dupdupmyheart

Wednesday, December 30, 2009

NGEEEEE.

Friday, December 11, 2009

MISI MENCARI KERJA SECARA HANGAT-HANGAT TAIK AYAM.

oh aku masi nda puas rehat.


sekian.

Monday, December 7, 2009

MASTER RESET + RESET ALL.

akibat tajuk entri di atas, semua number fon + gambar + msg dalam hemfon aku hilang.


neh kotoh!


perasaan dia sama macam hilang hemfon.
nda percaya cuba try.



-si gatal tangan-

Saturday, December 5, 2009

ORANG TUA SUDA CAKAP. BUDAK FORM TWO MANA BOLEH TENGOK 2012.

"neh..nda sempat lah aku ambik spm ni"

"kenapa pulak?"

"2012 nanti kiamat kan?''

Friday, December 4, 2009

HARI INI.

aku kena rajinkan diri.


cis.

JANJI MESTI MELAYU. BARU MELAYU.

sekarang ni aku tengah lepak-lepak sambil tengok papadom dengan kazen-kazen aku.



sedang siok-siok cerita-cerita sambil tengok cerita papadom,
tunang kazen aku pun datang.



aku terus diam.



diam.



aku betapuk.



tiba-tiba.



"KO VI, KO INGAT AKU LUPA JANJI SAMPAI MATI KO TU?"



dem la!
haha


boleh pulak dia ingat tu barang.


............


flashback kejadian.

lokasi : restoran.
aktiviti : acara makan-makan.
tarikh : raya ke 4 tahun 2009


"AKU JANJI KALAU AKU BALIK LAGI DARI KL KURUS SUDA AKU..TINGUKLAH..PUTUNG JARILAH NI..GANTUNG LAH GAMBAR AKU DI RESTORAN NI!"

-vivigemuk-


...........................


er..
janji melayu kan boleh pakai kan?
kan?
kan?



lalalala

Thursday, December 3, 2009

KAMPUNG AKU SANGAT ULU. YA KAMPUNG KAMU LAH MODEN. BOLEH APDET BLOG HARI-HARI.

padahal malas mau apdet.

haha


omaigod.
sumpah malas mau apdet.



berada di heaven. apa barang apdet-apdet blog.


boo!

Friday, November 27, 2009

TAIP ENTRI LAJU-LAJU PUN BUKAN BIKIN KURUS JARI. CIS.

ai sedang menikmati hari terakhir ai di semenanjung malaysia ini.
so terime la entri cakep keyhell dari ai.




kepade yang berkenaan,
ai minte maaf sanget,
ai tak dapet penuhi permintaan u all untuk date dengan ai,
ates sebab ai sudah dibooking awel-awel lagi,
ai ade try untuk jumpe u all jugek,
tapi dikale itu ai pun takde sen,
so,
ai minte sori sanget.


ok de truth, ai memang tak try-try sanget nak jumpe u all,
ai takut sedih,
karang ai nanges, u all jugek suse-suse cakep ai cumell bile ai nanges,
mane ai mahu,
malu.
hee



oklah,
esok pagi-pagi moning ai berambus,
pasti ada jugek yang suke,
p mampus la yang suke tu,
ai care?
haha.


ok babai.






omaigod. 3 tahun ai duduk KL sumpah ai tak KL langsung.
cakap KL pun beterabur.
haha!





gonna miss u kawan-kawan.
ok.mata aku start mahu kabur sudah.dem!!

Wednesday, November 25, 2009

NEW POST.

3 hari aku duduk rumah kazen aku,
ingatkan jerawat batu makin membesar.
rupanya pipi aku naik mendadak.
macam belon.



berat jangan cakaplah.




yes!
ada harapan masuk biggest loser next year!
yay!



(aku kehabisan tajuk)

SEDAR DALAM HATI.

tadi aku tengok biggest loser asia.
comelnya la manusia-manusia comel semua tadi.
memang sejak aku jadi surirumah, kerja aku makan-tengok biggest loser-tidur.


oleh itu,
dengan wujudnya biggest loser ASIA ni.
sempena kita ni orang asia.
aku harap timbul lah kesedaran dalam diri aku supaya bersenam dan sebagainya.
semangat!
perubahan!
azam!
keyakinan!
yeah!


dan,
aku betul-betul berharap,
dengan menengoknya aku biggest loser ni,
aku harap setakat tengok sahaja pun aku boleh kurus,
memang semangatlah aku.
yeah!

TIPU SUNAT.

aku sudah pindah semua barang dari rumah sewa aku di shah alam pegi rumah kazen aku di cheras.


pastu sabtu ni aku balik sabah.


dan aku nda salam-salam pun orangrumahsewa aku.
sebab aku cakap, hari khamis or jumaat ni aku balik rumahsewa aku lagi.



itu semua tipu.
aku memang nda balik shah alam lagi pasni.



sebab, kalau aku bagitahu yang hari tu adalah lastday,
kompom berlakunya kejadian nangis menangis.
sedangkan aku baru kemas-kemas barang + lipat kain, ada yang suda nangis.
apalagi kalau aku cakap yang memang aku terus keluar dari rumah tu.



jadi untuk mengelakkan penyedihan berlaku
aku terpaksa menyunatkan tipu aku.


lepasni boleh la aku jadi tok mudim.
sekian.

Tuesday, November 24, 2009

TELINGA GUA SUDA KENYANG MAKAN GEMUK. APA GUA KISAH??BADAN GUA. BUKAN BADAN LU.

pandangan aku kabur-kabur di kala ini.




ini semua gara-gara jerawat batu atas pipi aku. cis!




nampak sangat pipi aku makin naik.
sampai jerawat dipipi menghalang perjalanan mata.
dabelcis!

Monday, November 23, 2009

KHABAR ANGIN.

gua sangat-sangat berharap khabar angin bahawa hari ni puanmulia bakal GAJI adalah benar.




amin.



marilah kita sama-sama berdoa untuk benda baik.
amin.amin.amin.


-orangsusah-

OFFICIALLY UNEMPLOYED.

gua terlupa.





cis.TERbangun awal pagi la pulak.

Sunday, November 22, 2009

ENTRI JAM 22:11 PADA 22 BULAN 11.

saja jak.


bai.

ENTRI KE 22 BULAN 11 TAHUN 2009.

gua ingin mengucapkan selamat hari ke 22 dalam bulan 11 untuk semua orang.
dengan ucapan,



hai!



ok.
bai!

Saturday, November 21, 2009

SEPANDAI-PANDAI ORANG BUAT CERITA. AKHIRNYA KANTOI JUGAK. NEH KAU. KOTOH!

"vi... apalah ko tulis dalam blog ko?"

"er...teda apa-apa. besa-besa jak. heee"

" ko ada tulis pasal aku?"

"er.. teda.hee"



diam.



"heee..sebenarnya ada..tapi aku tukar nama ko p "kiah" pasal ko gilak ngan spa-q..kihkihkih"

"babi setan!haha"



begitulah ucapan beliau sambil ketawa-ketawa malu lepas baca blog aku. eleh bajet hot la tu. haha itupun aku pikir panjang bagi baca ka nda. sebab aku malu dengan kawan-kawan aku yang aku ada blog.
haha!


oh. tekan sini untuk rujukan mengenai kiah vs senah spa-q kesayangan saya.

oh. tekan sini untuk rujukan mengenai kiah vs senah spa-q kesayangan saya.

oh. tekan sini untuk rujukan mengenai kiah vs senah spa-q kesayangan saya.

oh. tekan sini untuk rujukan mengenai kiah vs senah spa-q kesayangan saya.

oh. tekan sini untuk rujukan mengenai kiah vs senah spa-q kesayangan saya.

oh. tekan sini untuk rujukan mengenai kiah vs senah spa-q kesayangan saya.

oh. tekan sini untuk rujukan mengenai kiah vs senah spa-q kesayangan saya.

oh. tekan sini untuk rujukan mengenai kiah vs senah spa-q kesayangan saya.


dan banyak lagi.


sekian.

Friday, November 20, 2009

TEDA-TEDA BAH MASALAH KAU INI.

hari selasa ari tu aku bagitahu bos aku yang aku mahu berhenti kerja suda dalam minggu ni,
hari rabu aku cuti berpunchkad,
then sedang aku seronok-seronok diruma,
bos tiba-tiba mesej suruh siapkan semua kerja sebelum berhenti.
omaigod. banyak gila ok.

mula-mula aku ingat mau pass macam tu jak kepada yang berkenaan.
adoyai.

oleh kerana aku mahu berpoya-poya ari jumaat arini
so aku siapkan semua kerja aku sampai ke MCD sampai ke tengah malam.
still masih menurut perintah ok.



ini bukti aku buat kerja serupa macam buat asaimen masa stadi dulu-dulu.
dan ini juga bukti bahawa aku mempunyai 2 dagu jika di kaji betul-betul.
mungkin juga 3 kepada yang prihatin.
dan mungkin juga 4 kepada yang nda puas hati.


dannn


ai berjaya siapkan semua!!



tinggal buat claim jak lagi tomoro moning then blah!
yay!!

Tuesday, November 17, 2009

INISIATIF

tadi ada budak opis aku buat lawak yang aku pun nda sure samada itu ayat lawak ka ayat soalan ka ayat kenyataan.


"vi dulu masa ko mula-mula masuk aku nampak 1 jak dagu ko, tapi sekarang ni ko ada 2 dagu kan?"


oleh itu aku ambik inisiatif untuk mengurangkan apa yang patut.
tapi sekarang adalah musim hujan.
jadi niat suci aku untuk berjoging selalu jak terbatal
apakan daya kita hanya merancang Tuhan menentukan
lalu aku redha.


lalu aku cari lagi inisiatif yang lain
sampai la aku jumpa inisiatif yang ini.



rasa-rasa bole bikin aku kurus ka kalau ikut inisiatif macam ni hari-hari?

Sunday, November 15, 2009

KAKAK SAYA PESAN, DIA PERLUKAN ANIMATOR.SEBAB ADA JOB UNTUK ANDA. SILA REPLY SAYA CEPAT-CEPAT.TERIMA KASIH.

betul.

TER-.

ok-ok.


aku nda pegi pun YOUNGSTERSI .


tapi nda sengaja ter-ngular jauh pergi sini.



kihkihkih.


ok penat.



bai.

Saturday, November 14, 2009

YANG SEDANG-SEDANG SAJA.

gua sedang berkerja-lah-konon-sangat.



kejap lagi gua hendak mengular ke laman budaya shah alam
sempena sebelah ofis aku jak
ada fynn jamal weh.
hee

OH VIVI.

oh vivi,
hari ni hari sabtu,
tapi kenapa ko kerja?
masa org cuti ko mahu kerja,
tapi masa org kerja ko mahu cuti,
siap eskep, datang lewat dan sebagainya,
bajet rajin padahal mengular nombor 1,
apa kejadian la dengan ko ni vivi?
ha?


sekian.

Friday, November 13, 2009

MASA UNTUK EMO.

bai.

Thursday, November 12, 2009

OMAIGOD.

hari ni kontrak kerja aku habis.

so besok aku kena breakservice cuti sehari and masuk kerja balik hari isnin.


dan.

setiap 23 hari berkerja layak dapat sehari cuti bergaji.
semua cuti bergaji tersebut mestilah dihabiskan sampai la tamatnya kontrak.

dan.

de kebodohan of me disini ialah.
aku terlupa untuk habiskan cuti bergaji aku sebelum tamatinya kontrak.
omaigod.


aku telah mensia-sia kan cuti bergaji aku.





oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo~




rugi-rugi.










hurm. positive side.ini mungkin juga balasan bagi aku sebab selalu ponteng keja.
huhu

BIKIN GUA PANAS.

dari semalam gua try booking tiket KK-KL untuk tahun depan sempena free seat AIRASIA.


tapi haram sampai sekarang nda dapat-dapat.
dabeldem!



huh.

Wednesday, November 11, 2009

VS UNCLE CINA.

uncle cina : ini ar..u tolong report sama diolang selalu hujan lor.

pembanci : er..ini bukan kerja kitorang uncle.

uncle cina : haiya..abis basah saya punya simen lei..salalu hujan lo.

pembanci : habistu?mau repot sama sepa?tuhan?



dialog last tu cakap dalam hati lei.
sekian

Tuesday, November 10, 2009

WIMAX JAHAT. SUKA POTONG-POTONG TENET SEBAB LAMBAT BAYAR BIL. HUH

situasi : pengumuman 100 nama cabutan bertuah.

ini adalah dialog persendirian bersama kawan-kawan ketika nama-nama cabutan bertuah diumumkan.


nama ke 1
"fuyoo.awal-awal kena sebut"

nama ke 2
"gila la..senang-senang jak dapat cabutan bertuah"

nama ke 3
"aku mana pernah dapat cabutan bertuah ni.memang nama vivi ni nda bertuah la"

nama ke 4 - vivi blablabla
"gulp..nama aku ui!haha"


i dunno why. tapi dat time memang funny la. baru kutuk nama sendiri. tiba-tiba kena sebut.haha pastu siap buat mantera kutuk nama kawan-kawan dengan harapan durang pun dapat cabutan bertuah sama. tapi gagal. dem.

......................

n..


er..singing competition?
er..ai malu sebab suara ai x sampai sebab sangat neves ketika itu!dem!malu shial.


sekian.

Friday, November 6, 2009

MAKAN BUDAK!!!

muka macam hantu lepas mekap sendiri yang nda tau apa-apa.


makan budak!!!!hooooooooooo

WADDA! BOO!

malam karang jabatan aku ada dinner.
dan aku nda tahu camana aku boleh tershoyy join jadi finalis singing competition. wadda~


ok serius.
haritu, lepas semifinal la konon,
encik organiser cakap kena perform betul-betul, baju kena lawa, mekap kena cantik.
dem la.

lagu?sangat shaitt~ aku ndatahu mau bawa lagu apa ni. karang aku bawa jugak lagu cewek ni.huh.

baju, opkos la aku pakai baju kurung. itupun nasib baik time konvo aritu aku berjaya pau sama mama aku beli baju kurung lebih. memang simple. sangat. yang kakak finalis sorang tu siap sewa baju jawa dari butik untuk malam ni. whateva. aku memang nda harap pun. huh.
ok baju kira setel.

mekap? argh!dem la. sedangkan masa konvo arituh pun aku lambat pasal sebatang eyeliner yang aku nda ketahuan mana aku letak. er...bedak memang aku nda pakai. maskara pun awal tahun punya. keras-keras suda. eyeshadow pun haram aku ada. kalau ada pun aku ndatahu mana suda. argh! n pasal eyeshadow-aku-ingat-aku-ada-tapi-sebenarnya-teda tulah jugak punca aku lambat konvo aritu. berabisan aku cari dan aku ingat ada-rupanya-teda.dem!


huh.


oklah.sempena aku awal bangun arini, aku mahu pergi kerja awal, aku penat sudah suruh kawan tolong punch kan aku.kihkihkih.


bai!

Wednesday, November 4, 2009

PERBANDINGAN.(EDISI MARI MENGULANGKAJI)

kalau aku tengok balik video bawah ni.


aku mesti teringat balik video yang ni dan ini.


rasa-rasa la kan...sepa menang?
haha

KALAU LU ORANG NDA KETAWA, APA GUA BOLEH BUAT.




hebat nda?

Tuesday, November 3, 2009

INI MENGENAI HATI DAN PERASAAN SERTA MARUAH.

malam ni kalau kau buat hal lagi.
aku janji lepas dapat yang baru.
aku humban ko dari tingkat 16 pastu tepuk tangan.




sumpah.




fakta:
1.giant jual seterika bongok. sudah beli baru tapi pakai sehari suda rosak terpaksa guna setanterika lama.dem la!
2.maruah tercalar bila baju kurung yang aku baru beli pakai untuk konvo sudah tebakar.dabeldem!

SI PELEMAK KERAS.

hari ni aku buat banci lagi.
sampai la satu kedai ni.
jual produk kesihatan.
sepatutnya aku yang banci kedai dia.
tapi last-last aku yang kena banci oleh dia.


itu nyonya pegi timbang berat aku.
pastu itu nyonya cakap aku overweight.
oh itu aku suda tahu.
pastu dia cakap aku disahkan mempunyai lemak keras.
omaigod.
aku pun terus macam pura-pura takut.
dia pun terus cucuk-cucuk aku supaya aku beli dia punya produk.



cis.

Monday, November 2, 2009

YANG SAYA SUKA TENGOK.




mereka sangat sweet kan?


ouh~


sweet sangat. dulu masa ai muda remaja. masa zaman-zaman baca novel ahadiat akashah + alaf 21. ai selalu imejin hidup ai macam ni macam tu. kapel ai sweet macam ni macam tu. huh. nampak sangat ai mudah terpengaruh dengan cerita-cerita novel.


lepas tu.
ai keluar dari alam sekolah.
masuk uitm. situ ai belajar kapel.
baru ai tahu, cerita-cerita dalam novel tu rekaan sahaja.huh
oleh itu i stop berhenti baca novel lepas ai rasa ai tertipu.
ai memang tidak percaya benda-benda macam tu.
sampai sekarang, even mau baca sinopsis novel yang ofismet ai bawak pegi opis pun ai rasa mau muntah.
geli.
huh.


tapi yang ini,
ai pun tidak tahu kenapa ai suka sangat tengok diorang.
tapi ai tidak la wish sangat-sangat pun untuk jadi macam diorang,
sebab ai percaya,
apa yang tuhan bagi ko terima jak n jangan mengharap sangat. sikit-sikit sudah. hih.



sekian.


(ouh,malam ini ai ada sedikit gedik.sekian)

Sunday, November 1, 2009

SEMALAM DI MASKARA.

penyoal : ko apasal makin kembang?

penjawab : sebab aku dah boring jadi kurus.

penyoal : babi.haha!




pernah kurus?ok tipu.

Friday, October 30, 2009

BALING-BALING.

aku tengok gambar konvo aku.
gambar aku dengan kawan-kawan bole kena kira.
sikit.
gambar baling-baling topi ngan kawan-kawan teda.
gambar gila-gila ngan kawan-kawan teda.


huh.


rugi-rugi +benci-benci.



last-last.
aku main baling-baling topi ngan adik aku.



huh.still nda puas hati sebab nda sempat jumpa ngan kawan-kawan masa tu.huh.

BOO!

aku tiba-tiba jak rasa macam mau updet panjang-panjang.
tapi serius aku nda tahu mau tulis apa.



mau tulis pasal apa ar?



ah!malas la mau pikir.



bai.

Thursday, October 29, 2009

BEGABUNG.

bila TOYOL + SETAN GUNDUL begabung. ini jadinya.











besar sikit lagi memang aku kasi komando ni.
sekian.

Tuesday, October 27, 2009

ENTRI KE 659 UNTUK 365 HARI.

baru aku perasan....




vidadarisakura baru setahun jagung.
cis.

Sunday, October 25, 2009

YANG COMEL.

Wednesday, October 21, 2009

KUSUT-KUSUT.

1. baju kurung suda beli tapi suda start sempit.dem!


2. kasut berheel belum beli. ok. belum tanam sifat kompiden mahu pakai benda tu.dem!


3. tudung belum jumpa yang match dgn baju.


4. tidak sempat kurus sebelum konvo.oh dabel dem! pasti kena puji dalam kurungan pura-pura oleh kawan-kawan ni.arghhhh.





kusut-kusut-kusut tau!



oh tapi...



kusut-kusut pun aku hepi
sebab..aku...bersama rombongan bapabibi+mamabibi!yay!

UNIFORM.

baju kurung aku pegi ofis suda macam jadi baju uniform.


sebab?
macam balik-balik baju yang sama aku pakai.dem.



punca?
entah berapa ekor pasang baju kurung suda yang tewas dengan encikSETERIKA yang karnivor.
dem!!!



...



hariini rombongan puanmulia datang kl.
seronoknya!seronoknya!seronoknya!


bai.

Tuesday, October 20, 2009

TIBA-TIBA TER-RAJIN SIKIT.

tekansini!tekansini!tekansini!



tapi oleh kerana rajin sikit jak. jadi aku belum link semua.
sekian.

Monday, October 19, 2009

MLS.

smph.

Friday, October 16, 2009

MISI PENCARIAN DUIT KERTAS.

kawan aku offer RM50K untuk duit kertas RM5 (1957-1963).


sepa ada?
bagi aku weh.




karang kita share 90:10 hasil jualan.serius ni.
hee

Thursday, October 15, 2009

MALAS MAHU RAJIN.

sama dengan aku malas updet blog.



sekian.

Tuesday, October 13, 2009

WAHAI ENCIK GOOGLE...

searchkan saya doa "DUIT TURUN DARI LANGIT".



plisssss.

DARI.

dari shahalam pergi kuala selangor.
dari kuala selangor pegi pangkor
dari pangkor pergi klang
dari klang pergi pahang.


macam?
ada bunyi pantun?



ok.aku masih penat.
bai.



oh ya~sanghantu nda sampai hati kasi takut2 aku.sekian.

Sunday, October 4, 2009

1MALAYSIA 1MINGGU.

besok sampai la hari jumaat aku buat kerja luar.kena stay sana sampai ari jumaat.
lagi best, ada orang cakap tempat penginapan kami tu berhantu.




ok.konsep 1malaysia bersama hantu.





dupdup my heart ni.
eleh!setakat hantu...bawa yassin sudah.




er...kalau blog aku nda update selama seminggu LEBIH.
bacalah alfatihah untuk aku.
sekian.

Saturday, October 3, 2009

MEMENUHI PERMINTAAN RAMAI.

ari ini dan esok aku bizi.
bizi beraya rumah orang.



penatnya jadi rebutan.
lalala

Friday, October 2, 2009

INDAHNYA SUNGGUH DIHARI RAYA, RAMAINYA ORANG BERSUKARIA

awal pagi aku suda jumpa mesin ajaib.
dia kata 72 kg.
setan.



nda apa.
persetankan saja.


pastu aku pegi beraya rumah bos aku.
melantak untuk pakej makan pagi campur makan tengahari.
pastu tidur sampai la pukul 2lebih.


pastu sambung open house MBSA di stadium shahalam.
pakej makan tengahari campur makan petang lagi aku.


pastu baru masuk opis.


sekian.




pastu.



mari kita main teka-teki.

pertama.kalau aku jumpa mesin ajaib, rasa-rasa berapa kilo dia tunjuk?
kedua.berapa minit ka aku berada di opis untuk 1 hari ini?


sekian.

Thursday, October 1, 2009

DI CELAH KANGKANG KAKI LELAKI BERSELUAR PUTIH.

aku dapat gambar ni dari kazen aku.



padahal gambar di ambil macam ni.



cis.
penat jak aku takut.
seluar putih jak rupanya.







weh.kamu-kamu jangan spot yang lain-lain.
haha

OH ATOK.

DULU.
ramalan dulu


dan yang terbaru lagi.



lagi.



kelik supaya gambar jadi gemuk.



kesimpulan: terima kasih fesbuk kerana membuatkan saya terasa kacak.

UCAPAN TERIMA KASIH IKHLAS DARI HATI KE HATI.

weh.kamu perasan ka ada petambahan iklan nufnang lagi dalam blog aku?
kihkihkih.




bukan rajin pun belajar buat benda tu.
senang jak.
suruh budak baik-comel-sopansantun dalam kurungan pura-pura ni buatkan.
haha



dasar pemalas kan aku?
haha




oh budak seperti dinyatakan diatas.
kakak sungguh terharu atas kesudian kerajinan dikau membuat iklan nufnang tersebut didalam blog kakak.
dan.
kakak malas mahu tukar paswed.so..kakak pecaya sama dikau okeh.


(er....sungguh tidak ngam aku guna kata ganti nama "kakak" kan?haha)



sekian.

FORUM HAL EHWAL MEREKA.

aku nda sangka entry aku yang ini menarik minat mereka-mereka untuk memberi komen dan pendapat masing-masing.



sampai aku sendiri tidak terdaya membalas komen-komen mereka.
sumpah.



rasa-rasa diorang tengah bincangkan kecomelan aku ka apa ni ar?
lalala

Wednesday, September 30, 2009

KU SANGKAKAN SAMBAL UDANG.SEKALI KEK LAPIS SARAWAK.HUH.

kemarin.
di rumah berlokasi kota belud sabah,
puanmulia kasi masak aku sambal udang sebagai bekalan tambahan aku untuk 1 minggu.
sedap.
sumpah.



hari ini.
di rumah berlokasi shah alam selangor,
perut lapar.
kasi panas kuali cepat-cepat
target sambal udang dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru.
kuali suda panas.
bukak gam plastik cepat-cepat.
sekali bukak penutup bekas aiskrim nestle berwarna biru tersebut...




aku



terus



heart attack.








sebab.
dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru itu bukanlah sambal udang yang ditarget sebentar tadi akan tetapi kek lapis sarawak.









masih sakit jantung.
darah sudah sampai paras hidung sebab geram.
macamana boleh tertinggal itu sambal udang yang juga dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru.




telefon puanmulia.


mengadu sambal udang dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru yang tertinggal.
kena ceramah sebab dari dulu setiap kali pergi mana-mana mesti ada barang yang tertinggal.



aku tanya khabar sambal udang dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru yang tertinggal yang sepatutnya sudah masuk dalam perut aku sepuluh minit lalu,



jawapan?



sambal udang tersebut suda berada dalam perut adik-adik aku.
huh.



jangan sampai aku kasik panas kek lapis sarawak pastu makan dengan nasik.
dan imejin itu adalah sambal udang yang berada dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru.



sekian.



...................


kemarin itu bermaksud hari sebelum hari ini.
harap maklum.



.................


oh ucapan takziah kepada bapak kepada jamal sebab tidak dapat merasa sambal udang dalam bekas aiskrim nestle berwarna biru yang dimasak oleh puan mulia.
sori sangat.



sekian.

UNTUNG JADI ORANG KACAK BIARPUN BAWA ANAK.

pramugara-pramugara sibuk berebut mau tolong ko.apalagi pramugari.


kejap-kejap tanya khabar.tanya keadaan.


cis.
kesian si comel terpinggir disebelah.huh



aku pun mahu jadi si kacak laa.
aku kan anak jantan beralat sulit perempuan.haha

Sunday, September 27, 2009

PUGAI.

gara-gara merijek chenta, kazen aku kena pugai.



chenta ditolak
bomoh bertindak.




macam setan.




oh.pugai itu macam "diguna-guna aka sihir" supaya ko chenta sama itu orang.
nda patut betul.

PENAT.

aku penat baru balik dari beraya.



dan.






berat aku bertambah-tambah secara marathon macam setan.
cis.

Thursday, September 24, 2009

UBAT KURUS FREE.

ialah cirit birit.




sekian.

DAN AKU MASIH BERAYA.

apa barang pergi kerja.




muahaha.

Saturday, September 19, 2009

EKSESAIS TANGAN











tengok masa dalam gambar aku.
ertinya aku masih tolong puanmulia mengacau rendang.



awalkan?


haha

Friday, September 18, 2009

BUKAN MAU TEMBIRANG LA.

kawan-kawan.
cuba tengok jam sekarang pukul berapa??


baru 6.17 petang.


erghhhhh.alhamdulillah.
haha


apa barang bukak puasa pukul 7 lebih.haha

KENYANG.

1.kenyang makan.

2.kenyang kena cakap gemuk.


sekian.

Tuesday, September 15, 2009

KAWAN-KAWAN.

selamat hari raya.
aku tau mulut aku cam sial.
sesiapa terasa tu aku minta maaf awal-awal.
lepas raya karang aku buat balik.
kihkihkihkih.



er.aku nda sempat collect kad raya yang kamu-kamu bagi.
karang la lepas aku balik beraya aku ambik ar.
alaaa raya kan sebulan.
rilekla.



memandangkan wimax belum ada coverage disabah.
aku tinggalkan setan ni sini sahaja.
kalau aku rajin aku updet la enitink dari sabah.hee



dan last aku mahu tulis.




last.


bye.


haha


eh lupa.
assalamualaikum semua.



aku muslim la setan.haha
babai.

LUPAKAN PERTAMBAHAN PULUHAN KG.YANG PENTING GUA HEPI. MACAM?ADA MACAM PANTUN?HAHA

ini cerita ai bermarathon makan sampai budu.
arini ai bukak puasa di kelana jaya dengan setan2 dibawah.


dan bukan setan dibawah.



dan ada lagi setan2 mana ntah

*gambar tidak disediakan*

ai makan dekat gerai bodo2 tapi makanan power ai cakap dengan yu.
makanan tu rasa mahal.
pelikkan.
gerai biasa2 tapi harga makanan harga aircond.
tapi sangat mantap.
sumpah nda tipu.


lepastu ai terus balik shah alam cepat-cepat sebab seterusnya ai sambung makan dengan budak opis ai di padang jawa. kesian mereka terpaksa tunggu ai lama sikit.
lihat..ai masih pakai baju kurung.
bukan baju kurung ai yang koyak itu ok.
ai suda tukar masa lunch tadi.
ops..maksud ai masa rehat tengahari.


lepastu ai sambung makan asap buahan dekat uptown shah alam.

*gambar hilang*

sekian terima kasih.




kesimpulannya:

ai dan makanan tidak dapat dipisahkan.



.....................



ai cakap dengan puanmulia ai teda duit bikin makan.
badan ai dah kurus macam pengemis tidak cukup makan.


rasa-rasa puanmulia percaya nda?


nampaknya taktik ai minta duit dengan puanmulia dengan menggunakan alasan tidak makan akan kantoi.
dem.



............................


ai tengah seronok packing barang sekarang untuk balik sabah karang malam.yeah.
seronok2.



...........................

ARGHH!!PENATNYA JADI REBUTAN.
sekian.

Monday, September 14, 2009

KORBANNYA SEEKOR BAJU KURUNG.

tempat kejadian: ofis.

punca: melalui laluan sempit.lalu tersangkut dikerusi lalu terkoyak selebar senyuman aku mau balik kampung.





huh.

HARI INI HARI ISNIN-ESOK HARI SELASA.

awas ko toyol.

MARI MAIN TEKA-TEKI.

cuba teka apa tekateki aku?



haha!


p/s:padahal tukar teka-teki sebab key tahu.cis.

Sunday, September 13, 2009

YAKIN DAN SAH.

hari tu aku dan geng becerita pasal bonus.
diorang cakap orang yang layak dapat bonus ialah orang yang tidak pernah mengambil cuti-cuti sendiri mahupun cuti sakit tipu sepanjang orang tersebut bekerja.
masing-masing hepi kira bonus sendiri.



aku diam.



lama aku bepikir.



aku pernahka nda cuti dalam sebulan?
huh.




bulan 6 cuti sehari ka 2 hari sakit tipu
bulan 7 cuti seminggu tepaksa pegi bali
bulan 8 cuti seminggu tepaksa pegi langkawi
bulan 9 cuti 2minggu balik raya
bulan 10 cuti seminggu untuk konvo dan berpoya2 sama femili
bulan 11 kontrak tamat.





ok SAH!
aku memang secara cop bersirim TIDAK LAYAK DAPAT BONUS.







ohhhhhhh!luluh hatiku......huhu



.........


masa apply cuti raya haritu,
memandangkan aku ambik cuti sangat awal dan balik sangat lambat,
dan aku rasa besalah sangat sebab banyak cuti.



lalu aku cakap dengan bos.


"bos...kalau saya dibuang kerja, saya paham..terima kasih"



nampakkan niat suci aku sebagai pekerja yang pemaham?
haha

BUKAN SEMUA ORANG

kalau orang lain malas balik kampung sebab penat jawab soalan "bila mau kawin?"



tapi aku?









niat aku balik kampung cuma jumpa keluarga aku, untuk jumpa orang lain mungkin tidak seghairah masa mula-mula aku tinggal jauh. alasannya, aku tidak tahu mau jawab apa bila jumpa kawan-kawan lama selain jawapan "terpaksa senyum sengih-sengih" untuk soalan "vi kenapa ko gemuk?"


...................


bukan semua orang mampu kurus dengan mendadak atas dasar putus cinta atau teda duit bikin makan atau berhenti makan nasi atau diet atau sibuk bekerja atau joging atau sakit atau makan berbagaai jenis ubat kurus atau sebagainya.
bukan semua orang bernasib baik untuk kurus macam tu.bukan semua orang



anggap jak la ni falsafah.
-vivi-

Saturday, September 12, 2009

SETIAP KALI AKU TENGOK CERITA TALENTIME DI ASTRO.MESTI SUDA MASUK JAM PERTAMA.POTONG STIM BETUL.

sangat gantung ok.
tapi aku layan jugakla,
sampai nangis-nangis ni.
weh sumpah sedih bah!



lepastu tengok azean irdawaty.
teringat sama puanmulia.
muka diorang lebih kurang sama bah.
lepastu teringat cerita AISYAH 50sen
ok fine.sangat lucu.
nda dapat tebayang ni kalau puanmulia buat aksi macam AISYAH 50sen.
n setiap kali anak-anak beliau yang mulia-mulia cerita pasal AISYAH 50sen sambil ketawa-ketawa sambil buat gaya, puanmulia mesti buat-buat nda dengar tapi tahan-tahan hati mau marah.
haha



oh rindu sangat sama puanmulia.
huh.

Friday, September 11, 2009

KAN BAGUS KALAU AKU TIDUR MALAM NI ESOK IALAH HARI SELASA.HUH.

sempena hari raya tahun ni,
aku suda cakap sama puanmulia bahawa aku mahu sponsor kuih raya.
jadi aku pun borong la kuih raya banyak2 dalam 3 ratus la macam tu jugak habis.
ok.aku miskin suda ni.



selain itu,
ada satu benda lagi aku mau sponsor,
tapi..
aku memang suda saspek aku kompom nda lepas flight dan seterusnya dimasukkan ke penjara selain masuk suratkhabar.
huh.


ini.


murah wehhhhhh.
nampaknya niat aku untuk sapot anak melayu punya bisnes terkubur begitu sahaja.
huh.
sudahla mengidam mau men delpung sampai budu ni
wuhuuu.nda sabar ni..


MINGGU DEPAN AKU BALIK SABAH!!YEYEYEYE!


................



MARI BELAJAR BAHASA SABAH.


delpung itu mercun ya setan.
sekian.

NUFF APA?NUFFNANG.. NANG APA?NANGKA ER..NANGNAK PUN BOLEH.LALALA

akhirnya aku berjaya bawa nufnang masuk dalam blog aku.
tengok siring blog aku ni.haha
macam setan belagak.
kebaruan betul.






padahal belajar dari budak intan. punya tutorial nufnang.
haha



sebagai hadiah kejayaan aku,
aku bagi wallpaper free sempena bulan ramadhan untuk tatapan kamu semua.
sekian.





dan juga.
saya berjanji "melayu" akan mengupdate blog saya seperti dahulu seperti 7e dengan harapan nufnang bagi duit raya banyak.
sekian terima kasih.



...........



MARI BELAJAR BAHASA SABAH.

siring itu tepi ya anak-anak.

Tuesday, September 8, 2009

PRA-HARI RAYA

tadi sungkai dirumah zaza.
gila la makan macam nda ingat dunia.
macam sambut hari raya la tadi.



hasil:
NAIK 3 KILO DALAM BEBERAPA JAM.




apaka?
ni belum raya,
kalau hari raya memang aku nda tahu la apa kejadian dengan aku ni.
sekian.


............


SEGMEN MARI BELAJAR BAHASA.


sungkai itu buka puasa ya kawan2.
sekian lagi.

Saturday, September 5, 2009

MUMMY AI CAKAP AI NDA GEMUK.

alasan la tu nda mo sapot ai beli ubat kurus.
huh!

Friday, September 4, 2009

BERSAMA PEMENANG CONTEST KENAPA SAYA RINDU VIVI.

berbuka puasa bersama pemenang karangan "kenapa saya rindu vivi".
oh pasti la saya ini sipenepati janji orangnya.
sebagai hadiah beliau dikehendaki MEMBELANJA SAYA makan berpakej.
ah sungguh seronok.


dari ayam hingga togel hinggaa eskrem hingga cair.heaven tahu?memang sangat kenny dirojes-rojes la.

gambar pemenang dan hadiah seterusnya.

sebagai orang susa ini jak la yang mampu saya hadiahkan selain MEREKA MEMBELANJA SAYA MAKAN.hebat kan?
bukan kedekut tahu.



oh sangat seronok rupanya buat contest macam ni.
lepas ni aku mahu buat contest lagi la.hadiah pasti lagi hebat. MEMBELANJA AKU MAKAN lagi memang hadiah utama.hahaha
dan aku mahu pastikan calon2 yang menang adalah kak diba n kak elyn.hahaha
ok lah.
sekian terimakasih.


...........


maksud hadiah MEMBELANJA SAYA MAKAN itu bermaksud pemenang yang membelanja pembuat contest makan ya.harap maklum.

Tuesday, September 1, 2009

MEREPEK-MENGGILA.

lama gilak nda merepek sambil menggila dalam blog ni kan?
rindu gilak.
kamu rindu?
huh kompom tidak.
aku jak rupanya perasan sendiri2.
cis.


apakata kita main satu permainan.
alaaa.permainan simple2 jak.
buat entry untuk aku "kenapa saya rindu vivi"
sebagai hadiahnya adalah PAKEJ BERBUKA PUASA BERSAMA VIVI.
iaitu belanja aku buka puasa + ambil aku pulang balik dari rumah.
simple kan?
ada berani?



ok sekian terima kasih.
haha



..............



ok nampak sangat kehabisan duit disana sampai sangap minta orang belanja.
haha



..............




point utama: KAK DIBA PLEASE ALERT!!!!! (er..aku nda suruh buat pun sebenarnya..acah2 jak..tapi macam biasa kak diba menang secara autometik sebab dia sorang jak tepikir buat entri untuk aku.kakakakaka)

Saturday, August 29, 2009

SELESAI MASALAH.




tahun ni aku rasa aku nda payah bagi adik2 aku duit raya.
bagi sampul raya ni pun kira ok sudah.
pasti adik2 aku gembira.
yakin.




hoho.save duit.
terima kasih pereka sampul raya tahun ini kerana menyelamatkan saya dari dibelenggu masalah duit raya untuk adik2 permasalahan.
sekarang saya tidak perlu risau.
yeah!

Thursday, August 27, 2009

SKIM CEPAT KAYA.

sepanjang perjalanan aku pegi shahalam-kl-shahalam berjumlah 4 jam petang tadi.
aku nampak 11 jenis eksiden.
semuanya lebih 20 buah kereta.
takut gilak.






er..





kalau lah aku salin semua number plat tu bagi budak opis aku yang suka ponteng puasa bikin ambik number ekor kompom ada sangkut ni.
buli aku ikut kaya.
nasib bulan puasa.
vi....jangan jadi setan.
haha

Wednesday, August 26, 2009

KAU PERNAH?

ko yang semakin pemalas ni tiba2 jadi perajin
taip entri panjang2



tapi.


suda siap.
n bila ko baca balik sebelum publish,
ko delete.
sebab.



entri kau macam nda best.pernah?





p/s:maka..berakhirlah kisah bersiri yang tidak sempat disirikan.sekian.

Tuesday, August 25, 2009

CERITA BERSIRI.

tengah pikir mau buat ka tidak.


lalalala





p/s:
oh ya.mebi ada yang rasa aku teruk sebab buat entri dibawah ni.
benda camtu pun mahu cerita.er..come on..aku bukan cerita benda teruk pun.aku just mau cakap de PERASAAN.harap paham.n aku lupa mention entri tu untuk perempuan sahaja.sekian.

PERASAAN.

apakah perasaan anda pada yang wanita yang berpuasa sepanjang hari dan hampir kepada pengakhirannya yang sedang menunggu waktu berbuka puasa dengan kuat dan tabah dan tiba-tiba pada 1 jam yang terakhir anda







period.






rasa macam mahu bunuh orang pun ada.

Monday, August 24, 2009

SEBAGAI ANAK JATI SABAH.

aku rasa aku boleh bukak puasa ikut waktu sabah.
pukul 6 lebih.


biarpun sebenarnya aku dshahalam sekarang ni.
haha



boleh?

Sunday, August 23, 2009

MAKANAN SEDAP.

adalah makanan pree.



atau lebih mesra digelar dibelanja makan.



oh terimakasih kepada pembelanja.
kereta baru awak sangat seksi dan buat ai tergoda.auw~
hee.

Saturday, August 22, 2009

KENAPA SAYA UPLOAD GAMBAR INI DI TENGAHARI PUASA YANG PERTAMA INI?





mungkin sebab saya ingin membuatkan anda lapar.
macam?





sumpah abc free ni sedap.yay!

Friday, August 21, 2009

KISAH ZAZA ANAK BERANAK.

en.fajar bapa kepada zaza : bila ko mau kawin?

zaza anak kepada en.fajar : huh?xmo la kawin!

en.fajar bapa kepada zaza : kalau kamu semua xnak kawin, biar bapak yang kawin!




gila ar zaza.dapat mama baru lepas ni.haha

Thursday, August 20, 2009

CITA-CITA.



becita2 tinggi budak2 ni.haha

Wednesday, August 19, 2009

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

sepasang kawan yang berbaju kurung sedang menaiki motor untuk meneruskan perjalanan membuat kerja2 luar yang telah diarahkan.

mereka tiba2 lapar.

tanpa membuang masa mereka pun membeli makanan-makanan ringan untuk dimakan sepanjang perjalanan.contohnya pisang goreng.


atas motor.
kelajuan 60-100km.


soalan diajukan oleh penumpang dibelakang yang sedang makan.

"agak2 polis tahan kita ka makan atas motor ni?"

soalan dijawab dengan ketawa oleh pemandu motor yang juga sedang makan sambil menjalankan motor.

jawapan dijawab sendiri oleh penanya soalan.

"eleh.sedangkan lelaki selalu rilek jak hisap rokok.kita rilek jakla makan kan?sekurang2nya kita tidak membahayakan kesihatan.Kan?kan?"

dan kedua2nya terhibur dengan diri sendiri aka syok sendiri dan tiba2 terdiam bila kereta polis peronda berada disebelah motor.


sekian.

KANTOI HIDUP2.

aku accept fren request facebook budak ofis aku secara langsung dari rumah.


tiba2 bos aku kol.



shial!kantoi ngular balik rumah!
grrrrrrr.

Tuesday, August 18, 2009

DO IT YOURSELF.

masalah : belum cuci baju.

kesan : besok dan hari seterusnya pegi kerja langsung teda baju dan boleh mengakibatkan alasan untuk pepontengan perkhidmatan untuk negara.

cadangan : nda payah cuci baju.

penyelesaian : baju yang suda pakai semua baru side A.esok dan hari seterusnya boleh pakai side B.

kesimpulan : pengotor gilak cadangan.shial.

"HEY GEMUK!!!"

tenkiu.aku suda boikot semua orang.paham?
-sigemukbelemaksangattebalmacamsial-

Wednesday, August 12, 2009

GRRRRRRRRRRRRRRR..

astaga.
aku baru perasan aku salah isi nombor kad matrix dalam borang konvo aku tadi.
aku tulis nombor matrix masa diploma dengan kompiden sangat.
sangat bangang!dem!





aku rasa tadi lepas aku tulis num matrix tu aku siap teriak dengan bangga sambil angkat tangan dalam ofis sebab masih mampu ingat num matrix aku.
ah babi sangat.
macamana la aku bole nda tepikir 2003***009 untuk tahun 2003 n 2006***191 untuk tahun 2006.
lama gilak bah tu 2003.
astaga.




huh




malasnya mau masuk uitm lagi balik esok.sudahla uitm tengah bepenyakit.grrrrrrrr.

Tuesday, August 11, 2009

ELEH!

Setakat naik tangga 10 tingkat teda hal lah!







Huh.Belia benci lif rosak.

Monday, August 10, 2009

HAMPA.

terlepas ujibakat biggest loser.

huh.

TADI PAGI.

aku suda berniat difacebook mahu upload gambar dari sabak bernam pegi bali pegi melaka pegi langkawi.




tapi.




apakan daya malas punya pasal.
huh.

Sunday, August 9, 2009

MEROSOT.

kamu tengok pengeluaran entri aku.makin lama makin merosot.



ertinya sama dengan.
makin lama aku makin bizi.





ok tipu.
malas sebenarnya.



lalala

Wednesday, August 5, 2009

MINUM AIR PEMBUNTING.

'ok.kita dah sampai ke tasik dayang bunting,boleh la mandi2 tapi bagi yang perempuan jangan minum air tasik nanti pregnen.'


'kalau terminum tapi belum kawin pun pregnen?perut aku ni sudahla memang kembung'


Soalan ditanya dengan serius dijawab dgn gelak ketawa.



Selepas mandi-manda.


Dan.hasilnya.aku betul2 terminum air tasik.



Dan sekarang.
Aku rasa aku marah dengan pacik tadi sebab nda jawab soalan aku betul2 sebab perut aku sakit.cukuplah aku pregnen lemak jangan lain2 suda.lalala



Sekian terima kasih.

Monday, August 3, 2009

PAGI2 MORNING AI SUDA PENING.

Alkisah suatu pagi.



70% dari makhluk ofis.



Semua buat muka tekejut dan rajin betanya soalan.
Reaksi tambahtif campur tolaktif.
Sampai penat empunya badan.
Last2 mampu senyum.


Pekataan2 basic.
'wah?'
'vivi?'
'fuyo'
'huh'
Dan sebagainya. Nda mampu aku maw tulis sini.



Huh.
Baru rebonding rambut.belum jd artis.pening la jawab soalan.

Thursday, July 30, 2009

VIDEO 3GP PILIHAN SAYA





dan ini.








ah ngilu campur geram tahu.huh

Wednesday, July 29, 2009

MARI LANGGAR PANTAT KERBAU.






lalalala

HARAPAN MC YANG MUSNAH.

masa : 2-3pagi camtu.
lokasi : hospital.
punca : demam, susah bernafas, selsema dan sebagainya.



"so doc?"

"makan ubat ni ubat tu ubat ni dan sebagainya blablabla"

"er..lagi??teda apa2??betul ni teda efek apa2?"

"iya..dun wori blablablablabla"

"ok tanx."




cis!ingatkan dapat cuti MC 2 minggu.atleast kuarantin ka apa.gagal.huh.



..................



oh ubat.kenapa kau tidak berkesan bikin aku tidur.karang tercuti lagi aku bisuk.

Monday, July 27, 2009

AAAAAACHUUUUU!!!

terima la hadiah dari bali.



sekian.

I KNOW U WANT ME.

hoh!



hee.



ok bye.

Saturday, July 18, 2009

APA RASA KAHAK?

masin.


kan?


sepa nda pernah telan kahak sendiri tu memang tipu la.
sekian.

Friday, July 17, 2009

SUMPAH.

malas betempiaran.

Monday, July 13, 2009

USAHA TANGGA KEJAYAAN.

alkisah seorang manusia yang datang awal ke pejabat dgn azam baru dan semangat baru.

Lif rosak.


Dengan bermotokan usaha tangga kejayaan,manusia tersebut pun naiklah tangga dgn berusaha bersungguh-sungguh.


Sampai tingkat 10.

Berjaya dgn berpeluh bersungguh2.

Itu belakang kira.apa yang hendak dipertikaikan disini adalah, kenapakah perlu pintu lif tersebut terbuka dgn sempurna didepan manusia yang berusaha dengan gampang tadi tanpa belas kasihan sebaik sahaja beliau sampai ke tingkat 10?

Kenapa?
Kenapa?

Huh,
Bukan senang datang awal tau.
Kurus muka kalau hari2 macamni.


Sekian laporan untuk hari ini.

Sunday, July 12, 2009

KATA-KATA MU HANYA MIMPI.

alkisahnya bila seorang macik gemuk menghampiri seorang gadis muda yg comel tapi agak chubby sedikit terutama dari pandangan sisi dalam kurungan sebelah kanan.

mungkin juga posisi macik gemuk tersebut berpaksikan kedudukan Y yang membuatkan beliau yakin untuk menghampiri gadis muda tersebut.


"adik, blablablablablabla"

"oh"

"adik, blablablablablabla"

"ok"

"adik, blablablablablbla"

"hurm~tenkiu"


dan beliau yang digelarkan adik oleh macik gemuk tersebut berlalu dengan yakin dari pandangan mata macik gemuk tersebut tanpa rasa bersalah.



sekian.



apa?
oh lupa apa yang "blablablabla"?


tiada apa2 yang menarik tapi apa yang penting kata2 hikmat dari seorang promoter ubat kurus yang bersaiz lebih XXL jika dibandingkan dengan si gadis muda tadi.
akan tetapi kata-kata sahaja tidak mampu menambat hati beliau.

sekian.

Saturday, July 11, 2009

MARI BACA ENTRI PENDEK.

pendek.

Friday, July 10, 2009

KISAH KAWAN SAYA.

kawan.
saya ada kawan.
nama dia zakiah.
itu nama kampung.
nama bandar beliau ialah zaza. kadang2 kiki.
nama langsung kampung beliau adalah kiah.
saya panggil beliau kiah.
sebab saya pun orang kampung.
sekian 1.



salah satu hobi beliau adalah suka kasi tinggal hartabenda beliau dimana-mana aka pelupa.
contohnya hempon dan wallet.
pernah satu hari beliau membuat kerja luar tanpa membawa wallet, telefon, ic dan dokumen2 penting.
sampai responden minta ic beliau ketika itu tidak mempercayai beliau adalah warganegara malaysia sebab beliau tidak mempunyai ic seterusnya dituduh menipu.
huh..memang dasar pelupa.
rasanya kalau tetek tu boleh tanggal dan pakai, tetek tu pun boleh tanggal dan tertinggal dimana-mana.
sekian 2.



semalam yakni hari sebelum hari ini.
beliau telah kehilangan hempon mahal beliau.
puas di carinya.
dari jam 3 hingga ke habis masa ofis hour.
memang gaji beliau di bayar ketika itu untuk mencari hempon beliau yang hilang.
alkisah nya dimana beliau yang selalu tertinggal hempon di meja tempat saya bekerja telah dimarahi oleh saya supaya beliau bawa hempon beliau kemana sahaja.
(beliau juga selalu dimarahi atas kenyanyukan beliau oleh jijah, nor dan jilah...retro gila nama..lalalalla)
setelah dimarahi oleh saya ketika itu,
beliau yang selalu ke tingkat 10 untuk menggatal dengan abang hitam yang alaf 21 tersebut pun membawa hati yang luka bersama hemponnya yang mahal itu.
selepas dia puas menggatal di atas, beliau pun turun ke tempat saya bekerja.

"oh hempon ku tertinggal di atas"

saya hanya mampu pandang beliau sambil menjeling tanda amaran.
lalu beliau cepat2 naik ke atas untuk mengambil hempon beliau.
malangnya,
hempon beliau dicuri tanpa belas kasihan.
tanpa meninggalkan sebarang jejak untuk dikesan pun.
sumpah sungguh malang.

"ni vivi la ni suruh aku bawa hempon naik atas!"
"a'ah bangang kan, aku suruh bawa naik atas yang ko xbawa turun napa?"
"tertinggal...hee"
"tu la tetek2 nasib baik melekat kalau nda memang kompom lah tertinggal merata2 tempat!"
"hee.."

adakah patut beliau salahkan saya?nda patut betul.cis
sekian 3.





setelah misi pencarian hempon yang hilang gagal,
beliau terpaksa redha dengan apa yang terjadi.
ibarat nya 1 shah alam tahu hempon beliau hilang apabila melihat aksi beliau mencari hempon tersebut.
banyak idea2 yang agak ketuhanan di sumbangkan oleh rakan2 untuk pengembalian hempon beliau semula, contohnya:

"ko bacala yassin 40hari40malam, tapi ko dapat lepas 4o hari la..lalalalala"
"ko pegi jumpa bomoh la..."

dan sebagainya yang biasa di utarakan oleh penonton manakala si mangsa hanya mampu mengangguk sahaja tanda setuju.
jam 5 lebih petang, saya terpaksa mengheret beliau keluar dari ofis tersebut sebab hari sudah mulai petang, bukan buat overtime pun duduk lama2 dalam tu,
melayan perasaan si mangsa memang sampai 10 tahun duduk dalam tu pun hempon tu belum tentu dikembalikan oleh sipencuri. mungkin sebab pencuri tu pun tahu rasa segan.
mungkin la.
macam sial.
setelah beliau seperti menerima takdir beliau hempon hilang, kami berdua pun berpisah dan besurai, beliau naik motor ke subang dan saya menaiki rapid kl ke rumah, beliau yang kelihatan mamai sambil membaca mantera "hempon aku...hempon aku" sebanyak jumlah yang tiada nilainya dengan harapan hempon tersebut dengar dan kembali semula kepada beliau.
beliau ikut haluan kanan dan saya ikut haluan kiri. bersurai. tiba2 saya pusing belakang dan berkata,

"kiah!sampai rumah msg ar!!eh?hahahaha!sori2!!bye!"
"hemponnnnnnnn aku............."

er...niat saya baik kut sebab risaukan beliau.haha
sekian lagi.


(kisah ini berlaku pada hari rabu tapi oleh kerana kemalasan saya yang berganda, saya pun lambat publish, dasar pemalas betul.sekian.)

Thursday, July 9, 2009

GARA-GARA.

Gara2 tertidur semalam x sedar diri,
aku terlepas apply kerja executive dekat TNB sebab semalam adalah lastday.
dem!
benci!




padahal lama sudah kawan aku bagitahu.
huh!
lastminit yang nda menjadi.
dem!

BILA SI GADIS BERBAJU KURUNG MENSETERIKA BAJU KURUNG DI PAGI2 BUTA.

0600 pagi.


"vivi?"

"heeeee..orang tidur mati lepas balik kerja semalam"

"hoh..tu akak heran dah pakai baju kurung tapi seterika lagi baju kurung"



kesimpulan:
renung-renung kan lah kalau rajin merenung.



----------------------------------


segmen mari main teka teki.

soalannya:
agak2 pukul berapa aku tidur semalam?


hint:
lebih 10 jam.


sekian.

Tuesday, July 7, 2009

KISAH "KE" KESAH? KE "KE" KA?

hati mahu spegeti
perut mahu coklat
otak mahu nasi lemak


tapi



mulut mahu mencarut sebab,

"vivi dietlah!"kata mereka2.

dem!



ada lemak aku kisah kawan2?
tedakan~



lalallaa



orang lain yg makan orang lain pulak yang risau gemuk.cis.

KELUPAAN.

aku lupa update entri semalam.


ok.
malas sebenarnya.lalalala

Sunday, July 5, 2009

DISKUSI.

perbincangan diantara manusia com- VS doktor Q.



"weh kata shah alam kecoh ngn swine flu, tp pesal aku tgk paan tu oke je??"


"laa...paan kan babi, memang la dia yg kasi sebar flu tu."


"habis? ok plak ko?ke ko pon spesis paan?"


"nda la. aku baca yasin 40hari40malam bagi mengelakkan musibah"


"alhamdulillah.gagap2 rajin gak ko ngaji.heee..bila ko blaja iqra?"


"aku khatam alqurran ok. pemegang sijil pelajar bahasa arab terbaik semasa darjah 1 disekolah agama"


"pergh hebat gile"


"huh"





kesimpulan: jangan pandang rendah sama ini saitan.
(er..yg baca yasin 4ohari40malam tu sekadar hiasan bagi mengkaburkan mata doktor.)

GAGAL LAGI.KAMAR KU SEDIA TERKUNCI.

bukan senang mahu jadi rajin.
yang mahu jadi rajin itu bukan senang kalau itu vivi.

.......................

form 4our, masa itu perkampungan budak akaun. tapi tidur dalam kelas bukan dalam khemah. masak dalam kelas guna dapur dan gas. tengahari itu masa untuk lunch.
lalu sang kawan2 yang berjantina perempuan semua berada di dapur untuk menunjukkan kehebatan dalam bidang masakan. masing2 ambik bahagian dalam acara memasak nasik, memasak sayur, memasak lauk dan sebagainya.

"bukan!potong macamni"

"garam kurang"

"lebih sikit-lagi2!"

"kalau aku dirumah kan, beginilah aku memasak"


masing2 tunjuk eksen.


huh.
maka, apabila sicomel yang baru sedar hanya beliau sahaja tidak melakukan apa2, lalu beliau bernekad mengeraskan hati jugak untuk tolong masak memasak setelah sekian lama dan berulang kali camping beliau turuti beliau selalu eskep dalam upacara masak memasak. kalau camping pengakap pun masak nasi dalam buluh. masak telur dalam kentang. itu pun juga gagal. oh pernah sekali telur dalam kentang masak menjadi tapi kurang masak sebab dengan alasan sicomel suka telur separuh masak.


dikala itu semua orang bizi.
dan sicomel melakukan misi amalan mulia secara diam2. buat baik mana boleh bising2. bedosa. karang kena cop tidak ikhlas. setelah melihat semua orang melakukan amalan masak memasak makanan, sicomel jugak yang masa itu berpegang pada prinsip HIDUP MESTI GANJIL melakukan aktiviti masak memasak air.


ambik cerek air. isi air. letak atas dapur gas. pasang api. gagal. sampai guna mancis kayu semata2 mahu hidupkan dapur gas.juga gagal. setelah mendapat bantuan dari jantina lelaki akhirnya berjaya (itupun setelah dikutuk oleh mereka dan ditumbuk oleh sicomel). kurang pasti dapur gas jenis apakah ketika itu sampai susah benar gamaknya api dapur gas itu dihidupkan. persetankan.


setelah puas hati dengan kejayaan sendiri kononnya telah berjasa membantu rakan2 dalam aktiviti masak memasak walaupun cuma masak air. tidak sampai 5 minit. sicomel melihat ada "something" hitam-pekat-mencair jatuh dari bawah cerek air tersebut. dan sicomel teriak terkejut meminta tolong dan mengejutkan orang ramai. lagak macam nampak hantu sahaja. dan muka sicomel sangat pucat dan takut.



...........


pengajaran dari penceritaan:
cerek air elektrik tidak sesuai digunakan di atas dapur gas untuk dimasak. gambaran cerek air elektrik ketika itu adalah macam ni



dan ulasan untuk:
"sicomel melihat ada "something" hitam-pekat-mencair jatuh dari bawah cerek air tersebut"
adalah kaki cerek tersebut terbakar dan mencair sebaik sahaja bersentuhan dengan api yang panas.


er..alasan untuk kesalahan:
dirumah sicomel ketika itu hanya memakai yang pilih 3 air tu
alaaaa...tekan suam untuk air suam...
tekan panas untuk air panas..
tekan sejuk untuk air sejuk.


lagipun suda nama dia perkampungan jadi dalam kepala sicomel kan kalau camping selalu masak air guna cerek letak atas bara atas kayu,
jadi perbezaan dengan masak dalam kelas dan berkhemah adalah kayu atas bara ditukar kepada dapur gas.
ok senang cerita dirumah sicomel tidak pernah masak air ketika itu atau lebih tepat tidak dapat membezakan cerek elektrik dengan cerek biasa.
sekian.




kesimpulan:
masak air pun boleh gagal.
manusia jenis apakah beliau ketika itu?
gagal.


kesimpulan kedua:
cerita ini wajib wujud aka dkutuk setiap kali berkumpul ramai2 sampai sekarang selain cerita klorok.
bangang punya kawan.

HOBI.


WASIAT SANG PREN.

ziarahilah beliau kerana beliau baru sedar dari mimpi.



kashian dia.
anak bosnia.
giginya pata2.
giginya tinggal dua.




sekian.

ADA UDANG SEBALIK CAKORTIAU.

"jom kuar?"

"jom lepak?"

"blablablablablablablablabla..mari?"

................................................


huhu,
bukan aku nda maw keluar,
bukan aku nda maw lepak,
fahamilah bahawa kawan kamu ini seorang yang tidak berduit biarpun di awal bulan


dan



yang paling utama,






baju aku semua sempit dikala ini.
ouh!~
benci!




daripada,
-manusia anti-sosial-

Saturday, July 4, 2009

MANA SATU PILIHAN HATI.


SI GANAS?


ATAU

SI PENDIAM-PEMALU-COM-BAIK HATI DAN BERKUALITI?



ER..TOLONG KIRA.

aku baru tahu tinggi aku 160 masa buat pasport aritu.
soalannya:

tinggi setinggi 160 dan berat seberat 70.







adakah ianya berstatus overweight????

Friday, July 3, 2009

TAK FAHAM-TAK TAHAN-SABARKU TAK TERTAHAN MELAYAN SIKAPMU PERAWAN

dari pagi tadi aku tahan lapar konon diet
blogwalking~
beberapa kali terserempak dengan gambar nasi lemak.
dem!~


sumpah nda tahan.



malasnya maw turun bukit pegi beli nasi lemak!
dem!
malas2!



KALAU MALAS-LAPAR!
dem!

SAKIT.

nada dering suara nyaring sinchan berkumandang tepat pukul 6pagi
"gajah~gajah~gajah"


bangun dengan perasaan kurang enak
bergerak ke tempat itu dengan menggunakan deria sakit-perut
mata tertutup tapi beberapa pekara-perkara yang memerlukan perinstijakan selesai dengan jayanya.
mejik kan?


sambung tidur
syg suda terdampar ntah mana?
oh bawah kaki.
kesian.
biarlah.



hurm~
fikir.
kerja?tidak?kerja?tidak?kerja?tidak?
diselangseli dengan tidur
terbangun
berfikir
kerja?tidak?kerja?tidak?kerja?tidak?
tertidur
...
terbangun.

8.5minit pagi
ah dem!
lambat bangun.
bencinya~


dari punch merah baik ndapayah datang.
sekian.


************************


"ketua.aku nda datang keja arini"

"ok.reason?"

"sakit........................tahik.haha"


no reply.



(aku malas mau buat ayat2 cinta untuk reason tidak datang macam masa aku prektikal dulu)

Thursday, July 2, 2009

OH KAU.

oh kau~
biarpun ianya berlaku sekelip mata
biarpun hanya 2 saat sahaja
bila mata kita berdua bertentang mata
hormon gatal tapi bukan lapar lelaki aku dapat mengesan tahap kehemseman kau secara lintas langsung


oh kau~
kau keluar dari tempat itu,
lalu senyum,
muka merah dan tunduk malu
seterusnya berlalu begitu sahaja


aku?
diam dan tunduk malu juga
yalah..aku tahulah aku ni pemegang rekod tidak pernah dingurat lelaki hemsem
aku paham


dan aku pun masuk ke tempat itu
dimana kita bertukar tempat
aku tekan number 6 dan tarik nafas.
pintu tutup laju
dan aku cepat2 tahan pintu lif tapi malang terlambat.



BABI KO!
PATUT PUN MERAH MUKA-SENYUM-TUNDUK DAN JALAN TERUS.
BERAPA BIJIK DURIAN KO HANTAM SAMPAI BAU KENTUT KO BANGAS BIKIN AKU TEKAN TINGKAT 2 DAN LARI KELUAR?
BODO KENTUT DALAM LIF.
PUNYA KICK.SUMPAH.

BILA MASA MENCEMBURUI KITA.

dalam sebulan hanya ada 30 hingga 31 hari.
dalam 30 hingga 31 hari hanya ada 22hari masa bekerja.
dalam 22 hari masa bekerja hanya ada 3 peluang untuk sesuatu yang sukar untuk dielakkan.



akan tetapi,
dalam 2 hari bersamaan dengan genap duaharibulan julai dua kosong-kosong sembilan yakni hari ini,
iaitu baru 2 hari untuk 22hari masa bekerja,
3 peluang tersebut telah menjadi 2.




ok fine,
ada 2 peluang lagi untuk 20hari.



soalannya adalah,
bagaimana kah saya ingin membahagikan masa untuk 20 hari tersebut?

..........................


"ketua!merah suda punch aku..kihkihkih"

"mu ni..baru 2 hari..ada 20 hari lagi!"

"alaaa..baru 1 kali ada lagi 2 kali"

"bos atas dah sound,punchcard boleh merah 2 kali jak lepas ni."

"hoh????dia ada sebut nama aku nda???dem!!!"

...........................


ok kawan2 tukar soalan,
bagaimanakah saya ingin membahagikan masa untuk 1 peluang lagi dalam masa 20 hari?





sekian.



daripada,
-seorang manusia yang dicemburui oleh masa-

Wednesday, July 1, 2009

KENAPA BAH KAU BERUBAH?KENAPA BAH?

hari ni satu haribulan tujuh dua kosong-kosong sembilan.
genap 1 bulan lebih aku kerja.
dan..






aku rasa sangat hebat sebab tidak pernah ponteng kerja lagi setakat ini.
sekian.



er...punch merah dengan ngular tu kira halal la ar.
kihkihkih

Tuesday, June 30, 2009

KISAH TRAGIS SEORANG MANUSIA YANG COM-.

sebagai pekerja sambilan yang tidak mempunyai sebarang kenderaan mahupun lesen kereta,
nda macam gepren2 aku yang lain kerja luar opis, jumpa responden, balik awal, claim haram banyak, dan sebagainya.
aku?
aku kena suruh kerja dalam opis,
duduk dalam opis kasi besar bontot kasi ternak lemak,
transfer akaun dalam borang, sorting sana sini, calling itu ini, buat kerja sorang2, balik lambat dan sebagainya.


merujuk kepada buat kerja sorang2 itu.
dalam kumpulan aku.
aku sorang jak nda keluar, jadi makanya aku selalu duduk sorang2 tekun buat kerja.sumpah.
sampai ada kumpulan lain yang pikir aku kena pulau sebab aku duduk sorang2.
padahal aku duduk diam2 tekun buat kerja jak.
begini la manusia
nda senang tengok wujudnya manusia comel duduk diam.
huh~


akan tetapi,
kejadian yang berlainan akan berlaku bilamana gepren2 aku stay dalam opis dengan aku.
hormon aku kompom 100% bertukar jadi ganas dan haiperaktif.
er...tindakan refleks la tu.

kihkihkih.


........................

10pagi

"fuh nasib baik budak2 tu keluar cepat"

(budak2 merujuk kepada gepren2 aku)

"napa??oh...ko x suka diorang duduk dalam ar...repot karang.biar ko kena bom"

"bukan..aku nda tahan dengar suara ko selagi diorang belum keluar"

"cis.....kenapalah aku ada ketua bangang cam ko."



sekian.



diam salah.besuara pun salah.
punyalah sedap suara aku macam teh o limau ais.
boleh dia nda tahan dengar.
cis.

SEGAN.

aku segan la pulak mahu bebloggin.



betul.
sumpah.


oh itu la tanda2 bukti bahawa aku ni kan...

pemalu.
lemah lembut
sopan santun
comel
baik hati
dan berkualiti.


sekian.




dem.ngantuk yang amat.
babai~

Monday, June 29, 2009

INI BETUL-BETUL UPDATED.

betul.




kihkihkih

(siaran langsung dari wimax centre. burn rm400. sekian. miskin kembali)

-orang susah-

Sunday, June 28, 2009

SERUAN.

oh gaji~
cepat lah keluar agar aku dapat membayar bil internet yang belambak ini.


amin.



(aku menyeru sebenarnya)

Thursday, June 25, 2009

BUKAN AUTO PUBLISH.

tiada apa aku mahu cerita.
tapi sekurang2nya aku kasi update.



kihkihkih

Friday, June 19, 2009

KENAPA?

kenapa aku rasa semacam skil memblog aku suda kurang.
cam nda best ni.
macam nda sot ni.
nda benapsu suda aku sama blog.
dem!
ini nda boleh jadi.


oh adakah ini tanda2 aku suda benapsu songsang?
dem!


palis2!
ketuk2 meja.
jauh2~
hahaha


oh~intenet aku belum besambung.
sebab aku tengah kumpul duit untuk sesuatu yang lebih penting.
mungkin aku akan kasi auto publish entri2 aku selepas ini
tapi...penting meh?
perlu ka aku kasi auto publish entri?
bajet ada orang baca jak.
haha
perasan.

..................


sinopsis untuk hidup yang currently.



hurm~
bulan lalu sebanyak 3 merah.
bulan ini pun sebanyak 3 merah.
cuba teka apa?

klu itu hint
-kalau ada merah lagi dalam bulan ni kompom kena kasi berenti kerja.
dem~

................

(jawapan untuk klu itu hint)


dengan ini,
saya,
sebagai pekerja sambilan yang selalu datang lambat yang memang dididik sejak azali lagi serta hampir membuatkan pekara2 punca ripit prektikal dan akan datang berkemungkinan besar akan dihadapkan ke bilik pengarah seterusnya dibuang kerja,
berjanji,
akan,



ok.pause campur iklan.


hurm~

nda berani janji la.
karang panjang hidung macam pinokio...
patut pun sejak akhir2 ni ramai org tegur hidung aku mancung..
adakah ini kesan penipuan punch card yang kononnya datang awal padahal ada org tolong punch card?
oh tidak!!
tapi sekarang aku memang jujur dengan punch card dan aku memang punch sendiri.
sebab-
ketua aku ugut aku datang awal n pegang punch card aku.
dem!
benci2!
pasal ko aku banyak merah!
(untuk kejujuran itu hidung mancung aku menjadi penyek dan semakin kembang kembali..ah tidak seksi~dem!)


ok berhenti mengarut.
perjanjian dikaji semula.
sekian.


......................................

kan aku cakap aku suda hilang skil memblog.
tidak seronok suda.
huhu.




sekian untuk hari ini.


......................................

oh..
ketika entri ini dipublishkan aku tidak berada di depan PC dan aku sudah beredar dari CC.

seramkan?

......................................

jawapan untuk keseraman di atas:
-entri ini juga auto publish.


sekian.


..................................


oh aku semakin mengarut hampir mencarut.
babi!

ops salah~eskwezme~sori

babai!

BERNAFAS DALAM LUMPUR.

hai kawan2~

kihkihkihkih

Thursday, June 11, 2009

MAAF SHAHRUL AZRI.

doa kau untuk aku repeat praktikal tidak terkabul.
maknanya~



AKU SECARA RASMINYA SUDA HABIS STADI.
YEYEYEYEYE!!!!




kabak2 mai heart jugak lah tadi masa cek result.
kihkihkihkihkih




sekian.





















hepi oh me.
sumpah.
berpoya2 la aku malam ni.
lalalala

away.

kamu.
sori.
iya~
sebab tidak berkesempatan berpoya2 mana2 blog yang kepunyaan kamu.
ya kamu yang TERniat dalam blog aku ni.


hurm~

kepada yang memfollow
u r welkam.


kawan2 yang rajin mengomen.
jangan la terasa hati aku nda pegi blog kamu juga
jangankan blog kamu.
blog aku sendiri pun aku nda terreply komen.
apalagi menyemak tempat orang lain.
huhu


bah.
begitu jak la kawan2.
sakit suda taik aku.
punya sajuk ni cc.
sandi betul.
ok babai~

sekian.

Tuesday, June 9, 2009

MINTA.

"hush mana mahu kurik duit lagi ni?ndatahu mo minta dengan sepa lagi.."

"minta la dengan tuhan."


....


ok insap sekejap.
tapi..
perluka aku sepak beliau?

FAKTA.

bakal tidak berintenet panjang2 lepas ni sebab intenet kena potong sebab tidak bayar banyak bulan.
sekian.


-orang susah-

Monday, June 8, 2009

ADA ORANG CAKAP.

ada orang cakap
aku becakap kadang macam patung
-patung pandai cakap meh?


ada orang cakap
aku becakap kadang macam katun
-fuh kompom aku sangat comel



ada orang cakap
aku becakap selalu bikin sakit telinga
-sakit telinga makan lah panadol



ada orang cakap
aku becakap-lagi bagus aku diam
-kalau aku diam diorang pula heran


ada org cakap
aku becakap macam sedang tulis entri.
-oh kadang2 aku becakap aku bagi tajuk dulu lepas tu kesimpulan.




tapi..


ada orang cakap
suara orang sabah sedap2 bila menyanyi.
terus aku berhenti bercakap.
lalu menyanyi.



lalalalala

CERITA SERAM.

lokasi : NZ corner wangsa maju.
pukul : pukul anjing sampai mati. ok. sebenarnya 2-3pagi mungkin.
aktiviti : main cerita2 hantu lepas tengok maskara.


ada sekumpulan anak muda sedang asyik bercerita hantu.
yang seram2.
amat.
sumpah.
bulu roma punya ketegakkan pun mengalahkan rambut rebonding guna jari pun boleh sepanjang 2-3-4 jam tersebut.sampai bulu roma pun serender balik2 tegak.

(dialog dibawah adalah lebih kurang. gila jenis apakah aku mahu ingat satu2 perkataan beliau?)

"ada satu cerita pasal radio dulu2. satu hari tu, dj isma halil buat kisah2 seram, lepas tu ada satu orang pemanggil ni telepon, suara dia memang dalam kesejukan masa tu, dia cakap dengan isma yang dia rasa sejuk, sejuk sekali,pastu blablablabla, pastu dia cakap dia eksiden, blablabla di tempat ni, lepas tu dia cakap yang kawan2 dia semua mati dalam kemalangan tu.lalu isma tanya, "jadi awak macamana boleh buat panggilan?"lepas tu orang tu cakap,"sebenarnya saya pun mati sama." terus siaran tu berhenti dan pasang lagu2"

sedang asyik campur kusyuk mendengar kisah seram di atas,tiba2.si comel teriak bila ada lembaga putih belakang beliau tiba2 bersuara sambil edar kertas dengan muka tidak bersalah.


"kakak2-abang2 soli2-haiya tekejut ka?blablablablablablablabla..................." kata apek bodoh pakai baju putih.
"ndamo2"
"ok2 tengok ini barang(flyers)-kasi besar-kasi panjang-kasi semua macam ada" kata apek bodoh pakai baju putih dan terus pergi begitu sahaja dengan muka tidak bersalah sekali lagi.

.............................................
fakta:
1.pacik apek bangang bikin potong stim dan bikin kami semua sumpah tekejut mahu mati.
2.kenapa lelaki sahaja dapat kertas tersebut?
3.cerita hantu terhenti seketika bila mata lelaki tertumpu kepada iklan apek tersebut.


seram campur lucu campur gampang kan?
sekian.

Friday, June 5, 2009

KEPADA DICK AN SAMA BABIONEL SARUK.

temankan kakak joging petang ni.
ada berani?





haha

Thursday, June 4, 2009

TENGA PIKIR.

apa mahu tulis dalam entri.


lalalala

SAHAJA AKU SENGAJA.

aku sengaja datang lambat pegi keja arini.



ok tipu.
aku lambat bangun.




lalalalala

Wednesday, June 3, 2009

AKU MAKAN CHEWING GUM

orang lain rasa MINT nya~



dem.



begini la kawan2.
kadang ingin disepak
ingin diterajang
ingin disula
ingin dimaki
nasib baik kawan.





sabar2.
kata ustad.
sabar itu istana iman.




sekian.

KESAN

"kau gila"

"ih!bila masa?"

"sepanjang masa"

"oh aku suda lama berhenti ambik ubat kurus. mungkin itu kesan peninggalan sikit2.kihkihkih"




kesimpulan:
doktor.
mana ubat kurus yang dikau janjikan.
hahahaha

Tuesday, June 2, 2009

CERMIN

orang kata,
jangan kutuk orang lain


sebelum mengutuk sarukazri
aku kena cermin diri sendiri





lalu ini hasilnya.

Align Center

ada fite?





Pra/Sangka:gila penat aku cari anjel yg baik punya.
encekbangla pun heran.
buat bodo suda.
lalallala

VS AHMOI SHANTEK.

"haiya~u mahu itu akaun..cannot maa..very confidential oo"



"miss..u don't have to worry..we will keep ur account baik2.."



"huh~ini akaun ar..very private lor..mana boleh kasi tengok2 orang lain serupa itu diary maa"



"miss..saya minta salinan akaun..bukan diary"



"haiya~lu ar.."



"oklah..kalau u xnak bagi i nak u tulis surat tunjuk sebab kenapa u xnak bekerjasama..and..tulis in malay!"



"haiya2~ya la2..saya bagi la itu akaun.."




sekian drama swasta hari ini.

ASYIK2.

bencila kerja baru ni.


asik2 jumpa lelaki hensem!
huh~



tegugat iman ai tau~
lalallalala

Monday, June 1, 2009

AKU ORANG KECIL-ENGKAU ORANG BESAR

"kau ibarat gajah ku hanya semut merah~"


"bos..nyanyi tu agak2 la..jangan sampai saya terasa"


"kihkihkihkih"





(bos bermaksud kawan)

RASA LOSER.

aku penat kasi susah orang lain
sebab aku tiada apa2
penyusah!
hina!
sampai tahap aku sendiri jadi moody
muka jadi serius
mulut jadi muncung buli sangkut 10 pasang baju


benci la!


loser!
loser!


call mama.

"balik sabah sekarang"

kata beliau.




BENCILAH HARI ISNIN HARI INI.

Sunday, May 31, 2009

BELUM MATI.

sebab aku masih hidup.

Friday, May 29, 2009

BERBALOI-BALOI.

"kenapa ko nda pakai high heel weh?"


"aku takut heel tu patah karang sebab tanggung keberatan aku.lalalala"




kesimpulan:
kutuk diri sendiri lagi berbaloi sebelum org lain kutuk.
berbaloi-baloi~

Thursday, May 28, 2009

MU KALAH.

apa aku kisah?
aku penyokong team sabah.




haha.

MEE.

"makan apa?"


"mi hun"


"napa nda makan mee goreng?"


"ndamo.nanti makan mee gemuk bikin gemuk."


"habistu mee kurus bikin kurus?"


"lalalalalaa"

Wednesday, May 27, 2009

BERSYUKUR.

selepas penat dibahan dan mendengar nama2 gabungan beliau dengan tut~ a.k.a orang-tua-gatal.
budak-mangkuk-skandal-bos bengang.
sebab~
keputusan akhir nama beliau adalah:
budakmangkukskandalbos + tut~ a.k.a orang-tua-gatal = BURIT ALI.
hahahahaa!
lalu sila scroll ke bawah untuk menyibuk..




"aku tahu ko jeles aku ngan tut~ a.k.a orang-tua-gatal tu kan??
ko dengki kan tut~ a.k.a orang-tua-gatal x tengok ko sebab ko GEMOK kan?
ko bukan selera tut~ a.k.a orang-tua-gatal...hahahahaha"



kemudian dibalas,



"YA ALLAH YA TUHANKU, AKU BESYUKUR PADAMU KERANA MENJADIKAN AKU GEMUK DAN TIDAK DIPANDANG tut~ a.k.a orang-tua-gatal..AMIN.
KAKAKAKAKAKAKAKAKAKAA"



fuh.
nasib baik.
haha!


..............................


ada orang jeles aku balik awal hari ini.
wah~
best gilak tidur tengari2 dirumah.
haha

sekian.

Tuesday, May 26, 2009

DASAR PEMALU.

sakit tengkuk kepala.
sebab penat tunduk.




ah!kan aku pemalu orangnya.




sekian.





kamu2,
nda payahlah cakap comel terang2.
saya juga punya perasaan yang malu2.
sekian lagi.




haha!
macam gampang kan?

TERIMA KASIH KEPADA TUKANG FLAG.JASA ANDA AMAT SANGAT2 SAYA HARGAI.

betul.
sumpah.
saya sayang anda.


sudah tahu saya ini pemalas, anda membebankan saya untuk menguruskan hal2 mengelak pemflaggan blog lagi.
bagus punya perangai.
saya suka.
sangat.
betul sumpah.


oklah.
sekian kawan2.
doakan saya rajin untuk mengelakkan blog ini mati.



sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kepada tukang flag atas kesaikoan-kejelesan-ketidakpuasanhatian anda.
hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.
dan semoga rohmu dicucuri rahmat.
amin.



oh lupa.
saya sudah biasa dibuat macam ini.
diboikot segala2.
jangan risau tukang flag.
saya kuat dan anda lemah sebab cuma berani flag.

sekian la lagi.



kesimpulan penceritaan:
aku kena flag.
mrblind~
tolonglahh bakal anak menantu mu ini.
lu kan suda penah mengalami peristiwa di flag org.
tolong~

Monday, May 25, 2009

PRINSIP HIDUP.

ialah.
hidup untuk makan.



joging itu penat
makan itu nikmat.




oleh itu,
sambil joging sambil makan.





sekian.

Sunday, May 24, 2009

IYA BETUL.SUMPAH.

kemarin saya joging.
satu tasik shah alam saya putar2 sebanyak 1 kali.
teda shotcut2.
sumpah.



dan keputusannya saya kurus.





kurus muka.
sekian.

Saturday, May 23, 2009

AKU PANDAI BUAT MEJIK.

orangsot : ajar aku buat " - " tapi kasi bentuk biut.

comel : hoh??


si comel ketawa sampai mati.
rupanya ada juga org bangang macam ni.
dan orang itu gila bangga sampai mampus sebab pandai sudah buat biut2.



hahhahaa!


biut itu bengkok2.

(---) ->>>> (~~~)

MEJIK KAN??
fuh!hebat oh me.


haha

RUMAH KU SYURGA KU.

budak2: rumah ko dimana?


comel : syurga.