dupdupmyheart

Sunday, February 28, 2010

HLL SM. P KHBR? HR N SY PR-PR DT SBB SMLM SY MKN NS D PGGN. BB.




























macam sial nda tajuk entri kali ni? pandai-pandai la kamu kasi selesai. siapa cepat dapat wallpaper free atas ni.


haha!

CERITA KEDAI KOPI.

semalam lepak-lepak di tempat perlepakan. tunang kepada kazen menceritakan kes kecurian yang berlaku kepada mereka. aku mendengar dengan khusyuk gilak sambil simpati sedikit-sedikit la konon. tiba-tiba;


"ko bayangkan vi, TONG GAS BESAR MACAM KAU BAH KENA CURI."


eh!eh! tiba-tiba pulak bawa aku masuk dalam cerita beliau. lalu cerita sedih pun betukar kepada cerita cari gaduh.
grrr

PERKARA MAJIK YANG PERNAH SAYA LALUI KETIKA DUDUK HOSTEL.

sempena di denda tidak boleh outing untuk 2 minggu masa tu, aku pun berazam la mencuci baju-baju yang terbengkalai di loker aku. cukup satu besen besar. memang terbaik la aku cuci. penat gilak biarpun tidak sampai setengah jam.

aku letak softlan setengah botol siap berdoa semoga tindakan beliau sebagai pewangi pakaian serta melembutkan pakaian berkesan.

aku masuk bilik.


tertidur.


pagi ada kelas, petang ada prep ataupun lepak di bilik Pembimbing Rakan Sebaya sebagai tanda ponteng prep, dan malam ada prep bikin aku macam baca mantera "BESOK JAK LA" setiap kali aku limpas ampaian baju. dan besen aku masi selamat di situ.


sampai la hari sabtu,
tiba-tiba ada dua makhluk kesayangan aku sedang menjemur pakaian yang berada di dalam besen tersebut sambil mulut terkumat-kamit. aku pun terkejut sambil cakap "Eh!eh!eh!kenapa?" sambil senyum-senyum taik malu.


dan keesokannya,
baju-baju tersebut terlipat kemas di atas katil aku.


betul-betul gilak majik!


lepas hari tu aku insaf dan hantar pakaian balik rumah MINTA TOLONG PUAN MULIA DAN PEMBANTU PERIBADI BELIAU IAITU ENCIKMESINBASUH CUCIKAN.


aku rasa memang berkesan la tindakan dua orang makhluk kesayangan aku tu.
hee


sekian.

Saturday, February 27, 2010

KENAPA?



asal jumpa pasir pantai, kenapa mesti suka main tulis-tulis?
aku hairan.
heh!

AKHIRNYA.

ok. aku sudah setelkan niat bapa aku berfesbuk. alaa. asal ada. mana mungkin bapa aku ada masa mau cek fesbuk dia kan? paling-paling dia suruh ustad yang cek. ;p



motip letak gambar amitab bachan sebab masa muda bapa macam amitab bachan.
menurut gambar lama la.


er..sebenarnya bapa belum cek lagi gambar tersebut di FB beliau.


hee.

KISAH LAMA-LAMA SAYA.

masa tu aku form five. jadi budak hostel. entah apa gilak aku apply hostel sekolah padahal rumah tidak sampai dua kilometer dari sekolah. masa tu PRINSIP MAHU CUBA SEMUA SEBELUM HABIS SEKOLAH selain PRINSIP HIDUP MESTI GANJIL. kawan-kawan aku pun hairan dengan azam aku mahu masuk hostel masa tahun tu. entah. aku memang mahu cuba. kawan-kawan aku siap bertaruh aku tidak tahan duduk hostel lama-lama. ok!ok! mungkin mahu mengelak cuci pinggan ataupun kemas rumah.

tapi nama jak aku tinggal hostel. tahap kemalasan memang dabel-dabel extravaganza. memang terserlah gilak la di sana. kalau aku cakap pun belum tentu tahap yang tepat untuk peng-imaginasian kamu. umpama nya macam KALAU MASUK LOKER VIVI BELUM TENTU BOLEH BALIK KE PANGKAL JALAN ataupun EH KAU DUDUK ATAS KATIL VIVI ATAU BELUKAR? hello! tetek pun belum tumbuh banyak. so, apa kau expect.


lepas sebulan dua bulan duduk hostel, tiba-tiba masa tu trend budak-budak-hostel-berhenti-duduk-hostel secara mengejut akibat tidak tahan dengan masalah hantu, tekanan, kejelesan dan sebagainya. memang ketara sangat lah pengeluaran budak-budak hostel masa tu. sebulan dalam dua tiga orang.


satu hari tu, aku suda tahap tenat tengok kehidupan aku masa tu. nampak sangat HIPOKRIT. maksud aku hipokrit disitu adalah apabila mendapat pujian berbentuk terkejut atau lebih tepat menyindir;

1. wah kemasnya katil vivi ketika prep. (padahal disebalik cadar terdapat stokin, komik kreko + gempak, buku latihan, baju-baju dan sebagainya.)

atau

1. wah kemasnya katil vivi ketika spot check. (padahal semua angkut dan sumbat pegi loker)

atau

1. wah kemasnya loker vivi. (padahal semua baju-baju aku suda seminggu direndam bersama softlan di tempat ampaian baju)


oleh itu, untuk mengelakkan perkara-pekara hipokrit sedemikian, hari tu, aku kumpul semua baju-baju aku yang mungkin dua tiga minggu tidak bercuci + komik-komik aku yang selalu aku sembunyi di ampaian ketika "orang dalam" bagitahu akan ada spot check dan sebagainya. semua aku sumbat dalam beg pakaian dan raga.


bapa tunggu di pagar hostel. aku pun hantar dengan semangat beg pakaian dan raga barang-barang aku. mana tidak, ditambah dengan semangat sebab bapa datang bawa makanan banyak-banyak.




tiba-tiba suasana menjadi kecoh,

"VIVI! KO PEGI MANA??KO PUN KELUAR HOSTEL??"

"AKU HANTAR BAJU SURUH MAMA CUCI JAK LA!"

FALSAFAH BULAN INI.

setiap bulan februari, tidak pernah dalam sejarah ianya ber-30hb, harap ambik perhatian.
-hamba ALLAH-




aku terlupa lah!
-vivi juga hamba ALLAH-

Friday, February 26, 2010

KALAU LETAK TAJUK KARANG TIADA LA SASPEN.HEH!

dalam kereta. aku drive. sangat berhemah dan kool. tiba-tiba kereta aku kena langgar dari belakang. fuck!

aku marah! aku berhenti. aku ambil kayu besbol sebagai pemukul yang memang aku simpan bawa kerusi sebagai keselamatan dan cepat-cepat keluar sebelum orang tu lari. dan penuh seksi aku pecahkan cermin kereta orang tu dan tanya apa masalah kau?! aku patahkan side mirror. aku nda peduli dia lelaki ganas ka. yang penting aku puas hati dan dia takut. dan selesaikan masalah kereta aku. puas!setel!


tapi..

masalahnya,
aku,
lesen kereta pun tidak ada.
kereta apatah lagi.
serta kayu besbol.



ini la masalah bila kadang-kadang daya skil peng-imejinan yang tinggi bila menjalankan misi meng-imejinan.


;p

PEMBOREK DAN PERINTIK.

"kamu ni..awal-awal pagi suda depan laptop. cuba-cuba la pergi mandi awal-awal pagi ni, buat apa yang patut, kemas rumah ka. ni tidak bukak mata terus duduk depan laptop"


kata seorang bapa yang tengah main game SPIDER di laptop beliau kepada seorang anak yang sedang online di laptop sendiri.


aku diam. malas mahu mewujudkan suasana bingit di pagi yang damai.
eh!selamat bermaulidur rasul.

Thursday, February 25, 2010

MAJIK.

semalam,
tiba-tiba teringin mau makan mee goreng ayam dengan pecal.
tiba-tiba kazen belanja makan.


20 minit tadi,
sedang online,
tiba-tiba mau makan kfc.
tiba-tiba kazen datang bawa kfc.


omaigod.
tiba-tiba aku rasa aku ada majik.


walla!

CIS-KEK!

diperlukan untuk meneruskan perjuangan hidup dan terus bernafas di dunia yang penuh dengan dOgaan dan cabaran.


atau hidup menjadi kaku dan beku.


argh!

BEBELAN PUANMULIA.

"apala ko buat depan leptop tu. bla-bla-bla-bla-bla-bla-bla. nda pandai-pandai berenti. bla-bla-bla-bla-bla-bla-bla. suda-suda la tu. bla-bla-bla-bla-bla-bla-dan-sebagainya."


"ih..orang baca berita."


...

ANGKARA GAMBAR BO-GEL ORANG LAIN.

"b..tadi di sekolah, ada ustad ni ada fesbuk, jadi bapa suruh cek nama lya (adik aku), lain-lain pula dia letak gambar sana, ada gambar bogel."

"aik?jap aku cek"


aku mahu marah suda ni. cek. yala budak-budak sekarang ni bukan boleh bepikir kadang-kadang kalau letak gambar. aku sebagai kakak kena pantau kerja-kerja adik-adik aku. kalau melampau memang kena sembelih la dengan aku.


"teda pun pak"

"aik..tadi ada..bah kasi buat bapa fesbuk"

"er..bah nanti lah.. jadi aku punya fesbuk bapa ada cek?"

"semua tadi dapat, abang punya, adik punya, tapi ko punya bapa nda jumpa, nama apa ko letak?"

"er..vivi la..hee"


stop.


aku tunggu adik aku balik. aku nda puas hati dengan gambar bogel bapa aku cakap tu. aku cerita dengan adik aku pasal gambar bogel tu. tekejut gilak adik aku. oleh sebab nda puas hati, jadi tekan la butang search, taip nama adik aku. sekali ini yang keluar.



ok fine.
haha! rupa-rupanya sama nama dengan adik aku gambar tu. berabis aku explain dengan bapa pasal gambar tu bukan adik aku. haha.


dan bapa pun paham dan diakhiri dengan ucapan


"bah..suda ko buat fesbuk bapa?"

"erk."


buat-buat nda dengar - buat-buat nda dengar.

Wednesday, February 24, 2010

JATUH CINTA.

sama karam singh walia.



haha.



layan gila tengok aduan rakyat ni.
;P

SI SUMPAU.

masa tu aku form 1.
alaa macam biasalah..siapa freshie mesti senior-senior gatal mengacau.


"vi..abang tu mau jumpa ko jugak"

"nda mahu"

"jumpa kejap jak"

"hisssssssh nda mahu"

"kejap jakkkk"

"hish..ok la."


aku pun pegi lebri, supaya kasi puas hati abang tu konon bajet mahu ambil aku jadi adik angkat. (hisssssssh..geli aku main angkat-angkat segala ni.)


nda sampai 5 minit jumpa, aku blah.
ketawa berabisan aku.

"kenapa"

"tekejut dia tengok aku. sumpau gilak.haha"

..


mari aku bawa kamu berimaginasi keadaan aku masa tu.

selekeh gila mau mampus.
baju kaler putih memang tukar jadi kaler coklat, siap ada garis-garis pen lagi.
tudung timpang-timpang lagi.
kasut aku ya Tuhan, memang betukar pegi kaler coklat tanah, ngam lagi time tu hujan.


dan abang tu tengok aku dari atas sampai bawah tengok atas lagi. siap geleng kepala.
terus macam mati mood.


dan aku blah.



haha,
puas hati aku.



-sicomot-


.....

sumpau itu selekeh/comot/tidak terurus.
timpang itu tempang/senget.

sekian.

SAMPAI BILA INI AKAN BERAKHIR?

kutukan seumur hidup yang terpaksa aku hadapi setiap kali begumpul-gumpul untuk seumur hidup.

ini


dan


ini.



dan banyak lagi tapi aku malas mau reveal.
karang kamu lompat-lompat macam saitan la ikut mengutuk aku.


heh.


gumpul itu kumpul.
sekian.


-mangsa kutukan-
(macam tipu kan?)

......


eh kamu jangan baca dengan nada serius tahu.haha

RISKI ADA KEMAJUAN.

tiada lagi UPINIPIN selama 24jam.


tapi.


channel kartun 24jam.


macamana la otak kakak mahu berkembang ni. adedei!

Tuesday, February 23, 2010

BOM.

sekitar kampung aku dan kampung-kampung yang berdekatan sekarang ni dihiburkan dengan bunyi-bunyian jet-jet pejuang ( ka?atau kapal terbang askar?entah.haha) dari siang lagi. diorang askar-askar tu tengah buat latihan apa ntah, aku pun kurang pasti.


tapi yang pasti bunyi-bunyian tu sampai tahap ko ingat kapal-kapal diorang tu limpas atas rumah ko jak.


dan pasal bunyi-bunyian tu jugak lah tahap peng-imejinan aku imejin diorang macam mau bom rumah aku.


serius. macam kau tunggu bom jatuh sebagai klimaks bunyi-bunyi kapal tu.


BOM!!!


.....


limpas itu lalu ok.

BOM!

.....

nampak sangat pengaruh dari cerita movie.


BOM!

CARA MEN-SEKSIKAN MULUT.

pertama.


kedua.


ketiga.


keempat.


tadaaa!seksikan?
sekian.



eh jap.

yang ini pesen macam bapok pun ada.


sekianlagi.

Monday, February 22, 2010

KAU MACAM TIADA TUHAN.

aku pun tidak paham dengan orang yang punya kuasa pelik-pelik ni, macam diorang la paling berkuasa. mampu buat apa sahaja.

tidak suka orang tu, "buat" orang tu.
tidak suka orang ni, "buat" orang ni.
jeles dengan orang tu, "hantar" benda tu.
jeles dengan orang ni, "hantar" benda ni.


ah fak la!
eh orang-orang sialan macam kau,
aku hairan kau ber-Tuhan kan siapa sebenarnya.
benci la!

MATI HIDUP KEMBALI.

aktiviti hari ini main pura-pura mati-bila-riski-tembak-mesti-mati.


penat gilak jadi orang-mati-banyak kali ni.

ABAIKAN ENTRI DI BAWAH.

sebab aku mahu tidur.



dan gudnite semua.



eh!selamat hari isnin.

SANDI.

rasa macam mau stapler mata supaya tidur.


grr.

Sunday, February 21, 2010

ADA APA DENGAN KOTA BELUD.





ANAK???


inilah akibat apabila membawa ADIK YANG MASIH TIADA GIGI ketika berpoya-poya.

Saturday, February 20, 2010

KEPALA DUITAN.

apa-apa jak la mimpi aku semalam.



dalam mimpi, oleh sebab konon aku mahu kurus, jadi aku cucuk kepala aku pakai pisau, lepas tu kasi masuk duit syiling sebanyak rm10 dalam kepala aku tadi umpama isi tabung, tapi aku masih hidup. siap sendawa sebab kenyang lagi tu.



aishh..adaka itu tanda-tanda "KEPALA DUITAN?"
dan bodoh gila cara-cara untuk kurus kena cucuk kepala macam tu.haha

MEMBEBEL.

dari tadi puanmulia tidak berenti membebel.


patut pun kepala aku semakin membesar.
terlampau banyak input.
aishh.

Friday, February 19, 2010

HANTU KUAT MAKAN.

ok mungkin aku lambat tengok cerita SANTAU ni. nama pun tunggu dvd-cetak-rompak-keluar-tapi-pinjam-kawan-punya.


geli gilak.
macam mau muntah aku tengok.


sikit-sikit aksi makan.
dasar HANTU KUAT MAKAN TAPI TIDAK PANDAI GEMUK-GEMUK.


hey hantu!
apa kah rahsia keseliman anda?
jeles ai!
huh.

TIADA

apa-apa.

Thursday, February 18, 2010

RUMAH TERBUKA.

hari-hari aku rasa macam rumah terbuka secara marathon.
sempena;
sambut befday.
sambut kongsipacai.
sambut orang.
sambut farewell
sambut cuti


dan


aku?
sambut lemak.
yeah!

LARI.

"kenapa bah selalu LARI dari masalah?"


"er..LARI kan bikin kurus."


....

jawapan terbaik selain "hobi".

Wednesday, February 17, 2010

KONGSI FA CAI. WO ANGPAU LAI LAI.

ini wa kasi tengok lu olang naga taim taun balu cina.


lepas itu dia tunduk lama-lama. wa talak tau apa ini naga buat.


lepas itu woo, lupa-lupa nya itu naga kasi tunjuk nombol.
wa talak sure ini nombol untuk apa. itu naga minta RM5779 ataupun itu naga tunjuk nombol ekol. kalu nombol ekol lu olang yang talak takut dosa bole pigi beli laa.


lepas itu wa dapat angpau.


terus wa pegi salon sebab wa rasa sangat penat beberapa hari ini.


kejadian selepas itu wa biarkan lu orang diselubungi misteri.



sekian ar.

Monday, February 15, 2010

SEMPUT.

rasa semput lah.


bukan sempit.
heh!

Sunday, February 14, 2010

INI CUCU HAJI WONG.

"mak..teda dapat buah limau free ka tempat kerja baru?"

"apa?diorang yang minta buah limau dengan mama"


.........


ini kerana,
sempena nama datuk aku WONG.
semua orang ingat kami keturunan cina-cina.
padahal Bajau.


dan sempena ber-bin/ber-bintikan nama datuk aku jugaklah punca orang claim buah limau free sama anak-anak Haji Wong.


penatlah jugak mama aku explain kenapa nama datuk aku WONG padahal bukan cina.
kadang-kadang terpaksa mengaku sebenarnya kami keturunan WONG FEI HUNG demi kasi puas hati orang yang tidak percaya.

haha.

HEPI SETANTINE DAY.

mari menyetan beramai-ramai.
yeah!




-apabarangvalentineday-

(MOTIF ENTRI=UNTUK MEM-PERSETANKAN VALENTINE DAY. HAHA)

Saturday, February 13, 2010

DASAR TUBAL.

suda tahu alergik, tidak boleh makan udang,
kauuu makan lagi.


kan suda sakitperut+gatalsanasini.



grrr.


(tubal = bentingol)
eh!
maksud keras kepala.

PESANAN.

pagi-pagi aku dapat message.

"Hai hai kawan2! The preview for our first videoclip is now available on youtube. just search: young & dangerous tak peduli. And don't forget to tune in to traxx fm tonite at 11.59pm for our live interview and acoustic session (freq: 102.9 jb, 90.3 kl, 97.4 melaka or www.traxxfm.net) thanx ;p"





ok budaksetan. gua dah jalankan tanggungjawab sebagai fan dalam fesbuk(padahal secara tidak sengaja sebab ter-klik).


eh paan! ad cakap aku dapat tiket free la kalau datang. KALAU! haha

SEDAR.

bangun dari tidur secara terkejut.
pastu pikir hari ni hari apa.
eh besok 14haribulan pulak.
bersamaan dengan hari setantine.


omaigod.
baru sedar.
umur sudah 25 tahun (kalau ikut tahun)
tapi aku belum mendaftar sebagai pengundi.



eh!apa kaitan?
haha

Friday, February 12, 2010

PRA-SETANTINE.



kepada sesiapa yang tidak tahu hala tuju esok hari,
ada baiknya anda kesini,
sapot budak setan ini,
( two thumbs up!) beginiiiiiiiiii!


macam?ada bunyi pantun?

ANAK BOREK BAPA RINTIK.

"pak...ada lah bapa buat fesbuk bapa?"

"ih..malas bapa..nda mau la"





kihkihkih.
nasib baik. selamat.
anak borek bapa rintik. teruskan kemalasan bapa.
yeah!

KADANG-KADANG.

semuanya kadang-kadang.

KAWAN YANG BUKAN KAWAN TAPI TERKAWAN SEBAB KITA MUNGKIN KAWAN. MUNGKIN LAH.

tiba-tiba tegur diruangan chat..macam...macam kenal lama.


ok fine. layan.
layan mungkin sebab boring.
ataupun bersangka baik.
mungkin ingin mengeratkan silaturrahim.


tapi.
tiba-tiba.


"weh..ko join la ni..dapat duit..boleh percaya..menguntungkan..ramai sudah cuba.."


erk.

Thursday, February 11, 2010

EMO-SI.

SI-EMO.

DATANG.

penyakit malas aku datang balik.



babai.

HISAP RAMBUT. (edit punya)

sambil sikat rambut dalam kereta.


"hish!merokok tu merokok jak la bah. jangan kasi kena rambut saya. rosak bau rokok saya oleh rambut!"
(akibat salah cakap. sepatutnya : rosak rambut saya oleh bau rokok)

"hahahaha"

"kenapa2?"


diam.
30 saat kemudian.


"astaga..saya cakap apa tadi?"

"teda..sikat la rokok tu..saya mahu hisap rambut lagi ni"
(ini si perokok sengaja. si perokok mengolo/mengutuk balik akibat kesalahan kecakapan tadi)




kesimpulan:

1.rokok memang membahayakan rambut orang sekeliling anda.
2.cakap terbalik secara tidak sengaja memang kemahiran sejak azali.



.............


er..aku sudah edit bagi yang tidak paham cerita. adoyai.

Wednesday, February 10, 2010

HARAPAN.

harapan aku malam ni ialah moga-moga besok ada orang kol aku ambik aku bekerja.




harapan la kau!

KEJAM.

bukti.

sebenarnya riski yang apdet entry aku dibawah tadi ni.

...........

riski!!!

riski ni sengaja buat kakak nampak kejam di mata masyarakat tau!
grrr.

SEKALI LAGI,

bila aku tengok balik gambar lama ni,
sekali lagi aku rasa macam ter-karma.



(gambar hilang!)

(sini!sini!)

sekarang,
aku bakal kehabisan rambut akibat selalu bergusti dan betarik rambut dengan toyol serta muka berparut akibat tindakan ganas beliau.

sakit gilak!


grr.

RASA.

dulu,
masa aku muda remaja, habis segala barang adikperempuan kepada puanmulia aku kebas.
marah-marah sambil membebel dia pun, dia bagi jugak.



sekarang,
abis barang-barang aku, adik-adik perempuan aku kebas.
rasa macam mau lempang sorang-sorang.



ini lah perasaan ter-karma.

BABY!BABY!

oh ya..riski panggil ai baby.




hihihi.

Tuesday, February 9, 2010

TOK BOMOH.

kepada tok bomoh,
saya rasa saya telah disantau.
sebabnya,
kenapa berat saya tidak turun-turun walaupun saya tidak pernah ponteng kelas menari dalam sebulan ni?


kenapa?
pasti ada orang jeles dan menghantar hantu lemak kepada saya.
huh.

(tiba-tiba jadi tahyul.haha)

PENING.

riski!


riski!


riski!


riski!


riski!


riski!



RISKI FAREEZ AZWAN!!
KAU BUAT KAKAK PENING!!!

AYAH PIN! AYAH PIN!

eh?


oh!


riski suruh pasang ipinupin.



haha!

Monday, February 8, 2010

10.

ok stop untuk hari ini.
terlaksana suda niat aku mau post 10 entri untuk hari ini.
muahahaha,



alaaa rilek la.
kalau tidak suka, jangan jadi kuno.
tekan pangkah sudah.
yeah!

MENGADA-NGADA,

entah apa hantu yang merasuk jiwa aku hari ini up entry banyak-banyak.



minta puji betul. ih!.

SAHIH.

sampai sekarang aku tidak dapat tahan nafsu makan aku.



cis.

PETANDA.

bapa tiba-tiba tanya pasal facebook.

maigod.

ini petanda yang tidak baik. kena berkelakuan baik la lepas ni.

PENAT.

gila penat dansing-dansing ari ni.
nantilah bila suda aku campin bedansing memang aku upload sampai muntah sini.


heh!

PAKKEREPAK BUNG BUNG BUNG.

ulang banyak kali.





oh lupa.
itu bunyi kompang.
sekian.

TERBENGKALAI.

niat di hati mahu pergi bank.


tapi hari ni kompom full sempena orang govemen gaji.
ayoyo.

BEKU.

kadang-kadang kehidupan begini boleh buat otak aku jadi beku.




juga boleh buat barbeku.

LUAR RUMAH.

ada budak lelaki hensem.




nasib baik kawan adik aku serta bawah umur.

(eh!cita-cita kan mahu jadi macam rita rudaini.boleh la ni kali. lalala)

RUGI.

banyak peluang yang aku kasi lepas zaman dahulukala.
baru sekarang aku rasa rugi.
menyesal pun nda guna.
boo!

Sunday, February 7, 2010

PUNCA.

gambar sumbangan pacikgugel.

kepada sesiapa yang tidak tahu ikan apa aku makan aritu,
ini lah ikan yang dikenali sebagai ikan uji rashid aka ikan merah aka ikan mata besar yang bikin aku ketulangan aritu.


kenapa uji rashid?
sebab mata dia macam mata uji rashid.


sungguh enak dimakan begitu sahaja bila bertemankan kicap campur lada! omaigod.


hello!
bakar dulu. gila kau makan mentah-mentah?


(oh ya!kepada sesiapa yang mempunyai mata besar macam uji rashid mungkin buli menukar nama ikan tersebut kepada nama beliau. mengikut keselesaan anda.sekian)

SEMALAM MARATHON MOVIE-CERITA HANTU.

sampai mimpikan hantu-hantu tu semua jadi geng gua.


cis.

Saturday, February 6, 2010

HARI-HARI KU INDAHHH.

hari rabu tu dua jari aku terlibat dalam kes kemelecuran
terkena minyak. aku rilek.
hari khamis aku bersin bermarathon sampai bikin
selsema. aku rilek lagi.
hari jumaat aku demam panas. aku boleh rilek lagi.
pagi tadi aku senggugut. maaaaaasih lagi bole rilek.
ok. dan baru sekarang aku baru balik dari hospital.

teka pasal apa?


tet!salah!
tet!salah!
dan tet!salah!


pasal KETULANGAN IKAN.

lucu kan?
iya aku yang rasa kelucuan sendiri.
aku pegi la alhospital alkelahiran aku.
mata berair-air suda.
pegi register tempat kecemasan punya.


"sakit apa dik?"

"ketulangan ikan.hehe"
ok. aku sempat ketawa. tapi mata berair.

"cepat-cepat masuk sana."
sambil senyum-senyum.

"ok"
malu.

...........

masuk bilik kecemasan.
tu staff-staff semua tengok aku.
diorang tanya kenapa.
aku ketawa dulu baru aku bagitahu.

"ketulangan ikan kak.."

ok fine.
di sambut dengan pengetawaan oleh diorang juga.
tidak apa. kasi ketawa seja. buat-buat redha suda ni.
memang aku pun sendiri mula-mula malu mau pegi hospital
dengan tajuk sakit aku ni. Mana tidak.
nda patut-patut bah besar-besar suda mau pegi hospital
pasal ketulangan ikan. bungul.


"ok duduk sana. doktor!!ni nah orang telan tulang ikan."

neh!sempat lagi bah mengolo.
aku pun duduk la tunggu doktor.

1 saat.
2 saat.
3 saat.
4 saat.
5 saat.

palui. mana duktur ni.


gila kau! 5 saat tu macam 5 minit bah rasa dia kalau suda
ketulangan begini.


ok.pihak yang bertanggungjawab pun datang.
tanya kenapa.
ok. aku masih mampu ketawa sambil cakap,

"ketulangan ikan bah. suda try telan nasi.
nda dapat-dapat juga"

"ikan apa?"

"ikan uji rashid"

"astaga...ko main telan jak ka ikan tu?"

"heee..ter.."


sesudah kurik-kurik.
setelll.


"nah!tulang ikan ni.kasi tunjuk mama ko"

"heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"


er..ya..nda besar pun. tapi sakit bah tu gilak!
(maksud: sakit gilak! : sakit sangat)

sekian.

SEMPIT.

semua sempit.
itu sempit.
ini sempit.


argh!


ni mesti pasal proses pengecutan angkara mesin basuh!cis!
pengecut!

Friday, February 5, 2010

TAHI KEPADA LALAT.

aku baru tahu rupa tahi kepada lalat.
itupun sempena kena marah oleh puanmulia sebab lupa tutup makanan.
cis.



serius.ndatahu selama ni lalat pandai berak.
erk.

Thursday, February 4, 2010

BUAYA DI DARAT.



diorang kata ni la buaya yang telepas time banjir ari tu.
tapi nasib baik bukan di kampung aku la.
kampung orang lain.

BIARPUN RISKI AKA TOYOL BELUM PANDAI BERCAKAP, SEKURANG-KURANGNYA BELIAU SUDAH BOLEH MENERIMA ARAHAN. CONTOHNYA:

"riski...ambil hemfon kakak"


"riski..ambil remote"


"riski..ambil kakak air"




*gambar hiasan*
bakal kuli pantang jumpa pen bersama kuli numbur 2.


wah...seronoknya melatih adik jadi kuli sendiri.
haha!
(ok sebenarnya, aku pun mangsa buli riski. kadang-kadang.eleeeh)

JUJUR DAN GAGAL.

INTERVIEW 1.

aku pun nda ingat kerja apa. tapi under public mutual. akan tetapi. konsep dia main cari-cari orang. ok. aku sangat gagal benda-benda macam tu. tapi konon income besar. kalau ada orang. kalau teda?

keputusan: aku rijek.


INTERVIEW 2.

masa interview aku tercakap guru bukan cita-cita aku. sebab tuan tu suruh cakap jujur. konon aku mau jadi financial executive la sebab aku ambik finance time stadi(konoooooooon.padahal nda tau mau cakap cita-cita jadi apa). sebab kalau aku cakap cita-cita aku dari dulu aku mahu jadi cikgu, nampak sangat menipu kan. hidup mesti jujur. ceh.


keputusan: gagal.



INTERVIEW 3.

tajuk kerja ialah management trainee (popular bookstore). tukang inteview tu cakap sama aku akan ada staff bawah aku, training sana kl dan letak aku bawah under dia iaitu bahagian buku-buku english. so aku kena buat itu-ini. (alaa..senang-senang gugel popular bookstore/management trainee) ok fine. pastu aku cakap dengan jujur. bahawa english aku average. paham memang paham. tapi mau keluar dari mulut tu susah. tidak konfiden. dalam hati jak lepas. sampai mulut-stuck.


keputusan: mungkin gagal.


...........


aku pun sebenarnya nda tahu mau kerja apa ni. pasni aku rasa aku mau apply guna spm. hey!belajar tinggi-tinggi ambik degree tapi pakai spm? hello.. kalau kau mahu jadi ketua yang baik ko kena belajar dari bawah. karang kejutan budaya. lagipun aku belum komfiden lagi bulih bekerja.huhu bagi aku la. bagi kamu-bagi kamu lah. apa aku kesah.


mungkin juga aku belum sedia lagi mau bekerja.
tunggu la next month.
duhh.

Wednesday, February 3, 2010

BEKAS ROOMET AKU TELEFON SEMATA-MATA MAHU BAGITAHU AKU BAHAWA..

"vi..ko ingat rumah budak arab dulu tu yang depan blok kita?"


"ha...napa?"


"gila ar..sekarang budak laki-laki yang duduk sana.hensem campur ramai sial!!kalau diorang x intai aku, aku yang intai diorang!rugi siut kau balik sabah.." (baca guna slang kelantan)


"eleh..sekali pekerja mamak depan rumah kita.haha"


"cisssss.cilakak ko.haha!"


....


rujukan "budak arab"
satu sini.

satu situ.

rujukan "pekerja mamak"
tekan sini!sini!



sekianterimakasihdaunkeladi.

Tuesday, February 2, 2010

BILA PACIK TEKSI TANYA AKU SOALAN.

"apalah kriteria yang govemen mau untuk ambik pekeja?"


"ntah!ORANG DALAM kali..hee"






serius pacik tu sebut kriteria.
dan orang gavemen yang ter-baca ni sori ar.heee