
Official Broadband Sponsor – P1
Official Flight Sponsor – Malaysia Airlines
Official Cosmetics sponsor – Rimmel
Official Hair and Make Up Sponsor – A Cut Above
Official Media Partner – Hitz FM and Era FM
Official Social Networking Site – Ruumz
Hotel Sponsors – 360Kuching and Millennium Hotel Group
Online News Portal – The Daily Chilli


dan bagi yang berfesbuk. boleh la klik dan anda seterusnya menjadi auto-member tanpa sebarang prejudis.haha!


ok.ok!last! ini adalah ucapan yang dicopy secara langsung


DON'T MISS PROJECT ALPHA SEASON 2 AIRING 19TH APRIL 2010. YOU BETTER BE THERE!


dan sebagai penutup, mari kita baca beramai-ramai.

"PROJECT ALPHA SEASON 2 IS PRESENTED BY ADIDAS ACTION 3 AND SUPPORTED BY P1 AND MAS"

yeah!

TIBA MASA UNTUK TENSION.

welcome tension!


aibeliu lah!
muah!muah!


-yangtension-

Tuesday, March 2, 2010

ARAHAN.

"cikgu. ada kami jumpa fesbuk cikgu. nama cikgu tapi gambar amitabh bachan"

kata guru-guru yang mempunyai fesbuk yang men-search nama bapa aku.



serta merta encikyacob suruh tukar gambar.
tapi gambar time beliau muda la.



ceh.

SAH.

malas.

MARI KITA MULAKAN HARI DENGAN

makanan.



yeah!

Monday, March 1, 2010

PANTANG.

aku pantang time aku tidur tiba-tiba bunyi telefon.
suda lah bangun mengejut.
sambut telefon tapi tidak sempat.
mau miskol back tapi teda kredit.



sakit kepala tau!



pekara-pekara begini la bikin lapar.
grr.

CUKUP.

cukup 3 bulan aku mengganggur.



argh!



tolong lah! siapa sudi jadi "orang dalam" aku???