dupdupmyheart

Saturday, February 27, 2010

KISAH LAMA-LAMA SAYA.

masa tu aku form five. jadi budak hostel. entah apa gilak aku apply hostel sekolah padahal rumah tidak sampai dua kilometer dari sekolah. masa tu PRINSIP MAHU CUBA SEMUA SEBELUM HABIS SEKOLAH selain PRINSIP HIDUP MESTI GANJIL. kawan-kawan aku pun hairan dengan azam aku mahu masuk hostel masa tahun tu. entah. aku memang mahu cuba. kawan-kawan aku siap bertaruh aku tidak tahan duduk hostel lama-lama. ok!ok! mungkin mahu mengelak cuci pinggan ataupun kemas rumah.

tapi nama jak aku tinggal hostel. tahap kemalasan memang dabel-dabel extravaganza. memang terserlah gilak la di sana. kalau aku cakap pun belum tentu tahap yang tepat untuk peng-imaginasian kamu. umpama nya macam KALAU MASUK LOKER VIVI BELUM TENTU BOLEH BALIK KE PANGKAL JALAN ataupun EH KAU DUDUK ATAS KATIL VIVI ATAU BELUKAR? hello! tetek pun belum tumbuh banyak. so, apa kau expect.


lepas sebulan dua bulan duduk hostel, tiba-tiba masa tu trend budak-budak-hostel-berhenti-duduk-hostel secara mengejut akibat tidak tahan dengan masalah hantu, tekanan, kejelesan dan sebagainya. memang ketara sangat lah pengeluaran budak-budak hostel masa tu. sebulan dalam dua tiga orang.


satu hari tu, aku suda tahap tenat tengok kehidupan aku masa tu. nampak sangat HIPOKRIT. maksud aku hipokrit disitu adalah apabila mendapat pujian berbentuk terkejut atau lebih tepat menyindir;

1. wah kemasnya katil vivi ketika prep. (padahal disebalik cadar terdapat stokin, komik kreko + gempak, buku latihan, baju-baju dan sebagainya.)

atau

1. wah kemasnya katil vivi ketika spot check. (padahal semua angkut dan sumbat pegi loker)

atau

1. wah kemasnya loker vivi. (padahal semua baju-baju aku suda seminggu direndam bersama softlan di tempat ampaian baju)


oleh itu, untuk mengelakkan perkara-pekara hipokrit sedemikian, hari tu, aku kumpul semua baju-baju aku yang mungkin dua tiga minggu tidak bercuci + komik-komik aku yang selalu aku sembunyi di ampaian ketika "orang dalam" bagitahu akan ada spot check dan sebagainya. semua aku sumbat dalam beg pakaian dan raga.


bapa tunggu di pagar hostel. aku pun hantar dengan semangat beg pakaian dan raga barang-barang aku. mana tidak, ditambah dengan semangat sebab bapa datang bawa makanan banyak-banyak.




tiba-tiba suasana menjadi kecoh,

"VIVI! KO PEGI MANA??KO PUN KELUAR HOSTEL??"

"AKU HANTAR BAJU SURUH MAMA CUCI JAK LA!"

21 comments:

tanpanama said...

form 5 pun belum tumbuh t ??

tanpanama said...

apapun aku smpulkan, ko mmg 'true'.

vidadarisakura said...

tanpanama:
haha.setan. panjang2 aku tulis itu pulak ko hilite.haha anda yakin dengan kesimpulan anda?haha

Uruchimaru @ kf said...

berdikari lah tu kan !

::FAIZ FARISH:: said...

Vivi Ndak Boleh dibuat calon bini dan menantu....

.rafiq. said...

pemalas betul pemalas.
ko sudah dijodohkan dengan malas.
seminggu rendam tapi hantar dekat mama juga?
sekarang tetek sudah tumbuh banyak harap rajin.

vidadarisakura said...

kf:
er.bedikari meh macam tu?haha



faiz:
sepa ntah mo kawin.haha

vidadarisakura said...

rafiq:
seminggu rendam itu cerita lain lagi ok.haha

::FAIZ FARISH:: said...

Vi yang 't' tu apa? ndak faham bah....

tanpanama said...

xpe v, jangan hirau sama faiz.. ai kan ada

miloicekaw1119 said...

bagus2..kamu bolehla bukak kedai dobi satu hari nnti..

(takde kena mengena!)

BuDakHutaN said...

adui... siuk bah tinggal asrama... lebih2 lagi bila dah jadik senior.. cam taiko..hahaha
musti ko jadik taiko dulu ni...

untuk makluman korang, sekarang Vivi dah rajin cuci kain, katil dia sentiasa kemas, dan bangun seawal 4 pagi ntuk bersenam... dan juging sejauh 10 km sehari..

hahaha... okes ka tahap pengimejan aku tu...

vidadarisakura said...

faiz:
tantalau kali.
haha



tanpanama:
haha. iya ko ada. walaupun ko hilang dalam ramai. ;p



milo:
erk.haha

vidadarisakura said...

budakhutan:
manada taiko. kalau taiko tadi lain lagi cerita dia.haha


taik rajin. maka pemalas betul.haha

helena's said...

tabik lah vi..masuk loker ko belum tentu dpt jln kuar..hahahahaha

BuDakHutaN said...

kalau si vi jadik taiko..dia akan suruh bebduak lain tu ci kan kain dier..hahaha..so maksudnya
dulu vi budak baiek.. hahaha

vidadarisakura said...

helena:
haha.sesat ok!



budakhutan:
haha.taik baik.

ciK LyndaWawa igUana said...

bulak bana ko vi.....form 5 lom tumbuh tetek.haha

vidadarisakura said...

haha belum tumbuh banyak la!haha

Lifesaver said...

ko mmg sengal vi!

vidadarisakura said...

hhaha