dupdupmyheart

Sunday, July 5, 2009

GAGAL LAGI.KAMAR KU SEDIA TERKUNCI.

bukan senang mahu jadi rajin.
yang mahu jadi rajin itu bukan senang kalau itu vivi.

.......................

form 4our, masa itu perkampungan budak akaun. tapi tidur dalam kelas bukan dalam khemah. masak dalam kelas guna dapur dan gas. tengahari itu masa untuk lunch.
lalu sang kawan2 yang berjantina perempuan semua berada di dapur untuk menunjukkan kehebatan dalam bidang masakan. masing2 ambik bahagian dalam acara memasak nasik, memasak sayur, memasak lauk dan sebagainya.

"bukan!potong macamni"

"garam kurang"

"lebih sikit-lagi2!"

"kalau aku dirumah kan, beginilah aku memasak"


masing2 tunjuk eksen.


huh.
maka, apabila sicomel yang baru sedar hanya beliau sahaja tidak melakukan apa2, lalu beliau bernekad mengeraskan hati jugak untuk tolong masak memasak setelah sekian lama dan berulang kali camping beliau turuti beliau selalu eskep dalam upacara masak memasak. kalau camping pengakap pun masak nasi dalam buluh. masak telur dalam kentang. itu pun juga gagal. oh pernah sekali telur dalam kentang masak menjadi tapi kurang masak sebab dengan alasan sicomel suka telur separuh masak.


dikala itu semua orang bizi.
dan sicomel melakukan misi amalan mulia secara diam2. buat baik mana boleh bising2. bedosa. karang kena cop tidak ikhlas. setelah melihat semua orang melakukan amalan masak memasak makanan, sicomel jugak yang masa itu berpegang pada prinsip HIDUP MESTI GANJIL melakukan aktiviti masak memasak air.


ambik cerek air. isi air. letak atas dapur gas. pasang api. gagal. sampai guna mancis kayu semata2 mahu hidupkan dapur gas.juga gagal. setelah mendapat bantuan dari jantina lelaki akhirnya berjaya (itupun setelah dikutuk oleh mereka dan ditumbuk oleh sicomel). kurang pasti dapur gas jenis apakah ketika itu sampai susah benar gamaknya api dapur gas itu dihidupkan. persetankan.


setelah puas hati dengan kejayaan sendiri kononnya telah berjasa membantu rakan2 dalam aktiviti masak memasak walaupun cuma masak air. tidak sampai 5 minit. sicomel melihat ada "something" hitam-pekat-mencair jatuh dari bawah cerek air tersebut. dan sicomel teriak terkejut meminta tolong dan mengejutkan orang ramai. lagak macam nampak hantu sahaja. dan muka sicomel sangat pucat dan takut.



...........


pengajaran dari penceritaan:
cerek air elektrik tidak sesuai digunakan di atas dapur gas untuk dimasak. gambaran cerek air elektrik ketika itu adalah macam ni



dan ulasan untuk:
"sicomel melihat ada "something" hitam-pekat-mencair jatuh dari bawah cerek air tersebut"
adalah kaki cerek tersebut terbakar dan mencair sebaik sahaja bersentuhan dengan api yang panas.


er..alasan untuk kesalahan:
dirumah sicomel ketika itu hanya memakai yang pilih 3 air tu
alaaaa...tekan suam untuk air suam...
tekan panas untuk air panas..
tekan sejuk untuk air sejuk.


lagipun suda nama dia perkampungan jadi dalam kepala sicomel kan kalau camping selalu masak air guna cerek letak atas bara atas kayu,
jadi perbezaan dengan masak dalam kelas dan berkhemah adalah kayu atas bara ditukar kepada dapur gas.
ok senang cerita dirumah sicomel tidak pernah masak air ketika itu atau lebih tepat tidak dapat membezakan cerek elektrik dengan cerek biasa.
sekian.




kesimpulan:
masak air pun boleh gagal.
manusia jenis apakah beliau ketika itu?
gagal.


kesimpulan kedua:
cerita ini wajib wujud aka dkutuk setiap kali berkumpul ramai2 sampai sekarang selain cerita klorok.
bangang punya kawan.

21 comments:

DIK AN said...

Bengap betul la si gemuk racist ni.

vidadarisakura said...

dick an:
adick lagi bengap dari akak.
paham?

Al-Kaput said...

:-)

GiGGLe GaL said...

dik..aku ragu2 maw terima ko jadik menantu aku dik.. wakakaka..

♥ cik intanurulfateha ♥ said...

.haha kite pun x pndai masak
.alergic pegi dpur
.kang dpur terbakar lagi
.agagaga :D

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

itu baru cerek kalo periuk elektrik???

mahu cair pemegang tudung periuk tu..

wahyudi my said...

Memang hadkor punya palui..
Tabik sama mami..sabas mami.

Lionel Azry said...

sokong dick an!

vidadarisakura said...

kaput:
heee



gigel:
mami...tiu kan masa form four.
deh.



intan:
haha
sikalang ok suda lor..haha




gadis:
lalalala.
dapur kut tebakar.haha



wahyu:
sipak kang ko.



babionel:
oh so gay.

Yern Ain said...

HIDUP MESTI GANJIL.

bangang.

hahaha;)

BudAk hijAu said...

pehal panjang sngt entri ko kali ni setan...?hahahahha..

Heidi Shafiq said...

len kali bg alasan ko x penah jpe cerek.. kt umah masak air dlm buluh je..

azman shah said...

panjang story ko

AZANI said...

ini kalau di buat pilem, mau box office ni...hi hi hi.

ZARA 札拉 said...

hahaha~

aduhai~

camni aku mau ajak ko lepak dgn aku ahh..aku palaing suka cerek elektrik..banzai!!

~d!b@~ said...

dasat dasat haha!
tapi pandai kopek durian.. kire ok lorr ngeeeeeee :P

vidadarisakura said...

yern:
haha.
bestkan.idup mesti ganjil.




budak:
memang pasni aku buat panjang2 jak.haha




heidi:
pasni la.lalalal




azman:
pendek sala.panjang pun salah.
lalala




azani:
iyoka pacik?
haha


zara:
itu beberapa taun yg dulu la..haha



diba:
haha.betul2...bukan ccam kakak.haha

fazrin2211 said...

hahaha...anda memang gagal!

mohdhairihassan said...

vida,anda x salah.
saye sokong 110%!!
sape suh bwk cerek letrik g camping
camping <- bakar3
masak air <- haruslah gune bahan3 bakar.
ni bwk cerek letrik.kalo nk gune sgt,laen kali pesan kt membe suh bwk soket skali.
sekian~

~intan
anda merayau2 ye..
patutla :-"

Lifesaver said...

aku x faham citer ni

Lifesaver said...

aku malas nak cakap lebih...nnt ko terasa vi~