dupdupmyheart

Thursday, June 3, 2010

HARI KE-EMPAT.

hari ke-tiga.
tidak tahan.
apa macam ini?

jangan cakap mau bedah. gila kau. tidak kah memalukan kaum kerabat. kerana tulang ikan leher sepanjang pendek yang amat aku kena bedah. boleh jadi bahan kutukan seumur hidup tu ging.

hari tu masa cek di hospital, tukang rawat nasihat guna cara kampung.

ok. hari ketiga terbuka hati tawar guna cara kampung.
apa mahu jadi-jadi la. sakit ok.

antara cara kampung:

1. cari orang yang lahir secara songsang. kemudian suruh dia urut leher. orang cakap. tulang tu akan tersongsang lalu tercabut dan terkeluar. cari lahir cara songsang ok. BUKAN ORANG SONGSANG.


atau,


2. cara terkotor adalah ubat paling mujarab. minum air cucian tangan orang yang lahir secara songsang. tapi make sure lah bah kan tangan orang tu bersih-BERSIH-BERSIH DAN BERSIH. jangan orang tu lepas keluar tandas situ lah kau suruh orang tu cuci tangan kemudian kau minum. eyuw~


atau,


3. cari kucing yang jinak, kemudian suruh kucing cakar-cakar secara lembut di leher, dengan alasan kan kucing makan tulang, mungkin tulang tu ikut keluar. tapi jangan la kan kau cari kucing yang tengah mengawan atau baru lepas bergaduh sebab gepren/bopren dia kena rampas oleh kucing lain. gila. sia-sia leher bertatu cakaran kucing. leher OK PUN TERUS JADI OKU.


atau,


4. suruh orang yang "pandai-pandai" tawar. antara cara yang digunakan adalah minum air yang dibaca-baca kemudian minum.


atau,


5. gumpal-gumpal nasi kemudian telan kemudian minum air banyak-banyak. eh ini biasa lah kan. sudah buat pun awal-awal.


atau,


6. selepas rasa tulang ikan tersangkut. diam. baca bismillah. pusing pinggan yang digunakan mengikut arah putaran jam sebanyak 3 kali. tapi itu sejurus-auto selepas ketulangan. ini sudah terlepas 3 hari ok.


atau,


berserah jak lah!


hari ketiga,
aku pun try la cara-cara kampung yang si cadangkan.

cara pertama. try. siap. telan air liur. ih rasa tulang masih ada. gagal.

cara ke-dua. try. siap. telan air liur. ih rasa tulang masih ada. gagal.

cara ke-tiga. kucing yang selamat tidak dapat dikesan. skip.

cara ke-empat. try. siap. telan air liur. ih rasa tulang masih ada. gagal.

ulang lagi cara ke-empat tapi orang yang berlainan. try. siap. telan air liur. ih
rasa tulang masih ada. gagal.

cara ke-lima. skip.

cara ke-enam. tidak sempat. skip.

SEMUA SUDAH BUAT DALAM BEBERAPA JAM. TIADA KESAN APA PUNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.
HAMPA OK. HAMPA.


last-last berserah la jugak!

tapi sebelum berserah sempat kena marah.

"KAU INGAT ORANG SAKIT MAKAN UBAT TERUS-TERUS BAIK?"

ehh!ya kan. kihkihkih.
dan, tidur dalam kesakitan lagi.


........................................

hari ke-empat.
pagi masih sakit.
tabah jak lah.

ok. lupakan.

tiba-tiba, kazen aku bawak MCD. makan la double cheese burger. baru ingat lama suda nda makan MCD. bukan lah pasal boikot ka apa. memang nda ter-makan. asal limpas mcd, aku suda kenyang. tidak pun tiada duit bikin beli MCD. dan mungkin juga teda mood makan fastfood. whateva lah. telan punya telan punya telan dan sendawa.

worghhhhh.alhamdulillah.


EH!EH!EH!MANA RASA SAKIT TULANG IKAN TU PERGI. WEH!WEH!TULANG IKAN TU SUDA LARI. GILA LAH! TIADA LAGI SAKIT AKIBAT SANGKUT OF TULANG IKAN. GEMBIRANYA!! BEBAS DARI TULANG IKAN. YEYE!

kalau tahu, awal-awal ketulangan lagi aku makan MCD. haha

SEKIAN LAH TERIMA KASIH KERANA SANGGUP BACA ENTRY YANG PANJANG.HEE
GUA MAU SAMBUNG KARAOKE LEPAS NI. HAHA

24 comments:

Shahrul Tanaka Safeai said...

macam setan!

vidadarisakura said...

apa yang setan setan?

si ninaa joyy ! said...

makan MCD boleh masuk cara kampung jugak tak lepas ni ?

vidadarisakura said...

er no komen!haha

besi said...

vivi comel...dah elok..syukur la
kalau tak mesti tak lalu nak makan.. tul ke makan mcd leh elok?
hehhhehehehe

vidadarisakura said...

eh itu kebetulan mungkin.haha

.waniey ninnie. said...

fuh~itu petua no 7 kAH?

Uruchimaru @ kf said...

aduh mula2 bce mcm kasian..

dah sampai last2 entry..
gelak2 sak !

aduh vivi bah ko buat kit ahepy jak bce entry ko..

ape2 pun pasni hati2 mkn ikan..!
*ni tips klu tersangkut tulg ikan..telan sesuap nasi putih yg panas !maaf lewat kasitaw..hee !

naz said...

haha kurang ajar tul. sedap kan kfc dari mcd haha

jejaka anggun said...

eeewww... minum air tangan org? yuck!!!

mana ko tau org tuh lahir songsang beb?

vidadarisakura said...

waniey:
haha.lebih kurang la.


kf:
tau suda tu.hee



naz:
tiba2.haha



jejaka:
astaga.agaka2 la bah kan.

.rafiq. said...

wah pandai. alhamdulillah. tapi sakit kau memang hai tes kan. nak makan mahal2 baru elok. kau memang kelaka la kali ni. sudah dua kali sakit tulang.

Aqilah Nur said...

aku dok pk la. mane dtgnya petua pusing pgn tiga kali.skli baca, kna tgu 3 hari.
haha
taleh pakai btl!

yg_indah said...

INGAT TUHAN.

speckurosaklagi said...

moral of the story mkn MCD double chesse burger..

cik paro said...

lepas ni kalu tercekik tulang ikan kena makan mcd lah..
huhuhuhu

vidadarisakura said...

rafiq:
wak lu kelaka. sakit lah!



aqilah:
eh!no no no.
petua pusing 3 kali tu kena buat once kena ketulangan tu. yang 3 hari tu aku terlepass 3 hari suda.heee




yg indah:
itu memang wajib la bah bro. adoyai.




speck:
haha.kebetulan la.




cik paro:
itu kebetulan mungkin.hee

*SiRibenMerah said...

hahahaha..
adoilaaa..
beb, gua kepantangan lagi.. no mekdi2 la pulak.. gara2 bedah perut.. aduiiii~

ber_u_wang said...

vida kamu makan mcd tak ajak aku ye

Kuwe said...

Aapa gila.Demam selsema boleh try mekdi juga?

Rowena Chasez said...

hahaaa..
kesian..
aku setiap hari mkn mcd..
hehee~
kalo tau..dari awal lgi aku kasi kau mkn burger mcd kan...
ok laa bah kalo sudah hilang..
tada laa rasa sakit lagi..

qishie said...

mcd tu lemak!
aku saspek tulang tu tak hilang, cuma ditutupi lemak dari mcd je.

hahaha

BuDakHutaN said...

kena makan Mega MAC atau super double Cheeseburger... owh.. lapar plak aku ni..adei!

pauhputik said...

adohai

cam2 pon boleh jadi

len kali sangkut tulang ikan bleh la aku makan mcD plak

kalau x ilang siap ko :p