dupdupmyheart

Thursday, April 14, 2016

BARIS BETUL-BETUL LA WOI!!!

akan ada satu masa, masalah datang berlumba-lumba siap potong que tanpa tunggu turn.


dan saya adalah sakit kepala.


.

Friday, March 18, 2016

BERANAK PUNYA CERITA.

alkisah.

dulu aku takut kahwin sebab aku takut akan beranak. sebelum kahwin aku pernah cakap dengan Boi untuk ambil anak angkat sebab takut beranak. haha bongoknya aku. tapi nda lama sebulan lepas kahwin rezeki mengandung. amboi takut-takut punnnn. pui.

sepanjang tempoh aku mengandung, syukur tiada alahan yang melemahkan semangat. setakat gatal-gatal tapak kaki dan tangan. dua bulan terakhir sebelum beranak pula gatal di perut tahap gaban-pun-serender. tapi tatap steady naik turun bas/keretapi pergi balik kerja.

seminggu sebelum beranak. aku masuk wad sebab sesak nafas tapi masuk wad bersalin. masa tu aku belum ready untuk beranak, siap nangis sebab takut aku akan terberanak. hahaha nurse balik-balik suruh salin pakaian hospital, tapi aku nda mahu sebab sesak nafas jak kan, bukan mau beranak pun. siap tanya nurse, "nurse malam ni juga ka saya beranak? saya takut ni nurse" nurse jawab, "vivi!tukar baju sekarang!" sasak la tu aku balik-balik tanya. hahaha

seminggu sebelum beranak, aku masih fikir mahu operate ataupun beranak normal. oleh kerana masalah gula, baby besar dalam perut dan first time beranak, doktor selalu cakap mungkin aku akan di operate. tapi officemate bagi semangat suruh beranak normal. setiap kali fikir memang takut dan trauma. inilah akibat pernah tengok video orang beranak normal. makanya kalau penakut jangan tengok. atau mungkin sebab aku nda yakin yang aku akan beranak.

26 September 2014.
akhirnya. hari yang ditunggu (cepat 3 hari dari expected date) (tunggu hangat-hangat taik ayam sebab takut). lebih kurang jam 9.00 pagi, perut start sakit sikit-sikit, orang cakap sakit tu datang setiap 10 minit. aku main teka-teka. mungkin ni lah tanda aku akan beranak. aku bagitahu mama, perut sakit. mama panik tapi pura-pura tenang. panik sebab aku panik la kali. mesej kak ita suruh hantar aku pergi hospital. mesej boi bagitahu mungkin hari ni aku akan beranak. tapi jangan panik ya sayang. kalau confim aku beranak harini, hospital kb akan hantar aku pergi hospital kk. kalau naik ambulan mungkin 30-40 minit sampai. jarak kedudukan antara aku dengan boi adalah 4 jam perjalanan.

sampai hospital KB, nurse cek-cek semua ok. bukaan 4cm. dan aku adalah berdebar gila. nurse cek bukaan pun aku takut ok tapi aku nda lah mengada-ngada, ada karang kena tampar. haha dalam kepala otak aku "omg, omg, aku mahu beranak sudah ni hari" nda berhenti dari tadi. nurse tanya ada minum air selusuh? aku jawab nda pernah minum, patut ka tu minum? hahaha. nurse cakap nda payah minum la kali, sebab ramai orang minum tu susah beranak. mmmkay. tapi kak ita tiba-tiba datang bawa air selusuh terus simpan dalam beg aku, n bilang nanti minum sebelum beranak. ok baiklah.

first time aku naik ambulans. hahaha punya tembirang lagi aku masa dalam ambulans konon tidak mahu baring dengan alasan belum mahu beranak lagi ni nurse. tapi dalam ambulans tu ada dua kerusi satu katil. nurse & mama duduk di kerusi, aku duduk di katil (tidak mahu baring). ambulans pun bergerak, nda sampai 5 minit aku baring sebab ambulans laju gila. hahaha ada karang terpelanting nda dengar cakap.

sampai hospital kk dalam jam 1.30 pm. kena suruh baring di katil, doktor cek itu ini. perut lapar gila sebab belum makan apa-apa dari pagi. order sandwich sama Boi, nanti mau makan nanti sementara tunggu beranak. lamanya terbaring di katil. oklah dari yang duduk menunggu di luar, sempat aku terkejut tengok orang ramai pula ibu-ibu mengandung duduk di kerusi menunggu. aku pun nda tahu kenapa. tunggu turn la kali.

doktor pakar cek dan bagitahu berat baby dalam perut baru 3.6kg dan boleh beranak normal ni. aku angguk tanda setuju, sebab aku tekad sudah beranak normal masa tu. tapi rasanya aku masih steady masa tu. tiada juga mengadu sakit ka apa ka.

Jam 4.22 pm air ketuban kena kasi pecah dan doktor cakap tidak boleh makan sudah. aduiiii lapar gila lagi tu. lepastu kena hantar pergi labour room. start rasa sakit. masa otw pergi labour room, aku nampak Boi n family aku. sempat lagi ketawa tutup muka pasal malu kena sorong atas katil. hahaha

otw pergi bilik untuk aku beranak, aku limpas beberapa bilik yang ibu tengah beranak. masa tu aku dengar suara doktor/nurse " mama, kenapa teriak, jangan teriak-teriak, tambah sakit tu!". aku start sudah telan air liur sebab haus dan takut. masuk bilik beranak, kazen aku nurse dari hospital lain datang untuk kasi kawan aku. lega sikit. Boi tidak boleh masuk sebab siapa suruh nda ambil kursus-suami-masuk-wad-beranak. kalau di semenanjung nda payah kursus, terus masuk pun boleh.

nurse yang handle aku masa tu classmate aku. hahahaha malu ai. boleh? haha apa entah la aku mengarut masa tu, terus dia bilang, tiadalah bah tu vivi sambil ketawa-ketawa. haha

start sudah sakit mau beranak, nurse tanya mau ubat penahan sakit yang suntik ka hidu? aku nda tau apa2 ni cakap eh nda payahlah, boleh ni (punyalahhhhhhhh tembirang). kazen aku suggest yang hidu. so setiap sakit tu datang, aku hidu la penahan sakit tu. sepanjang menunggu sambil perut lapar dan memang haus gila tapi nda boleh minum n makan, sempat aku dengar ibu mengerang, ibu teriak, nurse bagi semangat, nurse teriak, dengar bunyi baby menangis, dan ending nurse tepuk-tepuk tangan.

lepas dengar ibu mengerang-teriak, aku cakap dengan kazen aku, kalau aku teriak begitu ko tampar aku ar. dan kami berketawaan (punyalahhhhh). lepastu aku praktis-praktis beranak kono, macam mau meneran semua, lepastu ketawa-ketawa. lepastu sakit betul datang terus terdiam.

sakit datang dan pergi. kejap rasa mau berak tapi bukan. kejap rasa mau beranak tapi bukan. aku sempat tanya kawan aku nurse yang handle aku masa tu, macam mana kalau aku nda dapat beranak biasa? dia jawab, kena operate la. aku soal lagi, kalau aku minta operate sekarang? dia jawab, kena ada alasan yang kukuh, kena juga beranak normal. ok noted. sakit gila ni yauuuuuuu.

aku mesej boi, minta maaf semua kalau ada salah silap. manatahu aku kecundang. ubat penahan sakit tu aku tekap di muka suda. sampai aku khayal aku di pulau, cantiknya pulau, cantiknya laut, wah seronoknya. sekali datang contraction, terbang terus gambaran pulau laut semua. hahahahahaha

aku cakap mahu beranak suda, doktor (nasib nda hensem dan aku nda ingat muka durang. hahaha) cek itu ini. seingat aku masa tu bukaan 8cm dan 2 kali kepala baby kena ambil darah untuk memastikan baby stabil sebab belum mahu keluar (aku rasalah)

oleh kerana aku nda tahan sakit, ya Allah sakit gila tiada yang boleh describe. aku kena buat sesuatu. hahahaha. aku ingat kawan aku cakap, kalau mahu operate mesti ada alasan kukuh. oleh itu, setiap kali doktor masuk untuk cek, aku yang memang dalam keadaan sakit lagi buat-buat lagiiii sakit sampai apa entah aku merepek. "doktor, operate la saya. doktor operate la saya, baby saya besar ni doktor, baby saya lemas ni doktor, saya ni gdm(masalah gula) doktor, tolong la doktor operate la saya". kazen aku panik gila, doktor pun ikut panik.

last-last lepas cek kepala baby kali kedua, doktor decide untuk operate, masa tu lega gila tapi masih dalam kesakitan ya amat yaaaa dan kena acting lagi sakit depan doktor. hahaha tolong lah vivi. doktor tanya aku ada makan n minum ka? makan tiada tapi curi-curi minum 2 penutup botol sahaja.hahaha haus ok.

lepastu lari kena bawa masuk bilik bedah, sakit gila gila punya sakit sampai lah kena jarum dibelakang badan, barulah lega gila. badan aku masa tu separuh bergerak. aku separuh sedar aku kena operate dan aku dapat tengok perut aku kena potong macam mana dari cermin lampu di siling sampai la baby berjaya dikeluarkan dari perut jam 11.47 malam, berat 3.7kg.

ya Allah masa tu aku gembira gila walaupun separuh sedar, aku suda jadi MAMA masa tu. Syukur Alhamdulillah. nurse bagi aku cium baby, kemudian aku nervous sebab baby belum bersuara, nurse cek itu ini, dan finally dengar suara baby. lepastu aku tertidur.

dan syukur Alhamdulillah juga aku dapat nurse dan doktor tidak seperti yang orang cakap sebelum ni, semua baik-baik belaka. nasib baik juga doktor bagi keluar awal wad setelah kena pujuk. heuheuheu

sekian punya panjang gila entry aku. hahaha

Thursday, August 6, 2015

RAYA 2015.

raya tahun ni, raya pertama rumah aku (YES!), tapi balasannya raya kedua hingga raya kelima rumah sebelah laki aku sebab adik ipar sanding raya ketiga. haha 

aku ok jak stay lama-lama rumah mentua, tapi bukan lama-lama on raya. huhuuuuuu biasalah kan banyak acara family yang aku terlepas. eleh acara beraya jak punnn. 

tapi sebenarnya point utama banyak gambar selfie aku terlepas. 

okbai.

Tuesday, March 10, 2015

THE VOW.

(THROWBACK)


aku & boi tertengok the vow.
kisah si bini yang hilang ingatan & the husband try harder untuk pulihkan ingatan si bini.


aku : what if saya pun hilang ingatan macam tu?

boi : hurm.. saya try kasi ingat kau la.

aku : wahhhh.. macamana?

boi : hurm...sayang, jangan lupa ko tu gemuk.



end of conversation.

Thursday, February 26, 2015

UPDATE.

2 tahun lebih aku tidak update blog ni. gila awkward mau memblog balik. pun nda tahu masih ada lagi ka yang baca blog ni. boleh ni. boleh ni.


hai saya vivi. 
sudah kahwin.
dan ada baby girl.
hahahaha


cek previous post. 
hahahaha


okbai.



Monday, October 1, 2012

TABUNG DANA PERKAHWINAN.

hari sabtu hari tu, aku call rumah. lama tidak balik rumah sebab kerja yang banyak gila. tanya-tanya khabar. puanmulia cakap banyak jemputan orang kahwin yang dia kena attend. soalan wajib yang ditujukan untuk beliau adalah "bila si bibi kahwin?". macam yang aku cakap di entry sebelum ni, kazen aku kahwin dirumah aku bulan disember nanti. jadi ramai jugaklah yang salah sangka dan ingat aku yang akan berkahwin. 


aku cakap:

"sabar."
"rilek mak."
"kita rilek-rilek dulu. tunggu-tunggulah 2,3 tahun lagi."
"mak, macam ni. nanti kalau mama jalan-jalan pegi orang kahwin ka kenduri ka, mama bawa tabung. jadi siapa tanya bila aku mau kahwin, kita terus charge RM100. terus masuk tabung. jadi lagi banyak orang tanya lagi cepat aku kahwin.kihkihkihkihkih"


puanmulia cakap:

"mama cakap betul-betul ni. jangan main-main. tahun depan mama tidak peduli, kamu mesti kahwin!"



sekian terima kasih.

Thursday, September 6, 2012

TAIP NAMA.

1. Dulu masa awal-awal berblog, aku pernah buat entry ucap terima kasih kepada orang-orang yang wish befday aku beserta nama penuh dan link FB dan Friendster mereka.

2. lepastu aku perasan, bila aku cek keywords dalam nuffnang, ada juga terselit nama-nama kawan aku lepastu aku macam "aik?macamana boleh sampai blog aku?" jawapan : rujuk nombor 1.

3. lepastu, aku kan tidak berapa membagitahu dengan kawan-kawan aku berkenaan blog aku, kalau tahu tu oklah, kalau nda tahu lagi bagus. dengan alasan malu. pheiiii. 

4. jadi oleh yang demikian, aku deletelah entry tersebut sebab kompom kompom diorang akan jumpa blog aku kalau menggoogle nama sendiri. ini kerana rujuk nombor 3.

5. kesimpulan yang aku dapat ialah ramai jugak orang yang google nama sendiri kan? jangan tipuuuuuu. rujuk nombor 1, nombor 2, nombor 3 dan nombor 4.

Friday, August 10, 2012

KALAU MENGUAP, TUTUP MULUT, NANTI SYAITAN MASUK.

tapikan bulan puasa syaitan kena ikat?



#lawakhambar

Wednesday, August 1, 2012

PRA-PERBINCANGAN.

hujung tahun ni, ada dua majlis kenduri kahwin yang akan berlaku 1 dirumah parents aku (kazen aku yang kahwin, bukan aku), 1 lagi dirumah kazen aku (kazen lain lagi tapi sebelah rumah parents aku jadi secara tidak langsung rumah parents aku pun terlibat). jadi pre-perbincangan pun dilakukan antara mama, aku, auntie & kazen aku. baru bincang-bincang kosong orang bilang. makanan, doorgift, tetamu, belanja kahwin dan sebagainya. pening kepala gila. semua memerlukan duit, duit, duit.

aku pun cakaplah,

"ma.. ada kawan aku punya kawan ni kan, dia kahwin jemput orang-orang tertentu jak, alasan dia, minta maaf sebab tidak dapat jemput semua orang, dia tidak dapat buat majlis besar-besaran sebab dia lagi perlu duit untuk kehidupan dia selepas tu, cukuplah dengan doa orang-orang yang tidak kena jemput tu."

aku sambung lagi;

"jadi apakata kita jemput orang tertentu seja, jimatlah duit untuk makan, doorgift dan sebagainya. hehe"

kazen aku angguk-angguk tanda sokongan sepenuhnya.

terus mama cakap dengan serius;

"kalau kita buat macam tu di kampung mana boleh. di kampung ni pun semua keluarga. ko mau nenek marah? nda pernah-pernah orang buat begitu di sini"

aku sambung lagi;

"hehe.. kalau begitu memang banyak belanja la tu kan.. nda apa ma.. kasi habis jak duit untuk belanja kahwin. biarlah tiada duit makan lepas kenduri kahwin, tapi ada kan yang lauk-lauk masa kenduri kahwin tu. kasi tapau banyak-banyak. simpan dalam esbuk (peti ais), boleh bikin makan 1 bulan. macam? hahaha"

kazen aku ikut ketawa-ketawa tanda sokongan sepenuhnya juga.

perbincangan bertukar menjadi ceramah yang berat bertajuk "VIVI JANGAN KUAT KETAWA"