dupdupmyheart

Thursday, December 30, 2010

KARANGAN = CERITA MIMPI SAYA.

mungkin terlampau kesiokan menengok bola semalam, aku mimpi konon aku di indon ni. support team malaysia. separuh masa pertama 0-0. masa kedua pun bermula. tapi coach malaysia tidak puas hati bila dia nampak referee dengan coach indonesia macam berpakat-pakat something. lalu coach malaysia pun memanggil referee tanda tidak puas hati. dan tiba-tiba boleh pulak aku masuk campur sekali. aku siap sound referee dengan goalkeeper indonesia. " awas deh loh, aku punya kuasa jika kamu main kotor". pastu aku blah. tiba-tiba coach malaysia kena angkut oleh referee and goalkeeper indonesia. lebih kurang macam ni.

kredit encik google.

pastu semua orang follow ni coach malaysia kena bawa pegi somewhere. termasuk team malaysia + supporter pegi satu tempat. sampai satu tempat. tiba-tiba polis + askar indonesia semua serang dan tangkap budak-budak malaysia. gila la. aku memang lari sekuat hati kasi selamat diri. SAMBIL UPDATE STATUS D FACEBOOK GUNA BLACKBERRY PINJAM. aku tulis " tolong-tolong rakyat malaysia diserang". oleh kerana ketakutan yang amat. aku tengok semua orang pura-pura mati. aku pun ikut-ikut la pura-pura mati. sambil update status di facebook. " tolong kami". masa aku pura-pura mati, ada orang indonesia pulak jumpa aku. pondan. aku memang merayu gilak babi la. tolong la. sebagai balasan aku bagi dia blackberry pinjam tu. tapi bagi aku update status di facebook dulu. baru aku perasan status yang aku hantar semuanya pending. bengang gilak la. kenapa pending saat-saat kecemasan. hadoiiii. baru terpikir. "EH KAN AKU DI INDON, PATUT PUN TIADA LINE NUMBER MALAYSIA". bodo la. pastu tiba-tiba askar indon datang tengok aku. tetiba pulak aku mengaku orang indon demi kasi selamat diri. " tipu! kamu itu orangnya malingsia kerna kamu memakai blackberry!" ok. kantoi gilak. pastu budak indon yang pondan tadi tolong merayu untuk aku. lalu aku terselamat. lalu kami menjadi kawan. dan terbangun dari tidur.


END.


gantung gilak cerita. motif?? entah. kahkahkah.

TAIP-TAIP-TAIP = DELETE.

aku perasan ramai orang mengalami sindrom taip-taip-taip delete.



ok fine. aku pun!




(entri ni sikit lagi aku mau delete. lalala)

Friday, December 17, 2010

BANYAK KOMPLEN.

KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.KOMPLEN.



KOMPLEN SAMPAI MAMPUS. 

Wednesday, December 15, 2010

ASB.

sana sini cerita pasal simpanan ASB diorang. hari tu sempena azam aku 2 tahun lalu iaitu membuat simpanan duit aku pun apply lah simpanan ASB yang bayar melalui akaun Maybank tu. lepas dalam 2 bulan aku bayar,  aku ter-tidak bayar pulak untuk bulan ke tiga, empat dan lima dengan alasan masa tu aku memegang jawatan penganggur. aku buat selamba badak jak lah. 



lepas tu. aku dapat kerja. aku sambung bayar balik. bayar setiap bulan dekat enam tujuh bulan. pastu memang aku suda kira-kira. aku akan ada RM10 000 dalam tempoh 9 tahun lagi. nda sabar nya tunggu. ya lah. tidur bangun tidur bangun lepas jugak 1 tahun. tinggal 9 tahun jak lagi. lepas tu. satu hari tu. kawan aku yang kerja dekat PNB pegi lah gatal tangan cek berapa dividen yang aku layak dapat. boleh pulak dia cakap nama aku tiada dalam sistem.



aku terus jadi blurr. apa salah aku. aku telefon Maybank. memang rupanya sijil apa benda tu sudah kena jual sebab aku tidak bayar 3 bulan hari tu. mana aku tahu. aku ingat ada duit boleh simpan. tiada duit boleh buat rilek jak la. memang hampa gilak la. duit yang aku simpan hilang begitu sahaja. rasa dia macam gagal exam ok. macam sia-sia jugak lah azam aku 2 tahun lalu. last-last terpaksa la redha dan tunggu 3 bulan lagi kalau mau buat balik. 

lalu Amanah Saham Bumiputra aku pun bertukar menjadi AKU SUDAH BANKRAP. sekian.

Tuesday, December 14, 2010

HELLO SAYA FRANK ITU ADIK IPAR BOS. SAYA KAWIN SAMA DIA PUNYA SEPUPU. JADI SAYA INI IPAR DIA LAH~ ITU BOS ADA SANA?

aku tahu la kau adik ipar bos sebab kau kawin sama dia punya sepupu. tapi PERLU ka ko guna itu sebagai ayat-ayat permulaan diri kau setiap kali kau telefon opis.



PERLU???



bos pun menyampah gilak dengan ayat-ayat permulaan kau.

MALAIKAT LAH!

Friday, December 10, 2010

NAMA DIA ALI.

aku ada budak-suruhan. budak-suruhan aku ada handphone. satu hari tu, aku suruh dia telefon salah satu kafe-bawah-jagaan aku dengan alasan aku tiada kredit. 

dail.


engaged.


dail.


engaged.


dail.


engaged.



aduiii. sudahlah sekarang ni darah aku cepat naik hidung. budak-budak-kafe-bawah-jagaan pulak begayut di telefon. panas bro. panas. lalu aku suruh la budak-suruhan aku ni telefon handphone budak-budak-kafe sorang-sorang.


budak pertama. tidak dapat di hubungi.


budak kedua. jugak.


budak ketiga. tet-tet-tet- dapat. memang malang la nasib ko budak kena marah dengan aku. budak-suruhan pulak siap belakon lemah lembut cakap "hello-hello-hello". aku pun terus ambik dari tangan budak-suruhan dan -


"ayat-ayat tidak dapat disiarkan untuk menjaga hati orang awam"


sudah marah-marah. tapi budak-kafe ni pulak ( contoh nama dia ALI) buat-buat bengong segala. siap belakon tidak paham apa-apa.


aku diam. fikir.


"ni siapa??"

"Ali lah"

"ALI YANG KAWAN BOS TU KAH?"



END.


(HINT : SALAH NOMBOR. OLEH ITU KALAU ADA ALI LEBIH DARI 1 ORANG SILA SAVE ALI 1 ALI 2.. )

Thursday, December 2, 2010

LINKIN PARK + GREEN DAY.

terima kasih kepada lagu-lagu kamu kerana saya telah menggunakan lirik-lirik lagu kamu sebagai ayat-ayat untuk membuat karangan bahasa inggeris saya pada SPM 2002.




result jangan tanya la. cukup-cukup kredit. bukan macam kamu. terer english.




tiba-tiba teringat zaman SPM ni.

Wednesday, December 1, 2010

PALIS-PALIS.



palis-palis gilak. nda mahu!nda mahu!dan sejak dari tengok video tu. terus insaf dari protes lemak.



subtitle cerita sila pegi blog faryn!


palis-palis itu macam simpang malaikat 44.


SAYA SAYANG LEMAK SAYA.



titik!

Q: VIVI, TIDAK MAKAN?

A: diet.


respon pen-Q : ketawa.
respon orang sekeliling : ketawa.




ketawa la. ketawa. kalau aku kurus karang. jangan harap aku mau kawan dengan kamu.

(ok fine. niat suda salah. tu lah Tuhan tidak bagi kurus suda. lalala)


TITIK

Monday, November 29, 2010

HARI ITU.

sempena hari itu.

Friday, November 26, 2010

FS.

nama bosbesar aku start dari F--- S---. contohla konon nama dia FERNANDES STANLEY (bukan nama sebenar). satu hari tu tetiba aku dapat mesej dari unknown. bagi arahan itu ini. aku pula mana la tahu itu siapa yang mesej aku lepas tu pandai-pandai bagi arahan.


"vivi, please. blablablablablalalala"

"siapa ni?"

"FS"


lambat lagi tu aku loading siapa FS. pikir punya pikir sekali bos besar pula. serius. sikit lagi aku reply :


FASHA SANDHA??

Thursday, November 25, 2010

SI SOMBONG.

Monday, November 22, 2010

KEPADA PUANMULIA.

selamat ulang tahun untuk kejayaan anda melahirkan saya.



saaaayang puanmulia. muah!

Monday, November 15, 2010

PENYAKIT LUPA PUNCA GEMUK.

aku perasan aku makin pelupa sekarang ni. contoh perkara-perkara yang aku boleh lupa adalah makan. contoh ayat. "eh kita suda makan ka tadi? belum kan? mari makan!" maka terjadi lah kes makan balik-balik. lalu lemak menyelubungi diri. aku rasa, kalau aku tidak kontrol diri memang lama-lama ada harapan la jadi macam orang ni.





5 LU CAKAP-5 KALI TAMBAH NASI -5 KALI MAKAN-5 MINIT LAPAR LAGI~ (cis!macamana boleh terasa ni~)

Sunday, November 14, 2010

M-TEST.

kemarin aku pegi ambik M-Test. belajar jangan cakap lah. aku dengar jak semua soalan dia objektif lagi lah langsung aku nda buka buku.

dalam kereta. 15minit sebelum exam. memang hati aku bedebar-debar-debar. neves gilak. tapi aku yakin ni bukan bedebar atau neves pasal exam. tapi pasal KOMPOM-KOMPOM aku akan jumpa kawan-kawan lama aku.


turun kereta. dari jauh aku nampak si-anu #1. berjaya mengelak.


masa register. aku tengok senarai nama memang ramai la budak Uitm dengan budak sekolah aku. cepat-cepat sain. cari kelas. cepat-cepat. dari jauh nampak si-anu #2. berjaya mengelak.



sampai kelas. tengok nama. cari meja. jumpa. duduk cepat-cepat.
tiba-tiba.

"vivi!"

tengok belakang. si anu #3 dan anu #4. aku senyum. dan mahu tidak mahu salam diorang dan tanya khabar. dan macam biasa. PART PALING AKU SERONOK DAN MEMANG AKU AGAK PUNCA AKU NEVES DAN BEDEBAR.


"gemuknya kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuu" sambil picit-picit lemak aku.

Thursday, November 11, 2010

KAUNTER.

kemarin kawan aku pegi MUIS ambik surat nikah eh surat kawin. eh entah. antara dua tu la. dua tahun suda tersadai di muis tu. baru kemarin dia ambik. sampai kakak kaunter tu pun heran sebab dia baru ambik. tapi lagi kakak tu tambah hairan bila kawan aku tanya,



"KAK KAUNTER MINTA CERAI MANA?"

Tuesday, November 9, 2010

KELAS.

aku ikut kelas graphic design secara FREE dan MAKANAN DITANGGUNG. dari pukul 6 petang sampai la 10 malam. boleh la jugak belajar basic sikit-sikit. belajar buat bendera malaysia la bulat-bulat la empat segi la dan sebagainya blablablablabla.


tukang ajar pun belum masuk lagi. nasib la PC ni ada intenet.





boring.





tukang ajar.. cepat lah masuk. supaya boleh makan free awal. eh rehat awal. lalalala

Friday, November 5, 2010

KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN LAMA. (ENTRY LOSER)

gila. serius aku rindu gila ni sama kamu semua. tapi aku ignore kamu ignore-ignore dan terus ignore.pura-pura tidak ikut perkembangan kamu. kalau dalam fesbuk kamu cerita pasal reunion ka gathering ka aku terus jadi silent reader. pura-pura tidak tahu. entah apa punya perangai aku ada ni. bila kamu upload gambar lama-lama, semua orang jadi eksaited.

 
"wah rindu"
"mana semua"
"ingat kah bla-bla-bla"
"eh mana itu?"
"bla-bla-bla"


dau bila ada yang cari aku, aku yang silent reader pula ikut mood kalau mau menghadirkan diri dalam cerita. semua masuk korum. semua eksaited. dan semua connected dan aku macam biasa jadi pasif. tidak kasi cukup korum.


kawan-kawan lama. sori.



mungkin aku ego mahu cakap yang aku rindu kamu.




mungkin.






ok fine. sebenarnya pasal aku gemuk. ada hak untuk bersifat malu dan sedikit loser.



end of discussion.

Wednesday, November 3, 2010

SEMPUT.

aku rasa ada sudah dekat dua tiga minggu aku turun pegi imigresen urus permit pekerja aku. serius. penat gila ok. penat menunggu. nda payah jaga hati orang-orang kerajaan la kan. kau buat kami menunggu macam kami ni tiada kerja suda mau buat selain menunggu. mungkin motto mesra-cekap-amanah tu boleh ubah la suda kepada motto yang lebih sesuai. whatever la kan. masa tu. memang tuhan jak la tahu perasaan aku berkumpul bersama orang-orang luar berpermit serta bos-bos mereka. dari pembantu rumah, tukang buat bangunan, tukang urut dan sebagainya. aku memang berdiri diam jak lah tengok mereka-mereka berpermit bising itu-bising ini- bising. komplen itu-komplen ini- komplen. aku malas mau komplen. karang manatahu aku jadi orang kerajaan. malas aku JILAT LUDAH SENDIRI LEPAS KOMPLEN-KOMPLEN ORANG LAIN TAPI KAU SENDIRI JUGAK YANG BUAT. mungkin bosan menunggu selama dua-tiga-empat ok ada yang sampai lapan jam. banyak isu lagi tu keluar. orang kerajaan begini. orang kerajaan begitu. orang dalam. bayar mahal. dan sebagainya. whatever la kan. dan paling bikin aku senyum bila orang-orang berpermit komplen pasal SISTEM KERAJAAN TIADA SISTEM. siapa suruh ko masuk malaysia. terima se-adanya jak la.




 
end.

Wednesday, October 27, 2010

TINDAKAN SIGN MATI.

aku reveal blog aku sama kazen merangkap supervisor aku secara terpaksa dengan alasan dia belajar buat blog. (fakta : di ugut)



ok fine. tidak boleh cerita bukan-bukan pasal opis suda. :P

Monday, October 25, 2010

SI SELEKEH.

pergi opis masih pakai selipar jepun. sandal yang lawa sikit letak bawa meja. pakai bila perlu. contoh depan bos. tapi selalu ter-kaki ayam depan bos. tidak sempat atau lupa.


selekeh betul.


mekap muka? jangan harap. paling bergaya pun pakai eyeliner. itupun pandai lari line. sebelah tebal sebelah nipis. itupun kalau sempat pakai dari rumah. kadang-kadang tengahari baru pakai. itupun tahan 2-3 jam sebab hilang time gosok mata. eh hari tu pernah pakai eyeshadow sebab angin pondan mana masuk dalam badan masa tu. masuk opis buat bodoh. budak opis pun berkata. "vivi pada jam 8 pagi. kita tunggu pukul 12 tengahari". ok fine.macam tahu-tahu tarikh luput mekap dimuka aku.



selekeh betul.



rambut pun sama. bila lepas macam bandi amuk pun ada. bila sanggul macam nenek kebayan pegi pasar beli ikan. kakak opis cakap pakai la tudung. er.. senyum.


selekeh betul.



baju. jangan cakap. kalau aku suda pakai sweater, ertinya aku gosok-gosok kambing baju aku masa tu. dan hampir setiap hari la mungkin aku pakai sweater. er..sejuk kena aircond lah!lalalaa~


selekeh betul.



bulan depan ni umur masuk 25 tahun. tapi KAU MASIH SELEKEH!

MATA PLEASE TIDUR. BESOK AWAL PAGI KAN KITA KENA BANGUN DAN BEKERJA. PLEASE BABY PLEASE?

keluar dari bilik. tengok budak rumah siap packing barang. dan tengah bermekap-mekap.


"balik kampung malam ni?"

"nda la.. pegi KL.. jalan pukul 3 nanti flight pukul 6 pagi"

"o."



gila awal dia bemekap. kalau dulu flight aku pukul 6. pukul 3 bangun-gosok gigi-terus jalan. mandi? hish. kau mandi la bah tengah malam sebelum tidur. itupun mahu kena ajar ka?

Sunday, October 24, 2010

ANAK DERHAKA.

"vi.. kenapa? ko lupa suda jalan balik rumah?"

-kazen-

Friday, October 22, 2010

KAU MACAM PANDA.

"pemarah macam panda."



...

"bersin kuat-kuat macam panda."




...

"gemuk pun macam panda."






saitan.

Thursday, October 21, 2010

BURUK MUKA.

kisah 1.

kau lama tidak jumpa kawan lama kau. bila jumpa, kau eksaited and happy gila sebab jumpa kawan lama kau sebab kau lama tidak jumpa kawan lama kau. dan lamaaaa kau tidak tidak jumpa kawan lama kau kenapa mesti ayat pertama keluar dari mulut kawan lama kau "vi... terlebih sihat kau ni!"


kau. terus buruk muka.



----------------------------------


kau pergi bank. kasi keluar duit guna cheque. kalau keluar duit guna cheque mesti tunjuk IC. kau bagi IC kau. sambil senyum-senyum tanda budi bahasa budaya kita. tiba-tiba kakak bank tekejut. "aik...oh dulu kurus."


kau. terus buruk muka.

Tuesday, October 19, 2010

ADIK SEKOLAH MANA?

ok fine. pakai uniform kerja pun orang cakap aku pakai uniform sekolah.
ketara sangat aku baby face.


lalala



baby ok. bukan babi. sepak karang.

Tuesday, October 12, 2010

KERANA CINTA KIRANA.

officemate :  vi.. betul ni. kalau cinta kirana tu habis suda episod dia, aku janji aku lambat balik n stay di office dengan kau.

Monday, October 4, 2010

DEBAR-DEBAR-DEBAR.

setiap kali sebelum tidur,hati aku mesti bedebar-debar tunggu hari esok.

tunggu:

kejadian baru?
isu baru?
masalah baru?




serius. setiap hari mesti ada jak benda baru berlaku dan unexpected.

penat gilak!dia punya bedebar kalah-kalah bila jumpa lelaki ensom. lalalaa

BILA-KAH?

BILA-KAH??





BILA-KAH??









BILA-KAH??








BILA-KAH??








BILA-KAH MAHU KURUS NI??????

Saturday, October 2, 2010

KATA-KATA SEMANGAT DARI PACIK OFIS YANG SUKA DUDUK DEKAT PANTRY.

"rajin betul kau, time lunch pun buat kerja. mau cepat naik gaji ka?"


"amin pacik.bagus jugak kalau begitu. tapi kalau aku duduk-duduk macam pacik, sampai tua la tiada naik-naik gaji aku."


-end of discussion-

Saturday, September 25, 2010

MARI BELAJAR A-B-C DENGAN KAKAK.

"a"

"a!"

"b"

"b!"

"c"

"c!"


"a-b-c..yeahhh" sambil tepuk tangan tanda eksaited dapat ajar adik sebut abc.

"KEPSI!!!yeahhh" sambil adik lompat-lompat muka macam lapar KFC.

Thursday, September 23, 2010

ADIK CUBA SENYUM..


pandaiiiii.

Wednesday, September 22, 2010

HORMON.

aku pun nda tahu kenapa hormon aku cepat menggelegak jak sekarang ni. sikit-sikit mahu marah. sikit-sikit naik angin. budak-budak buat salah sikit mudah lah mulut aku bising kalah-kalah nenek aku. rasa macam mau lempang diorang pun ada.kadang-kadang sampai marah aku tu aku sebarkan sama ORANG yang tidak sepatutnya. (ok sebenarnya selalu)


sampai mungkin ORANG tu hampir fedap dan berkata:

"please jangan marah-marah. nanti cepat gemuk"

Wednesday, September 15, 2010

SICK OF BUAT-BUAT TAHAN.

(ini cerita pasal kerja)


serius.



penat.dan.geram.



tapi aku pantang kena cabar. so. tabah la kau vivi.PANTANG kauuu yang makan diri sendiri. boo!

Sunday, September 12, 2010

PERASAN.

sketsa hari sebelum raya.

"mama. mama perasan ka aku ada kurus sikit suda?haha"

"PERASANNNNN" kata puanmulia dan anak-anak beliau yang lain.



ok!aku buat-buat nda paham maksud PERASAN yang diutarakan oleh puanmulia.

Thursday, September 9, 2010

UCAPAN.



Wednesday, September 8, 2010

PSSSSSSSSSSSSSSSSST.

tadi pagi aku buat akaun alliance bank. dekat 6 bulan aku kerja baru la aku ada masa bukak akaun bank. sampai puan-tukang-buat-gaji-pun berapa kali remind aku suruh buat. siap kena sindir-sindir lagi. yalah kalau tiada akaun bank, diorang terpaksa la tulis cek dan penat. konon.


lepastu kan, masa buat akaun bank tu, kakak bank tu promote la saving akaun segala. aku pun terpedaya dan buat la saving segala. dan.


dan.


dan.


part yang paling aku benci adalah....



TIMBANG BERAT.



MOTIFFFF KAKAK TU MAHU TIMBANG BERATTTT???




pssst:berat aku sudah turun 5 kilo dari 72 kilo.
dan aku baru tahu tadi.heh!

Tuesday, September 7, 2010

CUTI.

kalau dulu masa study, satu minggu cuti raya kena bagi, aku hantam sampai 3 minggu cuti. 1 minggu sebelum cuti raya. 1 minggu selepas cuti raya. semua 3 minggu. kepakaran buat cuti sendiri bagi jak dengan aku. kepakaran buat ramalan lecturer kompom tidak akan masuk kelas punya pun bagi aku. surat sakit dengan alasan sudah sedia awal-awal lagi la kepakaran aku. memang setiap semester kompom buat punya la. sampai ada lecturer sakit hati terus buat aku repeat paper.(mr. ros-. i hate u!), ok memang salah aku la tu dulu. hee.


masa praktikal pun buat benda yang sama. sampai bospraktikal macam rasa mau cubit-cubit aku. konon.



sekarang?

sekarang?


sekarang?


jangan cakap lah. kalau boleh time raya pun aku mahu kerja. kalau tidak pasal PUANMULIA BISING AKU BELUM BALIK RUMAH, tiadalah aku ambik cuti sehari sebelum raya.
sekian terima kasih.

DUIT RAYA.

kemarin aku dapat DUIT RAYA dari supplier company aku. aku terus macam er- . kenapa?kenapa?kenapa mesti bagi? sudah lah dia bagi aku sorang jak. terus macam takut gilak aku. ya la. karang orang cakap rasuah ka apa. padahal sebenarnya tiada apa-apa pun.sampai aku message bos besar aku.

"bos, saya dapat duit raya dari 1 of our supplier. ok ka kalau saya terima?"

"ok. but don't tell others"


baru aku tenang dapat duit tu. ngee




BUT DON'T TELL OTHERS.
ok. aku siap buat entry. anggap jak la korang buta huruf sekejap.haha

Sunday, September 5, 2010

DEPRESSED

serius.

Thursday, September 2, 2010

SKILL-SKILL MEM-POPULARKAN DIRI DENGAN CEPAT DAN MEREBAK MACAM H1N1.

MENGUTUK PERKARA-PERKARA YANG MELIBATKAN AGAMA, NEGERI DAN ORANG DAN SETERUSNYA POST DALAM FACEBOOK..





nescaya. anda popular dalam sekelip mata. dan sumpah seranah 40 kali entah yang keberapa kali juga dalam sekelip mata.


dan SKILL ITU JUGAK SUNGGUH-SUNGGUH LAME AND BORING!

MACAM BENGANG LA JUGAK.

bila tiba-tiba gambar kau ada dalam facebook yang orang kau tidak kenal.


dan.


dia lelaki.bajet gambar kau gepren dia. *mungkin*


dan


kalau aku tanya budak tu sah-sah la dia kompius bila aku claim itu gambar aku. yala. dulu aku kurus siiiiikit dalam gambar tu. yang claim gambar tu pulak gemuk. hadoi.

Wednesday, September 1, 2010

CERITERA CERITA.

orang tu cerita dengan kau lain. orang ni cerita dengan kau lain. kau diam tanda atas pagar. no komen. tiba-tiba kau dengar cerita lain lagi nama kau paling ranking dalam cerita yang kena cerita tadi.


albangang la jugak.

BAPAK. I NEED YOUR PASSWORD. PLEASE...

profile picture dalam fesbuk bapa aku ialah gambar beliau bersama adik aku yang paling bongsu tu. alaa si toyol tu la bah. dan paling aku nda tahan bila balik-balik bapa aku kena tanya oleh kawan-kawan beliau si riski tu ANAK KA CUCU. dan paling sandi juga bila kazen-kazen aku ikut menyampuk suruh aku kawin la dengan alasan aku anak paling tua. eyuw~ tunggu la umur aku 50 tahun. haha



rasa-rasa aku mau delete gambar tu. tapi aku lupa password facebook bapak aku. duh.

Saturday, August 28, 2010

KELEMAHAN.

dalam opis ni, ada satu-dua-tiga-empat-lima-enam-tuuujuh-laaaapan. hah. lapan bijik PC sahaja yang ada internet. the rest tiada. termasuk la PC yang aku guna. dan aku besukur-sukur-sukur gilak sebab PC yang aku pakai yang berada atas meja kerja aku tidak dapat internet. sebab. sebab. tengoklah jam suda 2.00PM aku masih lalai depan PC yang ada internet. siap update 2-3 entry lagi. cis!

MATA ADA BEG ADA AIR.




kegilaan.
iya kadang-kadang berfungsi sebagai umpan.
sebenarnya.selalu.


*menguap*

BULAN PUASA MANA ADA HANTU.

tapi..........



ah!perasaan jak tu!





yang benar,
pekerja yang bekerja berdua pada hari sabtu
office
sabtu

Friday, August 27, 2010

ORANG CAKAP. KALAU TANGAN KAU GATAL, BERMAKSUD KITA AKAN TERIMA BENDA YANG BAIK-BAIK BELAKA.

serius. aku suka gila formula tangan gatal ni. aku redha tangan aku gatal seumur hidup.



suka lah!

Thursday, August 26, 2010

OK SAYA SUDA ADA TUMBLR. LEPAS TU?

eleh blogspot pun malas mau update. minta puji betul buat tumblr.


;p

HASIL KURANG.

apa yang aku dapat dalam masa setengah jam tadi adalah benda-benda ni:

kek lapis sarawak - rm 30
popiah simpul - rm 28
kerepek pisang - rm 7
kek pisang - rm 15
kek kurma - rm 10
maruku - rm20

jualan lain sangat boring dan no choice.


sebenarnya aku hampa.serius.
sebab mati-mati aku ingat suasana dia macam bazaar ramadhan. dalam kepala aku tadi aku angkut kiri kanan tangan aku adalah ayam panggang, ayam percik, sate, martabak, kuih muih dan makanan-makanan berbuka puasa.cis.

tipah tertipu!

MAJLIS PENYERAHAN KUIH-MUIH HARI RAYA AIDILFITRI 1431H/2010M DI RUANG LEGAR AUDITORIUM TUN RAFFAE, MENARA TUN MUSTAPHA, KOTA KINABALU

yang penting ada bazaar....



dan bos beli kupon RM500. aku dapat kupon RM100! yahuuuu.



shopping kuih raya la aku kejap lagi ni.kihkihkih.

Wednesday, August 25, 2010

OH IKAN JAKET..

aku tengok video ni, tiba-tiba aku teringat kawan aku masa kami belajar Uitm dulu. masa tu masa makan malam. tiba-tiba dia dapat panggilan telepon. terus suara dia jadi lain macam. mata dia merah. pastu dia nangis dekat bahu aku. aku tanya kenapa? memang saspen gilak masa tu. aku saspek mesti ada keluarga dia meninggal dunia ni. menangis ter-esak-esak sampai suara pun tersekat-sekat gilak. ok. ikan jaket di lautan merah tolak tepi tanda aku risau dengan kawan aku.

"sanggg..kenapa?"

"putihhhhh..dia mati sudaaaaa"

"siapa tu?"


"kucing aku..."

 err...aku pun terus kompius antara rasa kesian atau mahu ketawa masa tu. serius.



sedih :-|

Tuesday, August 24, 2010

SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN KAMI SEDANG SIBUK. SILA TUNGGU.

.




SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN KAMI MASIH SIBUK. SILA TUNGGU.



.




SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN KAMI MASIH SIBUK. SILA TUNGGU.




.



SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN KAMI MASIH SIBUK. SILA TUNGGU




.




SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN KAMI MASIH SIBUK. SILA TUNGGU..








HABIS TU AKU NDA SIBUK? DEM!

Friday, August 20, 2010

ALAA PACIK.. DENGAN BUDAK BELUM TUMBUH GIGI PUN PACIK JELES.

ini kisah riski aka si toyol. yang mana bila beliau lapar MESTI makan. bila beliau makan ertinya beliau LAPAR.

pada hari puasa hari yang ke lima yang lalu. puanmulia bawa la kami anak beranak shopping baju raya. iya baru puasa ke LIMA. LIMA ok. dengan alasan nanti baju raya habis di pasaran. sunggguh tidak lojik la puan. tapi oleh kerana puan belanja. saya terima dengan tabah lah.

lalu si riski ni nampaklah rumah MERAH aka pacik KFC. tabah lah aku yang puasa ni pergi membeli. alaa. setakat KFC, itupun mau tergugat? agak-agak lah bro.

selesai upacara pembelian versi peNAPAUan, bergerak lah kami di setiap kedai-kedai yang menjual baju raya. sambil si riski pun makan lah nugget sambil mem-follow puanmulia. sampai si riski makan di depan pacik yang duduk di kerusi sambil tunggu isteri beliau men-shopping.

lalu, pacik tu pun menyindir si riski. *mungkin* sebab aku yang membelakang pacik tu . dan riski tu sedap-sedap berdiri depan pacik tu sambil makan nugget sambil tengok pacik tu. dan aku dengar pacik tu soal anak-anak beliau.

"kamu suda makan?"
"belum pak. kan kita puasa. mana boleh makan"
"kamu puasa?"
"ya lah. orang cina sama kristian jak makan depan kita kan pak. nda puasa"

gilak bangga dia anak dia cakap macam tu. umpama-nya dia sudah jadi bapa mithali kompom masuk syurga dapat ajar anak dia bercakap macam tu.

HELLO PACIK. si riski ni bercakap pun belum lepas lagi. bah budak-budak kan. apalah dia paham erti puasa. gigi pun belum habis tumbuh. aku nda paham MOTIF pacik tu tanya anak-anak dia. macam menyindir kami ni yang tidak alert persekitaran dan kasi biar riski makan depan mereka yang berpuasa.alaa setakat nugget jak pacik. agak-agak la tersentuh hati perut jadi lapar.

lalu aku dengan nada-nada konon bengang. motif bengang? saja. panggil riski.

"RISKI SINI! NANTI ADA ORANG NAMPAK KO MAKAN!"

nda puas hati lagi aku.

"RISKI. SINI DENGAN KAKAK. NANTI BATAL PUASA PACIK TU TENGOK KO MAKAN!"

dan aku terus jalan keluar dari kedai tu. sekian terima kasih.

HARI-HARI BAJU BARU.

masa aku balik rumah manis rumah aku hari tu. aku tapau-lah semua baju-baju aku bawa balik rumah sewa. kebanyakan baju kurung la kan.

akibatnya - di opis:


"wahhh.. baju baru.."

"eh..eh..bukan..baju raya tahun lalu bah ni"


keesokannya lagi.


"wahh...baju baru lagi?"

"eh..eh..ini baju raya dua tahun lalu"



.

haih. pantang aku pakai baju yang aku tidak pernah pakai. kompom kena cakap baju baru. hari-hari lah baju baru. motiff mau question aku pakai baju baru? jeles?

Wednesday, August 18, 2010

KIRI-KANAN-KIRI.

aku nda paham kenapa kawasan sekeliling mata aku kejap-kejap bergerak. kejap-kejap macam berkawad. kejap-kejap kiri-kanan-kiri. kejap-kejap kanan-kiri-kanan. kejap-kejap kening yang bergerak. kalau dia malas atau penat mungkin bulu mata lagi ganti bergerak. penat ok. penat. iya la penat.

kalau mata bergerak sebelah kanan konon perkara baik datang. penat lah menunggu pekara-perkara baik-lah-konon mahu menjadi.penat lagi menunggu.

bila turn mata sebelah kiri konon perkara-pekara tidak baik-lah datang. penat lah lagi berdebar-debar tunggu pekara-pekara yang bakal tidak baik tu datang. ter-tipu lagi.

ini bukan cerita tahyul ok. tapi ter-tahyul. mana lagi penat ter-tahyul dengan niat secara tidak sengaja. penat.penat.

aku rasa, kalau pergerakan mata aku melampaui batas. boleh suda aku buat iklan macam video ni. ada can lah jugak jadi pemes. phak!

Saturday, August 14, 2010

LEMAH.

aku paling lemah bila orang guna alasan puasa untuk jadi LEMAH, tidak boleh kerja dan sebagainya.


mudah lah aku manas!macam kau sorang jak puasa di dunia ni.phak!

Wednesday, August 11, 2010

PEKELILING CAKAP,SEMPENA RAMADHAN, HANYA STAFF PEREMPUAN MUSLIM YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA DIBENARKAN BALIK PUKUL 3 PETANG.

dan staff perempuan yang bujang pula menyesal belum kahwin


sot.

PEKELILING CAKAP,SEMPENA RAMADHAN, HANYA STAFF PEREMPUAN MUSLIM YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA DIBENARKAN BALIK PUKUL 3 PETANG.

tiba-tiba pulak pacik suka lepak depan pantry menyesal jadi LELAKI.

sot.

Friday, August 6, 2010

SE-SAK.

jalan sesak.sesak jalan.


abang baju putih pakai motor datang sebagai penyelamat.


jalan jadi lancar.lancar jadi jalan.
tiba-tiba. abang baju putih pakai motor senyum. senyum nampak mangsa. mangsa pun senyum. senyum tanda pahit. senyum tanda-tanda sesak.


jalan jadi sesak balik. sesak balik jadi jalan.
tidak apa. yang penting poket abang baju putih pakai motor ada isi bikin makan.
poket mangsa pula kosong bakal tidak makan.
sekian.


argh!jalan sesak!

TERAPI.



Wednesday, August 4, 2010

TEKA-TEKI.

tiba-tiba datang bawa kertas.


"vivi!cek ni barang. mana pergi itu rm100k?"

"er..ok..i try"



tengok tarikh document. 2008/2009.
ok fine. aku start kerja bulan MARCH 2010.


DI-ULANGI. TAHUN 2010.


BOS. TIADA SOALAN YANG LAGI MENCABAR???

Tuesday, August 3, 2010

TIP-TAP-TEKO.

hati gua bedebar-debar. minggu depan masuk ramadhan. bulan depannya masuk syawal.






harap-harap gua dapat bonus 10 kali gaji. serius.

RAJIN SALAH.MALAS LAGI SALAH.

orang cakap. jangan terlampau rajin buat kerja. karang semua orang sorong kerja tempat kau.


kalau macam tu. kenapa tidak sorong gaji kau yang ribu-ribu tu terus.madapaka tul.

Monday, August 2, 2010

RUMAH-SEWA-SAYA-TIADA-MESIN-BASUH.

oleh itu macam biasa. tabiat dari dulu suka-kumpul-kumpul-baju-nanti-nanti-cuci diaktifkan semula. dan hari pencucian baju aku jatuh pada hari aku balik rumah-manis-rumah aku. erti kata lain seminggu sekali.



dan baru sekarang aku paham. angkara aktiviti-suka-kumpul-kumpul-baju-nanti-nanti-cuci membuatkan baju aku semakin sempit. yakin.

Friday, July 30, 2010

ENTRI SAKIT HATI.

kau sakit hati sama orang ni. sakit hati gilak. sangat.

sebab kerja.

kau nampak dan semua orang tahu dia makan duit company tapi dia sibuk cakap orang lain kasi rugi company.

kau nampak dan semua orang tahu dia tidak buat kerja apa-apa tapi sibuk cakap orang lain tidak buat kerja.

kau nampak dan semua orang tahu kerja dia yang patut dia buat tapi dia sorong sama orang lain, tapi kerja orang lain yang boleh menguntungkan dia boleh pulak paling dia buat.

tapi kau tidak boleh buat apa-apa. bos tahu dan semua orang tahu. serius bos tahu. serius. dan bos cakap "vivi, please fix it" fuck la! no komen!

ok. hari-hari gaduh dengan dia. gaduh mulut-gaduh mulut-gaduh mulut. lepastu cakap aku keras kepala-tidak mahu mengaku kalah. HELLO!CAKAP DENGAN CERMIN OK. fuck!fuck! aku fight benda yang betul. ko fight apa? benda yang kau buat-buat cerita. konon semua orang tidak puas hati dengan aku. dasar batu api.


banyak lagi-banyak gilak-kalau aku cerita semua for sure kamu sakit hati-serius sakit hati. dan kenapa bos masih simpan dia? bos cakap dia banyak pengalaman. fuck pengalaman! pengalaman kasi rugi company?pengalaman jual secret resepi chef sama orang lain sampai orang tu sakit hati lalu berenti kerja?pengalaman makan duit?pengalaman pinjam duit along-bos tolong bayar? SIAL PUNYA REMON. SIAL LA KAU.


aku tengah pikir macam mau balas dendam. bunuh? polis tangkap. pecah kereta?payah. santau?tuhan marah.

argh. harap-harap la aku tiba-tiba ada kuasa macam superhero-superhero yang ada di muka bumi ini. boleh jadi halimunan lepas tu pukul perut boroi dia. tapi di malaysia cuma ada cicak man n keluang man. lagi?ntah nda tahu. cicak man pun cicak man la. mana tahu boleh kurus. ok diam. bai.

Wednesday, July 28, 2010

AL-FATIHAH.

goodluck untuk semua orang yang sudah pergi.

tunggu kami.

kami lambat. sori.

Thursday, July 15, 2010

A-B-C TENGKORAK MATI.

ada seorang makhluk. sedang mencari rumah sewa. maka setelah sekian lama beliau merempat, akhirnya beliau terjumpa la rumah sewa yang pada firasat beliau sangat memenuhi citarasa. ok tipu. sebenarnya sangat desperate jadi terpaksa MAHU untuk menyewa dirumah tersebut.

"alamat rumah apa?"

"blok z tingkat 3"


ok. lalu makhluk tersebut pergi lah ke rumah tersebut.

blok A-

blok B-

blok C-

blok D-

blok E-

blok F-

blok G-

blok H-

blok I-

blok J-

blok K-

blok L-

blok M-

blok N-

blok O-

blok P-

blok Q-

blok R-

blok D-

blok T-

blok U-

blok V-

blok W-

blok X-

blok Y-

blok Z.

oh jumpa.
kemudian.

tingkat 1-

tingkat 2-

tingkat3.


OK FINE!SUDAH-LAH BLOK Z TERUS TINGKAT 3 LAGI.
GILA KAU?KAU YANG MEMBACA PUN SUDA PENAT TERCUNGAP MEMBACA APALAGI AKU SEBAGAI MAKHLUK PENYEWA RUMAH TERSEBUT.


SEKIAN.
-SI MANGSA-

Sunday, July 11, 2010

THE STUPIDEST QUESTION I EVER-

kemarin aku ikut rombongan meminang gelpren kepada kazen lelaki aku. ok. ini meminang anak dara orang yang baaaanyak sangat adat. adat itu adat ini. hantaran minta rm13000. campur adat rm360. semua rm13360. runding punya runding dapat kurang rm1000. jadi lah rm12360. itu belum campur lagi minta kerbau la, sapi la, dan sebagainya. ok fine. bagi kami yang anak-anak muda yang terpaksa ikut rombongan meminang ni rasa benda tu macam leceh. banyak songeh. dengan bertema-kan biar mati anak jangan mati adat. jadi kalau anak mati siapa mau teruskan adat? whateva la kan.


sampai rumah. post moterm la konon bersama mama aku.

"mak..macam banyak betul kan diorang minta. itu ini."

"ngam la tu, harga barang naik kan,banyak keluarga lagi mau kasi makan"

"aik..jadi mama setuju la pulak tu durang minta tinggi?"

"yala"

"jadi..karang karang kalau aku-KAKAKAKAKAAKAKAKA"


OK.AKU TIDAK SAMPAI HATI MAU KASI HABIS SOALAN AKU DAN DIAKHIRI DENGAN KETAWA. SUMPAH GELI GILA OK SOALAN AKU. STUPID. HAHAHA

Monday, July 5, 2010

RUN-RUN-RUN!



credit to tashya's ink

DASAR JERSEY FREE.

jersey argentina aku dapat dari anak johari. jersey brazil aku dapat dari bosbesar. dan kedua-dua jersey tersebut aku pakai taim perlawanan berlangsung secara live dari kafe-tempat-kerja. dan dua hari jugak aku kena kutuk gila-gila-pork.


"BUKA BAJU LA BIKIN LAP MEJA!"


shial. ada juga budak-budak-kafe-jagaan-ketika-kerja tidak dapat gaji ni karang.

Saturday, July 3, 2010

PENIRU.


bajet macam pandai membaca. becakap pun belum lepas. ceh.

Wednesday, June 30, 2010

BOS SAYA BAIK HATI.

ok hari tu dapat tiket free dari company pergi tengok KOTA KINABALU JAZZ FESTIVAL. memang tekejut la. tiba-tiba dapat tiket free. puansekreteri cakap bos kena buat pen-derma-an since money raised from the kota kinabalu jazz festival is used to fund lalu beliau pun dapat-lah tiket-tiket segala. jadi..aku pun dapat la tiket free. haha. malas mau buat review segala. yang penting best. kamera memang tiada. gambar pun memang tiadalah jugak kan. paling-paling gambar ini jak la sebagai bukti pe-mergi-an.







oleh sebab hari pertama hujan lebat gila-gila, maka aku pergi yang second day jak lah. ok cukup lah aku cakap aku terhibur gilak dengan UMS BIG BAND FEAT DAYANG NORAINI, MOOD INDIGO FROM UK DAN ORGANAMIX (SINGAPORE/THAILAND) dan sekian terima kasih.

ok next.

tadi nampak flyers dalam ofis iaitu 5TH SABAH INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL organize by kementerian pelancongan, kebudayaan & alam sekitar Sabah.

untuk info klik 5TH SABAH INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL.

apa yang bikin aku tertarik sebab ni adalah culture dance. dari bulgaria, china, egypt, ghana, greece, indonesia, kazakhstan, latvia, libya, philippines, romania, saudi arabia, singapore, sri lanka, taiwan, thailand dan uzbekistan. (menurut flyer la. haha)

ok-ok walaupun tiket dia ada yang murah ada yang mahal. memang aku FOKUS tiket murah la kan. akan tetapi aku tetap berdoa. BOS BUAT LAH DONATION BANYAK-BANYAK AGAR BOS MENDAPAT REZEKI YANG MURAH DAN DIBERKATI-NYA DAN SEMOGA SAYA DAPAT TIKET FREE SEKALI LAGI. SEKIAN TERIMA KASIH.

Tuesday, June 29, 2010

PRA-HAPPY.

dengar-dengar PTPTN sudah masuk.



yes!ada can paw adik sendiri.
haha

Monday, June 28, 2010

DEAR MY SUGAR DADDY, MR NUFFNANG.

masa peng-awalan femes-nya aktiviti ber-nuffnang, saya buat bodo saja. eleh. apa benda la nuffnang ni. konon. tapi saya tengok. semua orang letak nuffnang and cerita pasal klik-me-please-supaya-i-dapat-duit. eleh. pasal duit la tu. sudah la saya jenis anti-pekara-pekara-register-lalu-dapat-duit-tapi-lu-mesti-bayar-dulu. jadi saya abaikan nuffnang. persetankan. konon.


lepas tu. entah macamana. saya tanya-tanya and usha-usha mereka-mereka yang bernuffnang. eh tidak perlu deposit duit bagai. just letak and selamat berblog. ok. diterima. since masa tu saya selalu banyak masa untuk update. lalu saya pun terpedaya lalu meletakkan nuffnang didalam blog saya dengan bantuan adik-intan-yang-comel-konon. (terpaksa reveal password dengan budak tu)


ok dengan ber-nuffnang, serius bukan pasal duit. tapi saya dapat tahu siapa usha blog saya. eh seronoknya. stalker meet stalker. sebenarnya-aku-pernah-stalk-blog-kau-ok-kantoi. dan juga boleh tengok trafik segala bagai. ok. say no to "klik-me-pleassse". saya tiada lah sampai buat perkara-perkara macam tu. kalau orang lain buat macam tu suka-hati diorang la. nda kisah pun. ok sebenarnya paling lucu bila tengok keywords yang unknown-search tapi ter-tiba-tiba ter-link dalam blog saya. ah lucu sekali.


ok-ok! motif entri sebenarnya adalah untuk berterimakasih kepada mr.nuffnang aka sugar daddy saya sempena memberi saya rm50. biarpun sikit saya terima dengan tabah. sekian terima kasih.

CAN YOU KEEP A SECRET?



baca review sini.


ok!ok! memang lama suda buku ni wujud. aku jak yang nda alert. serius best gilak.



can you keep my secret?
motif aku beli buku ni konon mau improve english aku. tapi still angkang ni! wadda! ok-ok. dan i wish ada orang macam jack happers pastu suka sama aku. wadda! macam budak-budak. cepat terpengaruh cerita novel. haha



shhh. jangan bilang sama orang tau.rahsia!

Saturday, June 26, 2010

ALASAN-ALASAN MENUKAR CUTI.



jawapan:

alaaa..nda paya alasan-alasan semua tu.
sampai mau search-search bagai.
menyusahkan diri lagi.
cakap jak "bos saya malas"


nescaya anda akan mendapat cuti panjang tanpa gaji bersamaan dengan berhenti kerja. fired!

haha

THE 11-TH MALAYSIA INTERNATIONAL FOOD & BEVERAGE TRADE FAIR.



http://www.mifb.com.my/2010/


MEMO
.

vivi,
please arrange by air asia to the trade fair. tq.

-bos-

reply.

ok.noted.

-vivi-


aih.. susah shial cakap TIDAK. lalalala

OK-YA-YA-YA-OK.

susah shial mau cakap "TIDAK" sama bos.



eh!"ok-ya" tertakluk kepada terma dan syarat.

Thursday, June 24, 2010

APALA MAU JADI BUDAK-BUDAK NI.

aku banyak lepak dengan budak-budak-jagaan-ketika-kerja. ada macam tu ada macam ni. budak lepasan spm. budak yang malas sambung stadi. budak yang bercita-cita jadi mat-rempit. budak-budak yang memang nda dapat kerja lain lalu terpaksa bekerja di kafe. semua gila. kalau layan diorang lagi tambah gila. sudah la dengan aku sekali gila. memang gila la semua. gila-gila-gila.


oh ya. untuk pengetahuan. kerja aku meng-locatedkan aku di ofis dan di kafe.ok stop.


aku-"kau berapa spm kau?"

budak1- "1A 1B 3c 3D 1G"

aku- "A apa?"

budak1- "math"

aku- "G?"

budak1- "agama."



astagaaaa.bebel-bebel-bebel.


aku- "kau?"

budak2- "semua lulus kecuali agama sama math"

aku- "astaagaaaa. nda pernah-pernah aku dengar orang gagal agama, baru kamu 2 orang"

budak1dan2- "heeee"

aku- "bah ngam la. ada suda sijil BMBS kamu kan."

budak1dan2- "sijil apa tu kak?"

aku- "sijil BOLEH MAKAN BABI SUDA"

budak1dan2- "astaga kakkkk"

aku- "SIAPA SURUH KAMU GAGAL AGAMA-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-BEBEL-INFINITI"




sekian dari si pembebel.

BILA UMUR SUDA CUKUP 18 TAHUN.

"kak cukup sudah umur aku 18 tahun kak, kalau aku merogol boleh kena sebatan suda."



astaga. banyak-banyak keistimewaan cukup umur 18 tahun, sebatan akibat rogol la jugak jadi pilihan. layan jak la budak-budak-jagaan-ketika-kerja ni. haha

Wednesday, June 23, 2010

BELUM SAMPAI SEBULAN DUDUK KL - SUDA BERLAGAK.

aku mesej adik aku thru facebook.



ertinya macam jaga betul. (maksud aku jaga diri la tu)

pastu dia reply aku. siap slang KL.



tidak lama kemudian. chat.



haha. rasa-kan. malas layan. sambung kerja lagi baik.

Monday, June 21, 2010

KACAU.

kerja.
cerita memang pasal kerja. kerja aku kerja biasa-biasa saja. tapi bos suruh buat macam-macam. aku terima saja. sebab aku baca antara ayat-ayat terlarang dalam ofis adalah "it's not my job". ok terima. apa arahan bos wajib terima.


bila aku buat repot. tengok itu- tengok ini. kacau itu kacau ini. banyak kacau bilau. memang kacau pun. makan duit jangan cakap. memang termaktub secara terang-terangan. bos tanya. aku bagitahu secara kias. tidak terlalu direk. nanti dicakap pula aku sengaja bodek bos dan sebagainya.


kacau. sekarang aku sudah kena cop kacau line diorang. kacau. ya memang aku kacau. si pengacau. tidak kacau-bisnes terus mati. tidak puas hati. mari jumpa aku. dem! besok kena sedia pisau dan parang. mana tahu si pengacau kena serang. cis. bajet betul. lalala


tapi serius. bunga-bunga penyerangan sudah bermula tadi.
tidak apa.
ingat. aku kan cucu haji wong.
eh tiada apa-apa.
saja.
blah!

Saturday, June 19, 2010

BUDAK OFIS CAKAP, BONUS EXTRAVAGANZA KELUAR SETIAP KALI HARI SEBELUM RAYA.

cepat lah raya.



cepat lah raya.




LAMANYA LAGI RAYA NIIIIIIIII.

Friday, June 18, 2010

SEMALAM GUA PAKAI JERSEY ARGENTINA.

eleh kecoh. ok itu bukan motip pen-ceritaan.


lepas tu argentina lawan korea kan. kan.
lepas tu kan, masa tu bosbesar aku pun ikut lepak tengok sama. kan. kan.
lepas tu aku perasan bosbesar aku sapot korea. kan.kan
lepas tu kan ada niat tidak baik timbul dalam hati aku.kan kan.
lepas tu kan, yes!ada can "PAW" bos ni kalau Korea kalah. kan. kan.
lepas tu ARGENTINA MENANG, KOREA TABAH LAH KALAH. kan. kan.



lepas tu, secara auto.

"BOS-BOS!BOS KALAH!YEYE! AYOH! BAYAR!"

padahal aku teda buat perjanjian mana-mana pihak pun masa tu. kan. kan.
aku saja-saja jak kan. kan.
lepas tu kan, bosbesar aku kan, bagi aku RM5.


ok fine.


serius. gua harap dia hulur RM50. cis!

Thursday, June 17, 2010

PACIK-PACIK SUKA LEPAK DEKAT MEJA DEPAN PANTRY.



"alaaah.. nda pandai la main teka-teka nombor ni."


"alahh.. saya pun bukan pandai main sangat. sebelum ni pandai "main orang" jak."


erk. buat nda paham-buat nda paham. dan terus jalan sambil ketawa konon-konon terhibur.

Wednesday, June 16, 2010

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR?

ok. setiap kali aku mahu pergi pantry untuk minum milo agar anda jadi sihat dan kuat, setiap kali itu juga pacik-pacik suka lepak dekat meja depan pantry cuba pengaruh aku. setiap kali itu juga hulur borang yang ber-isi nama dan mata-mata pilihan.


daftar lah.


daftar lah.


join lah.


join lah.


untung ni.


bla-bla-bla.



dan setiap kali itu juga aku tolak-tolak ayam.
malas. takut kalah. oleh sebab sudah habis alasan mau tolak ajakan diorang, aku pun cakap sambil ketawa,

"ui pacik...kalau pasal bola, KOMITED GILA. siap buat form, print cantik-cantik. tapi KERJA? rilek-rilek jak tulis tangan bagi bos. kempunan la kalau mahu print. haha."


"yalah bah, nda payah la kau join..hee"


SEKIAN KISAH PACIK-PACIK SUKA DUDUK DEKAT MEJA DEPAN PANTRY YANG GAGAL MEMBAWA SAYA KE ALAM PERBETTINGAN BOLA.

Sunday, June 13, 2010

KEMAJUAN

riski bangun-bangun bukak mata terus pasang tivi.
channel kompom-kompom ter-auto channel kartun.
duduk atas kerusi,
samada terus baring sambil kaki bersilang,
lagak macam bos.
maju gilak la gaya duduk sekarang. tapi bercakap pun nda lepas lagi. macam orang babau pun ada.


maju memang maju. sampai remote control pun dia control.

"dik..kakak tukar tivi"

"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"

"dik..minta remote"

"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"
"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"
"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"
"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"
"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"
"NDAMAUUUUUUUUUUUUUUUUUU"


rasa-rasa jak aku mau buat video-dera-adik lepas tu bagi masuk dalam youtube.

Friday, June 11, 2010

TAHI-TAHI YANG KAU BERAK-KAN.

ok kepala gua stuck yang amat.
banyak gila kerja. kerja-kerja-kerja.

kerja yang gua sambut dan sambung dari orang yang berhenti kerja.
umpama nya si vivi sedang menyapu tahi-tahi yang si polan telah berak-kan dengan terpaksa-rela.

eh tapi gua terima dengan hati yang tabah jugak lah sikit-sikit dengan harapan gua akan kurus sempena menguruskan kerja-kerja yang tidak ter-urus.

eh teda kaitan. stop lah. babai.

Monday, June 7, 2010

SELAMAT MALAM PERTAMA BABE.

baru balik dari rumah kazen kesayangan yang baru kahwin. penat gilak. ingat mahu tidur sama. tapi lupa dia suda jadi bini orang. oh nooo!



tiba-tiba sedih.



eh~no!no!no!

Thursday, June 3, 2010

HARI KE-EMPAT.

hari ke-tiga.
tidak tahan.
apa macam ini?

jangan cakap mau bedah. gila kau. tidak kah memalukan kaum kerabat. kerana tulang ikan leher sepanjang pendek yang amat aku kena bedah. boleh jadi bahan kutukan seumur hidup tu ging.

hari tu masa cek di hospital, tukang rawat nasihat guna cara kampung.

ok. hari ketiga terbuka hati tawar guna cara kampung.
apa mahu jadi-jadi la. sakit ok.

antara cara kampung:

1. cari orang yang lahir secara songsang. kemudian suruh dia urut leher. orang cakap. tulang tu akan tersongsang lalu tercabut dan terkeluar. cari lahir cara songsang ok. BUKAN ORANG SONGSANG.


atau,


2. cara terkotor adalah ubat paling mujarab. minum air cucian tangan orang yang lahir secara songsang. tapi make sure lah bah kan tangan orang tu bersih-BERSIH-BERSIH DAN BERSIH. jangan orang tu lepas keluar tandas situ lah kau suruh orang tu cuci tangan kemudian kau minum. eyuw~


atau,


3. cari kucing yang jinak, kemudian suruh kucing cakar-cakar secara lembut di leher, dengan alasan kan kucing makan tulang, mungkin tulang tu ikut keluar. tapi jangan la kan kau cari kucing yang tengah mengawan atau baru lepas bergaduh sebab gepren/bopren dia kena rampas oleh kucing lain. gila. sia-sia leher bertatu cakaran kucing. leher OK PUN TERUS JADI OKU.


atau,


4. suruh orang yang "pandai-pandai" tawar. antara cara yang digunakan adalah minum air yang dibaca-baca kemudian minum.


atau,


5. gumpal-gumpal nasi kemudian telan kemudian minum air banyak-banyak. eh ini biasa lah kan. sudah buat pun awal-awal.


atau,


6. selepas rasa tulang ikan tersangkut. diam. baca bismillah. pusing pinggan yang digunakan mengikut arah putaran jam sebanyak 3 kali. tapi itu sejurus-auto selepas ketulangan. ini sudah terlepas 3 hari ok.


atau,


berserah jak lah!


hari ketiga,
aku pun try la cara-cara kampung yang si cadangkan.

cara pertama. try. siap. telan air liur. ih rasa tulang masih ada. gagal.

cara ke-dua. try. siap. telan air liur. ih rasa tulang masih ada. gagal.

cara ke-tiga. kucing yang selamat tidak dapat dikesan. skip.

cara ke-empat. try. siap. telan air liur. ih rasa tulang masih ada. gagal.

ulang lagi cara ke-empat tapi orang yang berlainan. try. siap. telan air liur. ih
rasa tulang masih ada. gagal.

cara ke-lima. skip.

cara ke-enam. tidak sempat. skip.

SEMUA SUDAH BUAT DALAM BEBERAPA JAM. TIADA KESAN APA PUNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.
HAMPA OK. HAMPA.


last-last berserah la jugak!

tapi sebelum berserah sempat kena marah.

"KAU INGAT ORANG SAKIT MAKAN UBAT TERUS-TERUS BAIK?"

ehh!ya kan. kihkihkih.
dan, tidur dalam kesakitan lagi.


........................................

hari ke-empat.
pagi masih sakit.
tabah jak lah.

ok. lupakan.

tiba-tiba, kazen aku bawak MCD. makan la double cheese burger. baru ingat lama suda nda makan MCD. bukan lah pasal boikot ka apa. memang nda ter-makan. asal limpas mcd, aku suda kenyang. tidak pun tiada duit bikin beli MCD. dan mungkin juga teda mood makan fastfood. whateva lah. telan punya telan punya telan dan sendawa.

worghhhhh.alhamdulillah.


EH!EH!EH!MANA RASA SAKIT TULANG IKAN TU PERGI. WEH!WEH!TULANG IKAN TU SUDA LARI. GILA LAH! TIADA LAGI SAKIT AKIBAT SANGKUT OF TULANG IKAN. GEMBIRANYA!! BEBAS DARI TULANG IKAN. YEYE!

kalau tahu, awal-awal ketulangan lagi aku makan MCD. haha

SEKIAN LAH TERIMA KASIH KERANA SANGGUP BACA ENTRY YANG PANJANG.HEE
GUA MAU SAMBUNG KARAOKE LEPAS NI. HAHA

Wednesday, June 2, 2010

SIMPTOM-SUSAH-MELEPAS.

finally,
aku terpaksa lah bagi adik aku peluang belajar hidup di kuala lumpur sana. risau beb. gila nda risau. perempuan lagi tu. urgh.


kena yakin vivi. yakin. yakin. manatahu ada perubahan dengan budak tu.ergh.


terus-terang, aku ada simptom susah kasi lepas adik-adik aku keluar dari rumah. yang aku mahu, kalau aku ada di rumah, semua adik-adik aku mesti ada. aku banyak soal. kenapa sana?kenapa situ?ada apa sana?siapa?berapa? dan sebagainya. tapi aku? eh aku kan kakak. peduli apa kalau aku yang keluar merayap. heh


dulu, masa adik lelaki aku dapat tawaran uitm dan kena hantar pergi Tawau sana, aku macam..erk... boleh ka dia?macamana lah?entah lah. lepas register adik aku dekat uitm, balik rumah, masuk bilik adik lelaki, tiba-tiba pulak nangis. tadi ego gila. membebel macam nenek-nenek. awas yang itu-awas yang ini-dan sebagainya.


dan esok, budak sorang ni lagi pulak yang jalan. sekarang ni masih ego lah. bermacam jenis contoh perangai suda aku bagi contoh sama dia yang mungkin dia akan jumpa. dan adik aku cuma-angguk-he he-ya bah kak-dan sebagainya jenis ayat mempertahankan diri konon. ceh!



ok lah!sambung tolong packing barang budak ni kejap. tengok!benda camni pun aku yang kena buat. kata mahu hidup bedikari. ceh!

Tuesday, June 1, 2010

SMS.

Q: masih sakit lagi?


A: masih..tulang tu masih melekat.


Q: bah. bagus lah boleh juga diet.



no reply.



apa diet. 24 jam aku sumbat mulut dengan makanan. dengan alasan tulang tu ikut tersangkut dan kehidupan aku kembali normal.tapi.gagal.terpaksa la tabah.

SIARAN ULANGAN.

tengahari. terkena lagi. ok. berlagak kool.
ala..pekara kecik. lagipun pernah kena.
teda hal lah!


8 jam kemudian.


tidak tahan. rasa sakit macam biskut chipsmore.
nasib baik. sekejap sakit sekejap tidak.
tapi still rasa tidak tahan.


bawa bapa pergi hospital seterusnya unit kecemasan.


tapi masih berlagak kool. macam biasa.
sakit apa dik? dengar jawapan pasti ketawa.
aku pun ketawa. belagak kool. ah perkara kecik kan.
tapi 8 jam? kenapa lambat? kenapa tidak bawa awal-awal?
senyum. tiada jawapan.



bukak mulut dik. sakit ni. sebab benda tu suda masuk dalam.
tarik lidah segala. 4 orang. cek yang itu. cek yang ini.
tiada benda dikesan. mungkin suda telampau dalam.
usaha gagal.


apa boleh buat. taik kambing bulat-bulat.
nasib kau lah vi.



sekian.

-------------------------------------------------------

BACA SINI UNTUK SIARAN PERTAMA.

Monday, May 31, 2010

ADIK YANG TERPAKSA.



memang muka terpaksa habis lah!

KEK UNTUK AWAK.

dear kak diba,

hepi belated befday dan selamat menjadi tunangan orang. i lebiu. muah!



er...mungkin skill lukisan saya tidak berapa mengancam sangat. tapi boleh la bah kan? hee

Sunday, May 30, 2010

TERHARU.

aku bukak fesbuk ex-room-mate aku. dia suda betunang dengan boifren dia yang memang boifren dia time study lagi. apa yang bikin aku teharu aku nda sangka hubungan diorang sampai pergi alam pertunangan seterusnya akan ke alam perkahwinan. serius nda sangka. memang jodoh mereka panjang la.



ok ketidaksangkaan aku mungkin berpunca sebab kawan aku tu cantik, serius cantik dan comel dan lelaki kurang rupa sedikit. (ok aku minta maaf awal-awal kalau ayat aku mungkin kasar)




er...dan kawan aku tu jugak adalah sumber inspirasi untuk aku terima lelaki yang nda seberapa sangat ketika dahulukala. bukan mau cakap aku cantik ka apa. memang nda pun. tapi memang dari dulu asik lelaki nda hensem jak mau dengan aku dan selalu kena bahan " v.. ko ni no taste la." nasiiib kauu la vi.

Saturday, May 29, 2010

R-AWAK.

1. masih duduk dalam opis buat report seorang diri.


2. tempat berkerjaya sah selamat dan bebas dari hantu sebab sudah 2 hari berkerja berseorang diri tanpa gangguan seksual hantu mahupun pak guard.


3. tadi lunch free sebab anak bos bukan bos kawin hari ni.


4. sakit kencing sebab tidak berani pergi toilet.


5. bersiap-siap mahu balik sebab...semangat esok start cuti. tapi. report belum siap. dammit!

Friday, May 28, 2010

DEMI KERANA.

demi perkahwinan kazen aku yang akan berlangsung 1 minggu lagi, aku sanggup kerja di hari PUBLIC HOLIDAY (hari dimana ada orang lain pergi becuti bersama kawan-kawan), dan aku duduk-duduk satu orang dalam opis. dengan alasan,


"bos, minggu depan saya ambik cuti 1 minggu ok"


sekian.

BILA HILANG BARU MAHU CARI.

benci lah!


WWW.SUARA KETAWA YG LUCU SEKALI MP3.COM



macamana la kau tepikir website punya address macam ni. haha

kau lucu sekali la dik.


tapi,
SEKALI SAHAJA.

Monday, May 24, 2010

DEMAM ADIRA.

kepada budak jaga CC,



aku paham ko minat adira. tapi berapa kali sudah ko ulang-ulang lagu yang sama?



daripada,
customer ko.

Sunday, May 23, 2010

LEMAK BER-KRIM DISUKAI RAMAI.

OK MACAM NI. AKU TERIMA TAKDIR BAHAWASANYA AKU MEMANG MENUJU KE ARAH PERTAMBAHAN KEGEMUKAN. DAN MUNGKIN DITAKDIRKAN UNTUK GEMUK. TAPI STILL KENAPA ORANG-ORANG LAIN TIDAK BOLEH BELAJAR TERIMA KENYATAAN OF KETAKDIRAN OF KEGEMUKAN AKU? KENAPA MESTI TANYA SOALAN YANG TIADA JAWAPAN?


PLEASE LAH TERIMA KENYATAAN.


PLEASE OK.


AKU PUN TIDAK KISAH AKU GEMUK. YANG KAU KISAH KENAPA??

DEMAM TEKEK (VERSI DUIT DAN TEKEK)

sana sini cerita pasal tekek.
duit dan tekek.
"Eh!si AH BOI mau beli puluh ribu kalau ko ada tekek"
"Eh!si AH WONG mau beli ratus ribu kalau ko ada tekek"
"Eh!si AH CHONG mau beli $$$$ (nilai yang lebih tinggi dari ah boi dan ah wong) kalau ko ada tekek"

pandai up-up lagi tu amount dia. cerita juta-juta. cis. boring ok!jumpanya tiada pula.



dan kerana demam tekek juga kawan aku jumpa blog aku. cis. semangat lah kau ain!

...........................

KLIK SINI KALAU MAHU TINGU GAMBAR TEKEK.

Monday, May 17, 2010

PENING-ING.

aku pening dan bingung. adik aku baru abis form five mahu sambung belajar dkl. Suda register suma. tinggal jalan. ok aku bantah. bukan apa. sudahlah kos stadi mahal. aku nda yakin lagi budak tu boleh survive hidup kl. duh! sudalah budak tu jenis hati tisu. harap badan jak besar. karang budak-budak lain buli dia? kalau aku masih duduk shah alam macam aritu nda apa jugak. atleast aku masih boleh jaga dia. ihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.



lepas?-tidak?-lepas?-tidak?-lepas?-tidak?




argh!

Saturday, May 15, 2010

MIM ALIF - LU. MALU.

kemarin aka hari sebelum hari ini. aku pun rajin la konon setting-setting "LIKE" untuk entry aku.



sekali baru aku perasan. kalau kau-peng-fesbuk like entry aku, ertinya masuk dalam fesbuk. gila kau. aku ni sudah lah pemalu. karang nda pasal-pasal orang-orang yang kenal aku tau blog aku. ndalah siok. terus bah aku remove "LIKE aka simbol BESTA" dari blog aku.


ok ok. serius aku ni pandai "memalu" jugak.



lalala

BOS CAKAP :

"vivi karang kalau mau kawin nanti cari lelaki kaya"


"ih sepa mau kawin?"


............



tapi..cakap senang la kan bos?

Friday, May 14, 2010

ORANG KATA MAKAN PISANG GORENG PANAS-PANAS KETIKA PETANG DAN HUJAN-HUJAN ADALAH SEDAP BAHAGIAN DUA.

ok hari suda petang, pisang goreng panas-panas suda beli.


duii
tinggal tunggu hujan jak lagi.
mana sempat sudah ni barang.
karang ter-malam.




lalala


.....................................................


PART SATU ADA SINI.

POLITIK DALAM OPIS.

memang kewajipan kali kan dimana-mana.
masing-masing puji diri-buat-kerja-betul dan orang-lain-buat-kerja-salah.



dan kau sebagai orang baru terpaksa diam-angguk-senyum-sengih-he-he.

Wednesday, May 12, 2010

TIPS MULUT SEKSI MACAM ANJELINA JOLIE DALAM SEKELIP MATA.

langgar sliding door kaler putih laju-laju.


lagi berkesan jika dalam keadaan tidak perasan sliding door kaler putih berkenaan sebenarnya sedang tertutup.


senang kan!



oh ya! pastikan juga keadaan pelanggaran menepati piawaian rupa bentuk mulut untuk mengelakkan separuh bibir sahaja yang menjadi seksi.
(erti kata lain, contoh ayat selepas kejadian:"eh mulut kau macam anjelina jolie la kalau tengok dari sebelah kiri")

sekian.

Sunday, May 9, 2010

KEPADA PUANMULIA.

saya berjanji.
mulai HARI IBU TAHUN DEPAN baru saya dapat bagi puanmulia hadiah di hari HARI IBU. SAYANG PUANMULIA SANGAT-SANGAT. MUAH.



dari,
anakmu yang kehabisan gaji lupa bajet hadiah hari ibu.

Saturday, May 8, 2010

ORANG KATA MAKAN PISANG GORENG PANAS-PANAS KETIKA PETANG DAN HUJAN-HUJAN ADALAH SEDAP.

ok hari suda petang, hujan suda turun.


duii.
ter-miss sudah beli pisang goreng panas-panas.
mana sempat sudah ni barang.
karang ter-malam.



lalala

DULU SELALU CAKAP DENGAN KAWAN - "HARI SABTU KERJA?BANGLA PUN TAHU CUTI LA BAI"

ok-ok. sekarang sudah paham perasaan kamu. dan paling celaka hari sabtu pun kena balik jam tujuh petang.





terima kasih la bos!

Thursday, May 6, 2010

UPDATE PASAL AKU.

berat tambah lagi 2kg. aku saspek ini buatan orang. yakin.

Sunday, May 2, 2010

MAAF-MUNGKIN AKU MEMBUANG MASA KAU-TERUS KAU KECEWA.

*kelik-kalau-kalau-mahu-tengok*


sorilah pacik!

Monday, April 26, 2010

ANTARA PUNCA PEMPUPUSAN LELAKI HEMSEM.

aku ada kawan baru. dia terus terang dia gay. hmm. biar lah. mungkin dulu aku cakap aku geli gay. tapi dia suda berada dalam kelompok kawan. terima jak la se-adanya. setiap kali dia online dia mesti teriak "vi ada orang hensem mau kenal dengan aku" ataupun "wah hensemnya!!!".

aku malas layan. mungkin level hensem pada dia lain dan tidak sama dengan level hemsem di mata aku. ah. mustahil la lelaki hensem jadi gay.


satu hari tu, aku duduk sebelah dia, dia tunjuk gambar lelaki-lelaki yang se-spesis dengan beliau. tekejut. tidak percaya. dia bagi tengok mesej-mesej dari spesis beliau.


"SHIAL LA KAU ALI (bukan nama sebenar)!!! SUDAH LA LELAKI MAKIN PUPUS, YANG HEMSEM SEMUA KO KEBAS. SHIAL!!"


tiba-tiba plak aku ter-emo dan kembali ke meja sendiri.

Sunday, April 25, 2010

CARA-CARA MENJIMATKAN KARAN.

"kak..kasi slow lah suara tivi tu.. karang naik bil karan kita"



tiba-tiba rasa macam mau lempang adik sendiri. mazhab mana la dia ikut ni.

EH KENAPA GEMUK NI?

"entah tiba-tiba..semalam kurus, tadi pagi bangun makan nasi banyak-banyak pastu tidur pastu bangun petang, pastu tiba-tiba ter-gemuk"

SEPA ADA INFO BILIK UNTUK DISEWA SEKITAR KK?

sah la ni kan sebagai iklan?



duhh.

TANYA SAMA VIVI.



-akibat terpengaruh-

Saturday, April 24, 2010

SITUASI PALING KEJAM YANG PERNAH SAYA ALAMI SEPANJANG HIDUP SAYA.

hari jumaat. dapat CEK pagi-pagi moning.

kerja.

gaji

gaji

gaji


kerja.


jam 3.30. lari-lari pergi bank. tepat pukul 3.59 petang bersamaan dengan hari jumaat yang ber-esok-kan hari sabtu dan ber-lusa-kan hari ahad juga bersamaan dengan hari cuti bagi bank-bank, berdiri tegak di depan pintu yang suda separuh tertutup of alliance bank. runding-runding pun nda guna.


so?


tanya apa lagi. senang cakap la. umpama kata pepatah.

"ikan depan mata, tapi kucing teda gigi, jadi, teda lah makan'



rasa macam mau bakar cek tu pun ada.
sekian.



BELIA BENCI PAKGUARD SKEMA!

Thursday, April 22, 2010

WHAT'S ON YOUR MIND?

bisuk gaji-bisuk gaji-bisuk gaji-bisuk gaji.

Tuesday, April 20, 2010

KISAH PENCARI RUMAH SEWA.

penat.

Sunday, April 18, 2010

NOMBOR EKOR VS SUDOKU.

masa tu, aku baru beli buku sudoku tahap empat. tengah semangat-semangat main sudoku, pengkaki-pengkaki nombor ekor pun tegur konon aku main mainan budak-budak. oleh sebab darah cepat naik hidung apabila tercabar, aku terus bagi sudoku tu dengan diorang suruh buat on de spot depan aku jugak.


tidak sampai lima minit terus terkesima. dan no idea.


eleh!cakap kaki nombor. semua nombor dalam tangan. baru tengok buku sudoku pun gerun. ceh. bah jadi sekarang siapa terer main nombor?


lalala

NOMBOR EKOR PART SATU.

tempat kerja aku dikelilingi dengan orang yang gila main nombor ekor. kira main teka-teka nombor ni dalam tangan diorang la. pantang nampak nombor memang terus "mix and match" ataupun salin terus. tapi jarang menang. hanya bermotivasikan LUCK aka MANA TAHU MENANG aka TRY-TRY BAH konon. sindir-sindir pun nda guna. pendinding apa entah diorang guna untuk menghalang penyindiran menusuk ke kalbu.


satu hari.

"nah kamu mahu betul nombor kan. ambik ni. *9*0. nombor ic aku. haha"


tidak dilayan dengan alasan teda pengalaman. cis.
minggu depan.
tiba-tiba.


"gila. nombor vivi bagi kena 1st prize.menyesal nda ambik!"


aku?gila ah!tiba-tiba perasan ada majik sekali lagi.

SOALAN TERAKHIR EXAM HARI TU.

soalan:
"sekali-sekala berjenaka lucah, adakah kamu turut ketawa?"


pilihan jawapan:
ya atau tidak.



erk.

PENGARUH IKLAN.

mangsa:


tindakan refleks beliau selepas terpengaruh berbunyi:
BRRRRRRRRRRRRRRRRR~

Saturday, April 17, 2010

GILA PANJANG KEYWORD.




tapi kecewa la kau. penat-penat taip panjang-panjang lalu search. last-last tejumpa blog aku.


haha

TORA DATANG LAGI.

dan setiap kali balik rumah, mesti ada barang "hakmilik-kakak-vivi" rosak oleh adik beradik beliau.



bikin darah naik hidung pun ada.

Saturday, April 10, 2010

"PUNCA"

"Katanya kemarau yang dialami rakyat Sabah sekarang berpunca daripada bala dan malapetaka yang diturunkan kerana Allah S.W.T tidak memberkati kepimpinan negara hari ini"



omaigod.
klik dan baca.
rasa macam bodoh pun ada.
yang aku nda paham, benda macam tu pun mau kasi politik ka?
(korang baca betul-betul. i agreed with musli oli ok)

Friday, April 9, 2010

STUCK.

esok exam. tapi belum stadi apa-apa lagi.


haish.


berubah..bila la kau mau vivi.


eh-


vivi bila la kau mau berubah.


hee.

Thursday, April 8, 2010

QADA' ONLINE.

sahaja aku tengah qada online kerana baru jumpa intenet. amin.

Saturday, April 3, 2010

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM GRED 41

omaigod!



apa patut aku buat ni??

Friday, April 2, 2010

HIDUP.

hidup kena hidup kalau mahu hidup.


kalau nda mau hidup jangan terus hidup dan buat hidup macam tidak hidup.

PEKARA PERTAMA AKU MAU BUAT DALAM BLOG SETELAH LAMA NDA UPDATE ENTRY ADALAH

update entry.



ok setel.



bai.

Tuesday, March 23, 2010

PACIK KEDAI RESTORAN DEPAN SUKA PASANG LAGU-LAGU WALI BAND SECARA BERULANG-ULANG.

antara lagu kegemaran mereka adalah lagu yang "ibu-ibu, bapa-bapa, siapa punya anak bilang aku" dengan lagu "taubat" serta lagu "ya Allah ya Rahman".




tapi.



pacik-pacik pelanggan kedai restoran depan semua order air berjenama "harimau". dan kedai restoran depan merupakan "port minum" peminum-peminum seterusnya mabuk-mabuk.



motif lagu?


lucu.



*sila google lagu waliband sendiri. sebab aku pun nda tahu tajuk lagu. hee

Monday, March 22, 2010

KAKAK TUKANG CEK TEKANAN JANTUNG ADA MEJIK.

bacaan NORMAL ujian jantung = 60

bacaan TINGGI ujian jantung = 90

bacaan VIVI PUNYA ujian jantung = 103.



"adik kurangkan makan berlemak, makanan berminyak, fastfood semua tu, kulit ayam, dan blablablablabla"


"aik?macamana kakak tahu?"

Sunday, March 21, 2010

TUNGGU DAN TERUS TUNGGU.

"hidup ni macam roda, kejap di atas, kejap di bawah"


bila la "roda" aku mahu naik atas ni?



..dan belum kenaikan "roda" aku tu memang serius teda kaitan dengan berat badan aku ok.
sekian.

Saturday, March 20, 2010

BUAT ORANG YANG PERASAN PUNYA SEMBILAN NYAWA.

ketahui la wahai kamu yang berperasaan dan perasan punya sembilan nyawa iaitu kamu-kamu yang tidak berkonsepkan kata pepatah bahawa malang itu tidak berbau ketika beraksi sebagai pemandu kenderaan. lebih-lebih lagi ketika menuruni bukit yang curam dan masing-masing perasan ber-initial D di jalan yang ber-bengkang-bengkok.


saya selaku penumpang yang tidak layak berkata-kata atas dasar tiada lesen dan tidak pandai men-drive ini sebenarnya MASIH MAHU HIDUP. dan setiap kali saya bersuara meminta kesian, sering sahaja tidak dilayan.




sekian.




"kata-kata ini dipetik dari dalam hati penumpang duduk belakang yang berkonsepkan mati hanya sekali kepada peng-drive (bukan pendrive mahupun thumbdrive) yang perasan punya sembilan nyawa".



dan ini jugak adalah alasan terbaik bagi penumpang yang takut tadi untuk tidur kerana ingin melenyapkan rasa ketakutan dalam diri dan merasa majik bila "buka-buka mata terus sampai destinasi (itupun kalau tidak eksiden)" walaupun sebenarnya penumpang tadi pantang kena aircond kereta pasti tertidur. lebih-lebih lagi jalan yang melebihi 30 kilometer.


sekian lagi.



peng-drive perasan sembilan nyawa yang dimaksudkan tertakluk kepada syarat meter pembawaan kereta.



dan peng-drive - peng-drive yang dimaksudkan termasuk juga bapa sendiri dan anak-anak lelaki yang berhubungrapat dengan penumpang yang tidak berlesen dan masih mahu hidup itu sekian sekian dan sekian.

Friday, March 19, 2010

UNTUK "YOU".

cukup 365 hari.
selamat hari-hari.


.

Monday, March 8, 2010

SIARAN TERGENDALA.

see you tomorrow.

Sunday, March 7, 2010

JANGAN BIKIN MALU ORANG SABAH.

gudlak ALEX sama KECIK.


kalau kalah nda apa. jangan jak lawak kamu nda best malam ni.
awas ar!
haha

HA-JAU-NUN = HUJAN.

setelah dekat dua bulan beliau merajuk akibat banjir hari tu.


akhirnya beliau turun walaupun orang cakap seperti hanya melepas batuk ditangga.

MISI MELALAIKAN RISKI.

pasang volume tivi kuat-kuat dengan harapan beliau tidak mendengar bunyi kereta bapa keluar.

ketawa kuat-kuat sambil bawa riski main dengan harapan dapat kaver bunyi kereta bapa keluar.


misi selesai.
bapa sama mama keluar dengan selamat.


3minit kemudian.


riski menangis bila sedar kereta bapa tiada di garaj.


misi gagal.
sekian.

Saturday, March 6, 2010

PEMALU MACAM SIPUT. KONON.

pantang facebook cakap aku lembut. mula lah penyuaraan ketidakpuasan hati berlaku. haha


oh. pernah juga melakukan kajian terhadap diri sendiri disini.


sekian.

TEKEK.

binatang ni, aku pun nda sure fullname dia apa. tapi kalau tempat aku binatang ni kena panggil TEKEK. setiap malam dia akan sebut nama sendiri berbunyi "tekk-kek" sebanyak sukahati kali dia.

ni rupa binatang tu yang ditangkap oleh skuad-penangkap-tekek merangkap kazens aku.


mula-mula geli jugak aku. tapi lepas menari tarian sinchan bagi menghilangkan kegelian, aku kembali menjadi normal.


dan baru aku ingat, hari tu aku pernah nampak info ni.

"Secara tiba tiba binatang ini jadi BURUAN kerana harganya yang sangat mahal.ianya di kenali sebagai Tekek atau GECKO.Anda tahu kah kelebihan yang terdapat dgn binatang seakan Cicak ini.Saiznya pula 10x ganda besar dari cicak.Sampai Ribuan ringgit harganya per gram.Apa kelebihannya???" kredit to sabahan.fm.

kalau baca komen-komen pengomen-pengomen dalam tu, ada yang cakap:
- 1 ekor rm60000
-100 gram rm5000
-bikin ubat AIDS
-bikin ubat penyakit-penyakit unknown
-dan sebagainya.


omaigod.
weh kamu-kamu semua. beli la binatang ni dari aku. aku jual murah. harga kawan-kawan. 100gram RM100000. macam? haha

aku rasa kalau bebetul la ada orang mau beli. mulai sekarang boleh la cari binatang ni lagi. kalah SKIM LOGIN FB RM100. haha

ADA KAE-SILAPAN YANG KALIAN TEA-LAH LAKUKAN. COBA EA-NGAT BEA-TUL BEA-TUL.

kenapa entah ramai orang cakap cerita tu menakutkan?



aku rasa lucu gilak ok.

BILA KEPENATAN MENGUASAI DIRI.

malas pun menyusul.

Friday, March 5, 2010

BUAT TATAPAN PENCINTA SUSU.

susu sekolah lah!







rumah aku banyak susu sekolah. kamu mahu?
harapan! haha

Thursday, March 4, 2010

MISI KUMPUL DUIT KAHWIN.

eh salah!maksud saya kumpul duit untuk tengok KAKAK kesayangan saya kahwin.hee


(omaigod. rindu gilak time ni)


omaigod. aku cuma ada masa 7 bulan lagi. gila kau. ingat murah tambang pegi KL tu. biarpun bakal tunangan/bini orang tu beriya mau sponsor. tapi no no no. biarlah kali ini aku berdikari mencari duit sendiri. haha


dengan terniatnya misi yang dinyatakan, aku nda kisah dengan apa kerja yang akan aku buat lepas ni. kompom la bah halal. biarlah start dari bawah. manatahu buli karang aku cerita sama cucu cicit aku "DULU NENEK SEORANG YANG HEBAT. SEMUA KERJA NENEK BUAT. NENEK BUKAN PEMALAS MACAM KAMU NI. PERANGAI SEPA LA KAMU IKUT NI..GRRR"



er..sebenarnya kakdiba akan bertunang bulan 5 dan berkahwin bulan 10. tapi aku suda kecoh awal-awal. EKSAITED OK BILA AKU DAPAT BERITA NI! haha! kepada sesiapa yang kenal beliau. marilah kita mendoakan kebahagian beliau. amin.


okla!okla! akhir sekali, aku mau link blog kak diba tapi malangnya beliau suda terlupa password beliau. eleh!!!

ONCE UPON A TIME.






















...happily ever after.
TAMAT.


TIPU!!!

PAGI-PAGI YANG INDAH.

sekarang hidup pagi suda menjadi tenang.
tiada lagi alarm clock yang bernada dering tinggi yang bertajuk "tangisan ku tidak berbalas".
tiada lagi drama kejar-mengejar yang dilakonkan oleh riski si EKOR tatkala mama sama bapa pergi bekerja.
nampaknya riski suda belajar hidup redha bahawa beliau memang tidak akan dibawa kemana-mana seawal pagi-pagi orang bekerja.

gambar-gambar ketika beliau masih dizaman jahiliah.


oh bahagianya hidup pagi dan kakak suda boleh tidur dengan tenang. selamat malam semua! heh!