dupdupmyheart

Wednesday, September 30, 2009

KU SANGKAKAN SAMBAL UDANG.SEKALI KEK LAPIS SARAWAK.HUH.

kemarin.
di rumah berlokasi kota belud sabah,
puanmulia kasi masak aku sambal udang sebagai bekalan tambahan aku untuk 1 minggu.
sedap.
sumpah.



hari ini.
di rumah berlokasi shah alam selangor,
perut lapar.
kasi panas kuali cepat-cepat
target sambal udang dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru.
kuali suda panas.
bukak gam plastik cepat-cepat.
sekali bukak penutup bekas aiskrim nestle berwarna biru tersebut...




aku



terus



heart attack.








sebab.
dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru itu bukanlah sambal udang yang ditarget sebentar tadi akan tetapi kek lapis sarawak.









masih sakit jantung.
darah sudah sampai paras hidung sebab geram.
macamana boleh tertinggal itu sambal udang yang juga dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru.




telefon puanmulia.


mengadu sambal udang dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru yang tertinggal.
kena ceramah sebab dari dulu setiap kali pergi mana-mana mesti ada barang yang tertinggal.



aku tanya khabar sambal udang dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru yang tertinggal yang sepatutnya sudah masuk dalam perut aku sepuluh minit lalu,



jawapan?



sambal udang tersebut suda berada dalam perut adik-adik aku.
huh.



jangan sampai aku kasik panas kek lapis sarawak pastu makan dengan nasik.
dan imejin itu adalah sambal udang yang berada dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru.



sekian.



...................


kemarin itu bermaksud hari sebelum hari ini.
harap maklum.



.................


oh ucapan takziah kepada bapak kepada jamal sebab tidak dapat merasa sambal udang dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru yang dimasak oleh puan mulia.
sori sangat.



sekian.

UNTUNG JADI ORANG KACAK BIARPUN BAWA ANAK.

pramugara-pramugara sibuk berebut mau tolong ko.apalagi pramugari.


kejap-kejap tanya khabar.tanya keadaan.


cis.
kesian si comel terpinggir disebelah.huh



aku pun mahu jadi si kacak laa.
aku kan anak jantan beralat sulit perempuan.haha

Sunday, September 27, 2009

PUGAI.

gara-gara merijek chenta, kazen aku kena pugai.



chenta ditolak
bomoh bertindak.




macam setan.




oh.pugai itu macam "diguna-guna aka sihir" supaya ko chenta sama itu orang.
nda patut betul.

PENAT.

aku penat baru balik dari beraya.



dan.






berat aku bertambah-tambah secara marathon macam setan.
cis.

Thursday, September 24, 2009

UBAT KURUS FREE.

ialah cirit birit.




sekian.

DAN AKU MASIH BERAYA.

apa barang pergi kerja.




muahaha.

Saturday, September 19, 2009

EKSESAIS TANGAN











tengok masa dalam gambar aku.
ertinya aku masih tolong puanmulia mengacau rendang.



awalkan?


haha

Friday, September 18, 2009

BUKAN MAU TEMBIRANG LA.

kawan-kawan.
cuba tengok jam sekarang pukul berapa??


baru 6.17 petang.


erghhhhh.alhamdulillah.
haha


apa barang bukak puasa pukul 7 lebih.haha

KENYANG.

1.kenyang makan.

2.kenyang kena cakap gemuk.


sekian.

Tuesday, September 15, 2009

KAWAN-KAWAN.

selamat hari raya.
aku tau mulut aku cam sial.
sesiapa terasa tu aku minta maaf awal-awal.
lepas raya karang aku buat balik.
kihkihkihkih.



er.aku nda sempat collect kad raya yang kamu-kamu bagi.
karang la lepas aku balik beraya aku ambik ar.
alaaa raya kan sebulan.
rilekla.



memandangkan wimax belum ada coverage disabah.
aku tinggalkan setan ni sini sahaja.
kalau aku rajin aku updet la enitink dari sabah.hee



dan last aku mahu tulis.




last.


bye.


haha


eh lupa.
assalamualaikum semua.



aku muslim la setan.haha
babai.

LUPAKAN PERTAMBAHAN PULUHAN KG.YANG PENTING GUA HEPI. MACAM?ADA MACAM PANTUN?HAHA

ini cerita ai bermarathon makan sampai budu.
arini ai bukak puasa di kelana jaya dengan setan2 dibawah.


dan bukan setan dibawah.



dan ada lagi setan2 mana ntah

*gambar tidak disediakan*

ai makan dekat gerai bodo2 tapi makanan power ai cakap dengan yu.
makanan tu rasa mahal.
pelikkan.
gerai biasa2 tapi harga makanan harga aircond.
tapi sangat mantap.
sumpah nda tipu.


lepastu ai terus balik shah alam cepat-cepat sebab seterusnya ai sambung makan dengan budak opis ai di padang jawa. kesian mereka terpaksa tunggu ai lama sikit.
lihat..ai masih pakai baju kurung.
bukan baju kurung ai yang koyak itu ok.
ai suda tukar masa lunch tadi.
ops..maksud ai masa rehat tengahari.


lepastu ai sambung makan asap buahan dekat uptown shah alam.

*gambar hilang*

sekian terima kasih.




kesimpulannya:

ai dan makanan tidak dapat dipisahkan.



.....................



ai cakap dengan puanmulia ai teda duit bikin makan.
badan ai dah kurus macam pengemis tidak cukup makan.


rasa-rasa puanmulia percaya nda?


nampaknya taktik ai minta duit dengan puanmulia dengan menggunakan alasan tidak makan akan kantoi.
dem.



............................


ai tengah seronok packing barang sekarang untuk balik sabah karang malam.yeah.
seronok2.



...........................

ARGHH!!PENATNYA JADI REBUTAN.
sekian.

Monday, September 14, 2009

KORBANNYA SEEKOR BAJU KURUNG.

tempat kejadian: ofis.

punca: melalui laluan sempit.lalu tersangkut dikerusi lalu terkoyak selebar senyuman aku mau balik kampung.





huh.

HARI INI HARI ISNIN-ESOK HARI SELASA.

awas ko toyol.

MARI MAIN TEKA-TEKI.

cuba teka apa tekateki aku?



haha!


p/s:padahal tukar teka-teki sebab key tahu.cis.

Sunday, September 13, 2009

YAKIN DAN SAH.

hari tu aku dan geng becerita pasal bonus.
diorang cakap orang yang layak dapat bonus ialah orang yang tidak pernah mengambil cuti-cuti sendiri mahupun cuti sakit tipu sepanjang orang tersebut bekerja.
masing-masing hepi kira bonus sendiri.



aku diam.



lama aku bepikir.



aku pernahka nda cuti dalam sebulan?
huh.




bulan 6 cuti sehari ka 2 hari sakit tipu
bulan 7 cuti seminggu tepaksa pegi bali
bulan 8 cuti seminggu tepaksa pegi langkawi
bulan 9 cuti 2minggu balik raya
bulan 10 cuti seminggu untuk konvo dan berpoya2 sama femili
bulan 11 kontrak tamat.





ok SAH!
aku memang secara cop bersirim TIDAK LAYAK DAPAT BONUS.







ohhhhhhh!luluh hatiku......huhu



.........


masa apply cuti raya haritu,
memandangkan aku ambik cuti sangat awal dan balik sangat lambat,
dan aku rasa besalah sangat sebab banyak cuti.



lalu aku cakap dengan bos.


"bos...kalau saya dibuang kerja, saya paham..terima kasih"



nampakkan niat suci aku sebagai pekerja yang pemaham?
haha

BUKAN SEMUA ORANG

kalau orang lain malas balik kampung sebab penat jawab soalan "bila mau kawin?"



tapi aku?









niat aku balik kampung cuma jumpa keluarga aku, untuk jumpa orang lain mungkin tidak seghairah masa mula-mula aku tinggal jauh. alasannya, aku tidak tahu mau jawab apa bila jumpa kawan-kawan lama selain jawapan "terpaksa senyum sengih-sengih" untuk soalan "vi kenapa ko gemuk?"


...................


bukan semua orang mampu kurus dengan mendadak atas dasar putus cinta atau teda duit bikin makan atau berhenti makan nasi atau diet atau sibuk bekerja atau joging atau sakit atau makan berbagaai jenis ubat kurus atau sebagainya.
bukan semua orang bernasib baik untuk kurus macam tu.bukan semua orang



anggap jak la ni falsafah.
-vivi-

Saturday, September 12, 2009

SETIAP KALI AKU TENGOK CERITA TALENTIME DI ASTRO.MESTI SUDA MASUK JAM PERTAMA.POTONG STIM BETUL.

sangat gantung ok.
tapi aku layan jugakla,
sampai nangis-nangis ni.
weh sumpah sedih bah!



lepastu tengok azean irdawaty.
teringat sama puanmulia.
muka diorang lebih kurang sama bah.
lepastu teringat cerita AISYAH 50sen
ok fine.sangat lucu.
nda dapat tebayang ni kalau puanmulia buat aksi macam AISYAH 50sen.
n setiap kali anak-anak beliau yang mulia-mulia cerita pasal AISYAH 50sen sambil ketawa-ketawa sambil buat gaya, puanmulia mesti buat-buat nda dengar tapi tahan-tahan hati mau marah.
haha



oh rindu sangat sama puanmulia.
huh.

Friday, September 11, 2009

KAN BAGUS KALAU AKU TIDUR MALAM NI ESOK IALAH HARI SELASA.HUH.

sempena hari raya tahun ni,
aku suda cakap sama puanmulia bahawa aku mahu sponsor kuih raya.
jadi aku pun borong la kuih raya banyak2 dalam 3 ratus la macam tu jugak habis.
ok.aku miskin suda ni.



selain itu,
ada satu benda lagi aku mau sponsor,
tapi..
aku memang suda saspek aku kompom nda lepas flight dan seterusnya dimasukkan ke penjara selain masuk suratkhabar.
huh.


ini.


murah wehhhhhh.
nampaknya niat aku untuk sapot anak melayu punya bisnes terkubur begitu sahaja.
huh.
sudahla mengidam mau men delpung sampai budu ni
wuhuuu.nda sabar ni..


MINGGU DEPAN AKU BALIK SABAH!!YEYEYEYE!


................



MARI BELAJAR BAHASA SABAH.


delpung itu mercun ya setan.
sekian.

NUFF APA?NUFFNANG.. NANG APA?NANGKA ER..NANGNAK PUN BOLEH.LALALA

akhirnya aku berjaya bawa nufnang masuk dalam blog aku.
tengok siring blog aku ni.haha
macam setan belagak.
kebaruan betul.






padahal belajar dari budak intan. punya tutorial nufnang.
haha



sebagai hadiah kejayaan aku,
aku bagi wallpaper free sempena bulan ramadhan untuk tatapan kamu semua.
sekian.





dan juga.
saya berjanji "melayu" akan mengupdate blog saya seperti dahulu seperti 7e dengan harapan nufnang bagi duit raya banyak.
sekian terima kasih.



...........



MARI BELAJAR BAHASA SABAH.

siring itu tepi ya anak-anak.

Tuesday, September 8, 2009

PRA-HARI RAYA

tadi sungkai dirumah zaza.
gila la makan macam nda ingat dunia.
macam sambut hari raya la tadi.



hasil:
NAIK 3 KILO DALAM BEBERAPA JAM.




apaka?
ni belum raya,
kalau hari raya memang aku nda tahu la apa kejadian dengan aku ni.
sekian.


............


SEGMEN MARI BELAJAR BAHASA.


sungkai itu buka puasa ya kawan2.
sekian lagi.

Saturday, September 5, 2009

MUMMY AI CAKAP AI NDA GEMUK.

alasan la tu nda mo sapot ai beli ubat kurus.
huh!

Friday, September 4, 2009

BERSAMA PEMENANG CONTEST KENAPA SAYA RINDU VIVI.

berbuka puasa bersama pemenang karangan "kenapa saya rindu vivi".
oh pasti la saya ini sipenepati janji orangnya.
sebagai hadiah beliau dikehendaki MEMBELANJA SAYA makan berpakej.
ah sungguh seronok.


dari ayam hingga togel hinggaa eskrem hingga cair.heaven tahu?memang sangat kenny dirojes-rojes la.

gambar pemenang dan hadiah seterusnya.

sebagai orang susa ini jak la yang mampu saya hadiahkan selain MEREKA MEMBELANJA SAYA MAKAN.hebat kan?
bukan kedekut tahu.



oh sangat seronok rupanya buat contest macam ni.
lepas ni aku mahu buat contest lagi la.hadiah pasti lagi hebat. MEMBELANJA AKU MAKAN lagi memang hadiah utama.hahaha
dan aku mahu pastikan calon2 yang menang adalah kak diba n kak elyn.hahaha
ok lah.
sekian terimakasih.


...........


maksud hadiah MEMBELANJA SAYA MAKAN itu bermaksud pemenang yang membelanja pembuat contest makan ya.harap maklum.

Tuesday, September 1, 2009

MEREPEK-MENGGILA.

lama gilak nda merepek sambil menggila dalam blog ni kan?
rindu gilak.
kamu rindu?
huh kompom tidak.
aku jak rupanya perasan sendiri2.
cis.


apakata kita main satu permainan.
alaaa.permainan simple2 jak.
buat entry untuk aku "kenapa saya rindu vivi"
sebagai hadiahnya adalah PAKEJ BERBUKA PUASA BERSAMA VIVI.
iaitu belanja aku buka puasa + ambil aku pulang balik dari rumah.
simple kan?
ada berani?



ok sekian terima kasih.
haha



..............



ok nampak sangat kehabisan duit disana sampai sangap minta orang belanja.
haha



..............




point utama: KAK DIBA PLEASE ALERT!!!!! (er..aku nda suruh buat pun sebenarnya..acah2 jak..tapi macam biasa kak diba menang secara autometik sebab dia sorang jak tepikir buat entri untuk aku.kakakakaka)